NuffNang

Ahad, 6 Januari 2013

Krabi - Penang

Salam,

Lama betul tempoh masa aku tinggal kat Krabi kan? Baru sekarang aku nak balik.? Sibuk berr...tak der masa aku nak hupdate cerita nie. Kikiki...Cam nie laa gaya nya..

Pagi nie aku bangun awal. Sebab dalam kepala memang dah set nak balik. Semua yang lain pun memang on the bike tepat pada masanya. Ambik masa sikit untuk checkout, lepas tu minyakkan rantai dan buat laa apa yang patut. Susun bagasi dalam kotak, bagi kaw kaw punya padat.

Bagi yang tak ada kotak tu, alahaii, nasib. Susah sikit lerr. Bila time balik nie, berat motor bertambah. Sedikit sebanyak bertambah berat sebab banyak pulak barang baru yang dibeli. Paling tidak pun tambahan T-Shirt 3-4 helai.












Kami semua berlepas dari hotel menuju ke kedai semalam, tempat kami breakfast. Oh ya..lupa pulak aku nak pesan. Lepas checkout everything, make sure korang pulangkan kunci motor yang korang sewa tu. (tu pun kalau korang sewa laa) Kang tak pasal pasal pulak terbawa balik motor diaorang tu.


Port makan pagi kat tempat biasa. Dan aku repeat semula makan otak otak tu..Sedap betul laa aku rasa. Walaupun pedas tapi enak. Kali nie aku makan nasi putih dengan lauk ikan masin. Berselera sungguh makan pagi, dah macam makan tengahhari pulak.




Dah macam makan tengahari dah, dengan kepelbagaian lauk pauk. Di kesempatan nie juga kami layan goreng pisang. Terbaik laa makan pisang goreng kat Krabi nie pagi pagi buta,,hahaha. Apasal laa kat Malaysia tak der pulak jual goreng pisang waktu pagi kan?

Tapi apa yang aku perhatikan, kedai kedai kat sini memang tak lokek. Pasti akan ada ulam ulaman atas meja. Banyak pulak tu. Kalau setakat air kosong, nah kau...satu jug penuh dia hantar. Makan jerr laa...lepas tu bayar. Memang puas hati dan berbaloi.


Siap makan, ingatkan kami dah nak bertolak pulang dah. Rupa rupanya ada pulak idea bebudak nie yang nak buat plet cacing. Keh keh keh..Lepak pulak kat kedai buat sticker. Lama pulak tu. Kedai tu yang sepatutnya tutup pada hari Ahad, terus bersetuju nak ambik order dari kami. Sekeping sticker plet cacing yang simple tu, dia caj kami RM15.

Sementara menunggu plet cacing kami siap, ada yang terlentok. Ada yang menyembang. Ada yang ke toilet. Ada yang pau auntie tu air kosong. Pherggh, cuaca kat sini memang panas bangat. Dah macam macam aktiviti dah yang diaorang buat, Kesian kat Pali, dengar khabarnya dia demam.








Lama juga menunggu, akhirnya dalam pukul 1 tengahhari, semua sticker dah selesai dicetak. Kami pun tak mengambil masa yang lama. Ada yang terus tampal jer kat motor. Aku simpan jer dalam pouch bag. Motor comot, camner nak tampal.



Sewaktu kami menunggu sticker kami siap, kami disapa oleh seorang lelaki tua warga Australia yang menunjukkan gambar beliau bersama motor nya FJR1300. Rupa rupanya pak cik nie pun seorang rider juga. Sebab tu beliau tanpa segan silu terus menyapa kami. Malangnya aku terlupa pulak nak ambik gambar  uncle nie..steady laa uncle!



Siap semua acara, kami pun berlepas pulang, meninggalkan Krabi. Perjalanan balik tak terasa sukar sepertimana waktu kami datang dulu. Pertamanya kerana suasana di siang hari, tak seperti suasana malam yang memenatkan. Tapi keletihan cepat terasa, kerana cuaca sangat panas.


Tak berapa lama atas jalanraya, kami berhenti untuk isi minyak. Waktu nie jam dah menunjukkan ke pukul 230 petang. Kami refueling di tengah hari panas yang terik di sebuah stesen minyak di daerah Trang. Di kesempatan ini Paan membeli sekarton air mineral dan juga sekampit ais. Habis dikerjakan semua air mineral tu oleh kami yang dahaga.



Waktu nie, kalau dibuka jaket memang basah peluh di dalam baju. Memang panas dan cuaca begini memang membuatan kami cepat penat dan keletihan. Sepanjang jalan di, kami perhatikan deretan kebun sawit dan juga rumah rumah kampung.










