NuffNang

Selasa, 28 Ogos 2012

Burung Hantu ke Tasik Kenyir-Day 2

Salam,

Hari nie bangun tidur dengan keadaan badan yang agak sengal sengal, Maklum lah semalam baru ajer menghabiskan 700km. Pagi nie rider bersarapan di rumah mertua Wak Lan, dengan hidangan nasi dagang. Memang sedap lah, duk Tengganu kena laa makan nasik dagang. Baru laa kena dan matching.

Selesai sarapan, destinasi utama adalah ke Pasar Kedai Payang. Tak sah pulak rasanya kalau dah sampai Terengganu tapi tak melawat ke tempat nie.


Jamel R-6 berbincang dengan Paan, agaknya nak pasang box kat R-6..Hehehe
Selesai bershopping ala kadar, rider berlepas pulang. Destinasi adalah untuk ke Tasik Kenyir di Kuala Berang dan seterusnya melalui jalan yang tidak bersambung di dalam Google Maps. Heheheehe..pinjam kata kata dari Diari Motosikal, AdyBarbarian. 

Suasana dan jalan ini sangat disyorkan kepada pencinta alam semulajadi. Memang cantik dan saujana mata memandang. Riders sampai di sini pada jam lebih kurang jam 2 petang. Kalau tak percaya, boleh check dengan Kang Latep yang juga pernah ride melalui jalan ini. 



Melewati jalanan yang cantik untuk meleper dan dapat diperhatikan rider rider mula mengeluarkan taring serta skill skill terpendam. Seperti kata Jamel, ride ke Terengganu through Jeli and Tasik Kenyir nie dah mengalahkan 1000 corners. Boleh diibaratkan seperti 1300 corner..hahahaha

Rider selamat sampai di Cameron Highland pada jam 4 petang. Dah tak banyak gambar yang dicapture. Maklumlah, badan pun semakin penat dek kerana terlalu melayan corner. Inilah syurga bagi motor motor perang.  


Jalanan pulang melalui laluan Lebuhraya Utara Selatan agak sibuk petang tu. Maklum lah, esoknya dah start sekolah semula. Rider selamat sampai ke Putrajaya jam 9 malam, setelah melalui 1299km dan melayan 1300 corner. Penat yang tidak terkata.

Mamat selamat sampai ke Bagan Lalang jam 10 malam. Satu pengalaman ride yang tidak terkata. Kesimpulan yang dapat dibuat, rider sportbike seronok bermain corner, namun penat. Hamdan R1 bagitahu, terus menggigil lepas mandi. Nak demam laa tu. Rider motor tong, selamba jerr. Siap dengarnya, ada yang boleh corner berdiri. Fuhh, skill sangat tu...

Jumpa lagi di lain ride!!

Ahad, 26 Ogos 2012

Burung Hantu ke Tasik Kenyir - Day 1

Salam Syawal,

Sempena dengan bulan Syawal nie, dan juga baki baki cuti yang ada sebelum meneruskan tanggungjawab bekerja, Presiden Burung Hantu Wak Lan telah menganjurkan satu ride suka suki ke Terengganu. Ride ini juga sebagai latihan ride Overlander ke Negara Siam yang bakal ditempuh tak lama lagi..chewahhh.

Ride ini akan menggunakan route KL-Kuala Kangsar-Gerik_Kelantan dan Terengganu serta akan bermalam di Kuala Terengganu pada malam pertama. Jarak perjalanan untuk hari pertama yang agak mencabar minda dan ketahanan para peserta sejauh 700km++. 

Jarak yang agak jerih bagi pengendali jentera jentera sport berkuasa tinggi..hehehe. Namun begitu, peserta sportbike pasti terpesona dengan hidangan likuan corner corner dan jalanan yang sangat mempersona di Lebuhraya Timur Barat nanti.

Secawan teh pemanas badan
Permulaan perjalanan yang agak menggusarkan bilamana RV di tentukan di R&R Sungai Buluh seawal 9.30 pagi. Namun keadaan cuaca yang hujan pada pagi itu agak sedikit melemahkan semangat para bikers. Tak kan Bikers takut hujan kot? 

