NuffNang

Sabtu, 20 Ogos 2016

Jom terjah Tg Piai melalui Mersing - An Adventure Ride to a Most Southern Tip of Mainlaind EuroAsia - Hari kedua

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini merupakan hari kedua ride. Pada hari ini kami akan ke destinasi tujuan ride kami iaitu ke Tanjung Piai. Pergerakan agak slow sedikit pada hari ini memandangkan jumlah perjalanan pulang yang lebih singkat, iaitu kira kira sekitar 350km sahaja.

Malam tadi selepas balik dari makan malam, semua orang dah terbungkang. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk bersembang sembang di ruang tamu, lantas terlelap di hadapan TV hingga ke pagi. Homestay nie agak besar, mempunyai 4 bilik dan empat bilik air. Cukup bagi penginapan kami seramai 11 orang ini. 

Namun bagi anda sebagai penunggang motosikal, agak sukar juga untuk meyakinkan tuan rumah dengan kreadibiliti anda memandangkan beliau telah mempunyai pengalaman hitam dengan group bermotosikal yang membuat onar di homestay beliau. Agak sukar untuk meyakinkan beliau dan hampair hampir kami tidak dibenarkan untuk bermalam dirumahnya. 

Namun dengan skill nego yang ada pada Rizal, alhamdulillah kami dapat bermalam di sini dan akhirnya beliau beberapa kali memohon maaf di atas sikap pandangan negatif beliau terhadap kami.

Kami bermalas malasan untuk keluar dari rumah, dan hanya bergerak keluar pada jam 9 pagi selepas bersarapan pagi membeli sarapan di luar dan makan di rumah. Bergerak pada pagi hari kedua ini dengan cuaca yang sangat cantik.


Keluar sahaja dari Skudai menuju ke Pontian, kami berhenti seketika untuk Rizal mengisi angin yang dirasakan kurang pada tayar motosikalnya. Selesai, kami terus meneruskan perjalanan menuju ke Pekan Nanas. Niat di hati untuk singgah membeli burasak sebagai santapan andainya gerai menjual burasak itu buka, namun nasib tidak menyebelahi kami kerana gerai itu masih tutup ataupun memang tak buka pada hari Khamis.



Sampai melepasi Pekan Nanas, aku membelok ke kiri sebagai jalan alternatif ke Tanjung Piai. aku tak nak masuk ke bandar Pontian, mungkin di ketika jalan pulang nanti akan melalui Pontian. Cuaca dan pemandangan sangat memukau.

Kami sampai agak awal lagi di Pekan Kukup, dan mengikut perkiraan pada masa tersebut air masih tinggi dan tidak memungkinkan kami melepasi ke mercutanda globe Penghujung benua Asia di Tg Piai. Kami mengambil keputusan untuk pergi ke Pulau Kukup dahulu, melawat Taman Negara Johor Pulau Kukup. Satu tempat yang memelihara khazanah alam Johor iaitu Paya Bakau.

Dari daratan, kami terpaksa menaiki bot yang akan membawa kami menyeberangi ke Pulau Kukup. Bayaran yang dikenakan adalah RM5 untuk seorang. Masalah yang dihadapi adalah kesukaran untuk menyimpan motor memandangkan tempat adalah sangat terhad. Akhirnya kami berjaya parking motor dihadapan kedai makan seorang abang di pekan tersebut. Dan beliau juga bermurah hati untuk menyimpan bag dan helmet kami. Selesai satu masalah.



Untuk pengetahuan, dari sini juga anda boleh mengambil feri menuju ke Indonesia. Tanjung Balai Pulau Karimun adalah diseberang sahaja. Tiket feri aku tak tahu berapa ringgit, Anda boleh check sendiri nanti.





Menaiki bot untuk menyeberang ke pulau ini hanya mengambil masa yang singkat sahaja. Akhirnya tiba ke Pulau Kukup, destinasi Taman Negara. Tiket masuk ke Taman Negara adalah RM5.










