NuffNang

Selasa, 24 September 2013

Ride Duo ke Cucur Udang Alor Gajah

Salam, lama aku tak update blog nie. Banyak cerita sebenarnya nak story, tapi takder masa nak taip. Semalam adik aku datang rumah, ajak aku buat short ride. Sebab dah lama sangat tak jalan, qku pun setuju jerr laa. Aku pun sama, memang lama tak jalan jalan.


Memandangkan aku semalam pun kerja pagi, aku plan untuk jalan jalan lepas aku balik kerja jerr la. So destinasi yang aku pilih adalah dekat dan ada makan makan. So pilihan kali nie tak lain dan tak bukan adalah ke Alor Gajah untuk pekena cucur udang alor gajah.


Adik aku sampai kat rumah aku dalam pukul 5 petang. Berpeluh peluh jugak laa dia dalam jaket touring Koma dia tu. Aku memang dah standby, mandi lepas balik kerja pas tu tunggu dia sampai. Cuaca sekarang agak panas, walaupun dah pukul 5, memang masih terasa panasnya.


Kami gerak melalui jalan dalam menuju ke Alor Gajah. Waktu nie kenderaan agak banyak, mungkin time orang baru balik kerja kott. Kami pun ride slow jerr. Bukan naik moto tonggek yang memerlukan kelajuan sepanjang masa, hehehe.


Menelurusi jalan jalan kampung memang mendamaikan. Namun kepanasan cuaca membuatkan perasaan agak rimas. Terpaksa bersaing dengan kenderaan yang bertali arus pulang menuju ke rumah.

Akhirnya kami samoainjuga ke destinasi pada jam 6 petang. Syukur alhamdulillah kedai masih buka. Malangnya telefon aku habis bateri, so tak dapat laa aku nak ambik gambar suasana kat kedai tu. Sama jerr dengan gambar gambar yang aku post sebelum nie.

Terlanjur aku tulis pasal ride nie, aku nak bagi review sekali laa pasal motor adik aku yang sempat aku tengok dan uji tunggang sekejab tu. Bagi aku motor nie memang pure dual purpose, kelahiran dua alam. Tak sama macam Versys. Tengok tayar pun dah tahu.

Motor nie secara fizikalnya sama besar jerr dengan moto aku. Nampak gah dan bergaya. Kedudukan posisi menunggang lebih selesa dengan hendal yang lebih tinggi dan lebar. Motor nie pada dasarnya lebih tinggi sikit dari Versys aku. Pelananya yang rata memang sesuai untuk mengembara jauh, dan paling selesa untuk pillion. Motor nie lebih ringan dari motor aku, mungkin sebab adik aku tak pasang kotak kot. Lagipun tayar depan dia lebih nipis dari tayar aku.

Waktu pulang, kami melalui lebuhyara utara selatan. Lampu motor nie aku dapat rasakan lebih terang bila dia follow aku dari belakang. Kami stended laa, larintak laju pun. So jangan tanya aku berapa topspeed yang motor nie boleh dapat ya. Tapi sewaktu aku lari dalam 160kmj, aku tengok selamba jerr adik aku boleh follow. So okay laa tu. Sepaanjang perjalanan, kami hanya menten dalam 139 ke 140kmj jerr. Ideal dan tak memenatkan.

Namun datipada pemerhatian dan kaji selidik, aku mendapati bahawa rpm motor adik aku lebih rendah dari rpm aku. Darinsegi mekanikalnya jangan tanya aku kenapa, aku tak tahu nak jawab. Masa rpm aku 5000rpm, moto adik aku hanya mencecah 4500rpm sahaja. Sapa sapa yang ada idea mekanikal, tolong habaq mai sikit pasai apa.

Okay laa, aku selamat sampai rumah dalam pukul 7.30, adik aku  pulak lajak laa dalam 40 minit lagi baru dia sampai rumah. Satu ride duo yang sempoi. Short ride tapi nyaman. Nie permulaan ride sebelum kami melangkah lebih jauh melangkaui sempadan hujung tahun ini. Inshaallah.

