NuffNang

Selasa, 30 Oktober 2012

Sepang MotoGP 2012

Salam,

Setiap kali acara berprestij dunia MotoGP bertandang ke Sepang, pasti aku tak akan melepaskan peluang untuk pergi. Walaupun bukan hari raceday, cukup untuk sekadar hari Jumaat. maklum laa kerja macam aku nie, biasanya untuk dapat cuti weekend tu memang susah sekali.

Kali nie pun sama, aku singgah menjengok ke Sepang F1 circuit. Kenapa aku beriya iya sangat nak pergi ke sini? Wal halnya hari jumaat tu bukannya hari penting pun. Bukan raceday pun. Ya, sebab utamanya ialah untuk mendengar sendiri ngauman yang keluar dari ekzos jentera jentera hebat nie.

Mendengar sendiri bagaimana letupan ketika dropping gear di selekoh. Melihat sendiri bagaimana ganasnya racer meratah selekoh. melihat sendiri bagaimana tayar belakang terlompat lompat ketika mereka membuat late braking sewaktu berada di selekoh akhir..Pherggh..ini lah semua yang aku dambakan..hehee

Untuk musim ini, boleh aku katakan bahawa sambutan agak meriah. Banyak gerai gerai didirikan dan turut serta memeriahkan majlis.Namun, pastikan anda makan sekenyang kenyangnya dan bersedia untuk berpuasa seketika waktu, kerana harga makanan di dalam pasti mampu membuatkan anda termenung sejenak, dan makan secara perlahan lahan bagi menghayati apa yang anda bayar untuk sebiji burger!



Korang tengok sendiri bagaimana ramainya security yang bertugas di ointu masuk. Memerhatikan dan akan membuat pemeriksaan. Pastinya tidak membenarkan anda untuk membawa masuk walaupun sebotol air mineral..


Di saat saat aku membelek belek booth, aku terpandang Megelli 250 nie. Boleh aku katakan mesin nie sebenarnya nampak agak cantik dan ganas. Tapi bab performance aku tak tau laa..
















Kalau Honda bawak masuk secara CKD, tergugat jugak sales Versys nie..





Dan pastinya motor yang menjadi kegilaan dan dambaan ramai orang sekarang. Kawasaki Z800 yang cuma berharga RM40k++...







Selasa, 23 Oktober 2012

Tahniah ZulFahmi, Hafizh Syahrin!


Salam,

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Tahniah pada kedua anak muda Malaysia yang mampu mempamerkan prestasi cemerlang dalam acara MotoGP tempohari. Sesungguhnya aku amat berbangga bila ada anak melayu Malaysia yang mampu naik ke podium untuk menerima penghargaan dalam acara berprestij dunia nie!

Walaupun ZulFahmi gagal menempatkan diri sebagai Juara dalam acara moto3, namun semangat yang ditunjukkan beliau dihadapan penyokong rakyat tempatan amat dibanggakan. ZulFahmi khairudin mewakili pasukan AirAsia-Sic-Ajo bermula dengan bergaya di petak utama. Namun gagal sedikit apabila berjaya dipintas oleh Sandro Cortese di garisan penamat.

Begitu juga dengan Hafizh Syahrin, pelumba Petronas Raceline Malaysia yang berjaya menduduki tempat keempat dalam tiket wildcard moto2. Hafizh juga nyaris nyaris dapat naik ke podium, cuma ketinggalan +2.941 saat di belakang Juara Moto 2.

Kita sememangya tertunggu tunggu lagi Negaraku dikumandangkan dalam acara berprestij dunia ini. Dan berita gembira buat ZulFahmi, bila dia ditawarkan untuk beraksi bagi pasukan Redbull KTM Ajo untuk musim hadapan. Tahniah!!

Sabtu, 20 Oktober 2012

Melempeng ke Cameron Highlands

Salam,

Musim hujan yang pada mulanya agak membantutkan impian dan harapan serta cita-cita untuk menakluki bukit Cameron. Hari sebelumnya memang hujan lebat turun membasahi bumi Senawang. Namun alhamdulillah, pagi hari Ahad itu matahari memancar menyinari bumi.

Bergerak seawal jam 7 pagi dari Senawang menuju ke Gombak, stesen BHB di lebuhraya Karak. Kat sini dapat dilihat, tak terkira berapa banyaknya superbike, dual purpose, easy rider berkumpul untuk aktiviti hujung minggu.

