NuffNang

Ahad, 30 Oktober 2011

Muzium Perang, Batu Maung Pulau Pinang

Salam,

Semalam aku ada tulis pasal kubu perang kat jalan area Kota Tinggi-Mersing. Aku teringat ada satu lagi tempat yang aku pernah lawat kat Pulau Pinang. Muzium Perang Pulau Pinang yang terletak di area Batu Maung.

Rombongan dari Negeri Sembilan datang melawat Muzium Perang Pulau Pinang
Memang best tempat nie, tak caya pergi sendiri
Bagi sesiapa yang tak berkesempatan untuk pergi dan tengok terowong bawah tanah kat Vietnam tu, aku rasa berbaloi jugak kalau datang ke Penang dan lawat tempat nie. Sebab kat Muzium Perang  nie pun ada juga terowong bawah tanah yang dibina unuk tujuan pertahanan pada  masa tu. 

Sebagai info, ada tiga terowong utama kat atas bukit tu, tapi dua dah ditutup atas sebab sebab keselamatan kot. Hanya satu jer yang dibuka kepada pengunjung masa tu. Sekarang aku tak tau laa. Khabarnya ada satu terowong yang menghala terus ke laut, tapi yang tu dah ditutup. Terowong yang nie digunakan oleh tentera British untuk melarikan diri ke Singapura ketika tentera Jepun menyerang.
Tapak bekas meriam
Gambar asal meriam masa tu
Bayaran masuk adalah RM 20 untuk dewasa. Korang datang lah sini, melawat muzium perang yang terbesar kat Asia Tenggara nie. Dibina pada tahun 1930 dan start digunakan untuk operasi ketenteraan pada tahun 1939.

Pada tahun 1942 kubu nie jatuh ke tangan Jepun selepas kekalahan pihak British. Sempat jugaklah pihak Jepun konquer tempat nie dalam 2.5 tahun sebelum Jepun kalah kepada tentera perikatan pada tahun 1945. Lepas dari tu, kawasan nie terbiar sepi.

Keluasan sebenar kawasan nie adalah 8 hektar yang merangkumi 29 tempat menarik untuk dilawati termasuk struktur kubu-kubu tempat perlindungan tentera, lubang perigi, klinik, open teater room, menara tinjau, 20 port menembak, 12 berek askar (kat bahagian belakang tu), penjara, dapur, bilik rehat, penjana elektrik dan beberapa tempat menarik lagi.

Aku pernah terbaca adanya unsur unsur mistik di tempat nie yang akan menambahkan lagi unsur-unsur suspen sepanjang lawatan anda. Tapi jangan lah risau, datang melawat waktu siang jer, nak takut buat apa..hahaha. 

Korang perlu tahu, tempat nie dulu berlakunya penyeksaan dan pembunuhan. Selepas 60 tahun tempat nie terbiar, maka bermulalah usaha membaik pulih tempat nie untuk dijadikan muzium dan tatapan orang ramai. Maka bertempiaranlah haiwan liar yang dulunya mendiami tempat nie mencari port baru.

Bukannya mistik sangat pun, tapi anda akan melawat tempat kejadian asal dimana tahanan dipancung, diseksa, dipenjara. So memang meremang jugak bulu roma bila berada di tempat nie bila tengok gambar-gambar lama asal kat sini. Ada sesetengah tempat yang masih mengekalkan cat hijau asal semasa pemerintahan Jepun masa dulu.

Kalau setakat nak tengok serpihan pinggan mangkuk asal yang digunakan dulu pun masih ada lagi. Periuk, kuali dan juga alatan untuk penyeksaan.

"Muzium Perang ini yang terletak di Batu Maung merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Pulau Pinang. Muzium Perang ini seluas 20 ekar memiliki pelbagai perkakasan dan barangan bersejarah berkait dengan tentera British dan sekutunya semasa Perang Dunia Kedua.