Jumaat, 31 Mei 2013

Sabah 2nd Day - Kundasang - Ranau - Tuaran - Kota Kinabalu

Salam,

Pagi nie aku bangun awal. Manakan tak awalnya, pukul 6 dah terang macam pukul 7 kat semenanjung. Niat pagi nie memang nak bangun awal pun, sebab nak menikmati pemandangan Gunung Kinabalu. Khabarnya kalau lambat, dah tak nampak puncak Kinabalu sebab dilitupi awan. betul ker? Ntah lerr...kata orang laa. Dah lerr malam tadi tidur tak berapa nak lena...

Gambiran pemandangan sekitar jam 6 pagi
Disebabkan masalah pancuran air panas yang tak berfungsi, maka adapun kena laa masak air gunakan cerek ajer. Kena masak laa dalam 3 cerek untuk mandi pagi. Kalau tak, mau beku jugak mandi air batu pagi pagi buta nie.

Jarak dari J Residence ke Kinabalu Park nie tak laa jauh sangat. Dekat jerr, panjat bukit belok kanan, jalan depan sikit jerr dah sampai ke simpang Kinabalu park nie. Senang sangat nak jumpa tempat nie, takkan sesat punya. Panjat bukit tu dah sampai ke pondok pengawal. Bayar RM3 seorang untuk masuk. Tiket nie korang simpan laa, sebab korang boleh masuk ke taman yang lain yang berada di bawah kelolaan Taman negara. Contohnya Air panas kat Poring tu. tu pun kalau berhajat nak masuk laa.


Taraa...dah sampai pun..



Apa yang ada kat Kinabalu Park nie? Tak ada apa pun sebenarnya, cuma kawasan nie digunakan sebagai pintu masuk ke Taman Negara Gunung Kinabalu. Pintu masuk bagi pendaki pendaki yang ingin mendaki Gunung Kinabalu menggunakan Timpohon Gate. Dan dari sini memang korang boleh nampak Gunung Kinabalu tu tersergam indah laa. Nanti aku ceritakan details pasal tempat nie kat next entry ya!

Agak agak dah jemu menatap Gunung Kinabalu nie, kitaorang pun bergerak turun. Sebab banyak lagi tempat yang kita nak lawat hari nie, memenuhi itinery yang telah dirancang. Bergerak turun dan menghala ke Pekan Kundasang. Waktu nie matahari dah memancar. Tapi Kundasang masih lagi sejuk. Melewati Pekan Kundasang di awal pagi memang mengasyikkan, pemandangan yang sangat cantik.



Kat deretan sepanjang jalan di Kundasang ni, banyak gerai gerai yang didirikan oleh peniaga untuk mereka berniaga sayur sayuran dan buah buahan. Memang dah macam ala ala di Cameron tu laa. Korang boleh berhenti di sini dan menghabiskan duit shopping shopping.



Dari Kundasang, aku singgah di Pine Resort yang khabarnya sangat cantik, sangat ekslusif dan bila bangun tidur jerr...boleh nampak gunung Kinabalu. Amboii...sepadan laa dengan hargaya yang RM250 kot satu malam. Pilihan di tangan anda..





Aku tak nafikan, memang cantik laa kalau bermalam kat sini. tengoklaa pemandangan yang aku captured dari Pines Resort tu. Dengan deretan pokok pines, dan berhadapan dengan Gunung Kinabalu...memang disyorkan laa duduk kat sini.

Destinasi yang berikutnya adalah Air Panas Poring. Al maklumlaa berjalan di tempat orang, tanpa GPS ataupun peta memang memeningkan sikit. Ditambah pula dengan ketiadaan sebarang papan tanda yang menunjukkan tempat menarik kat kawasan nie. Aku pun pelik jugak, kenapa laa Sabah nie susah sangat nak buat signboard. Adoihh...

