NuffNang

Rabu, 8 November 2017

Menerjah Alor Gajah Melaka - Kayuhan pembakar semangat

Assalamualaikum semua pembaca Aku Budak Nerek,

Setelah begitu lama tak berkayuh, kini aku kembali mempedal (ada ker perkataan nie?), mengayuh speda di jalanan. Kekangan masa yang kadang kadang tak masuk dek akal membuatkan aku penat untuk berada di atas seat post yang sememangnya tak seempuk tilam dan bantal di rumah.

Setelah kayuhan terakhir yang aku lakukan begitu lama dahulu, kini aku kembali untuk megukir kenangan kenangan dan pengalaman baru untuk membuat kayuhan touring. Begitu bersemangat apabila aku menonton dokumentari Zahariz Khuzaimah yang meneroka ke Himalaya kini, dan  juga pengalamannya berkayuh mencari cahaya Aurora Boraris yang pada aku begitu cekal jiwanya.

Ataupun membaca coretan pengalaman Kembara Memburu Hikmah, pasangan suami isteri yang berkayuh hingga ke Mekah. Ataupun jua membaca pengalaman kayuhan dari teman teman MukaBuku yang berkayuh hingga ke utara Thailand atau menelurusi seluruh pelusuk tanahair kita sendiri. Hebatnya mereka...

Kali ini aku berkayuh menggunakan basikal Cyclocross Tourer yang dibina oleh rakan kayuhan aku, Nazri Nassir. Aku mengambil sedikit semangat beliau yang pernah berkayuh solo ke serata Malaysia suatu ketika dahulu. Pengalaman beliau menyuntik semangat untuk aku kembali berpedal...Chewahh.

Sempenan kayuhan pertama kami, aku ke Tampin bertemu dengan beliau. Kayuhan pengenalan hari ni kami akan berkayuh santai memanaskan badan melalui laluan kampung di sekitar kawasan ini. Aku memang teruja untuk membuat kayuhan ini setelah lama tidak mengayuh. Tambahan pula kayuhan ini kami akan gunakan jalanan kampung yang memang tak pernah aku lalui.



Walaupun kayuhan ini tidak jauh, cukup juga untuk memanaskan badan dan membasahkan baju. Laluan berbukit ala ala manja memang mengujakan. Kayuhan touring tak perlu laju, sekadar melayan perasaan. Kalau nak laju baik aku kayuh roadie. Lagipun kondisi lutut aku dah tak megizinkan untuk aku mengayuh laju. Sekadar kayuhan ala manja jerr...


Bila kita mengayuh basikal, kita mempunyai lebih masa untuk melihat suasana persekitaran di sekeliling kita. Kadangkala apa yang kita tak pernah perasan waktu kita melalui laluan ini dengan bermotosikal atau berkereta, kita akan perasan bila kita mengayuh. 

Sebab itu Zahariz menggunakan medium berbasikal untuk mengembara. Jalan jalan sempit yang tak mampu dilalui oleh kenderaan lain, dengan berbasikal kita mampu.





Best bila kita berkayuh berdua, kita ada teman untuk bersembang. Kalau mengayuh solo, dengan sapa agaknya kita nak menyembang ya? 

Waktu menyembang macam nie lah kita boleh korek pengalaman. Nazri bercerita pengalamannya berkayuh dengan Surly suatu ketika dahulu. Dan beliau merupakan antara pengayuh terawal yang mempunyai Surly di Malaysia. Mana taknya, siap import masuk frame Surly dari oversea tu...

Namun jika akan khuatir akan kesunyian jika berkayuh solo? Jangan bimbang kerana rakyat Malaysia memang peramah. Sepanjang perjalanan kami, beberap kali kami disapa atau dihon oleh pemandu kereta atau penunggang motosikal. Jadi kayuhan anda tak akan bosan sebenarnya.