Kami pun tak mengambil masa yang lama berhenti di sini. Siap isi minyak, meneguk air dan akhirnya kami berlepas semula di dalam kepanasan cuaca jam hampir ke 3 petang. Cuaca masih nampak panas terik, tanpa ada awan pun di langit.




Yang buat aku sedikit pelik, macammana waktu kami berhenti isi minyak di sini, lagu melayu pulak yang tokey kedai nie pasang. kalau tak silap aku, lagu dangdut kot..adehh. Layan jerr laa.




Tak lama selepas meninggalkan Daerah Trang, kami lihat ada tompokan awan awan hitam di langit. Cuaca dah tak berapa panas masa nie. Tak lama kemudian hujan pun turun. Kami melewati selekoh antara Trang ke Phattalung waktu hujan. Jalan pula masih dalam pembinaan, membuatkan kami terpaksa sedikit lebih berhati hati.

Bila terlalu banyak kenderaan, ada anatara kami yang tertinggal. Lantas kami berhenti dalam hujan menunggu  mereka yang tertinggal. Risau juga dengan keadaan cuaca dan juga keadaan jalan sebegini.




Tak lama kemudian nampak kumpulan yang tertinggal pun sampai, Kami pun terus shoot menuju ke Phattalung. Kami tak boleh laju, sebab permukaan jalan yang basah. Lagipun kereta dah mulai banyak jalanraya.

Setelah sekian lama atas jalan, akhirnya kami berhenti untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Pekan selepas Phattalung. Waktu nie dah menunjukkan jam 5 petang. Perut pun dah berkeroncong.




Laparr?? memang terasa juga. tapi apa yang berani anda nak makan untuk mengisi perut kat sini? Nak beli roti pun kena baca betul betul dulu. Yakin? Oraitt...ngap sajaa. Air Milo..okay laa tu. Alas perut sebelum kami sampai ke Sadao dan mengisi perut di Dannok.


Kat sini tak usah risau, banyak 7-E dan perniagaan mereka memang berjaya. Pendek kata semua barangan yang penduduk tempatan nak beli, mereka beli di di 7-E kot..


Waktu nie, badan dah mulai terasa keletihan, mungkin kerana terpaksa concentrate pada jalan dan kereta yang banyak di jalan raya. Lagipun kami terpaksa meredah hujan tadi.







Aku yang naik motor tegak nie pun terasa jugak sengal badan, bagaimana pula dengan diaorang yang naik motor tonggek tu?



Berhenti pun tak lama juga kali nie, lepas tu terus gerak ke Dannok. Nak chop passport dan kembali ke Malaysia. Tapi sebelum tu, perut mesti di isi penuh dulu. Khabarnya masakan seafood kat Dannok nie boleh tahan juga.

Akhirnya sampai juga ke Dannok sekitar jam 6 petang. Apa lagi, pusing pusing dan parking kat restoran muslim yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia nie. 







Akhirnya sampai juga kat Restoran Kak Jah. Agak besar juga restoran nie. Nak order kat restoran nie pun boleh cakap melayu dah. Tengok menu dan order apa yang terasa nak makan. So senang laa sikit..









Hmm...makan time. Order sampai tak habis nak makan. Antara menu istimewa yang ada termasuklah lidah lembu goreng dan juga ikan puyu goreng...yahooo!!! makan time..

















Waktu nak bergerak pulang, aku perasan ada 2 biji Ducati masuk parking. Sebiji MultiStrada dan sebijik Diavel. Di tunggang oleh pasangan suami isteri. Lama aku perhatikan dan akhirnya aku perasan. Aku memberaikan diri untuk tegur. Memang betul rupanya, kawan blogger. Dia pun dah lama tak update blog dia..

Aku berhasrat untuk tidur kat Penang. Diaorang suggest aku untuk tidur di Dannok dan esok chop passport dan terus balik. Aku malas laa, sebab sebijik motor jer. Lagipun aku lebih terasa nak makan nasi kandar. Haaha..

Aku tak ambik gambar dah masa chop passport di Sadao nie. Untuk keluar dari Siam, korang selitkan RM1 pun dah cukup. Tak yah RM2 dah..Tapi pastikan korang serahkan semula kertas putih import motor masuk tu. kalau tak serahkan pada Kastam Thailand tu, boleh menyebabkan motor anda akan di saman pada trip yang berikutnya.

Selesai chop passport, kami shoot terus ke Changloon untuk isi minyak. Dari Changloon, kami terus ke Penang. Lebuhraya agak sibuk pada malam Ahad tu. Dengan hujan renyai renyai. Aku sampai di Penang dalam pukul 9 lebih. Badan pun dah penat. Check in hotel dan tidor. Member member yang lain khabarnya sampai ke KL pada jam 3 pagi.

Esok, pekena nasi kandar dan shoot balik ke Senawang...

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...