Selepas Kundasang, anda akan melepasi pekan Ranau. Dari Ranau anda jalan terus jerr, ikut jalan ke Telupid. Tak yah laa belok mana mana, jangan risau anda takkan sesat.



Sampai laa anda berjumpa simpang, ke kiri susur ke Air Panas Poring manakala ke kanan pula anda boleh ke Sabah Tea. Aku ambik susur ke kiri dan pergi ke Air Panas Poring dulu. Walaupun kat semenanjung pun ada banyak port air panas, tapi bila kita dah berada kat tempat orang, elok laa kalau kita singgah.



Cantik dan menarik juga kawasan Air Panas Poring nie. Ada air gunung jugak. Sama macam port air panas Sg Kelah tu. kalau banyak masa boleh singgah di sini mandi manda. next aku ceritakan pasal tempat nie.

Bila dah puas melilau, kitaorang keluar semula. Kali ni menuju ke Sabah Tea pulak. Aku pun pelik, kawasan sekitar Ranau nie dah tak sejuk pun sebenarnya. Tapi boleh tanam teh kat kawasan camnie kan? Sebelum masuk ke kawasan Sabah Tea, anda wajib singgah kat Tagal Sg Morali. Port memelihara ikan kelah. Tapi waktu aku sampai, kawasan nie tutup sebab air sungai deras.



Jadi aku terus laa masuk ke Sabah Tea. Cuak jugak aku, tetiba tengok kawasan nie ditutup dengan palang besi. Aikk!! Owh, rupanya kita kena bagitahu kat abang jaga tu, kita nak masuk tengok. Nanti dia buka laa pagar tu. Jangan laa risau, penduduk Sabah ramah tamah bahh..



 

Melepasi kawasan sekuritu dan melepasi jambatan, bermulah episod ngeri bila kita terpaksa memanjat melalui jalan berbukit tanpa tar. Naik 4 wheel sangat disarankan. Naik Viva pun okay, tapi slow slow laa yer.
  

Keluar dari Sabah Tea, dah agak tengahhari. Aku tak beli apapun kat Sabah Tea nie, kecuali aiskrim. Perancangan awal aku nak berhenti makan kat pekan Kundasang semula. Tapi, selepas melepasi pekan Ranau, aku terjumpa kedai disebelah kiri jalan. perut pun dah berkeroncong. Maka adapun aku berhenti laa dulu.


Agaknya restoran nie adalah cawangan kot. Sebab ada tulis restoran Tanjung Puteri 2. Mesti ada yang 1 kan? Menu kat sini nasi campur. Dan aku juga memesan satu mangkuk sup daging lembu. Hmmm...wife aku cakap sup dia sedap. Bila kita makan nasi putih pun, dia akan jamu dengan sup kosong jugak. Makan mee goreng pun, ada sup kosong jugak. Taste makanan Sabah agak berbeza sikit kot dengan semenanjung. Bagi aku, harga makanan kat Sabah nie agak tinggi juga. Tak tau laa dengan pengalaman orang lain.

Siap makan kami terus gerak. Sampai kat Kundasang dalam pukul 1.30 tgh hari. Bila sampai sini, korang kena turn to the right bila sampai kat roundabout tu. Kita akan menuju ke Desa Farm tu. Tapi sebelum nak sampai sini, masya Allah...bukitnya memang mencanak tinggi. Nasib laa lepas jugak Viva nie memanjat. 


Walaupun korang kena memanjat tinggi, tapi memang berbaloi. pemandangannya sangat awesome. Memukau pandangan. Tapi sebelum masuk tu, korang kena bayar RM3 sorang. Kat sini juga dikenali sebagai ladang lembu New Zealand. Aku tak pernah sampai New Zealand, agaknya betul laa kot. kampung New Zealand kat Pahang tu ada laa aku sampai.


Waktu aku sampai tu, tak ada lembu pun kat padang ragut. Ada laa beberapa ekor jerr. Kawasan padang ragut nie memang cantik dengan berlatar belakangkan gunung ganang. More pictues and story akan aku kongsikan nanti.