Cuaca pada hari ini sangat mengujakan. Tak sepanas seperti selalunya. Mungkin agaknya musim hujan dah kembali. Cuaca mendung dan cahaya matahari tidak seperit untuk menjamah kulit. Walaupun bermula agak lambat iaitu kira kira jam 9 pagi, melewati ke pukul 10 pagi masih tidak terasa bahangnya matahari.


Kayuhan diteruskan melalui kawasan perkampungan cina yang aku dah lupa namanya. Risau pulak aku bila nampak ada anjing lepak tepi jalan. Fobia dikejar anjing tu memang sentiasa ada bila kita mengayuh.



Kami meneruskan kayuhan hinggalah kami sampai ke Simpang Empat, Alor Gajah. Pemandangan dikiri kanan jalan sangat menarik. Kenderaan pun tak banyak, jadi kita tak akan pening kepala melayan kerenah pemandu kenderaan yang lebih besar nie.


Kami berhenti seketika untuk carbo loading. Berhenti seketika di 7 Eleven di atas bukit di Simpang Empat nie lantas membasahkan tekak dengan 100 Plus dan roti Gardenia. Kami berehat tak lama, seketika sahaja memandangkan perjalanan masih berbaki.

Kami melewati pekan Alor Gajah dan berhenti seketika di sana untuk makan tengahari. Lokasi pilihan adalah Cucur Udang Alor Gajah yang masih rangup dan panas memandangkan kami adalah pelanggan mereka yang pertama. Sempat juga aku makan nasi lemak sebungkus dan pekena dengan Milo Ais...




Nazri Nassir, seorang pengembara solo suatu masa dahulu..


Siap makan tengahari, kami berkayuh kembali ke Tampin melalui jalan jalan kampung. Indahnya pemandangan kampung melayu nie. Suasana redup di kiri kanan jalan memang mengasyikkan untuk kita berkayuh. Lupa segala masalah. Kita akan dapat menghidu bau hutan disepanjang perjalanan.


 

Aku dah lupa apa nama kampung nie. Tapi scenery sangat memukau. Dengan pemandangan rumah rumah tradisional Melaka, ada pulak lembu dan kambing menghiasi landskap di kiri dan kanan jalan. Nasib baik kayuhan tak kena kejar dengan lembu...


Kami berkayuh dan selamat sampai ke Tampin. Alhamdulillah dan prestasi yang sangat membanggakan untuk kayuhan pertama kami. Next kami akan berkayuh lebih jauh. Lebih mendaki, dan lebih hari kayuhan. 

Misi kayuhan kami berkobar kobar setelah membaca pengalaman sahabat kayuhan aku Din Bilal yang telah berjaya mengayuh hingga ke Cameron melalui Sungai Koyan. Tak senang tu, kayuhan mendaki naik selama 8 jam lebih.

Dengar cerita dia sahaja dah membuatkan aku lelah, belum lagi nak mengayuh mendaki bukit tu. Tapi best, sebab pengalaman nie kita tak akan dapat sekali masa kita beli basikal...Ianya perlu dicari dan tak tak dapat dibeli dengan wang ringgit. 

InshaAllah, aku nak buat kayuhan yang sama satu hari nanti. Aku akan jadikan angan angan ini menjadi kenyataan. Angan angan tu tinggi, cuma kederat sahaja yang kurang...hihihi.

Din Bilal - Orang kampung aku sebagai pencetus semangat.

Selasa, 11 Julai 2017

Mengimbau kembali jasa Si Merah - Modenas Elegan 150cc

Assalamualaikum,

Kenangan aku ke Taman Negara..
Aku sekarang ditugaskan untuk bekerja di luar kawasan buat sementara waktu. Lama aku termangu untuk memikirkan kenderaan yang praktikal untuk aku ulang alik dari Senawang ke Kuala Pilah. Walaupun jangkauan masa tidaklah sejauh mana, namun keadaan jalan dan kesesakan mengharungi jalanraya ini di waktu pagi membuatkan aku berfikir untuk mencari jalan alternatif.

