NuffNang

Selasa, 20 Mei 2008

Elegan to Cameron Highlands 3rd Trip




Kali nie kami memulakan perjalanan agak lewat. Destinasi yang terpilih adalah Cameron Highlands. Perjalanan yang dirancang seawal 7.30 pagi tersasar lewat sehingga jam 8.30 pagi. Sebuah kereta turut serta dalam perjalanan kali ini. Jadi beliau ditugaskan untuk menjadi Logistic Vehicle secara tak rasmi. Keseluruhan kumpulan kali ini adalah 6 buah motor dan sebuah kereta.

Route yang dipilih menggunakan highway Utara Selatan dan akan keluar menggunakan exit Tapah. Seterusnya dari Tapah terus menuju ke Cameron Highlands. Alhamdulillah sepanjang perjalanan tiada langsung titisan hujan dan cuaca amat baik sekali.

Tiba di Cameron Highlands menjelang makan tengahhari. Destinasi yang terpilih adalah mengisi perut di pekan Brinchang. Selepas makan kami ronda ronda sekitar Cameron untuk membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang. Sempat juga meninjau ladang Boh yang terkenal namun tidak sempat melawat kerana terlalu lewat.

Perjalanan pulang menggunakan laluan Simpang Pulai. Group LC, Excite dan Wave mengasah bakat dengan mencuba selekoh-selekoh dengan penuh hati hati. Berhenti rehat di Tapah untuk mengisi minyak dan sampai di Senawang pada jam 2 pagi dengan keletihan namun seronok dan gembira.

Isnin, 19 Mei 2008

Ride Ke Mersing.



Ride kali nie memang mencabar. Perjalanan dari Senawang ke Mersing mengambil masa selama 6-7 jam atas motor. Perjalanan yang memang mencabar minda. Beberapa dugaan terpaksa ditempuhi termasuklah motor rosak.

Namun perjalan seawal 8 pagi itu sampai juga akhirnya pada jam 3 petang. Sempat makan dirumah saudara Saiful yang memang mengundang kami ke rumahnya. Perjalanan pulang diteruskan pada jam 5 petang. Kami mengambil keputusan untuk pulang melalui jalan Yong Peng-Air Hitam. Satu perjalanan menyeronokkan kerana tak pernah melalui jalan tersebut.

Perjalanan pulang lebih mudah kerana menyusuri PLUS highway hingga ke Senawang. Tiba di Senawang lebih kurang jam 12 malam. Seronok..Bumi Mersing kami jelajahi..

Elegen ke Taman Negara




Masuk kali nie, dah banyak kali juga rasanya buat long ride dengan elegan nie. Paling baru ke Taman Negara, Pahang. Cuaca panas terik memang mencabar perjalanan. Seawal 7 pagi berlepas dari Petronas Panchor Jaya. Ride kali nie seramai 9 buah motor dengan 12 peserta.

Perjalanan selesa mengharungi laluan Bukit Putus-Serting-Triang-Temerloh-Jerantut-Taman Negara. 60 km terakhir letih melayan selekoh yang kadangkala menggerunkan dengan berbatu kerikil atas jalan.
Perjalanan pulang memang mencabar bermandi hujan. Tiba semula di Senawang pada jam 2 pagi. Memang meletihkan tetapi amat seronok. Siapa kata skuter tak boleh ride jauh?

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...