NuffNang

Sabtu, 8 Ogos 2015

Senawang - Parit Jawa, Muar 300km dengan CT100

Assalamualaikum,

Dah lama sangat tak bertinta, tak panas enjin, tak merayau dan tak cari makan. Sempena dengan harga minyak petrol yang turun baru baru nie, aku dengan perasaan penuh gian nak ride telah mengutarakan satu cadangan untuk membuat satu ride singkat. Kali ni aku nak ajak sekali geng geng tempat kerja yang sering memberikan alasan tak der moto tak boleh ride untuk turut serta sekali.

Kali nie aku tak nak bawak GS adventure, GTR, Versys mahupun Elegan. Sebab semua teman seperjuangan telah mengapi apikan agar dibuat satu ride dengan cubcai. Sebenarnya, secara tak langsung, ride nie boleh dijadikan sebagai latihan kepada satu ride yang lebih jauh lagi selepas ini, dan kemungkinan melampaui border dengan motor cub. InshaAllah. Bila?? Ntah laa...hehehe.


Setelah perbincangan dibuat, dengan perasaan berapi api dan berkobar kobar sehangat bara api, kami telah membuat keputusan untuk Ride Suka Suki Cari Makan lepas Puasa ke Parit Jawa sahaja.  Kali ini aku akan menunggang menggunakan motor Modenas Ct100 kepunyaan isteri aku, untuk menyahut cabaran dari rakan rakan seperjuangan dan membuktikan bahawa tak perlu motor besar untuk membuat satu perjalanan jauh.

Dengan saiz dan ketinggian badan aku, aku telah dapat membayangkan betapa deritanya untuk aku menunggang motor secomel Ct100 itu. Namun dengan semangat dan iltizam yang ada, aku yakin aku akan mampu untuk melakukannya.

Perjalanan singkat dan boleh dibuat dalam masa satu hari. Namun di saat saat akhir, ada pula masalahnya di mana aku diminta untuk bekerja pada hari kejadian. Owhh...sungguh syahdu. Dengan semangat kesukanan yang ada, aku telah memohon agar dipermudahkan dan dibenarkan untuk bekerja separuh hari sahaja pada hari tersebut, untuk tidak menghampakan perasaan banyak pihak.


Jadi, tayargolek yang sepatutnya dirancang pada jam 8 pagi pada hari kejadian telah ditunda kepada jam 12 tengahari. Aku membayangkan kepada kehangatan untuk ride waktu tengahari, Namun perkara sebaliknya berlaku. Cuaca sangat mendung dan hujan telah turun membasahi bumi Senawang pada waktu paginya.

Seperti biasa, partner ride aku kali ini akan turut serta. Sap akan turun dari KL dan kami akan meetup di RnR Senawang. Seperti biasa Sap akan merungut menzahirkan kepada perasaan tak puas hati sebab asyik terkena jerr setiap kali ride...hehehe. Dia cakap aku nak untung ajer, sebab cari route ke Johor. Jadi dia terpaksa tambah sejam lagi untuk ride dari KL ke Senawang.

First Point meetup-RNR Senawang

Waktu nie cuaca memang nampak kelam, mendung namun belum hujan lagi. Pendek kata kalau cuaca sebegini, memang best laa kalau nak ride sampai ke Muor. So ride kali ini hanya melibatkan 6 penunggang sahaja.

Aku - Modenas Ct100
Sap - Honda Ex5
Hisham - Honda Ex5
Azri - Modenas Kriss 110
Farizal - Honda Wave 125
Rizal - Yamaha 125z

Tak lama selepas kami sampai ke RnR Senawang, Sap pun sampai dengan membawa berita hujan turun di sepanjang jalan. Okay, regu dah cukup, On The Bike!!! Keluar sahaja dari susur Senawang, kami telah disambut dengan hujan yang sangat lebat, selebat lebatnya sehingga kenderaan lain pun telah menyalakan hazard light. Wadoiii....tak sempat nak sarung baju hujan. Ada member yang baru beli baju hujan pagi tadi pun tak sempat nak pakai. hehehee...memang lencun laa jawabnya.

Aku memnag tak suka kalau ride dalam hujan, sebab bahaya. Air di atas jalan dan kenderaan yang lalu lalang akan menyukarkan pandangan. Visor pun berkabus, sebab tak ada anti fog. Namun perjalanan akan diteruskan. memandangkan minyak telah diisi semaksima mungkin semasa di Senawang, jadi kami akan terus ride sehingga ke Muar memandangkan jarak yang dekat sahaja.