Mengharungi perjalanan berbukit dan berlikuan merentasi kawasan kampung dengan laluan sempit dan sesak sepanjang 30km setiap hari, memungkinkan aku menambah perbelanjaan harian andainya aku mengemudi jentera 4 roda. Nak pinjam motor girlfriend aku, ternyata tidak berupaya kerana dia akan menghantar puteraku ke sekolah setiap hari. Lalu aku terpandangkan motor merah yang ternyata coversetnya sudah reput dimamah usia.

Elegan 150 aku ternyata sudah tua. Namun motor ini adalah salah satu kenderaan yang paling praktikal untuk aku tunggang. Motor ini telah banyak berjasa buat aku. Sedari menelusuri perjalanan ulang alik dari Springhill ke Senawang yang melangkau 30km sehala suatu ketika dahulu, hinggalah membawa aku menerjah seluruh pelusuk semenanjung Malaysia. Inilah jenteranya, Modenas Elegan 150cc buatan 2006.

Membuat keputusan untuk membaiki kembali motor tua ini ternyata bisa merobek poketku. Namun aku tegar kerana aku masih sayangkan jentera tua ini. Nilai sentimentalnya membuatkan aku tidak lokek untuk mengorek tabung untuk membaikinya. Ternyata sekali sudah terlalu banyak bahagian yang perlu aku baiki. Namun membiarkannya reput dan terbungkam ke tanah pastinya menunjukkan betapa aku kejam dan tidak pandai menghargai.

Kini aku membelai kembali si merah usang aku. Membelah kedinginan kabus pagi di kaki gunung Angsi hinggalah menelurusi perkampungan tradisional disepanjang jalanan. Mengimbau kembali perjalanan perjalanan yang pernah aku buat bersama si Merah ini. 

Ternyata si Merah ini masih utuh dan mampu membuatkan aku tersenyum sendirian walaupun banyak sekali bahagian tubuh badannya yang aku terpaksa ikat dengan menggunakan cable tied. Ya, dia sudah tua, kudratnya tidak sehebat ketika dia berada di usia muda dahulu. Sedar tak sedar, usia aku pun telah menginjak 11 tahun lebih tua berbanding ketika aku mula mula menunggang si Merah ini.

InshaAllah andainya diberikan ruang waktu dan kesempatan, aku ingin menunggang kembali jentera ini mengembara seperti dahulu. Biarlah diketawakan orang, namun hanya aku yang tahu nikmatnya menunggang jentera ini....







Ahad, 21 Mei 2017

Menerjah Utara Thailand - 1000 corners, Mae Hong Soon, Golden Triangle: Coretan pengalaman sahabatku Nasec Rahmat

Assalamualaikum,

Pahabaq semua? Belum sempat panas coretan aku pasal sahabat aku Nasec Rahmat pi ride ke Medan, aku dikejutkan lagi dengan gambaq gambaq dari whatsapp dia yang membuat aku panaih hati.

Mana taknya...gambar gambar yang dihantar kepadaku menunjukkan tempat igauan semua pencinta pengembaraan bermotosikal, 1000 corners. Aku sekadar menyimpan hasrat dan cita cita laa nak pergi ke sini, membaca dari pengalaman orang lain yang dah sampai. 



Memang ramai yang dah sampai dan ianya tak mustahil sekalipun kalau pergi dengan basikal. Kalau kita baca dari group FB Adventure Touring, memang dah ramai yang menjejakkan kaki ke sini walaupun hanya dengan bermotosikal cub. Namun cara pengembaraan sedemikian mengambil masa yang lama. Tujuan memang sama cuma cara yang berbeza.

Sahabat aku Nasec bersama dengan sahabat kami Anuar Bravo telah mengambil pendekatan yang berbeza untu ke sana. Bagi aku ini adalah salah satu cara yang terbaik untuk ke 1000 corners dan mengembara ke utara Thailand tanpa menggunakan masa perjalanan yang panjang. 

Cuma bezanya anda tak dapat laa nak bergambar dengan jentera kesayangan milik anda di sana. Namun anda masih tetap akan sampai ke sana. Pasai tak semua kita nie bisnes sendiri, bagi yang makan gaji agak susah jugak laa nak dapatkan cuti panjang panjang nie.