Takk..bukan takut hujan, tapi kalau dah di awal perjalanan kena kuyup, mau menggigil nak sampai ke destinasi yang belum bermula nie. Akhirnya perjalanan hanya bermula jam 1030 pagi, bilamana semua 9 rider telah berkumpul. 2 biji GTR1400, sebiji R1, sebiji R6, seekor arnab, sebiji Versys, sebiji Z1000, sebiji XJ6 dan sebiji ER6F.

Perjalanan pagi ini yang direstui dengan cuaca yang sangat cantik mengiringi peserta hingga ke R&R Tapah. Perhentian pertama dicatatkan jam 12 tengahhari. Kesempatan digunakan untuk membasahkan tekak dan meluruskan urat urat.













Peserta sampai di Gerik pada jam 14++. Waktu nie perut pun dah berkeroncong, jadi mengambil kesempatan untuk berhenti dan makan tengahhari.




Bilamana semua urusan telah diselesaikan, rider melayan corner corner dan jalanan Lebuhraya Utara Barat yang sememangnya menyajikan pemandangan yang cantik. Cuma kadangkala harus agak berhati hati dengan permukaan jalan yang tidak berapa baik.

Rider tiba di Hentian Titiwangsa pada  jam 4 petang. Dengan cuaca yang sangat dingin, hentian ini menyajikan panorama yang sangat mempersonakan.




Perjalanan diteruskan menuju ke destinasi bilamana mereka tiba kira kiram jam 6 petang dengan perjalanan masih berbaki 120km ke Kuala Terengganu. Rider berhenti rehat hingga jam 7 malam. Perjalanan malam agak harus berhati hati, kerana ini laluan kampung yang kita sendiri tidak dapat mengagak apa yang akan muncul di depan secara tiba tiba.  


Akhirnya rider tiba di Kuala Terengganu pada jam 930 malam. Keletihan dan kepenatan terpancar di wajah. Tapi bersyukur dengan perjalanan yang diiringi cuaca cantik. Jika sepanjang perjalanan hujan turun, alamatnya semakin penat. Kesempatan di gunakan untuk makan terlebih dahulu sebelum balik ke HomeStay.


Tamat telah perjalanan untuk hari pertama. Setelah mengharungi perjalanan sejauh 700km, akhirnya tiba masa untuk melelapkan mata dan merehatkan badan. Esok perjalanan pulang, rider kan menyusuri jalanan ke Tasik kenyir dan keluar di Simpang Pulai... 

Khamis, 23 Ogos 2012

Motosikal- Keinginan VS Kemampuan.

Salam,

Apa tujuan kita membeli motosikal. Dan apa motosikal yang kita nak beli? Dulu masa aku kecik kecik, aku sering terpikir nak beli sportbike. Sebab bagi aku masa tu, hanya sportbike yang menampilkan ciri ciri sebuah superbike. Hanya ngauman yang keluar dari ekzos sportbike itu mencerminkan ciri ciri sebuah superbike.

Ditambah lagi dengan momokan dari majalah roda Roda yang aku baca setiap bulan, lantas menyemarakkan lagi semangat untuk memiliki sebuah sportbike. Pada zaman tu, hanya ada sebiji motor besar yang dipunyai oleh anak orang kaya di kampung aku. Sebuah RD350. Yang lain tak ada. Kena tunggu raya, then baru ada anak anak kampung yang bekerja di luar membawa balik motor mereka. Itupun tak sampai ke tahap superbike.

Masih aku ingat, jiran hadapan rumah aku dikunjungi oleh sahabatnya yang memakai GSX750 pada waktu tu. Owh tuhan..melihat tayarnya sahaja sudah membuat aku gerun dan begitu teruja untuk memilikinya satu hari nanti. Mendengar bunyi ngauman yang keluar dari ekzos cukup membuat dada aku bergetar.