Kami ride 100kmj sahaja, dan kadangkala terpaksa memperlahankan motor sehingga 60kmj sahaja. Kami golek tayar jam 12 tengahari, dan sampai ke Exit Tangkak pada jam 1.30 tengahari. Dan cuaca masih lagi hujan. Aku akui, aku memang kesejukan waktu tu. Glove kulit aku dah basah. Boot dah ditakungi air. Jaket boleh diperah. Namun semangat masih jitu dan utuh. Waktu ini, Sap lead the ride, menggunakan kepakarannya dan pengalamannya ride ke Laos dengan KLR tempohari.





Walaupun kebasahan, aksi merakam gambiran tetap berjalan. Sehingga telefon Azri mengalami masalah tak boleh nak switch ON disebabkan terkena air hujan selepas tu...Hahahah.

Bila dah sejuk, kami mengambil masa untuk qada hajat. Settle, kami terus gerak ke Muar. Waktu tu masih renyai namun tak lah lebat sangat seperti sebelumnya. Tak lama selepas tu, Rizal memberikan signal fuel dia dah hampir kering dan kami perlu berhenti untuk refuel.




Dikesempatan ini, memandangkan cuaca pun dah cantik tak hujan, aku mengambil kesempatan untuk perah jaket yang sememangnya dah kuyup. Tanggal glove dan keringkan. Yang mana merokok, ini lah masa untuk memanaskan badan. Memang sejuk...grrrr....menggeletar atas moto. Waktu nie, secara purata setiap moto akan mengisi RM5 sehingga penuh tangki.

Kami bergerak semula menuju ke destinasi menggunakan jalan dalam ke Batu Pahat. Cuaca dah tak hujan. memnag asyik menunggang santai dalam cuaca sebegini. Bagi aku, slow pace macam nie memang best untuk ride. Moto pun tak rasa tertekan sangat. Kita pun dapat menikmati suasana sekeliling yang biasanya tak tercapai dek mata ketika memecut.

Selepas beberapa ketika atas moto, kami akhirnya tiba ke destinasi. Tak ada pilihan dah masa nie memandangkan jam pun dah menunjukkan ke pukul 2 petang. Perut pun dah memang berada di tahap lapar, lebih lebih lagi selepas menempuh kesejukan. Akhirnya kami meilih Gerai Mak Pon sebagai destinasi kami untuk juadah tengahari itu.

Sap tengah fikir nak makan berapa pinggan nasi...



Ikan jenahak merah dipilih memandangkan tiada lagi pilihan lain untuk santapan. Telur dadar dan juga telur masin serta sayur dipilih untuk mengalas perut. Semuanya makan dengan penuh berselera dan bertambah. Memang kenyang kami makan tengahari tu.

Bila perut dah kenyang, kami melihat jam dah pun menghampiri ke pukul 3.30 petang. Kami bergerak balik dan bersyukur kerana hujan tidak lagi turun. Diperjalanan pulang, aku sesekali meninjau ke tepi jalan untuk melihat kiranya ada terjual mee siput yang terkenal di negeri Johor ini. 



Namun hampa, mungkin kerana hari hujan agaknya. Akhirnya sampai jua kami ke bandar Maharani, dan aku megambil route menuju ke Tanjung Emas.


We are here!!! Dari kiri Sham, Azri, Aku, Farizal dan Rizal...tiada dalam gambar Sap.


Farizal dengan Wavenya...Otai gunung nie....

Sham dengan pose menggoda...

Aku Budak Nerek dah sampai ke sini....Habaq Hang...




Bila dah habis sembang sembang sambil makan mee siput yang ada di jual di gerai berdekatan, sambil melayan rojak petis...hmmmm....layan jugak, sambil menghayati pemandangan muara Sungai Muar yang menganjur ke laut ini. Lama juga kami melepak di sini, akhirnya bila jam mengunjur ke pukul 5.30 petang, kami mengambil keputusan untuk bergerak pulang.

Masih menggunakan exit Tangkak dan kami berhenti mengisi minyak di RnR Ayer Keroh. kelajuan malar 110kmj mengikut meter motor aku...hehehe. Ct100 nie tak laju pun, tapi kelajuan bukanlah apa yang dicari. Kepuasan bermotosikal dan pengalaman ride nie yang akan bersemadi di minda.

Pukul 7.30 malam, aku geng Senawang berpisah dengan Sap yang akan meneruskan perjalanan ke Pandan Indah. Alhamdulillah, tertunai sudah ride pendek aku kali ni. Secara keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan ride ini. Dan perjalanan sejauh hampir 300km ini cukup menjimatkan dan sangat berharga. Aku telah merancang untuk membuat perjalanan yang lebih jauh selepas ini. InshaAllah akan aku kotakan. Aku nak membuktikan yang kita tidak memerlukan motor yang besar dan mahal untuk mengembara. Yang penting adalah kemahuan dan juga jati diri kita untuk mencuba. Pergilah melancong, kerana Malaysia masih bayak tempat untuk diteroka.


Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...