NuffNang

Sabtu, 2 Januari 2016

Jom Jalan Jalan Johor Bahru. 2015 sampai 2016.

Assalamualaikum,

Rasanya tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2016, Dengan harapan agar kita dapat menunaikan impian dan azam untuk tahun baru 2016 ini. Adapun kiranya azam tahun 20-15 belum lagi terlaksana, kira boleh carry forward laa ke tahun 2016 nie.

Azam aku untuk tahun 2016 nie ialah untuk ride lebih kerap dan mengupdate blog nie lebih kerap. Kesian aku tengok blog aku nie tak berupdate, tahun lepas pun berapa kali ride jerr aku buat. Sungguh mengecewakan. Al maklum laa...sibuk sangat bekerja. lain boss lain ragamnya...kan?

Untuk kali nie, aku nak cerita sikit perjalanan aku ke Johor bahru yang mengambil masa sehingga dua tahun. Pergi tahun 2015, balik semula tahun 2016. Uihs...lama sungguh. Tak pernah aku dapat cuti waktu waktu cam nie, tapi tahun nie ada rezeki laa, Maka cuti aku pun diperkenankan. Tapi disebabkan keadaan waktu yang agak kritikal, nak masuk tahun baru...aku pun tak dapat nak buat perjalanan yang jauh. Ambik kesempatan nie untuk bawak anak aku jalan jalan di penghujung cuti sekolah nie. Destinasi: Johor Bahru, Negeri dan tempat lahir org rumah aka GirfFriend aku...hehehe.

Sebelum aku ceritakan dengan lebih panjang lebar lagi, korang layan dulu video nie. Nanti aku akan comparekan dengan apa yang aku dapat selama dua hari satu malam kat sini.


Aku stay kat Thistle, Johor Bahru. Nak kata hotel baru pun tak jugak, sebab dulu hotel nie adalah kepunyaan Hyatt. So dah diambil alih oleh anak dia dan ditukar kepada nama Thistle. 

Ada beberapa tujuan laa sebenarnya aku stay kat sini. Sebab pertamanya aku nak relax. Kemudian sebab kedua aku nak tengok bunga api sempena sambutan tahun baru 2016. Ketiga sebab aku baca reviwe yang mengatakan hotel nie best compare hotel lain. Sebab keempat ialah senang nak dapat makanan. Sebab kelima adalah dari review yang mengatakan pool hotel nie besar. Okay, aku pun decide untuk stay kat sini...

Cerita ceritera selanjutnya aku akan update kemudian ya...aku nak poie kojo dulu..Hehehe...

Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...