Ia menampilkan tempat kediaman tentera British yang biasa dilihat semasa Perang Dunia Kedua. Barang-barang ini ditempatkan di beberapa tempat di atas dan di bawah peninggalan kubu lama British. Pelancong boleh menjelajah melalui berek tentera, rumah masak lama, bilik tahanan, terowong, dan liang pengudaraan."

Pergilah melawat, hangpa takkan regret punya..

Sabtu, 29 Oktober 2011

Kubu Jepun laluan Mersing-Kota Tinggi?

Salam,

Dulu ingat tak aku pernah tempek gambar kubu di laluan Mersing-Kota Tinggi masa ride aku mengelilingi Malaysia? Kubu nie masih menjadi tanda tanya buat aku, sejak dari zaman aku lalu dengan kereta sampailah sekarang nie. Bila aku ada masa sikit, aku pun cubalah cari sedikit sebanyak info untuk aku kongsi bersama dengan korang.

Kubu apakah ini?

Ada banyak jugak kubu nie tepi jalan. Yang pentingnya kedudukan kubu ini adalah berada di tempat strategik te tepi jalan raya, ataupun tepi hutan nie. Tapi kalau diselidik, katanya terdapat banyak lagi kubu seumpamanya yang berada di dalam kawasan hutan nie. Mengapa tetiba tempat nie ajer yang ada kubu, walhal tempat lain tak der? Itu lah misteri yang kita nak rungkai pada hari ini..hehehe.

Mengikut cerita, kubu nie sebenarnya di bina oleh Pihak British semasa zaman dulu untuk menyekat kemaaran tentera Jepun. Sebenarnya banyak lagi kubu kubu yang dibina oleh pihak British untuk menyekat kemaraan tentera Jepun semasa perang dunia kedua di dalam daerah Kota Tinggi nie. Tujuan pembinaannya tak lain dan tak bukan, adalah untuk menyekat kemaraan tentera Jepun waktu tu.

Mesti banyak kesan tembakan yang terdapat kat kubu nie agaknya. Aku jugak pernah terbaca yang mereka jumpa senjata berupa senapang lama tertanam di tepi jalan kawasan Mersing-Kota Tinggi nie.

Namun, berhati-hari apabila melalui laluan ini. Kerana dikhabarkan banyak kemalangan maut yang berlaku di kawasan ini. Pemanduan yang laju dilaluan lurus ini terbabas hingga menghentam kubu yang berada betul-betul ditepi jalan ini hingga mengakibatkan maut. Dan diceritakan banyak kejadian aneh dan misteri yang berlaku di laluan ini diwaktu malam. Wallahulam.

Terlanjur bercerita tentang kubu nie, aku bagitahu jugak laa perihal kubu-kubu lain yang terdapat di sekitar kawasan nie. Disebabkan kawasan nie berlaku peperangan antara tentera British dan Jepun, maka banyak lagi kubu-kubu yang dibina sebenarnya.

Ada juga kubu yang dibina dengan rangkaian terowong-terowong bawah tanah di kawasan Tanjung Pengelih, Pengerang. Tapi kubu yang dibina dikawasan seluas 2.4 hektar di kawasan bukit menghadap ke laut  nie tak sempat digunakan.

Jangkaan tentera British pada waktu itu bahawa serangan Jepun melalui laut dari Pulau Singapura meleset. Tentera Jepun telah menyerang melalui utara pada waktu itu menyebabkan kubu ini tidak digunakan. Tapi ada juga yang dah tersalah tafsir, dia orang bagitahu bahawa kubu nie adalah kubu Jepun pulak.

Layan gambiran yang aku cedok dari portal sejarah dan pelancongan Penggerang nie.

Pintu masuk terletak atas bukit

Tempat nak menembak
Mungkin satu hari nanti, aku nak rancang ride ke tempat tinggalan sejarah cam nie lah..mesti ada unsur-unsur suspen dan meremang bulu roma punya..sapa nak ikut?