Turun dari Kundasang, kitaorang terus shoot ke Kota Kinabalu. Next projek adalah makan malam, sebelum check in. Jalan terus jerr menuju ke KK. Sepanjang jalan nie hujan jerr. Nasib laa sampai kat KK dah tak hujan dah.

Sabah kan terkenal dengan seafood. Jadi kitaorang pun mesti laa makan seafood kan. Destinasi kita kali nie adalah makan makan seafood kat Tuaran. Pusing punya pusing, akhirnya sampai juga kitaorang ke Gayang. Kita orang sampai dalam pukul 5.30 petang. Dah petang nak ke malam dah, sedang elok laa tu. Masa untuk makan malam.




Variety of seafood kat sini. Pilih jerr nak makan apa. Lobster pun ada kalau nak. Ikan macam macam ikan. Walaupun sedang lapar, kitaorang tetap pilih dengan tertib dan tidak mengikut nafsu. Tapi nasik tetap ada walaupun mulanya tak berhasrat nak makan nasi. Kat sini, layanan pun memuaskan dan harga terbaekk.

Siap makan dah pukul 8.30 malam. Badan pun dah penat setelah seharian berjalan. Kini jom kita ke KK, cari tempat nak tido malam nie. Aku dah booking Promenede Apartment kat Api Api centre tu. Bukan Promonede Hotel ya, apartment jerr. Bila dah malam, macam macam boleh jadi. Badan pun dah penat. Aku dah sampai ke kawasan Api Api centre nie, tapi tak jumpa pun kat mana promonede apartment nie. Dua tiga kali pusing, telepon pun dua tiga kali telepon. 

Rupa rupanya apartment nie terletak kat sama bangunan dengan lot lot perniagaan. Kat bawah kedai, atas apartment. Kena masuk parking kat basement yang tak ada signboard kat mana Promenede Apartment Lobby tu.

Bila dah selesai check in, masuk bilik terus legaa. Bilik sangat besar, ada dapur dan sangat berbaloi dengan harga RM70 satu malam tu.


Aktiviti malam nie masih belum selesai, siap jer mandi kitaorang keluar lagi. Destinasi malam nie adalah ke Pasar Philpine dan juga pasar malam. Jalan jalan dan pusing pusing. Beli laa satu dua barang. Badan pun dah penat, jam pun dah pukul 11 malam. Jom kita balik dan tidur, esok sehari lagi kami kat Sabah. 

Walaupun perancangan awalnya nak pergi pulau, tapi last minute kami batalkan. Lagipun aku tak laa terasa rugi sangat tak ronda pulau atau snorkeling, sebab aku memang tak berapa minat laa. Masuk bilik..lepak lepak dan zzzz...penat. Berakhirlah hari kedua kami di Sabah.

Rabu, 29 Mei 2013

Johor Premium Outlets

Salam,

Hari tu aku gi jalan jalan ke JayBee. Kakak aku bawak pegi ke JPO. Johor Premium Outlet laa tu. Khabarnya sangat famous di Johor nie. Alkisahnya aku nie bukanlah seorang yang pencinta pakaian berjenama. Asal boleh pakai udah lerr...Simple ajerr.

Berlokasi agak jauh dari bandaraya Johor Bahru. Terletak di daerah Kulai, ditengah ladang sawit. hehehe. Tapi memang boleh nampak laa dari highway PLUS tu. Kat sini, nak masuk parking kena bayar. Yer laa, korang mampu pakai barangan berjenama, takkan laa nak bayar parking pun tak mampu kot..

Kalau korang tak nak bayar parking, boleh ajer cari parking kat belakang tu. Parking tepi jalan. Tapi kalau kena sondol dengan lori tanah ker, lori sawit ker, lori hantu ker...sendiri mau ingat laa kan.


