NuffNang

Selasa, 19 Januari 2016

Terjahan Ninie Aneka Kuih Talam - Dibuka untuk tempahan

Assalamualaikum,

Dikesempatan ini, aku nak ambil peluang untuk mempromosikan kuih talam moden yang dihasilkan oleh girlfriend aku. Kalau korang tengok pada logo Kuih Talam Girlfriend aku pun terdapat moto pasola. Memang itu lah moto pertama yang dia belajar bawak, dan motor itu dah menjadi satu perkara sinonim pada dia di kampung Felda Bukit Besar beberapa puluh tahun yang lalu.

Memang tak dinafikan, kuih tradisional ini semakin mendapat tempat di hati pencinta kuih tradisional mahupun moden. Citarasa kuih ini memang menepati selera daripada makcik pakcik sehingga kanak kanak riang. 

Di hasilkan daripada bahan bahan segar dan semulajadi, Santan menggunakan 100% santan segar, Manakala bahan bahan lain memang diambil daripada bahan segar seperti jagung, durian, keladi, ubi, pisang dan sebagainya. Kuih talam ini semakin mendapat tempat di hati peminat, sampai ada kalanya tak cukup tangan nak buat.

Perniagaan ini bermula secara kecil kecilan di awal usia bertapak, Kami berniaga di Bazaar Ramadhan dan disamping mengambil tempahan. Alhamdulillah kini, kami mendapat tempahan untuk majlis majlis keraian, majlis formal, kenduri kahwin, majlis majlis kerajaan, tempahan katering dan sebagainya.

Setiap talam mempunyai 100 potongan dan akan dihantar ke muka pintu anda sepertimana yang anda tempah. Cuma pastikan anda menempah 24 jam sebelum majlis bermula.

Saiz talam; 12 inchi x 12 inchi
Potongan: 100 potongan
Harga: Mengikut jenis talam


























Jenis Jenis Kuih Talam yang ada
Talam Roti













Sebarang tempahan boleh hubungi terus ke nombor berikut:

016.6655.478


Terjahan ke Pekan dan Kemaman melalui Chenor-Chini

Assalamualaikum,

Perjalanan nie aku buat pada penghujung tahun lepas, tapi sesaja tak der ambik gambar pun. Ada laa video sikit, so aku try laa buat video. Malas nak sunting. Jadi nie laa hasilnya, hehehe.

Perjalanan yang aku buat adalah menggunakan laluan alternatif melalui jalan dalam yang menghubungkan kampung aku, Chenor melalui Tasik Chini hingga lah ke Paloh Hinai Pekan. Satu perjalanan yang membuka mata aku mengenai jalan route baru yang sesuai untuk perjalanan bermotosikal. Melalui perkampungan tradisional negeri Pahang, menyusuri tepian sungai Pahang.

Perjalanan ini akan membawa anda terus ke Bandar Di Raja Pekan. Perjalanan yang sunyi dan redup. Namun haru diingat tidak terdapat stesen minyak di tepian jalan ini, hinggalah ke Chini. Anda boleh cuba dan hayati pengalaman baru. Keadaan jalan cantik, cuma pada permulaan sahaja agak teruk akibat daripada banjir besar yang melanda Pahang tahun 2014 dahulu.

Daripada Pekan, aku mengabil route ke Kuantan dan Baserah. Hajat di hati nak pekena mee calong namun hampa kerana kedai tersebut tutup. Akhirnya membawa aku ke perjalanan mengharungi planet Marikh, jalan yang berdebu dan bertanah merah di sekitar pelabuhan Kuantan.

Akhirnya kami pergi ke Kuala Kemaman untuk pekena sata dan juga otak otak. Memandangkan pada ketika itu adalah cuti sempena Hari Raya Haji, Maka kedai kedai memang penuh dengan para pengunjung. Itulah salah satu sebab kenapa aku tak gemar untuk membuat perjalanan bersempena dengan cuti umum dan juga hari perayaan nie.

Malam tu dalam perjalanan balik, pekena makan tomyam dengan siakap yang mahai gila. Memang terkena laa kau hari tu, pulak tu masa cuti raya haji, Memang depa sembelih laa. Tak paa laa, jadikan itu sebagai satu pengalaman dan kenangan. Adioss.