Rabu, 26 Oktober 2011

Bukit Bunga dan Gunung Reng, Jeli Kelantan

Salam,

Semasa sembang-sembang dengan member member lepas balik ride, baru aku tahu rupanya Bukit Bunga nie adalah salah satu pintu masuk ke sempadan jugak. Masa kitaorang sampai kat sini hari tu, langit macam nak hujan. So aku just berhenti basuh muka jer kat Petronas Bukit Bunga tu. 

Memang perasan jugak deretan kedai yang jual barangan Siam nie, tapi sebab less info aku tak berhenti pun. Nampaknya lain kali kalau datang lagi, memang nak kena spend masa sehari kat Kelantan. Biasanya, kalau kedai jual barangan Siam nie, semua nya sama jer. Baik kat Wang Kelian, Padang Besar, Bukit Kayu Hitam, Rantau Panjang. Tak tau lah pulak kalau kat sini agak menarik.

Sedikit info dari Portal Rasmi Majlis Daerah Tanah Merah.

"Terletak di Tepi Lebuh Raya Utama Timur Barat yang menghubungkan Negeri Kelantan Dan Perak. Bukit Bunga juga bersempadan dengan Negara Thailand. Pusat Membeli Belah Bukit Bunga, Tanah Merah telah dimajukan oleh ketua jajahan Tanah Merah dengan kerjasama KESEDAR dan lain-lain jabatan kerajaan.

Terdapat banyak gerai-gerai yang menawarkan barangan tempatan dan barangan import terutama dari Negara Thailand dengan harga yang murah. Selain daripada itu, terdapat gerai makan,minuman, dan buah-buahan. Lain-lain kemudahan yang terdapat di sini ialah Tandas Awam, Masjid, Wakaf, Bank, Balai Polis, Pejabat Pos dan Tempat Letak Kereta."

Dan dengarnya sebelum sampai area sini, perjalanan akan melalui Gunung Reng yang terkenal jugak kat Kelantan nie. Tu pun tak tahu jugak. Lepas google, baru tahu kat sini.



Gunung Reng, Jeli

"Tapak Gunung Reng ini asalnya sebuah Kampung bernama Kampung Tala yang dibuka oleh Tok Tadoh keturunan Pulang Hari dari Jawa kira-kira 1,400 tahun dahulu. Kononnya, Ketua Kampung Tala telah mengadakan kenduri besar-besaran tujuh hari tujuh malam, cukup dengan berbagai jenis permainan.

Setelah sampai hari ketujuh semua jenis permainan telah dilangsungkan. Untuk upacara penutup, mereka telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menyediakan pertandingan memperlaga anjing dan kucing di atas bumbung rumah.

Pada waktu Zohor kedua-dua binatang ini dilagakan di atas bumbung rumah, semasa binatang itu sedang berlaga, berlaku ribut dan taufan berserta hujan yang sangat lebat. Dalam keadaan ribut taufan, seorang perempuan tua bersama dengan seorang cucunya berlari ke kampung yang berhampiran bernama Kampung Gantung untuk mengangkut padi yang dijemur. Setelah selesai memunggah padi yang dijemur, ribut taufan berserta hujan pun berhenti.

Perempuan tua tersebut pergi semula ke Kampung Tala, alangkah terperanjatnya apabila perempuan itu melihat Kampung tala telah ditutup oleh sebuah gunung yang besar dengan melenyapkan Kampung Tala sama sekali.


Gunung yang menutupi Kampung Tala itu dikatakan asalnya terletak di hulu Sungai Reng, kira-kira tiga hari dua malam perjalanan iaitu di sempadan Kelantan/Perak.

Tempat asal gunung ini telah menjadi kolam. Daripada nama sungai ini maka gunung ini dinamakan Gunung Reng. Gunung Reng mempunyai gua-gua yang bercorak bilik-bilik seperti Gua Bedak, Gua Payong, Gua Kaca, Gua Rimau dan Gua Batak. Melalui pintu besar Gunung Reng ini ialah Gua Payong, boleh masuk melalui lorong dalam gua ke bilik-bilik serta ke anjung sehingga ke puncak Gunung Reng."