Kami mengambil masa yang agak lama untuk berjalan jalan di dalam pulau ini, dan satu tarikan utama di sini adalah Menara Tinjau setinggi 5 tingkat. Ianya adalah merupakan satu klimaks untuk anda meneroka di sekitar Pulau ini, dan dari menara ini anda akan mampu untuk meninjau ke seluruh pulau. 

Siapa yang tak gayat disarankan untuk panjat. Kerana pemandangan dari atas ini sangat memukau. Jarak perjalanan yang harus diambil dari permulaan ke menara tinjau adalah 600 meter dengan berjalan kaki.




Dalam perjalanan pulang ke daratan, pemandu bot membawa kami pusing pusing melawat kolam ternakan ikan air masin. Namun aku tak nampak pulak ada ikan di dalam kolam, mungkin ikan semua baru di jual kot. Namun sempat juga antara kami membeli sedikit ole ole untuk dibawa pulang dari sini. Pandainya mereka buat duit..



Kami keluar dari pulau menuju ke tanah daratan memandangkan jam telah menginjak ke tengahari. Sampai di Kukup, kami menjamu selera makan tengahari di kedai abang yang bermurah hati menolong kami tadi. 

Selesai semua urusan, kami bergerak menuju ke Tanjung Piai. Waktu ini dah menunjukkan jam 1 tengahari. Cuaca sangat panas. Perjalanan dari Kukup menuju ke Tanjung Piai tak jauh. Namun dengan cuaca yang sangat panas, membuatkan badan terasa cepat penat, tambahan pula selepas makan tengahari. Sebelum sampai ke Tanjung Piai, kedengaran azan zohor berkumandang. Aku mengambil keputusan untuk berhenti dahulu di satu masjid di persimpangan dan menunaikan solat.


Mengambil kesempatan dengan bersembang bersama kariah masjid



Tak jauh dari masjid tersebut, sekali lagi kami berhenti untuk mengabadikan kenangan yang motor kami dah sampai ke penghujung benua tanah besar Asia nie.







Akhirnya kami berjaya sampai ke Tanjung Piai. Alhamdulillah.











Waktu kami sampai ada satu rombongan bas yang turut serta. Selesai parking motor masing masing, kami pun bergerak masuk ke dalam. Tiket masuk adalah RM5. Dibeli dari kaunter yang berada berhadapan dengan pintu masuk.





Masuk sahaja ke dalam kawasan ini, anda akan berjumpa dengan pusat penerangan mengenai tempat ini. Ambil masa untuk membaca danmemahami tentang kawasan ini terlebih dahulu dan barulah anda boleh memulakan tour.





Dari situ, anda terpaksa menapak lagi beberapa ratus meter untuk sampai ke kawasan globe. Wajib untuk bergambar di sini sebagai tanda anda dah sampai ke sini. kalau tak nanti, orang tak percaya pulak...hihihi. Sebab tu kami sanggup tunggu sampai air surut baru nak pergi sini, kalau tak nanti tak boleh sampai ke sini.


Bila dah terlanjur sampai ke sini, pergi la jalan jalan pusing pusing tawaf satu kawasan nie dulu. Rugi lerr bayar RM5 kalau tak jalan jalan. Lihat kawasan sekeliling yang dah dibaik pulih dan memang cantik untuk dilawat.















Bila dah dapat bergambar kat sini, solah olah sudah selesai satu niat yang tertangguh...Hahaha. Okay...hari dah petang, apa lagi jom laa kita bertolak pulang. Perjalanan masih jauh dan kini waktu dah menghampiri ke jam 5 petang.

Sebelum bertolak keluar, ada satu lagi kawasan yang anda patut bergambar. kira wajib jugak laa kalau ke sini. Kalau tak bergambar kat sini, kira macam tak lengkap tour anda tu.







Bila dah selesai sahaja upacara bergambar, kami berasa amat kecewa apabila melihat segala barang yang ditinggalkan dalam raga motor telah diselongkar. Apa juga makanan yang ada akan dicuri. barang semua bergelimpangan dan juga ada kesan gigitan. Adoiii...

Amatlah dinasihatkan agar anda menyimpan segala barang berharga anda ditempat yang selamat. Monyet monyet di sini amat liar dan rakus sekali. Hinggakan tong minyak hitam si Nazly pun habis kena gigit. Makanan berupa roti atau air menral pun kena kebas jugak. Lebih baik simpan di tempat selamat sebelum ianya diselamatkan..