Terterjah Nasi Lemak Wak Kentut, Kulai Johor

Assalamualaikum,

Kenapa aku namakan tajuk entri nie sebagai Terterjah Nasi lemak Wak kentut dan bukannya menerjah? Sebabnya aku memang tak ada niat pun nak pergi ke sini. Namun dalam perjalanan balik dari JB tempohari, aku merasa agak tertarik dengan pemandangan sibuk dengan deretan kereta parking tepi jalan dan juga pemandangan payung payung yang dipenuhi oleh orang ramai. Pada andaian aku mesti ada sesuatu yang menarik di sini. Lantas aku pun berhenti dan bersama sama menyibukkan diri.


Bila aku sampai ke sini, barulah aku perasan bahawa orang ramai yang berkerumun nie bukanlah datang untuk makan kenduri ataupun ada majlis harijadi, namun sebenarnya mereka datang ke sini untuk berbaris dan makan nasi lemak. Style gitu kan, siap berbaris untuk makan nasi lemak. Tapi mesti da sesuatu yang istimewa dengan nasi lemak nie kan, sampai orang sanggup berbaris panjang?

Sebelum tu, nak cari parking memang sesuatu yang agak merunsingkan sebab aku bawak kereta. Anda kena parking di hadapan deretan kedai sebelum kedai Wak Kentut nie. Berkali kali jugak laa aku tawaf kawasan nie untuk mendapatkan parking yang agak dekat. Disebabkan punya laa malas untuk berjalan jauh, aku sanggup tawaf dua kali kat kawasan nie


Sewaktu aku tawaf tu baru aku perasan bahawa kedai nasi lemak nie patut laa ramai sangat yang beratur. Sebab strategi pemasarannya memang berjaya, dah siap ada dalam youtube dan juga di nilai oleh ramai blogger. Inilah kedai atau gerai Nasi Lemak Wak Kentut yang sangat femes di Kulai tu. Tak sia sia lah aku singgah.

Sebelum tu jom kita review dulu VT dari youtube nie.


Memang aku tak nafikan memang gerai nie menjadi tumpuan. Dan pelanggannya memang berbilang bangsa. Ada cina, ada india ada melayu dan ada juga Singaporean. Disebabkan aku pun masih keyang dan juga bila melihat kepada meja yang penuh, aku mengambil keputusan untuk tapao ajer nasi lemak nie.


Memang ramai, mungkin sebab masa aku pergi tu waktu public holiday. so memang nak kena beratur panjang. Waktu beratur tu, kita dapat melihat pelbagai ragam dan gelagat pelanggan. Tapi sistem beratur pun agak sistematik, beratur untuk mengambil nasi, kemudian air dan last sekali bayar.

Pelbagai bangsa yang meminati nasi lemak nie

Harap maklum. Layan Diri yerr...

Harga dan juga menu yang tersedia

Sabar menunggu turn

Tu dia proses menggoreng ayam...ada banyak dapur untuk goreng ayam jaa

Air air yang memang dah tersedia, ready dah untuk hangpa

Tengok tu kuantiti nasi bungkus yang telah di pesan terlebih dahulu


Ayam goreng menag panas panas dihidangkan pada anda


Macam macam ayaq ada...hihihi
Bila dah bungkuih, makanya aku terpaksa laa bungkuih ayaq jugak. Tapi aku memang bagi markah A+++ laa bila bungkuih ayaq kat sini, tu dia punya laa penuh dia bagi. Aku minum dari Kulai sampai Senawang tak habis habis. Ayaq dia pulak sempoi, memang sedap. Tak kedekut susu, tak kedekut teh.


Okay disebabkan aku pun bungkuih jaa makanan, maka aku tak dapat laa nak review berlebihan sangat pasai makanan. Aku memang makan, tapi dalam kereta laa. Bagi aku nasi lemak dia memang sedap, gefren aku pun puji sedap. Dia kata ada aroma dan rasa macam nasi lemak dulu dulu. Sambal okay, ayam memang besaq dan sempoi. Sedap dan berjus. Timun dan kacang sama laa macam nasik lemak lain.

Apapun bagi aku, bagi anda yang pencinta nasik lemak, hangpa boleh try laa dan bagi review sendiri. Tak rugi kalau hangpa ride dari key ell mai sini semata mata nak makan nasik lemak nie. Tapi sedap tu subjektif, ikut citarasa memasing kan. Recomendation aku, Buleh Mai dan Try.


Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...