Next time leer tuu..boleh singgah.!

Isnin, 24 Oktober 2011

Tahniah Zulfahmi, Takziah Marco Simoncelli

Salam,

Aku tak berkesempatan pergi SIC semalam sebab kerja. Masa makan malam pukul lapan tu, terkejut jugak bila tengok Bulletin Utama yang race MotoGP dibatalkan. Sebab dibatalkan adalah kerana kemalangan maut yang melibatkan Marco Simoncelli pada lap kedua. Beliau telah dilanggar oleh Rossi dan Edward.

Bila tengok semula video kemalangan nie, memang dashyat. Maklumlah motor GP punya kelajuan bukannya slow-slow. Mungkin rider maut ditempat kejadian kot.

Tapi bila membaca review dalam website tempatan, mungkin berlaku kesilapan dari pihak SIC yang tidak mengumumkan bahawa perlumbaan dibatalkan. Para penonton terpinga pinga dan menanti samaada perlumbaan akan diteruskan. Dan mereka pun tak tahu bahawa terdapat kematian dalam trek. Hasilnya, berlonggok botol-botol yang dibuang ke dalam litar.

Layan gambiran yang dicedok dari Malaysianbikers nie..



Sebab tak dapat info yang lengkap, inilah hasilnya.

Bagi aku, kat pintu masuk pun dah tertulis Motorsports is Dangerous. Memang sukan nie berisiko tinggi leer tuu. Sedangkan dalam trek MotoGP pun boleh meninggal kalau terjatuh, buat aku terpikir apa akan jadi kalau kita jatuh kat jalan biasa tanpa perlindungan sewajarnya..aduyaii.

Last but not least, Tahniah pada Zulfahmi yang berjaya menempatkan diri pada kedudukan ke tujuh. Bila dah dapat kedudukan macam nie pun, ada lagi yang komen dan tak puas hati ZulFahmi tak bagi respon pada lambaian penonton kat pit. Hmm, entahlah..orang kita memang senang "touching" kot. Mungkin betul jugak, sebab penonton tempatan pun turut suka nak berkongsi kejayaan pada anak tempatan. kalau tak kita, siapa lagi?

Ahad, 23 Oktober 2011

Perbelanjaan mengelilingi Semenanjung bermotosikal




Salam,

Sebanarnya aku tak punyai cukup masa kebelakangan ini untuk update blog nie. Tapi aku ambik sikit masa untuk senaraikan jumlah perbelajaan yang aku ambik untuk perjalanan selama tiga hari tersebut. Jadi anda tak perlu takut untuk keluar berjalan-jalan, sebab dengan motor anda tak perlu untuk bayar tol.

Perbelanjaan Petrol

Hari Pertama
10 Oktober 2011

Shell Seremban Jaya, N. Sembilan RM 28
Petronas Sg Perak, Perak RM 23
Caltex Gurun, Kedah RM 10

Hari Kedua
11 Oktober 2011

Esso Butterworth, Penang RM 16.80
Caltex Gurney Drive, Penang RM 20
Caltex Jeli, Kelantan RM 15
Caltex Penarek, Terengganu RM 15
Petronas Dungun, Terengganu RM 20

Hari Ketiga
12 Oktober 2011

Petronas Pekan, Pahang RM 15
Petronas Taman Desa Cemerlang, Johor RM 23

Penginapan
RM 30 seorang. RM 150/5
RM 90 TM Resort Tanjung Bungah (staff price)
RM 60 TM Banglo Cherating (staff price)

Makan
Laksa Kuala Perlis, Perlis RM6
Nasi Kandar Line Clear, Penang RM 10
Pasembor, Penang RM 5
Nasi Kandar Beratur, Penang RM 10
Nasi Pattaya, Dungun RM 6
Nasi Dagang, Nasi minyak RM 10
Satar RM 5
Mee goreng Kg Melayu RM 6
Roti dan juga air, Red Bull RM 10

Tapau
Murtabak Kg Melayu RM20
Jeruk Penang RM 10
Keropok Lekor+kering RM 15

Jumlah perbelanjaan sebenar:
Petrol RM 185.20
Penginapan RM 30
Makan RM 68
Etc RM 45
Jumlah keseluruhan: RM 328.20

Jumlah keseluruhan tu tak banyak jika dibandingkan dengan pengalaman pengembaraan selama 3 hari tu. Perbelanjaan paling banyak pada petrol, makanan tak berapa sangat sebab kami banyak atas motor dan kurang makan. 