Okay, sebelum gerak balik jom kita bergambar sekali lagi sebagai kenangan. lerr.....asyik bergambar jerr. Bila laa nak sampai ke Senawang nie.


Kami bergerak pulang melalui jalan Pontian. Sebelum itu singgah untuk mengisi minyak terlebih dahulu di stesen minyak Petronas yang terdapat di situ. Perjalanan pulang pun memeritkan, sebab cuaca sangat panas. Nasib baik pemandangan indah dan juga ad lorong motosikal disepanjang jalan.

Sampai kat Pontian, aku berhenti di satu kedai yang selalu aku ushar kalau lalu di Pontian nie. Namun aku tak pernah singgah pun. Hari nie rezeki memang baik, dan kedai ini beroperasi. Maka dapatlaa aku menyempurnakan niat untuk membawa mereka merasa burasak.





Kat kedai inie menjual makanan tradisional termasuk lah ketupat nasi, burasak dan juga lepat loi. Ada lontong, nasi impit, rendang, kuah kacang, sambal goreng...pherghhh. Macam - macam ada laa...kecuali satu jerr tak ada iaitu asam pedas. Kecewa betul aku bila makan burasak tapi tak ada asam pedas.

Upacara makan mengambil masa sejam juga, memang balun habis...bertambah-tambah. kemudian juga ada sessi menapau burasak dan ketupat untuk keluarga yang tinggal kat rumah. Lokasi kedai nie betul betul berhadapan dengan Hospital Pontian.

Dari sini jam dah hampir menginjak ke pukul 6.30 petang. Aku terus ride keluar dari Pontian melalui Benut dan kemudian singgah di Rengit. Aku tunjukkan tempat port barangan bundle Singapore kat sini. Azri sempat juga membeli skuter kecil untuk anak dia.

Melihat dari perkiraan jam, aku mengambil keputusan untuk terus keluar ke highway. Amat merbahaya untuk menggunakan jalan dalam di ketika waktu yang telah gelap. Aku memandu mereka keluar ke Exit Ayer Hitam. Melalui jalan dalam melintasi kampung kampung. Malangnya waktu malam mereka tak nampak pemandangan di kiri dan kanan jalan. Sangat merugikan. Kalau tak boleh juga singgah untuk membeli kerepek atau bergambar di ladang nenas.

Bila dah malam, dah tak ada gambar untuk diabadikan. Bagi aku melalui lebuhraya lebih merbahaya bagi motor motor kecil seperti aku. Seringkali kami dihimpit oleh lori lori besar yang memang laju. Dengan keupayaan motor aku yang ber cc kecil, agak sukar untuk aku melarikan diri dari mereka. Nak menggunakan laluan kecemasan, risau pula dengan lori atau kenderaan rosak yang parking di tepi jalan. Namun syukur sebab kesukaran itu berakhir apabila kami mulai masuk ke negeri Melaka. Waktu ini jalan dah start mempunyai 3 lorong.

Kami berhenti untuk mengisi minyak di Hentian Pagoh. Waktu ini memang aku terpaksa memenuhkan tangki yang hampir kering. Dari sini berhenti seketika sahaja. Kemudian meneruskan perjalanan pulang. Berhenti sekali lagi di hentian Ayer Keroh untuk meluruskan badan. Dari sini kami terus shoot hingga ke Senawang dan sampai di rumah masing masing pada jam 11 malam.

Syukur alhamdulillah, selamat sudah satu perjalanan untuk kali ini. Kat bawah ini adalah odometer dari motor Nazly. Syukur kerana berjaya menamatkan ride sejauh ini menggunakan motor kecil. Kesian kat abang abang bermotor laju yang terpaksa mengikut rentak aku bermotor kecil. Tapi itulah cabaran yang kita cari. next ride aku nak ke Pantai timur pulak. Kali ni nak cari motor yang lebih kecil cc nya. Lebih kecil cc motor kita, lebih berjaya ride kita tu. Lebih kepuasan.. Hihihi...


Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...