NuffNang

Khamis, 29 September 2011

Pendatang asing monopoli perniagaan pasar malam di Senawang / Seremban

Salam,

Keratan akhbar Harian metro semalam
Baru jer beberapa Ahad yang lepas aku masukkan dalam entry nie berkenaan dengan pendatang asing yang begitu ramainya kat area Senawang nie. Semalam aku buka akhbar Harian Metro, ada tampalan berkenaan dengan golongan pendatang asing yang memonopoli perniagaan di pasar malam.

Aku fikir ini adalah satu perkara yang agak keterlaluan. Dengan perangai mereka yang sebilangannya agak kurang sopan, kini memonopoli perniagaan lantas mencantas rezeki penduduk tempatan. Kini apa yang tinggal untuk rakyat tempatan? Ketakutan berjalan bersendirian akibat diganggu oleh golongan asing ini? Kita akan merasa terancam hidup di negara kita sendiri walhal golongan ini bersenang lenang mengaut kekayaan negara.

Golongan rakyat tempatan sendiri merasa begitu sukarnya untuk mendapatkan tapak berniaga, namun bagaimana golongan pendatang asing ini begitu mudah dapat berniaga hingga memonopoli tapak perniagaan di pasar malam? Golongan peniaga dan penjaja tempatan dikejar oleh pihak berkuasa lantaran tidak mempunyai lesen perniagaan, namun golongan pendatang asing ini mampu berniaga hingga menyekat rezeki penduduk tempatan.

Seperti yang aku nyatakan di dalam entry yang lepas, golongan pendatang asing ini memang begitu ramai di kawasan ini. Tidak mustahil jika mereka mampu berniaga dan pasti mendapat sokongan dan sambutan daripada golongan mereka sendiri. Aku bimbang suatu hari nanti, pasar malam ini akan lenyap daripada peniaga tempatan dan dipenuhi oleh warga negara asing ini.

Itu baru dikira bab perniagaa, belum lagi dikira dengan sikap mereka yang membuat onar dengan bangsa kita dan rakyat Malaysia. Berbohong kalau aku nyatakan tida puak ini yang terlibat dalam jenayah, cuma peratusannya aku tidak tahu. Begitu juga dengan peratusan puak ini yang merosakkan anak gadis tempatan. Mengacau kedamaian rumahtangga orang lain. Kalau di soal selidik, pasti ada dan jawapannya pasti ya. Ini berlandaskan pengalaman aku sendiri bilamana ada pekerja asing di tempat aku bekerja yang membuat hubungan dengan isteri orang. Biadap sungguh!

Golongan ini harus dipantau. Pandai berbahasa melayu bukan tiket untuk mereka menjadikan negara Malaysia ini bagaikan negara mereka sendiri. Bukan aku anti kepada golongan ini, kerana tidak dinafikan golongan ini ada membantu membangunkan negara. Namun pergerakan mereka harus dipantau. Kerana selepas negara kita bebas dari komunis, kemudian penagih dadah, aku bimbang negara ini mendapat ancaman dari golongan ini pula. Itu hanya pendapat aku leer, tak tau leer pendapat engkorang. Wallahulam. 

Rabu, 28 September 2011

Lukut-Zon Hiburan

Salam,

Pagi semalam aku ride pergi ke Lukut. Ada sedikit hal yang perlu aku selesaikan kat sana. Aku pergi ikut highway Seremban-PD. Layan highway nie sorang-sorang dah biasa dah. Sebab dulu, aku ulang alik pergi kerja ikut jalan nie. 2 tahun jugak aku merempit kat highway nie, pergi dan balik. Masuk jer highway, terus full throttle sampai Senawang. Hebat jugak enjin Elegan nie, dua tahun aku buat benda yang sama. Alhamdulillah tak ada sebarang kecederaan pada enjin...


Pada engkorang yang tak biasa jalan nie, highway nie adalah jalan alternatif bagi pengguna yang ingin ke Port Dickson. Dulu sebelum ada highway nie, penduduk sekitar menggunakan jalan persekutuan yang menghubungkan Seremban-Mambau-Lukut-Port Dickson. Jalan nie pun ada lagi sekarang nie. Masih ramai yang lalu lalang. Agak sibuk jugalah. Tapi kalau anda lalu waktu malam, dinasihatkan supaya memandu dengan lebih berhati hati kerana terdapat banyak makhluk yang berada di tepi jalan. Memang banyak lembu kawasan nie. Banyak accident langgar lembu area nie.


Highway Seremban-PD

Tol Lukut

Kat depan tu exit Lukut
Highway pulak memang lah straight dan tak ada lembu. Tapi kalau aku ulang alik, tak mampu nak bayar tol. Sebab tol dia mahal, RM 3.20 tak kira exit kat mana pun. Kalau nak ke Teluk Kemang tu okay leer. Tapi weekend memang sibuk highway nie, maklumlah ramai pelancong yang nak mandi manda di pantai peranginan Port Dickson tu. Hari biasa pun sibuk jugak, tapi sibuk dengan lori tangki Shell dan Esso. Walaupun highway nie clear sesangat, namun awas. Jangan suka speeding sangat, sebab dicelah jambatan akan ada kepala menunggu dan tembak anda. Memandulah ikut had laju yang dibenarkan. Kalau malam tu, beringat-ingat jugaklah. Sebab sunyi. Bab cerita mistik dan paranormal tu, ada jugak terdengar, tapi kat area lain leer. Kat area nie sepanjang dua tahun aku ulang alik, tak der pulak.

Simpang masuk toll Lukut
Keluar exit Lukut, anda akan jumpa simpang tiga macam kat atas tu. ke kiri menuju ke Springhill dan Seremban, manakala ke kanan menuju ke Lukut dan Port Dickson. Boleh dikatakan pekan Lukut nie berada dalam era pembangunan. Banyak bangunan baru telah ditubuhkan, termasuk lah Giant Lukut. Sampai ke destinasi, aku pening jugak. Cari EON bank tak jumpa. Rupa rupanya EON dengan Hong Leong dah merged laa sekarang.
Hong Leong Lukut
Haa, inilah yang aku nak ceritakan sebenarnya. Aku yang duduk kat area Lukut dalam 2 tahun pun tak tahu bahawanya Lukut nie adalah zon hiburan.Sampai leer aku nampak signboard nie. Apa maknanya zon hiburan nie pun aku tak tahu. Ada jugaklah nampak kelab dalam sebijik dua. Tapi mungkin banyak lagi yang tersorok dan aku tak nampak kot. Kalau tanya kaki tunjuk langit, mesti tahu punya nie.
Lukut-Zon Hiburan
Bila aku nampak signboard nie, hati aku berdetik. Kalau ada zon hiburan, mesti ada zon amal ibadah nie. Kat mana? Itu yang aku tak tahu. Aku mesti cari Zon Amal Ibadah nie dalam pencarian aku seterusnya. Tempat anda ada zon amal ibadat tak?