Namun jika anda berhajat untuk menambahkan jumlah keseluruhan hari perjalanan, jumlah perbelanjaan untuk makanan dan penginapan pasti bertambah. Jumlah perbelanjaan untuk petrol adalah sama.

Rabu, 19 Oktober 2011

Malaysia Tour -12 Oktober 2011 Last Day Cherating-JB-KL



Salam,

0900am
Cherating

Hari nie adalah hari terakhir dalam ride Jelajah Semenanjung Malaysia. Aku terjaga lambat sikit dari tidur hari nie. Plan nak gerak seawal lapan pagi. Tapi memandangkan kami kena pulangkan kunci tu pada jam 8.30 pagi, maka kami drag masa bertolak ke pukul 9 pagi. So kami ada masa extra pagi tu, siap Syafri dan Paish sempat basuh motor lagi. Kami pun sempat lah nak jemur jacket yang lembab dek hujan semalam.
Menjemur pakaian tepi kolam
Tak der tripod..lupa nak bawak

Motor yang turut serta

Motor bersama tuan punya motor
Habis upacara gambiran dan memulangkan kunci rumah, kami pun gerak keluar dari perkarangan banglo nie. Niat nak isi minyak jer kat Petronas sebelah TM tu, mana tahu tiba tiba aku ternampak pulak menu pagi kat restoran sebelah stesen minyak tu. 

Memandangkan semalam aku dah terlepas peluang nak makan nasik dagang kat Terengganu, maka peluang yang ada pagi nie tak boleh nak dilepaskan.
semer ader..nasik dagang, nasik minyok, aye bakor..
Kami berhenti makan, dan makan sepuas puasnya. Rata rata antara kami memang membalas dendam dengan makan dua pinggan sorang. aku makan sepinggan nasik dagang dan jugak sepinggan nasik minyak dengan gulai kawah. Azri makan dua pinggan nasik minyak, Syafri makan nasik dagang dan juga ayam bakar, Paish makan nasik dagang dan nasik minyak. Huih..memang operasi membalas dendam nie..

Selesai upacara makan pagi tu, kami pergi mengisi minyak di stesen minyak bersebelahan. Selesai upacara mengisi minyak tu, terdapat lagi sedikit upacara gambiran. Uisshh, memang support Petronas kitaorang nie. Sebab setiap stesen minyak diaorang nie ada papan tanda nama tempat..hehehe, tu yang best tu..!

Aku bercadang nak beli keropok sikit buat oleh-oleh. Tapi aku tengok kedai jual keropok banyak yang tutup lagi. Aku pun malas nak masuk ke area Balok dan Baserah. Jadi, kalau tak der rezeki, aku nak beli kat area Tanjung Lumpur jer nanti.

Perjalanan menuju ke Pekan pagi nie agak sibuk dengn kenderaan. Aku pun tak tau datang dari mana kenderaan nie semua. Nak cakap baru nak masuk kerja, dah pukul 10 pagi dah. Aku mengambil keputusan untuk menggunakan laluan luar yang tidak memerlukan kami memasuki Kuantan ataupun Balok. 

Takut tersangkut dengan kesesakan lalulintas yang akan melambatkan perjalanan kami. Kalau kat area JB, Lebuhraya Pasir Gudang dikatakan sibuk, kat Kuantan nie jalan nie boleh diibaratkan seperti LebuhRaya Pasir Gudang. Sibuk dengan lori kontena.