Di sini juga bertemu dengan geng geng Bimmer yang mempunyai tujuan dan halatuju mereka. Memang meriah sekali pemandangan di sini. Mungkin dengan aktiviti hujung minggu sebegini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara sahabat, dan juga mengasah skil skil meleper..hehehe. Apa apa pun safe ride and enjoy!






Perjalanan kali ini, akan menggunakan laluan baru menggunakan laluan Sungai Koyan menuju ke Cameron Highlands. Tak banyak cerita menarik yang dapat di kongsi. Cuma teruja dengan laluan yang baru saja di buka ini.






 Berhenti makan di Sungai Koyan sebelum meneruskan perjalanan ke Cameron.


Akhirnya selamat tiba jua di Cameron Highland. Next time nak layan laluan Simpang Pulai ke Gua Musang. Pusing pusing lagi..


Selasa, 9 Oktober 2012

Sate Tulang-Senawang

Salam,

Aku tak terpikir nak tulis pasal kehebatan sate tulang nie sebenarnya. Sebab bagi aku biasa biasa ajer. Tapi disebabkan member aku yang duduk kat Penang pun boleh tahu pasal kemasyhuran sate tulang nie, buat aku terpikir sejenak. Hebat jugak rupanya penangan sate tulang nie!



Rupa rupanya ada juga tempat yang boleh menjadi tarikan ke Senawang nie. Port sate tulang nie terletak di Taipan Senawang. Setakat nie, sepanjang pengetahuan aku aku dua port sate tulang dalam kawasan Taipan nie. Dan kedainya terletak berdekatan. 


So korang boleh pilih laa mana satu nak pergi. Lokasinya terletak berdekatan dengan Restoran Sate Haji Samuri. Korang jumpa Restoran Sate Haji Samuri, mesti korang jumpa kedai nie. Satu terletak di belakang restoran Sate Samuri ni, dan satu lagi berhadapan dengan sate Samuri nie. Satu port dekat Restoran Bundo Kanduang, satu lagi kat Restoran apa tah.



Jangan tanya aku yang mana sedap. Sebab jawapan aku senang jer, nak makan sate tulang nie memerlukan mental korang yang kuat.. hehehee. Sebab sate nie nampak besar dan lazat, tapi korang kena berhati hati..takut nanti tulang tercucuk kat lelangit. Nama pun sate tulang, memang makan tulang lerr jawabnya. Sedap tak sedap tu subjektif! Bergantung kat tekak korang..

Tempoh menunggu bergantung kepada order. kalau ramai yang order, memang agak lama jugak laa. Kalau tak ramai, kejab jer dah boleh dapat dah. So korang boleh laa masukkan dalam itinery jelajah korang tu. Masukkan Senawang sebagai port nak merasa sate tulang nie..Aku tak tahu samaada satu tulang nie terdapat di Jelebu, sebab dari sejarahnya dikatakan sate tulang nie berasal dari Jelebu.

Cara makan. Ehh!! Nak kena ajar jugak ker? Hehehe..sama macam korang makan sate yang lain, bezanya perlu berhati hati. Tulang dengan lidi sate tu takyah laa makan, makan isi dia jer yek! Kalau makan tulang tu, nanti dah jadi macam geng Jin laa pulak..

Mai laa cuba..

Sabtu, 6 Oktober 2012

Burung Hantu - "Selamat Pengantin Baru Ipin!!"

Salam, rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat penganti Baru kepada bikers Ipin yang baru melangsungkan perkahwinan. Ipin menjemput kengkawan semua untuk mengiringi beliau pada hari yang bersejarah nie.

Jadi pada yang berkesempatan, memang mengambil kesempatan meraikan kedua mempelai nie. yang tak berkesempatan, sekadar sempat mengucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga berkekalan jodoh hingga ke akhir hayat. Semoga tabah dan sabar, tenang dalam melayari kehidupan berumahtangga..hehehe


Pastinya kehadiran kawan kawan akan memeriahkan majlis perkahwinan nie.










Dengar khabarnya, selepas berumahtangga nie Ipin berhasrat menukar ZX10 nya kepada Versys 1000. hahaha..Bikers bila dah kawin tak kan nak ride sorang sorang lagi. Sementara masih berdua, gunakan masa bulan madu nie dengan enjoy ride honey moon. Elok sangat niat nak tukar motor tu. Ingatkan nak ambik RT atau GS ker..heehehee





Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...