Hidup adalah ujian

Salam,

Hari semalam buat aku terfikir sejenak. Muhasabah diri sikit. Dalam hidup kita nie, sebenarnya tak semua yang kita rancang kita akan dapat. Tak semua yang kita nak, kita akan perolehi. Yang penting, kita jalankan tanggungjawab kita yang sewajarnya, buat perancangan apa yang boleh. Tapi apa yang akan terjadi semuanya adalah ketentuan dari Ilahi. Mungkin juga ada hikmah disebalik apa yang berlaku yang kita tidak tahu.

Semalam, aku dapat perkhabaran kurang mengembirakan. Seperti entry aku yang lepas, sebenarnya aku memang dah apply cuti untuk Ride Semenanjung Malaysia. Small to Big Bike Tour. Dan cuti tu memang dah approved pun sebenarnya. Segala perancangan dah dibuat, ahli korum semua dah bersedia dan dah berangan. tup tup semalam, nama aku dipilih pulak untuk Finance Training. Tarikh pulak ngam ngam kena dua hari masa aku ride. Boss aku yang decide letak nama aku. 

Adoyaii, memang masalah nie. Bab kerja memang penting sebab melibatkan mata pencarian aku. Tapi bab berdepan dengan geng dan member nie pun susah jugak. Semuanya dah patah semangat bila aku bagitahu ride mungkin akan ditunda. Maklumlah semua dah bersemangat, dengan persediaan memasing. Hmm, entahlah..tapi aku dah rancangkan sesuatu. Untuk mengubat hati yang luka..hahaha.

Semalam petang, aku naik ke Genting. Saja bawak anak dan gilfriend jalan-jalan. Semalam tak ramai sangat pengunjung. So boleh lah nak bawak anak main apa yang dia suka. tak perlu nak beratur, tak perlu nak berebut-rebut. Sebab tak ramai pengunjung, so kita boleh bagi anak kita main banyak kali satu permainan tu. Sebab dah bayar mahal kan, so biarlah berbaloi sikit.

Aku minta anak aku yang berumur 4 tahun tu main bumper car. Okay, tapi asyik berpusing pusing kat situ jer. Dia tak pandai nak kontrol kereta tu. Aku tengok staff Genting yang jaga kat situ pun bukannya nak ajar bebudak nie macam mana nak main. Aku pun tak boleh nak salahkan diaorang, sebab mungkin dia hari-hari jaga situ, so mungkin dia dah jadi storeblind kot. (Istilah aku dalam retail, maksudnya tak nampak dah apa yang salah sebab dah imun). Aku bagi instruction kat anak aku, macammana nak handle kereta tu. Banyak kali jugak aku ajar, tapi mungkin sebab pertama kali dia main benda tu, dia still tak boleh nak tangkap apa maksud aku. 
Bumper car, bapak budak pun tak pandai nak control..inikan bebudak


Ada jugaklah 6-7 kali aku bagi dia main bumper car tu. Tapi still tak pandai nak control. Ada improvement laa berbanding kali pertama dia main tu. Dalam masa tu, buat aku terfikir dan dapat satu lagi pengajaran. Kita tak boleh nak paksa anak kita dengan minta dia buat apa yang kita nak. Kadangkala dia tak mampu nak buat. Mungkin ada cara lain yang kita boleh fikirkan, sampai dia berjaya capai apa yang yang kita impikan tu. Maksudnya, kita tak boleh nak paksa dia kalau dia tak mampu. Kena slow slow. Kena banyak bersabar sampai dia boleh kuasai sesuatu yang kita nak. So, bagi lah dia main apa apa yang dia suka. Janji dia happy. Hahaha.. Tu pendapat aku leer..

praktis bawak keter..


Ahad, 25 September 2011

Meriahnya Pasar Malam !!

Salam,

Hari nie aku bukan nak berbicara soal ride ataupun konvoi. Tapi aku nak sentuh tentang betapa meriahnya tempat aku sekarang nie dengan pelbagai bangsa yang majmuk. Bukan bangsa Malaysia, tapi bangsa asing. Aku baru balik dari pasar malam tadi. Aku dah meluat tengok ramai sangat pendatang asing sekarang nie. Punya lah ramai puak-puak nie. Pandang ke kiri, muka Mat Indon, pandang ke kanan muka Bangla. Depan muka Myanmar, belakang kena pulak muka Nepalese. Bukan nak menyekat diaorang nie datang mencari rezeki, tapi perlakuan dia orang nie kadangkala boleh menyakitkan mata.

Membuang sampah merata-rata, lepas tu ushar semacam. Sampai anak aku yang umur 4 tahun pun tahu, buang sampah boleh mengotorkan. Diaorang nie langsung tak ada kesedaran sivik. Esok makcik pakcik bangsa kita juga yang kena bersihkan sampah sarap tu. Kesian kan? Itu belum termasuk sisa sisa botol bir dan arak yang ditinggalkan merata-rata. Semak betul lah..


Ramainya orang kat pasar malam nie..berapa percent rakyat Malaysia?
Kalau kat area aku nie, waktu diaorang nak pergi kerja boleh dilihat sampai sepuluh buah bas kilang keluar dan mengangkut mereka ke kilang. Adoyai, sekarang nie macam dah boleh diwujudkan perkampungan pendatang pulak dah. Itu belum dikira kalau waktu cuti atau cuti umum lagi. Puak puak nie akan membanjiri setiap bandar besar. Tak caya pergi ke KLCC dan tengok berapa ramai puak nie yang ada kat sana sewaktu cuti umum? Setuju tak kalau aku nyatakan rakyat Malaysia sendiri pun jadi takut nak melawat tempat-tempat nie dalam waktu sedemikian.  Dan aku sendiri pun tak kuasa nak bawak family aku melawat tempat yang jadi port pendatang asing nie.

Ish entahlah, aku fikir kalau satu masa nanti kalau puak puak nie terlalu ramai dan tak dapat dikawal, mau pening pihak berkuasa negara kita nak kontrol. Tengok dengan keadaan sekarang nie pun dah haru, belum lagi kalau berlaku perkara tak diingini. Sama-samalah kita berdoa agar negara kita nie tetap aman dan damai tanpa huru hara dan kekacauan. Amin.

Sabtu, 24 September 2011

Konvoi Basic

Salam,

Diperturunkan beberapa ilmu bekenaan dengan Konvoi Basic yang diceduk dari forum SBM. Moga mendapat ilmu yang berguna ketika merancang sesuatu ride.