Mula memasuki bandar Pekan
Bila dah sampai kat bandar Kuantan, kami mengambil susur keluar menuju ke Pekan. Malangnya susur nie tidak menghubungkan kami kepada Tanjung Lumpur. Jadi aku tak ada peluang nak beli keropok leer. Tapi aku tahu, aku still boleh beli keropok kat Mersing nanti.

1310pm
Pekan Bandar Diraja

Bila dah masuk ke bandar Pekan, kami bertemu dengan satu sekatan jalanraya. Satu cerita yang best nya ialah bila Pegawai Polis Traffic yang menahan kami sempat bersembang tentang tujuan ride kami. Dan beliau menyatakan apa yang kami lakukan adalah satu usaha yang bagus dan mengucapkan Selamat Jalan kepada kami.
Di depan perkarangan TNB Pekan
Kami melepasi sekatan jalanraya tersebut tanpa masalah. Meneruskan perjalanan hingga kami bertemu dengan satu lagi sekatan jalanraya. Terkejut jugak bila banyak sangat sekatan jalanraya kat Pekan nie, tapi rupanya polis yang menahan kami adalah polis yang sama menahan kami sebelumnya. Jadi kami dilepaskan tanpa sebarang soal dan beliau meminta maaf.

Kami berhenti untuk mengisi minyak di salah sebuah stesen Petronas di Pekan, Bandar DiRaja ini. Cuaca panas terik dan kami menjangkakan cuaca begini akan mengiringi kami hingga kami sampai ke Mersing.

Ini adalah kerana kami akan menyusuri perjalanan tepi pantai sepanjang perjalanan menuju ke Rompin dan Mersing ini.
Bandar Diraja Pekan
Tiada perkara menarik yang dapat diceritakan sepanjang perjalanan kami dari Pekan ke Mersing ini. Sebelum sampai ke Nenasi, kami melalui kawasan ternakan belut yang luas. Sekali pandang seolah-olah ianya kolam udang. Selain dari tu, kawasan itu dipenuhi dengan hutan dan kadangkala diselangi dengan penempatan. Kami menyusuri laluan kampung orang asli sebelum sampai ke Rompin.

laluan ke Kuala Rompin, Mersing dan Johor Bahru
Sebelum sampai ke Kuala Rompin, kami berhenti untuk refueling sekali lagi di Petronas Telok Gading. Cuaca yang sangat panas memaksa kami untuk berhenti dan berehat seketika. Kami sempat minum beberapa botol air mineral untuk menggantikan air di badan yang telah di hidrate.

Sebenarnya aku memandang-mandang juga kalau ada kedai yang menawarkan udang galah fresh kat sini. Maklumlah Rompin kan terkenal dengan udang galah nya. Tapi aku terperasan hanya satu kedai ajer, tu pun nampak signboard jer. Tak nampak udang pun. Mungkin lain kali boleh datang cari kot.


Panasnya cuaca di Telok Gading
Kami melepasi jeti Tanjung Gemuk, jeti ke Pulau Tioman. Tak der semangat nak berhenti memandangkan cuaca yang sangat panas. Namun hanya beberapa meter dari jeti tersebut, kami terpandang satu tempat yang memang tak boleh kami nak lepaskan untuk berhenti. Sempadan antara negeri Pahang dan juga Johor.
Sempadan Johor / Pahang
Kami memang tak melepaskan peluang untuk bergambar di sempadan negeri Pahang dan juga Johor ini. Kepanasan matahari yang tegak di atas ubun ubun kepala sudah tidak dirasakan lagi. Semengat memasuki Tanah Johor ini mengatasi segalanya.

1530pm 
Mersing

Kami berhenti di Mersing tepat jam 3.30 petang. Aku membawa mereka menghala ke kawasan pantai Mersing. Sebagai info, Mersing suatu ketika dahulu pernah menggemparkan masyarakat Malaysia apabila mereka terjumpa emas di tepi pantai. Usaha mencarigali emas ditepian pamtai pada ketika itu sangat menggalakkan.