Tapi itu cerita 30 tahun lepas. Bilamana aku meningkat dewasa dan bekerja, rupanya tak senang untuk memiliki sebuah motosikal idaman. Dengan harga yang  mencecah puluhan ribu ringgit serta kos mentenan yang terpaksa ditanggung, terpaksa membuat aku berfikir panjang. Mengeluh. Lagi kerap melenjan motor, lagi tinggi laa mentenen. Tayar, minyak hitam, servis...hmmmm lazattt!!

Bila dah berkeluarga dan mempunyai banyak komitment, lagi laa membuat aku kaget bila terpandang kepada harga jualan superbike nie. Nasib jugak Kawasaki mengeluarkan CKD untuk motor mereka. Motosikal yang AGAK mampu milik bagi mereka yang bercita cita nak memiliki motor AGAK besar sikit. Ramai yang berkeinginan sebenarnya, namun tak berkemampuan bila tengok harga superbike sekarang nie.

Jadi kesimpulannya, sebelum membeli sebuah motosikal, kita kena tanya poket dulu, kemudian tetapkan matlamat dan hala tuju. Kita nak motor untuk apa? 

Aku ada ramai member yang memiliki sportbike terkini, rupa memang mengancam dan bunyi yang cukup mempersona...tapi menolak bila diajak buat long journey sebab sakit pinggang beb..

Kegunaan Motor
Banyak duit dan sekadar untuk kegunaan hujung minggu melayan selekoh selekoh cantik di pergunungan? Genting kaa, Cameron kaa, Bukit Tinggi kaa, Fraser Hill kaa, atau Genting Press pun boleh. Banyak pilihan sportbike nie R1, R6, CBR1000,CBR600,MV F4,F3,ZX6,ZX10 dan berbagai jenis lagi laa. 


Atau inginkan motosikal yang sedikit laju dari motor yang kita guna sekarang, agar dapat sampai ke tempat kerja dengan lebih cepat? Sekarang pakai EX5-hupgrade FZ150-Hupgrade ER6..ada rezeki hupgrade yg lebih besaq.


Atau inginkan motosikal yang ekonomikal, murah malah boleh kita kudakan untuk perjalanan jauh hingga membawa kita mengembara ke negeri orang, serba boleh laa depa kata? Kalau duit tak berapa banyak, beli laa beli Bersis bang..No Regret!! hehehe. kalau da banyak duit boleh pilih DualPurpose yang lain Super Tenere ka, BMW GS ka, Aprilia Caponoid ka, Honda CrossTourer ka, Duc MultiStrada kaa, Storm kaa, Tiger kaa...etc..

Atau inginkan status yang lebih tinggi bila memilikinya? Harley Davidson, Titan etc... 

Nak nampak macho? Atau terpesona dengan reka bentuknya, ber CC besar dan boleh digunakan jalan jauh? Yang nie memang best laa...jalan jauh ibarat duduk atas sofa jaa..Gold Wing 1800, ST1300, FJR1300, GTR1400, RT1600 etc.....hehehehe.


Atau terpesona dengan bunyi yang keluar dari corong ekzos 4 Pistones berbanding dengan 2 Pistones?
Bagi yang poket nipis macam aku nie, ada sikit pihan jaa laa. 4 Pistons harga ekonomi pastinya XJ600 Diversion. Pas tu laburlaa duit sikit lagi hupgrade sistem ekzos..baru laa mengaum. Kalau pakai ekzos stock, better pakai 2 pistons.


Bagi aku yang tak mampu nie, aku nak memiliki motor yang agak sedap mata memandang dan ekonomikal. Tak manja sangat dan boleh dikudakan membawa aku ke mana mana pun waimma ke Negara luar sempadan. Bunyi tak sedap tak per..janji pikiran aku tenang, dan poket aku tak bocor. Hahahaa...

Lain laa kalau tuhan menganugerahkan aku rezeki melimpah ruah sampai tak tau nak buat apa dah..baru laa aku pikir semula nak beli motor apa. Yang pasti aku nak beli motor yang boleh bawak aku mengembara jauh, dengan bunyi yang lazat, dan mempunyai rupa paras yang hensem..Hahahaa..okay laa, dah banyak melalut laa. Motor aku pun dah siap servis. Aku chow dulu...