Konvoi Basic – Part I

Briefing

Briefing sebelum konvoi untuk memberi maklumat tersangat penting, adalah penting Lead Marshall membuat semua briefing mengenai konvoi kepada ahli, sekira ada dua tiga group, Lead Marshall brief sesama Marshall dan kemudian brief group group di bawah kawalan dia.Jangan jadi, orang lain brief, orang lain Marshall ini sangat tidak diingini akan menggundang ketidakselesaan kepada Lead Marshall dan dia akan terasa lost control.Chief de’ Mission boleh brief ahli, tetapi hanya bersangkutan dengan agenda activity trip tersebut, dia mesti hand over briefing untuk konvoi kepada Marshall. Tetapi ini dikecualikan sekiranya Chief de’ Mission itu juga adalah Lead Marshall.Jadi pendek kata, Marshalling bukan satu perkara yg mudah, jadi biarkanlah dia yg bersuara untuk brief itulah orang yg juga bertanggung jawab memastikan konvoi berjalan lancar. 

Preparation

Apabila membuat route planning dan fuel stop planning, kita kena ambil kira secara menyeluruh keupayaan semua rider dan motosikal mereka.Apabila menunggang dalam group, ini tidak bermakna anda terpaksa serahkan bulat bulat aspek keselamatan mengikut group, setiap penunggang mesti menentukan sendiri keselamatan diri dan sekiranya tidak menyenangi apa apa aspek tunggangan hendak lah bersuara atau tarik diri dari konvoi demi keselamatan jika perlu. Pastikan semua penunggang faham dan tahu cara cara “hand signal” tak perlu sampai tahap boleh bersembang macam orang pekak, tapi cukup hanya sekadar yg penting penting sahaja.Kelajuan terlaju konvoi adalah mengikut, kelajuan penunggang yang paling perlahan atas sebab pengalaman, keupayaan dan kesihatan motor. 

Lead Rider mesti pastikan kelajuan mengikut tahap ini supaya konvoi tidak berpecah pecah.Setiap rider hendaklah pastikan motosikal mereka berada dalam keadaan baik dan selamat untuk ditunggang beberapa hari sebelum konvoi, kita tidak mahu kitalah orangnya yang menyebabkan kelancaran konvoi atau activity yang di rancang tergendala. Walau bagaimana pun, ada kala beberapa kerosakkan tidak dapat di duga, tetapi dengan pemeriksaan rapi, bolehlah di kurangkan.Peralatan bantuan, seperti first aid, puncture kit, towing kit, dan sebagainya ada disediakan. Ada baik kalau yang berkonvoi, mempunyai latihan CPR dan basic emergency resque.

Group (Convoy) Ident. 

Digalakkan ada tag pada semua rider dalam konvoi, seperti reben dan sebagainya (taklah perlu nombor) kerana kita boleh kenal pasti itu group kita kerana ada kemungkinan terikut salah rider - ini terjadi semasa ride balik wedding KH, ada terikut rider dari group lain jadi akan tersalah sasar untuk stop dan sebagainya, dan kita juga dapat pastikan kalau ada rider yang tak beretika adalah bukan dari konvoi kita. 

Riding Track

Bayangkan kereta ada tayar kiri dan kanan, jadi “Left wheel track” dan “Right Wheel Track”, ini lah dua track yg digunakan apabila riding. Cara pemanduan negara kita, Right hand drive jadi penunggang hadapan sekali (Lead Rider) mesti berada pada “Right Wheel Track” sekiranya 2 by 2 staggered dan sekiranya single file hendaklah diantara kedua dua track ini. Tetapi ada kala tidak digalakkan ride di antara dua track ini, kerana mungkin ada tompokan minyak, jadi hati hati. Sangat bahaya sekiranya riding dengan formation 2 by 2 dan berada pada “Left Track” di jalan sempit kerana anda akan tidak kelihatan oleh pemandu lain. 

Marshall
 
Lead Rider (Marshall) – Depan Sekali - Experience Rider. Sweeper (Marshall) – Belakang sekali - Experience Rider. Ada pembantu pembantu lain digalakkan , sekiranya perlu dan sekiranya ramai sangat, tetapi lebih elok di pecahkan kepada group kecil kecil, lebih selamat, jadi hanya perlu Leader dan Sweeper, ini juga akan memberi peluang melatih orang lain supaya fasih dengan convoy dan menimba pengelaman. Marshall, yg ride along side konvoi, ini tidak perlu ada sekiranya ahli konvoi fasih berkonvoi dan konvoi bersaiz kecil. Lebih baik dipecahkan konvoi kepada group kecil kecil dan setiap group berlepas pada masa berbeza untuk destinasi yg sama. Ini juga akan melatih lebih banyak rider menjadi Lead dan Sweeper, dari aspek keselamatan kumpulan kecil akan mengurangkan risiko kemalangan.

Juga sekiranya ada kerosakkan berlaku,, lebih elok 4 atau 5 rider berhenti berbanding 30, yg mana akan menambah risiko kemalangan di bahu jalan .Ada juga disarankan, tak perlu arrive 40 atau 50 rider sekalu gus, kumpulan kecil kecil yg sampai akan memudahkan process seperti mengisi minyak dan sebagainya. Marshall yg ride pada tepi konvoi lebih baik di gunakan untuk jadi Lead atau Sweeper group lain, kerana sekiranya 20 atau 30 rider dalam satu satu konvoi.. apa lah sangat yg mereka ni boleh buat, lagi pon Marshall marshall yg ini bagi saya hanya, cuba untuk mengelakkan diri daripada ride dalam formation, kerana ia lebih mudah, dan dia bebas ke sana sini.

Formation Riding.

2 by 2 Staggered. Lead di hadapan pada right wheel track, 2nd rider sebelah kiri lead dan belakang sedikit. 3rd rider sebelah kanan 2nd rider dan jarak antara Lead dan 3rd rider adalah dalam 2 saat, kerana 3rd rider sama wheel track dengan lead. 4th rider sebelah kiri 3rd rider dan 2 saat di belakang 2nd rider dan seterusnya.Single file. Yang ni mudah sahaja, satu satu tetapi maintain position seperti di atas, dan separation sama. (2 saat di belakang yg depan.) Single file selalunya untuk jalan sempit, masuk keluar highway, permukaan jalan tidak elok.2 by 2 Side by Side ( 2 by 2 Abreast)Penunggangan secara dua selari, hanya elok pada traffic light atau simpang ke kanan, untuk merapatkan jarak tunggangan memudahkan melepasi simpang atau lampu isyarat dan mengelakkan kereta cilok masuk, sekiranya single file. Elak dari menunggang secara 2 abreast atau side by side, kerana ini akan menyulitkan anda mengelak apa apa halangan, sebaliknya gunakan single file atau 2 by 2 staggered. 

Rider Placing.