Kami berhenti di kedai keropok lekor kerana aku membungkus keropok sosej buatan Mersing ini. Aku bertanya rahsia dan kelebihan keropok Mersing juka dibandingkan dengan keropok dari pantai timur semenanjung. 

Makcik tersebut memberitahu bahawa tidak terdapat kelebihan, tetapi ramai pelancong dari negeri Terengganu sendiri akan membeli keropok buatan Mersing ini untuk di bawa balik sebagai oleh-oleh.
Azri dengan sata Mersing
Memandangkan kami tak sempat menjamah satar pada hari sebelumnya di Kelantan atau Terengganu, kesempatan untuk makan satar di Mersing tak akan dilepaskan.

Kami singgah di gerai menjual satar di tepi jalan tersebut. Nasib kami agak baik kerana gerai tersebut baru sahaja buka dan masih tidak ramai pengunjung. Jika tidak, sudah tentu kami mengalami kesukaran untuk duduk dan makan satar di situ.
Satar mok cik sedap, buat dari ikang parang
Sebagai membalas dendam tidak dapat makan satar di negeri Terengganu, kami makan satar sepuasnya di Mersing. Rasa satar yang mak cik nie buat saling tak tumpah dengan rasa satar original daripada Terengganu.

Memang ler, sebab makcik nie berasal dari negeri Terengganu. Dan kebanyakan penduduk di sekitar ini mungkin berasal dari sana, dialek percakapan mereka sudah menjerumus ke arah Terengganu.
Satar Ikan Parang
Satar ini dijual dengan harga 4 untuk RM 2. Memang berbaloi kerana rasanya yang sedap adan juga tidak gatal. Resepi satar ikan parang memang satu resepi yang original dan sedap.
Mencuba teknik membakar satar

Kebolehan terpendam

Dah sebijik macam penjual satar dah..
Petang tu kami makan satar dengan cendol. Sempat jugak menghabiskan dua pinggan keropok lekor yang digoreng panas.

Rasanya tak der lah kempunan kami nak makan keropok lekor kat Terengganu, sebab keenakan satar dan keropok lekor kat Mersing nie pun boleh mengalahkan keenakan keropok lekor dari Terengganu. Memandangkan waktu dah dekat ke pukul
Sebagai tanda kami dah sampai ke Mersing
1630pm
Gerak dari Mersing

Agak sejam juga kami menghabiskan masa di Mersing nie, menghayati keenakan makanan keropok lekor dan satar. Cuaca kelihatan tidak begitu bagus di Mersing. Awan hitam telah berarak dan kelihatan hujan akan turun.

Tak jauh dari Bandar Mersing, hujan telah turun mencurah membasahi muka bumi Mersing ini. Aku berhenti di sebuah pondok bas untuk memakai baju hujan. Perjalanan kami ke Bandaraya Johor Bahru ini memang diiringi oleh hujan yang turun mencurah.

Perjalanan daripada Mersing ke Kota Tinggi melewati hutan dikiri dan kanan jalan. Tida perkara menarik yang boleh diceritakan melewati pekan Jemaluang. Sebagai info, anda juga boleh mengambil laluan menuju ke Kluang dan keluar di exit PLUS Highway Air Hitam.

Perjalanan di dalam hujan sedikit melambatkan perjalanan kami. Keadaan jalan yang licin membuat kami lebih berhati-hati ditambah lagi dengan kehadiran banyak lori.

Kami berhenti mengisi minyak di sebuah stesen BHP sebelum simpang menuju ke Pulau Sibu. Hujan masih lagi turun dengan renyai di sini. Kami tak berhenti lama memandangkan kami perlu bergegas menuju ke Johor Bahru. 

Apabila hampir ke Kota Tinggi daripada simpang Pulau Sibu ini, kami agak terkejut kerana masih terdapat papantanda Gajah Melintas. Kemungkinan besar kami melintasi kawasan hutan.