#Sumber gambar diambil dari kedai motor XL, Rasah, Seremban  Negeri Sembilan

Selasa, 21 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Syawal,

Sedar tak sedar, 1 Syawal sudah berlalu. Aidilfitri pun dah masuk ke hari ketiga. Aku pun dah kembali dari kampung untuk bekerja semula esok. Bagi mereka yang bercuti panjang, memang seronok bercuti dan berhari raya bersama keluarga.

Kali nie aku balik beraya bermotosikal. Balik pun sekejab ajer, petang raya kedua aku dah berada di negeri Sembilan semula. Jadilah, di hari raya dapat aku bersalaman dengan kedua orang tua aku, bersama adik beradik dan mengunjungi pusara sanak saudara yang telah tiada.

Balik ke kampung bermotosikal pada petang sebelum raya. Jalan memang jammed. Banyak kenderaan. Ditambah pula dengan keadaan jalan yang basah akibat hujan renyai. Menyiksakan. Bertolak jam 6 petang dari Senawang. Hasilnya berbuka puasa di Petronas Pekan Bera.

Juadah berbuka puasa aku..
Kalau nak dikatakan cuti, memang tak cukup. Tapi kita harus bijak mengawal perasaan dan berfikiran matang antara rezeki dan juga bersuka ria. Tapi apa yang aku suka bila balik berhari raya di kampung, aku dapat makan pelbagai jenis masakan baru. Contohnya tahun nie, aku makan lemang dengan rendang rusa dan juga rendang landak. Pherggh..terbaik!

Rusa beb...landak pun ada..
Selain dari makanan raya, apa yang aku nak ceritakan kali nie adalah mengenai sikap. Sewaktu dalam perjalanan pulang berhari raya, kereta memang banyak di jalan raya. Walaupun aku tidak menggunakan lebuhraya utama, namun jalan kampung pun tak kurang juga hebatnya.

Jalan kampung aka jalan persekutuan ini adalah jalan utama bagi mereka yang tinggal di Negeri Sembilan atau Kuala Lumpur yang ingin baik ke Muadzam, Kuantan, Temerloh ataupun Mersing. Jadi tak mustahil jalan ini boleh sesak dengan kenderaan.

Jadi bila keadaan jalan telah dipenuhi dengan kereta, kita harus berfikiran yang tak semua orang sesabar kita. jadi kita harus lebih berhati hati. Ada pemandu yang tidak bertimbang rasa akan tidak mengambil kira kita penunggang motosikal ini wujud di jalanraya. Jadi kita harus bersedia dengan lampu tinggi dan juga hon untuk mengingatkan mereka.

Selain dari tu, menggunakan laluan jalan kampung aka jalan persekutuan ini juga mengundang kita kepada bahaya yang tak terduga. Kita melihat jauh kehadapan, kelihatan jalan sangat clear, redup dengan rimbunan pepohonan getah seolah olah membentuk terowong. 

Terfikirkah anda ketika kita memecut melintasi hutan getah atau kelapa sawit dikiri kanan jalan, secara tiba tiba melintas keluar babi hutan ataupun anjing mahupun kucing? Apa yang akan jadi dengan anda walaupun anda hanya memerah throttle selaju 90km/j? Cukup mengerikan implikasinya. 

Tapi di musim perayaan ini juga, kita akan dapat menambah kenalan. Aku bertemu dengan seorang Bikers yang menunggang GTR1400 tersekat dalam kesesakan di pekan Kuala Pilah. Maklum lah GTR1400 nie kan gemuk, jadi aku yang ramping sikit nie harus membuka jalan untuk kami lalu.

Secara tak langsung, aku dapat  seorang sahabat baru walaupun kami tak sempat bertukar no telefon. Yang pasti, aku ingat plat no motornya WTC****. Kami berdua bersama sama ride melepasi kesesakan jalanraya hingga tiba di Senawang sewaktu hujan lebat.