Dalam formation, pastikan rider yg paling berpengelaman berada sebagai Lead dan Sweeper, yang kurang pengalaman yg pertama belakang Lead dan seterusnya mengikut pengelaman kesihatan dan keupayaan enjin (kecil & tak sihat sangat depan). Sekiranya, dapat dipecahkan konvoi kepada beberapa group, hendaklah dikelaskan mengikut keupayaan enjin, kesihatan dan kelajuan motor. CC kecil, motor tak berapa sihat atau yang tak laju sangat hendaklah ada pada group yg terhadapan. Sekiranya berlaku apa apa bolehlah bantuan dapat diberi dengan mudah, ada otai yg menggunakan motor cc kecil ini tidak bermakna mereka tidak mampu konvoi dengan baik, saranan ini hanya untuk memudahkan perjalanan konvoi. Dilarang memotong dalam konvoi. Apabila berada dalam konvoi, di larang sama sekali memotong sesame sendiri, antara beberapa sebab ini di tegah.
a. Keselamatan.
b. Kita akan tahu cara tunggangan rider depan selepas beberapa minit dan boleh buat penyesuaian dan tunggangan yg lebih baik.
c. Kita akan tahu berapa orang masih di belakang sekiranya berlaku apa apa. 

Ketika menunggang jangan ikut bulat bulat apa penunggang hadapan buat, sebaliknya lihat kehadapan, penunggang di hadapan kita hanya perlu diperhati dalam penglihatan tepi kita, perhatikan jalan hadapan dan apa apa yg ada untuk kita membuat perhitungan dan penunggangan yg tepat. Sekiranya jalan sempit dan berliku liku, hendaklah ride mengikut single file, dan apabila sampai pada simpang atau isyarat berhenti hendaklah rapatkan motorsikal dan berada pada 2 by 2 abreast, supaya tiada kenderaan lain dapat mencelah, dan ini juga memendekkan konvoi, senang lepas. Memang, kita akan rasa bagus, kalau dapat block pengguna jalan raya lain apabila kita masuk simpang atau melepasi traffic light, tetapi ini adalah menyalahi undang undang. 

Adalah baik, sekiranya yang lepas perlahankan motor tinggalkan seorang marker pada setiap simpang bermula pada yg terbelakang yg lepas dahulu, dan tunggu. Sekiranya kita tidak selesa dengan kelajuan konvoi, boleh tarik diri semasa menunggang sekiranya perlu. Pastikan sweeper diberitahu, signal kiri, perlahankan motor isyaratkan penunggang lain potong dan apabila sampai kepada sweeper, isyaratkan kepada dia yang kita hendak solo dan akan ke destinasi yang ditetapkan tetapi lambat sedikit. Penunggang lain hendaklah mengambil tempat penunggang yg “drop out” itu mengikut formation yg ditetapkan. 

Adalah diingatkan penunggang yg “Drop Out” berada bersendirian dan dia mesti pastikan keselamatan dan kesihatan motor sendiri, konvoi hanya boleh dihubungi apabila setelah mereka sampai ke stop yang dijanjikan.Sekiranya berada pada traffic light atau simpang berhenti pada fomasi 2 by 2 abreast, motor yg sebelah kanan hadapan jalan dulu, di ikuti dengan yg kiri, kemudian kanan dan kiri,, mengikut style 2 by 2 staggered formation.Memotong.Adalah mustahil untuk semua ahli konvoi memotong serentak atau sekali gus pada jalan kecil dan adalah tidak sopan boleh dikatakan “kurang ajar” sekiranya kita “menghalau” pengguna lain dari jalan, ini menggundang kemarahan dan merbahaya pada kita. 

Apa yg saya perhatikan, ramai yg membuat kesilapan ini, setakat kita berkonvoi dan ada vest “MARSHALL” tidak memberi kita hak untuk mengganggu pengguna lain, MARSHALL pengguna jalan raya lain hanya boleh dilakukan oleh pihak berkuasa, itu sebabnya PLUSRONDA berstatus POLIS BANTUAN. Sebaliknya kita kena menjaga ahli konvoi supaya berhemah di jalanraya. Juga di ingatkan, penggunaan “SIREN” adalah menyalahi undang undang, penggunaan “BEACON” mesti mendapat kelulusan pihak berkuasa dan pengunaan “BEACON BIRU” ada lah menyalahi undang undang, ianya hanya dikhaskan untuk pihak berkuasa. Jadi jangan lah kita takut sangat “dibogelkan” oleh kelab kelab motosikal lain, kerana pada perhatian peribadi saya setelah sekian lama menunggang ni, ramai yang tersilap.

1. Memotong - Single file formation.Seperti biasa, yang hadapan apabila ada peluang potong dangan cara yg betul, dan hendaklah pastikan dia tidak perlahankan motor selepas memotong sebaliknya terus memecut kehadapan di hadapan kenderaan yg di potong untuk memberi ruang pada yang lain memotong dan masuk kembali. Leader hanya perlahankan motor apabila dia berpuas hati ruang yang ada cukup untuk ahli ahli konvoi potong dan masuk dengan selamat.Berhenti memotong kalau tidak selamat, dan sambung semula apabila selesa, jangan memotong selagi ahli konvoi di hadapan kita tidak lepas.Jangan sekali kali, seorang memotong dari kiri dan seorang lagi memotong dari kanan secara serentak, dan memotong dikiri di tegah sama sekali melainkan situasi terdesak dan memerlukan tindakkan sedemikian.

2. Memotong – 2 by 2 Staggered formation. Ini susah sedikit, kerana,, sweeper kena mainkan peranan untuk ini dan apabila konvoi panjang sangat susah bagi sweeper nak tahu bila nak potong kerana dia mungkin tidak dapat lihat Leader yang di hadapan. Cara ini ambil kira kita konvoi mengikut peraturan jalan raya.Apabila di laluan perlahan, hendak memotong kenderaan dihadapan, Leader mesti tidak memotong dulu, ikut kenderaan itu pada jarak yg selamat atau bila sudah hampir beri signal kanan untuk memotong dan ahli lain beri signal yg sama tetapi jangan memotong lagi, Sweeper apabila terlihat keadaan ini, akan apabila selamat signal kanan, masuk lane memotong dan ini akan memastikan lorong kanan sudah selamat tiada kenderaan dari belakang akan meluru potong. 

Rider di hadapan Sweeper akan turut masuk lane memotong dan seterusnya sampai pada Leader dan Leader akan signal untuk memecut.Apabila hendak masuk balik lorong perlahan, Leader akan signal kiri,,, diikuti oleh ahli ahli yg lain sampai pada sweeper,, dan sweeper apabila selamat akan masuk lane kiri di ikuti oleh penunggang dihadapan satu satu sampai kepada Leader. Ada juga cara untuk masuk balik ke lorong perlahan Lead Rider masuk dulu di ikuti oleh rider rider lain, ini ok kalau pengguna pengguna lain mengikut betul betul peraturan jalan raya, yg susah kalau ada kereta yg suka potong dari kiri, jadi untuk block jalan sweeper masuk dulu.Sekiranya kita sekarang berada di laluan laju, ada kenderaan lain pula hendak memotong, Sweeper kena beri signal kiri untuk masuk ke laluan perlahan,, pastikan penunggang dihadapan tahu apa yg berlaku pergi ke kiri memberi laluan kepada kereta yg hendak potong di ikuti oleh ahli lain lain sama seperti menukar lane diatas tadi.