Bangunan nie bukanlah macam macam satu kompleks membeli belah macam biasa kita pergi tu. Aku nak cakap camner pun tak berapa pandai. More to open concept. Pas tu ada laa butik, setiap satu butik mewakili setiap satu jenama terkenal. Kat sini, jangan risau lerr, semuanya original. yerr laa kot. sebab aku tak pandai sangat nak membezakan antara tiruan dan original.


Pandangan aku laa, harga agak murah kalau nak dibandingkan dengan barangan yang sama jenama di luar. Tapi apa yang korang dapat pastinya bukan barangan berjenama yang terkini. Pastinya laa barangan berjenama yang dah lama sikit kan..Tapi org bukannya tahu pun.

Contohnya aku ke butik Levis. Seluar biasa takder pulak aku jumpa, yang ada cuma lah seluar yang reject atau yg tak habis kot. Saiz tak ada laa, warna tak ngam laa dengan citarasa. Tapi korang kena pilih laa. Pasti ada juga yang kena dengan taste korang. Contohnya aku beli Levis 501 kat sini cuma 200++ ajer, compare kat lat luar RM300++. Bezanya, aku tak dapat warna yang aku nak laa. Kasut pulak, aku dapat beli Timberland dengan harga RM 150 jerr, berbeza harga asal yang katanya RM 400++. Yang nie aku percaya, sebab warna aku beli tu memang dijual harga nie, berbanding kasut sama pattern dengan warna lain dijual dengan harga RM 400++. Hmmm...

So apa apa pun...gi lah berjalan, pusing pusing. Tak rugi pun, sebab masih lagi berada kat Malaysia nie. Khabarnya rakyat Singapore ramai sangat yang turun shopping kat sini weekend. Ada sesetengah kedai tu, yang menghadkan bilangan pengunjung..kena queue kat luar menunggu customer lain keluar dulu. Mungkin kedai tu jual barangan yang memang mahal kot...aku tak teringin pun nak masuk..

Apa apapun...Best!!..pergilah melancong...ekekee. Cheers!! 

Selasa, 28 Mei 2013

Pes Koay Teow Kerang

Salam,


Aku nak mempromosikan sejenis pes serbaguna buatan bumiputera yang 100% halal, enak, sedap dan menyenangkan. Pes ini sebenarnya direka cipta untuk tujuan Koay Teow Kerang yang memang famous kat area utara tu, terutama daerah Pendang. Kini ia telah dipelbagaikan kegunaan untuk memasak masakan yang pelbagai dan tidak terhad untuk koay teow kerang sahaja.

Sejarahnya, dengan pes nie laa aku berjaya berniaga pasar ramadhan, berjaya berniaga di gerai tepi jalan malahan menambah duit poket aku seharian. Kalau dulu, memang aku expertisekan pes nie untuk buat Koay Teow Kerang dan juga Char Koay Teow jaa. Kini ianya telah dikomersialkan untuk kegunaan harian, sangat memudahkan surirumah dan bapak bapak yang ingin menghidangkan masakan enak kepada keluarga.

Tak susah pun, panaskan minyak dan tumiskan pes nie. Masukkan apa apa saja yang terniat kat hati korang samaada mee, koayteow, meehoon, mee segera dan kalau kreatif boleh buat pes ikan bakar. Lepas tu masukkan samaada ayam, sotong, daging, kerang atau apa apa saja seafood yang atau rencah yang terfikir. Masukkan kicap, gaulkan dan angkat. Hidangkan untuk seisi keluarga...Senang kan?

Kalau berminat, boleh hubungi aku. Harga sangat bajet...sesuai dengan namanya pes bajet. RM 15 untuk sebotol. Untuk jualan secara pukal, boleh dirundingkan.






Hahaaa...kalau tak caya, tengok kat sini.

Contact aku kalau berminat: 016-6655475

Cadillac

Salam,

Aku bawakan untuk korang, angankan untuk memilik sebuah Cadillac seperti ini. Untuk dibawa bersiar siar dan ronda ronda. Wow!! Ini adalah Cadillac kepunyaan Sultan Pahang yang dipamerkan di Muzium Pekan.








Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...