NuffNang

Selasa, 23 Oktober 2012

Tahniah ZulFahmi, Hafizh Syahrin!


Salam,

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Tahniah pada kedua anak muda Malaysia yang mampu mempamerkan prestasi cemerlang dalam acara MotoGP tempohari. Sesungguhnya aku amat berbangga bila ada anak melayu Malaysia yang mampu naik ke podium untuk menerima penghargaan dalam acara berprestij dunia nie!

Walaupun ZulFahmi gagal menempatkan diri sebagai Juara dalam acara moto3, namun semangat yang ditunjukkan beliau dihadapan penyokong rakyat tempatan amat dibanggakan. ZulFahmi khairudin mewakili pasukan AirAsia-Sic-Ajo bermula dengan bergaya di petak utama. Namun gagal sedikit apabila berjaya dipintas oleh Sandro Cortese di garisan penamat.

Begitu juga dengan Hafizh Syahrin, pelumba Petronas Raceline Malaysia yang berjaya menduduki tempat keempat dalam tiket wildcard moto2. Hafizh juga nyaris nyaris dapat naik ke podium, cuma ketinggalan +2.941 saat di belakang Juara Moto 2.

Kita sememangya tertunggu tunggu lagi Negaraku dikumandangkan dalam acara berprestij dunia ini. Dan berita gembira buat ZulFahmi, bila dia ditawarkan untuk beraksi bagi pasukan Redbull KTM Ajo untuk musim hadapan. Tahniah!!

Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...