Defensive Riding.

Al maklumlah, pemandu bukan sempurna dan ada banyak kekurangan, garis panduan di atas hanya apabila semua pengguna jalan raya mengikut peraturan.Banyak ketika, pemandu tidak beri laluan apabila berada di laluan laju, yg ini sangat sukar di tangani, apa pon kita mesti berhemah dan secara baik tunggu di belakang seketika,, kemudian bagi hi beam sikit, kalau tidak beri laluan juga hon sikit, mungkin dia tidak perasan, tak beri jugak pasang terus high beam dan di ikuti dengan hibeam dari moto motor lain.Kalu tak kasi jalan juga,, ini susah kerana ini sudah tidak mengikuti peraturan. Memotong kenderaan begini amat sukar di beri satu satu garis panduan. 

Konvoi mungking terpaksa break formation seketika dan cuba potong satu satu dan dalam keadaan yg selamat. Leader mungkin boleh cuba sedaya upaya potong mengikut kemampuan dan keselamatan, apabila berada di hadapan kenderaan tersebut, cuba isyaratkan dia supaya memberi laluan kepada konvoi. Oleh kerana dia telah tidak mengikuti peraturan Leader terpaksa buat apa yg patut untuk memastikan konvoi selamat.Sekiranya kenderaan degil juga, jangan buang masa, isyaratkan konvoi untuk memotong dengan selamat satu satu, ini mungkin akan memerlukan ahli ahli memotong dari sebelah kiri. Selepas potong masuk balik konvoi, dan jangan menyakat kenderaan yg degil itu.. kerana dia mungkin SV & Co.

Tips Konvoi ala ABN

Salam,



Aku fikir ramai yang suka berkonvoi, tapi tak tau camner dan tak yakin dengan motor sendiri. Apa apa yang kita nak buat, first mesti ada niat. Kemudian perlu ada follow up, check apa yang patut. Keadaan kenderaan, tahap fizikal dan kesihatan penunggang. Study mana route yang kita nak pergi. Lagi bagus kalau kita ricki dulu jalan tu sebelum bawak orang lain. Check kat mana patut kita isi minyak, kat mana nak tidur, kat mana nak berhenti makan. Cari dalam internet atau lain-lain pembacaan tentang ride yang orang lain pernah buat. Itupun satu cabang ilmu.


Kita tak perlu ada superbike baru nak pergi jalan jalan. Dengan sebuah motor cub pun, saudara Hadi dah sampai ke London dengan GT128. Tak yah tunggu ada BMW, ST, Gold Wing, FJ baru nak ronda ronda. Kalau ada motor besar tu adalah satu bonus. Jati diri yang penting. Cuba baca dan refer blog pengembara bermotor macam Yok Rempitan, Tayar Golek, Globe Nomad rider, Griffin dll. Nak lagi best referlah kat Advrider tu. Dapatkan pengalaman macam mana diaorang buat ride.


Bagi aku, aku lebih suka bergerak dalam kumpulan yang kecil. Senang nak control. Tak banyak ragam. Apa jenis motor pun aku tak kisah nak join, sebab aku ride nak tengok keindahan alam ciptaan tuhan. Aku ride tak laju. Aku suka ride sebab nak carik makanan yang best. Aku suka ride sebab aku suka jalan jalan. Dengan ride jalan jauh nie, kita dapat kenal karekter motor kita sendiri sebenarnya.

Sebelum korang berniat nak ajak member ramai-ramai join, pastikan yang nak ikut tu semuanya ada lesen. Pastikan pakaian menunggang lengkap. Jangan ler semborono ajer, pakai selipar, T-Shirt lengan pendek, seluar pendek ker nak ikut ride. Bagi aku walaupun itu namanya ride jugak, tapi membahayakan dan nampak tak berdisiplin. Kan lebih bagus dan nampak lebih cantik kalau semua rider berpakaian lengkap, berjacket, boot, glove dan baju pemantul cahaya.

Bila ride pulak, kadang kadang kita tak kenal sangat sikap geng geng kita tu. Tapi bila dah berlaku sesuatu masalah nanti, baru lah kita lebih kenal member member tu. Samaada member menangis atau member ketawa jer. Biarlah yang ikut kita tu ada semangat setiakawan, sebab itu sangat penting dalam konvoi nie. Kemudian bawaklah tools dalam konvoi tu nanti. Kot ada perkara yang tak diingini berlaku, Kalau boleh nak repair sendiri sebelum jumpa bengkel. Jangan lupa bawak bekal minyak petrol sikit, kalau rancang buat perjalanan jauh dan tangki minyak anda kecik. Sebab takut nanti bertunda pulak. Contohnya LC ride kat highway, lagi sedap henjut, lagi sedap dia telan minyak. 

Kemudian dengar cakap ketua anda, kalau dia cakap isi minyak, maknanya anda memang kena isi minyak walaupun nampak macam ada lagi minyak dalam tangki. Sebab perkara nie pernah berlaku kat aku, bilamana motor LC kehabisan minyak sebelum sampai RnR Tapah. Sebabnya simple ajer, dia tak isi minyak bila aku suruh masa kat Rawang. Kononya minyak ada lagi. Bila perkara macam nie berlaku, secara tak langsung ia akan melambatkan perjalanan anda sekumpulan. Dan bila nak bertolak tu, bacalah doa. Alhamdulillah setakat berkonvoi nie, aku tak pernah lupa lagi nak baca doa. Minta perlindungan dan keselamatan dari Nya. Insyaalah selamat. Dan bagi masa untuk berhenti solat.

Last sekali, kalau berniat nak buat ride besar-besaran boleh ler mintak bantuan Polis sebagai marshall atau pengiring. Kat bawah nie aku petik sedikit info dari SBM.