Sebelum sampai ke Kota Tinggi, kami berhenti untuk gambiran kubu kubu yang terdapat di sepanjang jalan ini. Mungkin ada sejarahnya yang kami tak tahu? Boleh google lepas nie kot..
Kubu..?
Kami hanya melewati simpang ke Pekan Kota Tinggi dan kelihatan jalan amat sibuk dengan pengguna yang mungkin ingin balik ke rumah dari tempat kerja.

1800pm
Taman Desa Cemerlang

Kami sampai ke Desa Cemerlang dalam pukul 6 petang. Sebagai info Taman Desa Cemerlang terletak dalam area Tiram merupakan kawasan piggiran Johor Bahru. Mengisi minyak di sini dan mengambil kesempatan untuk menanggalkan baju hujan serta memotong rantai motor Azri yang telah kendur.
Taman Desa cemerlang
Kami bergerak selepas selesai semua urusan. Mengharungi jalan menuju ke Johor Bahru yang sibuk dan bersimpang siur. Aku membawa mereka untuk berhenti makan di Kampung Melayu Majidee, mencuba murtabak di situ. Malangnya tak ada gambiran yang sempat diambil.
Menghala ke JB
  
Selesai makan, kami tak berlengah lagi untuk keluar dari Bandaraya Johor Bahru ini. Namun sebelum keluar dari JB, kami berhasrat untuk turun ke Stulang Laut dan Danga Bay, merakamkan gambiran mercutanda JB dan juga melihat Kota Singapura daripada arah Malaysia. Waktu nie dah dalam pukul 7.15 malam.

Berlatar belakang kan Singapura

Nun di kejauhan, Bandaraya Singapura


Saiful..keletihan

The Zone..Johor Bahru
Selesai upacara gambiran di situ, aku membawa mereka keluar dari JB. Menghala ke Danga Bay. aku perlu cepat kerana mengejar masa untuk sampai ke rumah. Aku perlu menghadiri training pada esok pagi, dan mereka semuanya masih mempunyai sehari lagi cuti.


Dan akhirnya kami sampai ke Danga Bay, mengabadikan gambiran sekeping dua di sini. Nampaknya kawasan ini masih lagi sibuk dengan arus pembangunan.

Selesai acara gambiran, kami keluar dari Bandaraya Johor Bahru ini dan menggunakan laluan highway PLUS hingga sampai ke Senawang. Kami berhenti untuk refueling di Pagoh dan tidak berhenti di Machap. Hasilnya Saiful terpaksa menunda Azri dalam 5km sebelum sampai ke R&R Pagoh.

Manakali Syafri dan Faiz terpaksa berhenti mengisi petrol dari botol simpanan sebelum sampai ke R&R ini. Kami berhenti untuk mengisi minyak sekali lagi di R&R Ayer Keroh, disamping untuk membasuh muka kerana mengantuk. Waktu ini telahpun menjangkau jam 11 malam.

Sebelum sampai ke exit senawang, kami berhenti sekali lagi di R&R Pedas untuk bersalaman dan bersyukur kerana hampir sampai ke penghujung ride kami selama 3 hari ini. Kami sampai ke Senawang tepat jam 12 tgh malam manakala Syafri dan Paish sampai ke KL dalam pukul 1 pagi.

Sesungguhnya terlalu banyak kenangan manis untuk dikenang, dan menjadi ride bersejarah untuk dua biji EX5 tua yang berjaya menghabiskan Jelajah Semenanjung Malaysia ini. Jarak perjalanan hampir menjangkau 2200km. Satu kepuasan yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.

Terima Kasih tidak terhingga dan Tahniah kepada peserta yang turut serta dalam menjayakan ride ini. Saiful Azri, Syafri, Paish dan aku sendiri. Tanpa modal yang besar, motor yang gedabak kami juga mampu untu mengembara mengelilingi semenanjung.

Jumlah perbelanjaan akan aku update dalam entry yang berikutnya..Cheerrs..



Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...