Sahabat nie ada memberi signal mengajak aku minum sebelum kami tiba di Senawang, namun dengan keadaan jaket dan seluar yang lencun aku terpaksa menolak. Lagipun ada ker kedai yang buka pada raya kedua? Jadi jika saudara yang menunggang GTR1400 itu terbaca nukilan ini, maka haraplah dapat menghubungi saya semula.

Akhir kata, menungganglah dengan cermat sewaktu kembali ke ibu kota. Responsif dengan permukaan jalan, berhati hati, alert dengan keadaan sekeliling dan yang penting pastikan kondisi kenderaan kita dalam keadaan terbaik! Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Batin.

Layan laa gambar Kelas Menunggang Motor adik aku kat kampung nie..






Kucing pun beraya jugak..hehehe



Anak saudara aku yang semakin menginjak remaja
Dia nie copy muka aku masa kecik nie...hehehe


Rabu, 8 Ogos 2012

Ride Buka Puasa PD - Singgah Makan

Salam,

Sempena bulan Ramadhan nie memang tak ada banyak ride makan. Aktiviti terbatas, motor pun duk kat rumah jer banyak. Tak keluar. Sekali sekala tu bila dapat bersama sama berbuka puasa sekali pun okay jugak.

Agenda asal yang diprogramkan oleh Tuan Presiden Azlan Kamil adalah berbuka puasa di Bagan Lalang Selasa minggu lepas. Namun akibat masalah yang tidak dapat dielakkan, aku terpaksa tidak meng"join"kan diri. Sorry laa kengkawan, ada masalah problem tu.

So kali nie, kami berdiskussi untuk berbuka puasa di Port Dickson. Plan awalnya untuk menghadiri Buffet Ramadhan di Permaisuri Resort PD. Tapi disebabkan ramai yang tak confirm, dan confirmation  hanya tercapai sekitar jam 5 petang. So yang confirm petang tu, aku dan Paan dengan Versys GS 650 Adventure, Azlan dan mamat dengan GTR 1400, Wak dengan ER6n Super Motard dan Jamel dengan R6nya. Tapi aku cuba sedaya upaya mendapatkan tempat buffet kat Permaisuri tu, namun akhirnya hampa apabila dikhabarkan hanya ada 2 kekosongan manakala kami berenam.


Jadi apabila keputusan dibuat pada saat saat akhir, Paan mencadangkan agar kami lepak ajer kat kedai kedai makan di sekitar area PD. Kami bergerak dari Petronas Mambau sekitar jam 6.40 petang. Destinasi kami kali ini adalah Port Dickson batu 4. Lepak ajer laa kat mana mana kedai tomyam yang ada.

Sampai kat PD dalam pukul 7 petang, aku bawak diaorang lepak kat Restoran Singgah Makan. Aku pun tak pernah makan kat sini sebenarnya. Jadi trial and error ajer laa. Sampai kat sini, Mamat terus mengorder makanan dan booking meja. Nampaknya ramai jugak pelanggan petang nie, tapi masih ada meja makan yang kosong. 




En Mamat mengorder menu yang agak memberahikan jugak petang tu. Orang yang expert memang pandai nak order. Untuk pengetahun, member aku nie ada kedai makan seafood kat Bagan Lalang. So kalau korang ada event kat sana, roger aku. Nanti aku berdiskussi dengan member aku nie..hahaha.


Menu yang dipilih untuk kami petang tu adalah Siakap Sweet Sour 2 ekor, Ikan pari dan Kembong Bakar, Sup Ekor, Kailan Ikan Masin, Sotong Celup tepung, Udang Sambal petai, Kerabu Mangga, air tembikai dan beberapa menu lagi yang aku pun dah tak ingat dah.