 "... tulis surat kat pulis. kalu bole mintak depa yang jadi marshall. kalu tak bole tak pa aih, buat sendiri.
- lantik ketua among korang. dia kawal perjalanan, jaga speed, jaga disiplin
- ketua nanti buat briefing, check brapa moto, brapa org, kasi explain route nak lalu, next perhentian etc...
- lantik aaa sweeper ke ape kebende ntah, jaga kat belakang (slalu moto yg power)
- bawak la alat ganti mudah (tube tayar, spanar, playar, first aid, minyak spare?)
- pakai vest hijau floresen tu kasi org senang nampak
- jangan potong memotong, jangan tukau gear ngan tangan
- tau isyarat serba sedikit (angkat satu jari: single line nak motong, laluan sempit, angkat dua jari: buat double file, zigzag)
mcm mana isyarat nak slow etc...
- pastikan sume isi minyak siap2 kat RV (review point), nanti tengah jalan kalut isi minyak lak...
- patuhi undang2, jgn ikut laluan kecemasan. jgn bawak slow sgt smpai kenderaan belakang terganggu
- baca doa sblm mulakan perjalanan, berserta niat yg baik...

Sedikit sebanyak info dari pengalaman ride aku yang tak seberapa. Pergilah melancong. Banyak tempat menarik dalam Malaysia nie yang boleh kita lawati. Malaysia ada cukup pakej, laut, tanah tinggi, tasik, hutan..semuanya ada. Dah habis dalam Malaysia nie nanti, bolehlah ride ke luar negara pulak.

Rabu, 21 September 2011

Kerang membesar bagai johan !!

Salam,

Aku berkesempatan untuk pergi ke Pasir Gudang baru baru nie. Kakak ipar aku bawak pergi makan seafood. Apa yang menarik minat aku dan tak pernah aku tengok seumur hidup, aku jumpa kerang yang gedabak saiznya. Biasanya kerang yang aku biasa makan cuma saiz duit 10 sen, tak pun paling besar cuma saiz duit 20 sen. Tapi kali nie, kerang nie saiz lebir besar dari duit 50 sen. Apa agaknya yang dia orang bagi kerang nie makan. Sampai membesar bagai johan! Rasanya, sama ajer dengan kerang normal. Cuma saiznya besar. Tak sesuai kot kalau nak masak sambal, mungkin sesuai buat kerabu jer..
Aku tak pernah jumpa kerang macam nie punya besar

Korang bandingkan duit 50 sen dengan besar kerang tu

Selasa, 20 September 2011

Breakfast Ride-Alor Gajah

Salam,

Lama sangat dah motor tak bergerak. Last minggu lepas masa aku ride ke Batu Pahat. Lepas tu, motor tu tersadai jer kat rumah. Tak macam Kang Latep, setiap hari layan superbike..amboi memang lazat leer. 

Lepas hantar anak aku gi sekolah, aku ajak gepren aku gi keluar sarapan. Tapi sarapan di mana? Aku call Azri, ajak dia keluar sekali. Dengan suara serak basah baru bangun tidur, dia koba tengah komeh rumah. Hmm, tak po laa..aku ride berdua jer laa. Tak leh lambat nie, kang nak ambik anak balik dari sekolah pulak dah. Ambik jacket ngan helmet, zass aku pulas throttle. Tapi nak kemana pulak. Takper, ikut jer rentak tayar ke mana. Lepas dari tol Senawang, aku belok kiri menghala ke Johor Bahru. Keter tak banyak sangat, tapi masing masing boleh tahan jugak memecutnya. Ada sebijik BMW Roadster warna putih, plet Singapore..pherggh cun bebeh.

Aku cam biasa leer, slow and steady jer. Dalam pertengahan jalan tu, kat side menghala KL aku tengok ada towing tengah tunda sebijik lori. Tak lama pulak, aku perasan ada keter Polis ngan banyak keter bersusun kat heway tu. Tak perasan pulak apa benda dah terbabas masuk dalam longkang tu. Keter kot. Ride tak lama tu, sampai kat exit Alor Gajah. Bagi signal dan ambik kiri. Keluar exit nie. Masuk jalan persekutuan, Lebuh AMJ ke Melaka. Layan kepala sambil sembang sembang ngan gepren aku. Alor Gajah destinasi aku. Kalau korang bagitahu yang cucur udang Alor Gajah memang famous area nie kan? Taste aku lain sikit, aku lebih suka cucur udang yang makan dengan kuah kacang..Hmm..terbaekk..

Kalau korang selalu lalu kat jalan nie, korang mesti perasan pada satu kedai kat bawah bukit yang memang selalu penuh dengan pengunjung. Aku singgah untuk breakfast kat sana. Warung Nek Munah. Masa aku singgah kat sana pun sama, penuh dengan kereta berhenti kat tepi jalan tu. Macam kenduri kawin beb. Aku fikir memang famous kot kedai nie.
Inilah warung Nek Munah tu, dari pandangan tepi

Macam macam menu untuk breakfast nie
Kedai nie menawarkan pelbagai juadah untuk breakfast. Macam macam ada, dari nasik lemak, nasik goreng, mee goreng, beehoon goreng, koay teow goreng, mee sup, meehoon sup, mee kari, lontong, soto dan macam macam lagi laa. Yang bestnya kedai nie bukannya jenis ceduk dari talam tu. Aku fikir dia goreng masakan panas. Kalau nak layan roti canai pun ada. Pendek kata, apa yang korang terfikir nak breakfast, semuanya ada kat sini.
Gepren aku makan bee hoon sup. Best broo..

Aku plak layan nasik goreng kampung dengan ayam goreng

Korang perasan tak berapa banyak keter yang berhenti nak makan. Tu belum kira yang parking kat bawah lagi tu.

Aku lupa laa nama tempat nie. Kedai makan nie kat bawah bukit

Aku balik ikut jalan kampung. Ambik kesempatan untuk lalu ikut jalan kampung kat area Melaka sekitar Alor Gajah nie. Bagi aku, kita patut bagi pujian pada kerajaan Melaka nie. Sebab bagi aku, landskap jalan yang cantik, dan bersih. Kawasan kampung pun bersih, jalan pun cantik. Tu pendapat aku leer, sebab tak biasa masuk sini lagi. Pusing pusing ikut Lendu, Rantau Panjang dan last sekali keluar kat Simpang Ampat. Ambik route jalan persekutuan ke Rembau, Pedas sampai ke Senawang.


Jauh jugak aku pergi breakfast pagi nie. Total perjalanan 134km. Berbaloi jugak leer mencari tempat breakfast. Dapat jugak aku meninjau kampung orang..Pergilah melancong.

Ahad, 18 September 2011

Ride Orang Kawin kat Sabak Bernam

Salam,

Aku rasa baru malam tadi bincang ngan budik dan Hasromi, pasal ride ni..tau2 dah ada gambar..ok lah layan..

Report Ride ke Sabak Bernam ( Taman Kenangan )

9:30 : Buat preparation terakhir pada moto, Adjust rantai la, set angin la..nasib ada si Budik boleh buat kan semua ni..masa ni kitaorang masih berada di Shell batu 3 sementara tunggu si Hasromi yang agak lewat bangun tidur..

10:00: Tayar gerak menuju ke sabak Bernam, dalam perjalanan tu masing2 buat stail lah sbb dah lenguh atas motor..

