NuffNang

Khamis, 15 September 2011

Tour Malaysia with EX-5

Salam,

Niat asal macam nak tiru route Han Tayar Golek tour The Peninsular ikut jalan pantai. Tapi memandangkan cuti yang amat terhad, maka aku telah review semula jalan yang bakal kami lalui untuk ride bulan depan. Kalau jadi, insyaallah ride nie aku akan buat melalui semua negeri di Malaysia nie. Sebab memang niat aku sebelum ke luar sempadan (chewahh), aku nak habiskan dulu semenanjung Malaysia nie.

Tak perlu bermotosikal besar baru boleh kita nak jalan jauh. Kalau ada motor besar tu satu advantage dan bonus lah. So, ride nie akan disertai oleh motor kecik jeer. Dua orang adik aku akan menunggang Honda EX5 dan member aku seorang beserta dengan aku. Jumlah penyertaan yang confirm setakat nie cuma 4 orang ajer. Kami plan nak habiskan tour nie dalam 3 hari jer. Okaylah buat permulaan nie kot, nak berjalan dan melihat pemandangan menarik di sekitar Malaysia nie. Kalau jadi, route yang difikirkan adalah seperti di bawah nie. Mungkin ada perubahan nanti. So bagi korang yang dah biasa buat ride jauh jauh nie, aku mengharapkan cadangan dan nasihat dari korang. Kat mana patut berhenti, kat mana patut menginap..

Cadangan:

Day 1
KL-Senawang-Muar-Segamat-Kuantan-Kuala Terengganu

Day 2
Kuala Terengganu-Jeli-Baling-Arau-Kangar

Day 3
Kangar-Arau-Changloon-Alor Setar-Butterworth-KL
(paling pendek sebab ikut PLUS Highway kot). Tapi mungkin ubah route ikut jalan persekutuan kalau ada idea lain)


Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...