NuffNang

Isnin, 11 Mac 2013

BMW RT1200 atau Kawa GTR 1400

Salam,

Bukan untuk aku pun sebenarnya...mungkin lambat lagi. Ada member dalam dilema nak hupgrade motor baru. Dah jemu dengan motor naked agaknya. Atau mungkin bercita cita nak meneroka lebih jauh lepas nie.

Alang alang kawan aku dah minta pendapat aku, maka aku pun google laa. Dan sementara ada ilmu sikit sikit nie, maka marilah kita berkongsi. Apa yang aku tulis nie bukanlah dari pengalaman aku, tapi daripada pembacaan aku jerr.

Manakah yang lebih menarik, samaada memilih Kawasaki GTR1400 atau BMW RT1200? 

Khabarnya memiliki sebuah BMW adalah lebih tinggi harga mentenennya. Betul ker? Dari segi muka, mungkin kedua dua motor nie agak sama kot..Iras iras. tapi lambang dia memang beza berbeza laa, Tapi kalau dilihat kos mentenen kereta BMW, memang agak tinggi kot (bagi golongan marhaens macam aku nie).

Khabarnya motor BMW nie agak tinggi sikit. Dan juga berat sedikit berbanding GTR1400. 



Kawasaki GTR 1400?


Khabarnya motor ini agak ringan, dan dikhabarkan ada beberapa rider yang terjun parit akibat terlebih accelerate. Muka memang hensem laa..sesedap mata memandang. Laju? pasti laa laju motor nie. Antara berani dengan tidak jerr kot. Tapi kelajuan bukanlah ukuran kalau nak pakai motor touring nie. Pun begitu, motor nie sangat stabil. Dilengkapi dengan ABS dan KTRC.





Lain lain info, esok aku google lagi. Sekarang nak lelapkan mata dulu. Esok kerja subuh...

Rabu, 6 Mac 2013

PD Waterfront

Salam,

Dah lama tak hupdate blog nie. Tak ada masa, tak gi jalan jalan, tak ada cerita menarik dan sebenarnya busy sempena sambutan raya cina nie. Bila dah lama tak berjalan, bermakna motor aku pun boleh jimat tayar dan milage..hehehe.

Bila terbaca blog kengkawan yang ride jauh jauh merentasi sempadan, terasa jugak keinginan tu. Tapi cool down, dan bersabar. Next trip akan tiba juga.

Bila ada kesempatan, aku bawak anak aku pusing pusing PD. Dah tak tau nak pergi kemana, sebab rasanya dah tak ada tempat yang best best boleh pergi lagi. Nak ke KL, tak sanggup pulak rasanya.


Bila pusing pusing PD, aku pergi laa ke PD Waterfront yang baru tu. Tak laa baru sangat, tapi mungkin sebab aku baru beberapa kali sampai ke situ. Tak ada kepentingan untuk aku ke situ.

Tapi bila dah lama tak pergi, aku nampak sesuatu yang menarik kat area baru tu sebenarnya. Dan kalau dibaca projek jangka panjang yang akan dijalankan di situ, aku yakin tempat itu akan menjadi sangat menarik.

Aku pernah terbaca yang projek kereta kabel akan menghubungkan daratan dengan satu pulau yang terdapat bertentangan dengan daratan PD tu. Dan khabarnya pulau itu akan dibangunkan seperti pulau Sentosa di Singapura. Wah...ini projek yang sangat menarik.


Kawasan ini dipenuhi dengan deretan kedai makan dan minum, yang sememangnya sangat cantik dan bersih. Pilih sahaja apa yang kita nak makan, kebanyakannya ada. Dari sushi Jepun, makanan Korea, pizza, steak dan pelbagai kedai makanan lagi laa.


Bila anda berhenti makan kat sini, anda akan menghadap kepada lautan yang terbentang luas. Tapi bila tengahhari, agak panas juga sebenarnya. Lebih baik jika kita makan waktu petang dan malam.  



Kemungkinan mereka nak menjadikan kawasan ini sebagai satu kawasan peranginan sama seperti di Phuket atau Krabi atau Pattaya kot. Dan jika semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan, aku percaya tempat ini akan menjadi satu tempat tarikan di Port Dickson ini.

Dan bagi anak anak, mereka pun ada taman permainan yang terletak bersebelahan dengan lautan. memang menarik.











Dipenghujung kawasan ini, terdapat satu restoran makanan segera Mc Donald yang dibina berhadapan dengan pulau. Sangat menarik. Jadi aku suka mencadangkan tempat ini sebagai satu destinasi persinggahan jika anda berkunjung ke Port Dickson.


Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...