11:55 : Sampai rumah Azrill, masa ni pengantin takde lagi..so, kitaorang pun tak boleh tunggu lama..sbb pukul 3 dah nak kena masuk keje semula..maklumla keje shift..Apalagi,kasi ambil pinggan, tgk nasi beriani mcm sedap..apalagi bedal jelah taruk dalam pinggan..perut pun dah lapar..Si Budik punya kelam kabut, sampaikan penutup bekas nasi tu jatuh..semua orang pandang..masa tu aku dah ambik lauk ayam..jauh dah dari budik..nyam2..

12:30 : Time tengah makan tu, dengar bunyi rebana..dalam hati aku.ni mesti pengantin dah sampai..usha ke kiri..mmg betul , Azrill tersengih je dari jauh..maklumlah Raja Sehari....Sementara tunggu Azrill masuk kerumah, Budik suruh hasromi ambil bubur kacang..Kali ni peristiwa seperti budik tadi berulang lagi, kali ni pada si Hasromi pulak..tah macam mana dia ambil mangkuk tu, boleh jatuh barang2 atas meja tu..semua owg pandang je..Si Budik gelak kaw2 masa tu..hampeh je time owg kene..hehe..masa tengah makan bubur tu, terperasan Kak Midah n family pun ada sama..tak perasan pukul berapa diowang sampai..

13:00 : Tunggu punya tunggu, azrill pun keluar la..masa ni kitaowang dah siap2 nak gerak..ingat nak jumpa azril dulu sebelum balik..ambil gambar sekeping dua ngan pengantin..Hasromi cakap ambil berkat..aku pun tak tau apa yang berkat tu..salam2 ngan azril n siap bergambar semua..kitaowang pun siap2 la nak balik..takut lewat sampai KL ngan Cyberjaya.

13:30 : Tayar gerak pulang ke KL ngan Cyberjaya, dalam perjalanan ni hujan rintik2..tapi kitaowang terus je, tak berenti dah pakai baju hujan ke apa ke..rupanya sekejap je hujan..dalam tgh layan ride ada plak budak motor ni main cucuk2..igt kitawang ni nak layan ke.dah la perjalanan masih jauh..lama jugak dia ikut..last2 dia masuk susur mana tah..hilang terus dari cermin sisi aku..ok lah..takde dah lah si pengacau..

15:00 : sampai opis, punch card ngam2 dekat pukul 3..

So kesimpulan, Ride ni memang best walaupun tak dirancang..pada azril dan isteri " Aku ucapkan selamat pengantin Baru, Semoga kekal ke akhir hayat "..makanan kat umah kenduri mmg best,maklumlah perut lapar..

Kami blah tiga bijik motor ja..layan cub plak hari nie

Budin ngan Hasromi

On the way..jalan clear
 

Skill aku tangkap gambar dari atas motor..nak tiru advrider..hahaha


Gambar aku tak daa laa, pasal aku yang ambik gambar

Dapat gambar helmet aku jaa..


Jalan memang cantik, tersilap mau sampai Lumut terus nie..



Selera sungguh makan nie..tak hingat nak balik nanti naik motor.



Slamat Pgantin Baru..

Perjalanan balik, kakak tu tengah tunggu nak pi tandas. Bukan follow ride kitaorang yer..


Khamis, 15 September 2011

Tour Malaysia with EX-5

Salam,

Niat asal macam nak tiru route Han Tayar Golek tour The Peninsular ikut jalan pantai. Tapi memandangkan cuti yang amat terhad, maka aku telah review semula jalan yang bakal kami lalui untuk ride bulan depan. Kalau jadi, insyaallah ride nie aku akan buat melalui semua negeri di Malaysia nie. Sebab memang niat aku sebelum ke luar sempadan (chewahh), aku nak habiskan dulu semenanjung Malaysia nie.

Tak perlu bermotosikal besar baru boleh kita nak jalan jauh. Kalau ada motor besar tu satu advantage dan bonus lah. So, ride nie akan disertai oleh motor kecik jeer. Dua orang adik aku akan menunggang Honda EX5 dan member aku seorang beserta dengan aku. Jumlah penyertaan yang confirm setakat nie cuma 4 orang ajer. Kami plan nak habiskan tour nie dalam 3 hari jer. Okaylah buat permulaan nie kot, nak berjalan dan melihat pemandangan menarik di sekitar Malaysia nie. Kalau jadi, route yang difikirkan adalah seperti di bawah nie. Mungkin ada perubahan nanti. So bagi korang yang dah biasa buat ride jauh jauh nie, aku mengharapkan cadangan dan nasihat dari korang. Kat mana patut berhenti, kat mana patut menginap..

Cadangan:

Day 1
KL-Senawang-Muar-Segamat-Kuantan-Kuala Terengganu

Day 2
Kuala Terengganu-Jeli-Baling-Arau-Kangar

Day 3
Kangar-Arau-Changloon-Alor Setar-Butterworth-KL
(paling pendek sebab ikut PLUS Highway kot). Tapi mungkin ubah route ikut jalan persekutuan kalau ada idea lain)


Rabu, 14 September 2011

Ride Lunch... Rugi Sapa Tak Ikut

Salam,

Plan awal adalah untuk meet up member aku Naseq dari Penang kat Cameron Highland. Di saat akhir, perancangan awal terpaksa di pinda di saat akhir memandangkan Naseq injured dan tak mampu nak ride dari Penang ke Tapah. So aku decide untuk tukar ride hari nie untuk Ride Makan Tengahhari. Destinasi pilihan aku adalah untuk pekena asam pedas kat Parit Jawa Johor. 

Ride yang tak berapa jauh pun sebenarnya. Cuma 397km sahaja. Tapi kami tak akan menggunakan laluan highway untuk perjalanan pergi, sebab aku cuba untuk ushar jalan yang akan kami gunakan untuk perancangan Jelajah Malaya Jalan Pantai bulan Oktober nanti.
Ride untuk kali nie, aku ditemani oleh Azri yang menunggang ZZR250. Kami bertolak jam 8 pagi dari Senawang. Laluan kami adalah untuk ke Port Dickson yang mana kami akan mengambil route jalan pantai hingga ke Melaka.

Dari Melaka, kami akan straight menggunakan jalan pantai hingga ke Muar dan Batu Pahat. Perjalanan dari Senawang ke Port Dickson menggunakan highway Seremban-PD. Sampai kat Teluk Kemang, kami ambik jalan tepi pantai sampai ke Kuala Linggi. Jalan nie mana boleh speed, ikut had laju kebangsaan ajer.
Versys dan ZZR 250 
Sampai kat area Kuala Sungai Baru, kami masuk ikut jalan pantai ke Pengkalan Balak. Kat situ kami berhenti sekejab untuk breakfast. Banyak jugak kedai tepi jalan yang boleh berhenti untuk breakfast. Tapi kami pilih untuk berhenti makan kat kedai tepi laut.