Disebabkan depa semua nie dok kat Penang, so senang laa depa terus cargass pi HatYai dan ambik flight dari sana. Sempadan border dekat jaa.

Hari Pertama

Aku pun tak tau kenapa depa ambik flight dari HatYai. Kemungkinan besar sebab tak ada direct flight ke Chiang Mai dari Penang kot. So diaorang travel dari Penang terus ke Hat Yai, bermalam di sana satu malam dan keesokan harinya mengambil flight ke Chiang Mai dari Airport in Khlong La, Thailand menuju ke Chiang Mai International Airport. Aeropuerto Internacional de Chiang Mai.

Tiket penerbangan hanya Thb300 sahaja dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kalau kita menggunakan jalan darat, kita terpaksa menempuhi sejauh 1630km lebih kurang hanya perjalanan dari Hatyai airport ke ChiangMai airport. Kalau dari Senawang, aku kena tambah lagi 609km ke HatYai. Pherghh...Untungnya sapa dok utara. Tapi kalau dah dok ataih moto, mana terasa berapa km pun...Its not about the distance, its about the journey kan...chewahh.

Sampai di Chiang Mai, depa troih pi collect mutur. Depa sewa skuter Honda Forza 300cc. Kat Malaysia tak dak kot skuter nie, macam tak pernah nampak pulak. Kadar sewa berapa nanti aku update kemudian, pasai tak dapat info. Lagipun depa laa nie still dok kat sana, tak dapat aku nak sembang panjang.


Ini dah nampak sama besaq mcm GTR hang jaa Nasec...




Lepas ambik moto, depa terus ride untuk keluar dari Chiang Mai menuju ke Laluan Beribu Selekoh. Kepakaran memang ada laa, sebab berjaya keluar dari situ tanpa sesat menuju ke Mae Hong Soon. Permulaan perjalanan akan melalui laluan laluan kampung dengan melayan selekoh selekoh dan jalanan yang mantap. Depa cakap tak lari laju pun, melayan selekoh secara santai. Rugi laa kalau dah pi tempat orang tapi nak layan selekoh macam layan kat kampung sendiri. Baik pi Sepang Circuit jaa kalau nak layan selekoh kan...Hihihi

Perjalanan memang disajikan dengan pemandangan yang sangat menarik. Gunung ganang dan lurah serta pemandangan yang menarik. Dalam perjalanan, depa stop untuk makan tengahari kat kedai makanan muslim.

Selepas mengharungi lebih kurang 625 selekoh, perjalanan dalam 134km, depa sampai kat Pai. Pai ni pekan kecik, tapi ramai orang singgah sini. Mungkin agaknya time depa pi tu bukan peak season, so tak berapa ramai pelancong sangat.  Depa cakap Pai nie macam Cameron Highlands la. Ada ladang strawberi. Aku tanya sejuk ka kat sana, Nasec habaq tak sejuk pun....Nak sembang panjang memang dia tak layan laa, pasai dia banyak masa ataih mutur jaa.

Lepas tu depa sempat singgah di Memorial Bridge kat pintu masuk Pai. Jambatan ni aku ingatkan kat Kanchanaburi mula mula dia hantaq gambaq tu. Tapi salah, dia bagitahu kat Pai. Jambatan nie merupakan salah satu tarikan pelancongan kat sini.




So malam tu, depa memang tidoq kat Pai. Sebab depa nak menghayati keindahan dan pemandangan menarik kat sana. So tak perlu nak rushing rushing.



 

Hari Kedua

Perjalanan hari kedua diteruskan menuju ke Mae Hong Soon. Perjalanan yang mengharungi pemandangan yang lebih cantik serta jalanan yang lebih bersih, selekoh yang lebih enak. Layan punya layan, sampai juga depa kat MHS. Sebab depa akan bermalam kat sini untuk satu malam lagi, so masa agak terluang dan depa boleh pi jalan jalan. 

