NuffNang

Sabtu, 24 September 2011

Tips Konvoi ala ABN

Salam,



Aku fikir ramai yang suka berkonvoi, tapi tak tau camner dan tak yakin dengan motor sendiri. Apa apa yang kita nak buat, first mesti ada niat. Kemudian perlu ada follow up, check apa yang patut. Keadaan kenderaan, tahap fizikal dan kesihatan penunggang. Study mana route yang kita nak pergi. Lagi bagus kalau kita ricki dulu jalan tu sebelum bawak orang lain. Check kat mana patut kita isi minyak, kat mana nak tidur, kat mana nak berhenti makan. Cari dalam internet atau lain-lain pembacaan tentang ride yang orang lain pernah buat. Itupun satu cabang ilmu.


Kita tak perlu ada superbike baru nak pergi jalan jalan. Dengan sebuah motor cub pun, saudara Hadi dah sampai ke London dengan GT128. Tak yah tunggu ada BMW, ST, Gold Wing, FJ baru nak ronda ronda. Kalau ada motor besar tu adalah satu bonus. Jati diri yang penting. Cuba baca dan refer blog pengembara bermotor macam Yok Rempitan, Tayar Golek, Globe Nomad rider, Griffin dll. Nak lagi best referlah kat Advrider tu. Dapatkan pengalaman macam mana diaorang buat ride.


Bagi aku, aku lebih suka bergerak dalam kumpulan yang kecil. Senang nak control. Tak banyak ragam. Apa jenis motor pun aku tak kisah nak join, sebab aku ride nak tengok keindahan alam ciptaan tuhan. Aku ride tak laju. Aku suka ride sebab nak carik makanan yang best. Aku suka ride sebab aku suka jalan jalan. Dengan ride jalan jauh nie, kita dapat kenal karekter motor kita sendiri sebenarnya.

Sebelum korang berniat nak ajak member ramai-ramai join, pastikan yang nak ikut tu semuanya ada lesen. Pastikan pakaian menunggang lengkap. Jangan ler semborono ajer, pakai selipar, T-Shirt lengan pendek, seluar pendek ker nak ikut ride. Bagi aku walaupun itu namanya ride jugak, tapi membahayakan dan nampak tak berdisiplin. Kan lebih bagus dan nampak lebih cantik kalau semua rider berpakaian lengkap, berjacket, boot, glove dan baju pemantul cahaya.

Bila ride pulak, kadang kadang kita tak kenal sangat sikap geng geng kita tu. Tapi bila dah berlaku sesuatu masalah nanti, baru lah kita lebih kenal member member tu. Samaada member menangis atau member ketawa jer. Biarlah yang ikut kita tu ada semangat setiakawan, sebab itu sangat penting dalam konvoi nie. Kemudian bawaklah tools dalam konvoi tu nanti. Kot ada perkara yang tak diingini berlaku, Kalau boleh nak repair sendiri sebelum jumpa bengkel. Jangan lupa bawak bekal minyak petrol sikit, kalau rancang buat perjalanan jauh dan tangki minyak anda kecik. Sebab takut nanti bertunda pulak. Contohnya LC ride kat highway, lagi sedap henjut, lagi sedap dia telan minyak. 

Kemudian dengar cakap ketua anda, kalau dia cakap isi minyak, maknanya anda memang kena isi minyak walaupun nampak macam ada lagi minyak dalam tangki. Sebab perkara nie pernah berlaku kat aku, bilamana motor LC kehabisan minyak sebelum sampai RnR Tapah. Sebabnya simple ajer, dia tak isi minyak bila aku suruh masa kat Rawang. Kononya minyak ada lagi. Bila perkara macam nie berlaku, secara tak langsung ia akan melambatkan perjalanan anda sekumpulan. Dan bila nak bertolak tu, bacalah doa. Alhamdulillah setakat berkonvoi nie, aku tak pernah lupa lagi nak baca doa. Minta perlindungan dan keselamatan dari Nya. Insyaalah selamat. Dan bagi masa untuk berhenti solat.

Last sekali, kalau berniat nak buat ride besar-besaran boleh ler mintak bantuan Polis sebagai marshall atau pengiring. Kat bawah nie aku petik sedikit info dari SBM.

 "... tulis surat kat pulis. kalu bole mintak depa yang jadi marshall. kalu tak bole tak pa aih, buat sendiri.
- lantik ketua among korang. dia kawal perjalanan, jaga speed, jaga disiplin
- ketua nanti buat briefing, check brapa moto, brapa org, kasi explain route nak lalu, next perhentian etc...
- lantik aaa sweeper ke ape kebende ntah, jaga kat belakang (slalu moto yg power)
- bawak la alat ganti mudah (tube tayar, spanar, playar, first aid, minyak spare?)
- pakai vest hijau floresen tu kasi org senang nampak
- jangan potong memotong, jangan tukau gear ngan tangan
- tau isyarat serba sedikit (angkat satu jari: single line nak motong, laluan sempit, angkat dua jari: buat double file, zigzag)
mcm mana isyarat nak slow etc...
- pastikan sume isi minyak siap2 kat RV (review point), nanti tengah jalan kalut isi minyak lak...
- patuhi undang2, jgn ikut laluan kecemasan. jgn bawak slow sgt smpai kenderaan belakang terganggu
- baca doa sblm mulakan perjalanan, berserta niat yg baik...

Sedikit sebanyak info dari pengalaman ride aku yang tak seberapa. Pergilah melancong. Banyak tempat menarik dalam Malaysia nie yang boleh kita lawati. Malaysia ada cukup pakej, laut, tanah tinggi, tasik, hutan..semuanya ada. Dah habis dalam Malaysia nie nanti, bolehlah ride ke luar negara pulak.

Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...