Chewahh, pekena nasik lemak dengan telur mata kerbau. Masa nak blah, aku tengok ada jual telur pindang pulak. Macam mana ada telur pindang kat Melaka? Bukan telur pindang nie famous kat Johor ker? Aku beli dua bijik, souvenier kat wife aku yang kena tinggal kat rumah tu..hahaha.


Selesai makan, kami terus gerak menuju ke Pengkalan Balak. Tak singgah pun, cuma lalu ajer. Kami pun tak tergesa gesa ride nie, so kami jalan santai jer laa, disamping menikmati pemandangan rumah tradisional Melaka kat kiri dan kanan jalan tu. memang meriah negeri Melaka nie sebab semangat patriotisme penduduknya. Banyak kibar bendera Malaysia kat rumah memasing.

Sampai kat Tanjung Kling, kami berhenti tengok gerai gerai yang banyak kat kiri kanan jalan tu. Gerai gerai nie jual hasil hasil kampung Melaka, ada belacan, kuih tradisional, asam jawa, cencalok dan macam macam lagi. Kami tak beli pun, cuma menjamu mata ajer laa.

Kat belakang tu adalah gerai menjual barangan produk tradisional Melaka


Kami terus gerak tanpa membuang masa. Kami melalui bandar Melaka, sempat lagi pusing pusing. Tengok ada raptai perarakan Hari kebangsaan kot kat area bandar Hilir tu. Tak singgah jugak, cuma lalu ajer. Keluar dari bandar Melaka dan kami ride terus menuju ke Muar.

Sampai kat Merlimau, kami singgah refueling jab. Minyak banyak lagi sebenarnya, tapi sajer nak berhenti kejab. Isik minyak pun RM10 jer. Waktu nie dah dekat pukul 11 rasanya. Tak membuang masa, kami terus gerak.
Terus ride sampai kami sampai kat sempadan Johor Melaka. Ambik kesempatan berhenti dan bergambar kat arca beca yang besar sangat tu. Biasanya kalau aku balik kampung kat Johor, setakat lalu ajer kat sini, tak sempat nak singgah pun. Tapi kali nie sebab bermotosikal, aku singgah dan sempat ambik gambiran sekeping dua.
Yang besnya kat sini, sebab ada signage Selamat Datang Ke Negeri Johor. So ada jugaklah kenangan yang menyatakan aku pernah sampai kat Negeri Johor dah..hahaha.

Azri berposing
Bila dah sampai kat sini, maknanya kami dah tak jauh lagi untuk sampai ke destinasi. Macam biasalah, destinasi yang aku rancangkan adaah untuk ke Parit Jawa untuk pekena asam pedas Johor. Tapi kami ride terus dan aku bawak Azri ikut bandar Muar. Pusig pusing bandar Muar yang banyak sangat roundabout tu. Kemudian akami ambik jalan jalan terus menuju ke Parit Jawa. Jalan nie lagi best, sebab banyak lampu isyarat. Ada dibuat laluan untuk motor, tapi bahaya sangat sebab jalan nie macam tak berapa ikhlas jeer. Banyak bahayanya, berlopak, beralun dan tiba tiba pulak ada kereta parking kat i laluan motor nie.
Sampai kat medan asam pedas Parit Jawa, aku singgah makan kat Makcik Pon. Nasib baik waktu sampai nie dalam pukul 12 tgh hari. Orang tak ramai lagi. Ikan pun banyak lagi pilihan. Aku tak nak makan ikan besar, nanti duitnya pun besar jugak. hahaha.

Aku makan ikan kembung jer, seban makan sorang. Kalau aku datang dengan wife aku, biasanya memang aku ambik ikan merah ker, kapla ikan ka, ikan mayong kaa. Tapi kali nie aku ambik set lengkap dengan telur dadar, sayur taugeh. Azri pulak yang baru pertama kali ke sini begitu teruja nak makan asam pedas johor.

Kali nie dia ambik nasik dan juga asam pedas ikan siakap. terbaik tu. bagi korang yang belum pernah ke sini, okay jugak lah harganya. Dan rasa pun bagi aku boleh tahan. Ada banyak gerai dan kedai area sini yang korang boleh cuba. Pernah mendapat publishiti daripada majalah majalah tempatan dan juga rancangan TV.

Habis makan, aku kena RM 7.60, manakala Azri pulak kena RM8.60. Bagi aku okay sangat tu. Ikan kembung RM 3 seekor. Ikan memang fresh.
Siap makan asam pedas, aku bawak Azri ke Batu Pahat. Macam biasa aku bawak Azri ke benteng depan Hospital tepi jalan tu. Aku bawak Azri ke kedai briyani gam Mohd Shah. Famous jugak tempat nie kot. Aku memang tak makan lagi dah.

Maklumlah baru setengah jam jer makan nasik tadi. Tapi aku memang respek dengan Azri. Dia makan  lagi sepinggan nasik briyani gam ayam. Fuh, besar tank budak nie. Aku bungkus nasik briyani kambing dua dan nasik kosong satu. Untuk orang rumah, nanti lain kali senang nak pergi ride lagi.

Dah berator dah orang nak makan nasik briyani gam nie..

Azri, memang terbaik mamat nie. Makan nasik briyani gam pulak selepas asam pedas. tak sia sia aku bawak jalan

Tempat nie memang popular kot, sebab ramai yang singgah makan tengahhari

Balik dari Batu Pahat, aku singgah solat jab kat Masjid area Sungai Balang. Aku ambik gambar nie sebagai peringatan untuk kita.
Aku terus gerak balik lepas solat zohor. Waktu nie dalam pukul 3 petang. lepak iqtiqaf dalam masjid tu lepas solat. layan perut kenyang. Aku ambik route Muar-Tangkak. Jalan yang begitu banyak traffic light. Sampai kat Tangkak, jalan dah basah.

Baru lepas hujan. Aku yang memang phobia dengan jalan basah nie, ride slow and steady jer. Risau jugak. Ambik highway PLUS ke Senawang. Sepanjang jalan memang hujan jeer. Kami memang ride slow. Tak berhenti isik minyak pun sebab last tadi kami dah isi minyak kat pekan apa tah, lupa nak jote down

Kami boleh speeding sikit selepas area Pedas. Masa nie langit dah mula gelap nak hujan, tapi belum hujan lagi. Sampai Senwang tepat jam 4.30 petang. Syukur, perjalanan selamat pergi dan balik, perut pun kenyang.

Sedikit gambiran dari kamera Azri. Aku tak sempat nak susun, sebab nak masuk kerja nie. Nanti ada masa aku edit. Choww..




Kedai tempat kami breakfast pagi tu, tepi pantai tuu.


























Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...