Walaupun menu sampai agak lambat, maklum laa sebab kami pun lambat sampai tapi tidak menghampakan. Selesai makan, kami tersandar kekenyangan. Sembang sembang berbagai topik sampai tengah malam. Seronok mendengar celoteh Coach Jamel, seorang jurulatih renang di Putrajaya. Kalau korang nak belajar berenang mahupun menyelam, korang boleh contact member aku nie. Pengalaman tidak terbatas! Nanti aku arrangekan...hehehe

En Mamat

Wak Lan dan En Mamat, geng GTR
Last last bila dah kenyang, kami pun blah balik ke Senawang. Senawang memang sibuk kalau waktu malam nie Lebih lebih lagi kalau dalam bulan Ramadhan nie. Bazaar Ramadhan serta gerai menjual aneka barangan waktu malam memang menyesakkan. Aku pun tak tau dari mana diorang ni datang. Memang penuh setiap malam. Tapi memang happening laa..

Coach Jamel R6. Tiada dalam gambar Paan dan Wak ZulZamri.
Last last dalam pukul 1130 malam, kami pun bersurai. Thanks pada kengkawan yang sudi datang menjengok aku kat Senawang nie. Semoga ukhwah persahabatan ini akan berpanjangan..

Selasa, 7 Ogos 2012

Ride Iftar Murad Foundations bersama Saga Iswara Club dan Versys N9

Salam,

Sabtu lepas aku berkesempatan untuk join Majlis Iftar yang dianjurkan oleh kelab Belia Saga Iswara Negeri Sembilan. Dalam majlis ini, mereka akan meraikan anak anak yatim daripada Murad Foundations, Ampangan.

Upacara akan bermula jam 6.30 petang dengan konvoi mengiringi anak anak yatim ini ke hotel Alson Klana yang terletak tidak jauh dari sini. Konvoi akan bergerak serentak dengan konvoi kereta Saga Iswara serta mengiringi bas yang akan membawa anak anak ini ke hotel Alson Klana.

 
Aku dan jugak Fairuz bergerak seawal 5.15 petang menuju ke RV point seperti yang telah dijanjikan. Waktu aku sampai, belum ada sebiji motorpun kat sana. Musykil juga, risau risau kalau aku tersalah tempat. Lantas mencapai telefon dan mendail nombor Zaki Baber. Betul tempat RV seperti yang dijanjikan. Rupanya mereka still ada kat rumah Zaki lagi di Seremban Jaya.


Tak lama lepas tu, kelihatan beberapa biji Versys dan sebijik ER6F baru muncul di depan kawasan sekolah Vokasional Ampangan. Rupa rupanya Matt put, Yuz Rie dan jugak 2 orang lagi member. Duduk duduk sambil menyembang, kami bergerak ke depan sikit, lepak kat depan Sekolah Menengah Ampangan.

Tak lama kemudian aku nampak beberapa biji lagi Versys. Geng geng Zaki Baber, Fadley Salim, Hj Arpan dan beberapa lagi member. Bilang punya bilang motor, cukup 14 biji dan 15 peserta.




Agak lama juga menunggu sebelum kami memulakan ride singkat ini. Jalanan pada petang itu agak sibuk ketika berada di sekitar Ampangan dan juga ketika memasuki arah ke Ocean. Namun keadaan dapat di kawal.

Perjalanan kami mengiringi perjalanan anak yatim akhirnya sampai di Alsson Klana pada jam 7 petang. Kami parking motor dan bergerak masuk ke Alson Klana bersama kumpulan anak yatim serta kumpulan Belia Saga Iswara.




Majlis berbuka puasa pada malam itu agak meriah. Kami bersolat berjemaah bersama sama dengan anak anak yatim sebelum makan malam. Sesungguhnya acara seperti amat baik dijalankan untuk mengeratkan ukhwah dan berkenal dengan kawan kawan baru.

Namun aku terfikir, apakah ada upacara seperti ini yang dijalankan bersama sama orang tua, kerana bagi aku mungkin dengan cara itu akan lebih menginsafkan diri kita yang akan meniti usia tua nanti. 


Habis upacara, Zaki baber mengajak kami berTTs singkat di Zon lempeng Pisang Senawang. Sebelum itu sempat kami berkonvoi dengan melalui jalan kampung serta  melepas gian di highway LEKAS.



Satu perjalanan singkat yang menarik. Terima kasih daun keladi kepada Sha Zamani yang mengundang untuk majlis ini.

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...