Perjalanan dari Pai ke MHS tak jauh pun Nasec kata, dalam 3 jam dah sampai. Tu tara naik skuter, jimat minyak dan selambak doq jaa naik bukit.

Perkara pertama yang kena buat bila dah sampai MHS, mesti laa kena pi ambik sijil dulu. Yang menandakan hangpa dah khatam dan pernah sampai kat sini. Bukan pi ambik sebenaqnya, tapi kena pi beli...Hahaha.Sijil nie penting laa, menandakan hangpa adalah seorang bikers sejati. Nanti boleh pi mintak kerja dan bawak sijil nie sekali.

Kemudian, alang alang dah sampai sini, tempat wajib yang nak kena singgah konpom laa Long Neck Village. Ataupun perkampungan leher panjang. kalau kat Malaysia, mana nak dapat tengok. Leher angsa ada laa panjang kan..

Perkampungan nie terletak kira kira 20 km juga dari Mae Hong Son.Hangpa kena naik bot merentasi sungai. Paling panjang leher kat sini ada dalam sekaki. tu dia aihh....payah gak nak dapat leher panjang macam tu.





 Balik semula ke Mae Hong Son dan bermalam kat sana. Malam nie depa tidoq kat Piya Guesthouse, Mae Hong Son dalam RM70 satu malam duit kita. Industri pelancongan kat Telen memang berjaya, pasai hotel depa murah murah dan cantik. Tak macam sebilangan hotel kita, dah laa mahal, pastu tahap kemasan dan kebersihan tak berapa nak ada.


Bab makan, depa bawak makanan Brahim. Senang nak dapat makanan halal. Tak pening pening...

 



Malam nak keluaq pi cari makan ada sikit susah laa. Ada satu kedai jaa yang depa jumpa kat tepi masjid tu. Tu pasai laa pentingnya hangpa nak kena bawak bekal makanan halal dari sini. Nanti kalau tak jumpa port makan, kebulur laa korang. Waktu malam kat MHS tak happening pun macam kat tempat lain di Thailand nie. Mungkin low season sekarang nie kot.


Hari Ketiga

Hari ketiga nie depa dah gerak turun semula ke Chiang Mai. Aku tanya apa yang menarik kat sana?Nasec bagitau buah banyak laa, lychee fresh dan murah. Tapi durian mahai dia cakap.


  
Waktu turun dah kena hujan Thailand daa....Depa cakap punya laa sejuk...Hahaha. Ketaq woo ataih mutur, dah laa pakai short jaa.

 


 Hari Keempat

Hari nie depa plan nak ke Golden Triangle. Rugi laa kalau dah sampai sini tapi tak pergi sini. Aku tanya depa tak naik bot pergi cross border ka? Nasec bagitau tak leh, pasai passport tak dak kat tangan depa, kedai mutu simpan. Adoii....terlepas laa peluang. Tak paa laa, mungkin next trip depa buat boleh pi sampai Laos pulak.





 Hari Kelima

Ini adalah hari terakhir depa kat sini dan akan menaiki kapal terbang untuk kembali ke Hat Yai dan pulang ke Penang. Memandangkan waktu aku tulis cerita nie, depa still kat sana, jadi tak dak laa gambaq gambaq lagi yang Nasec kirim kat aku.

Cuma malam tadi dia ada call aku, bagitau Bravo Discovery nak buat trip ke sini lagi dalam bulan 8 tahun nie. So sapa sapa yang berminat nak join, boleh laa roger aku. Nanti aku suruh depa contact hang. Setakat catatan nie ditulis, Nasec bagitau sorang depa caj RM1250 sahaja termasuk sewa mutur, penginapan dan flight ticket. Detail nanti aku bagitau dalam next catatan.

Jangan risau, pasai trip depa buat sangat murah dan berbaloi. Abg Anuar Bravo tu sering ride keluar negara, dah sampai ke Jepun dan Europe pun, so pengalaman ride dia memang banyak. Apa apa pun, keluarlah mengembara. Cargasss.....

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...