NuffNang

Isnin, 5 September 2011

Mee Rebus Tulang

Salam,

Seperti yang pernah aku nyatakan, aku memang suka mencari tempat makanan yang best dan terkenal. Setiap kali aku keluar berjalan jalan, aku memang akan mencari tempat yang boleh mengalas perut. Aku juga suka mencuba makanan yang pelik dan terkenal di sesuatu daerah tu. Yang pastinya, makanan tersebut mestilah halal.

Aku tak bermaksud untuk mempromosikan kedai tempat aku makan nie. Sebab aku makan nie pun aku bayar sendir. Tapi kalau korang dah terlanjur sampai ke daerah Johor Bahru nie, aku syorkan agar korang cuba makanan nie. Mee Rebus Tulang, bagi aku agak special jugaklah. Tak taulah kalau korang rasa ada tempat yang lagi best pernah engkorang makan.

Mee rebus nie sedap, ditambah lagi dengan ketulan tulang gearbox kambing. Pherggh, meleleh jugak aku menghabiskan 3 ketul tulang nie. Rasanya agak berbeza dengan mee rebus yang kita bisa makan kat Penang tu. So korang boleh cuba sendiri. Selain daripada mee rebus tulang nie, ada juga sup tulang. Tapi aku tak try lagi. Mungkin lain kali kot. Layan leer gambiran mee rebus tulang kat bawah nie yang sempat aku snap.









Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...