NuffNang

Selasa, 19 Januari 2016

Terjahan ke Pekan dan Kemaman melalui Chenor-Chini

Assalamualaikum,

Perjalanan nie aku buat pada penghujung tahun lepas, tapi sesaja tak der ambik gambar pun. Ada laa video sikit, so aku try laa buat video. Malas nak sunting. Jadi nie laa hasilnya, hehehe.

Perjalanan yang aku buat adalah menggunakan laluan alternatif melalui jalan dalam yang menghubungkan kampung aku, Chenor melalui Tasik Chini hingga lah ke Paloh Hinai Pekan. Satu perjalanan yang membuka mata aku mengenai jalan route baru yang sesuai untuk perjalanan bermotosikal. Melalui perkampungan tradisional negeri Pahang, menyusuri tepian sungai Pahang.

Perjalanan ini akan membawa anda terus ke Bandar Di Raja Pekan. Perjalanan yang sunyi dan redup. Namun haru diingat tidak terdapat stesen minyak di tepian jalan ini, hinggalah ke Chini. Anda boleh cuba dan hayati pengalaman baru. Keadaan jalan cantik, cuma pada permulaan sahaja agak teruk akibat daripada banjir besar yang melanda Pahang tahun 2014 dahulu.

Daripada Pekan, aku mengabil route ke Kuantan dan Baserah. Hajat di hati nak pekena mee calong namun hampa kerana kedai tersebut tutup. Akhirnya membawa aku ke perjalanan mengharungi planet Marikh, jalan yang berdebu dan bertanah merah di sekitar pelabuhan Kuantan.

Akhirnya kami pergi ke Kuala Kemaman untuk pekena sata dan juga otak otak. Memandangkan pada ketika itu adalah cuti sempena Hari Raya Haji, Maka kedai kedai memang penuh dengan para pengunjung. Itulah salah satu sebab kenapa aku tak gemar untuk membuat perjalanan bersempena dengan cuti umum dan juga hari perayaan nie.

Malam tu dalam perjalanan balik, pekena makan tomyam dengan siakap yang mahai gila. Memang terkena laa kau hari tu, pulak tu masa cuti raya haji, Memang depa sembelih laa. Tak paa laa, jadikan itu sebagai satu pengalaman dan kenangan. Adioss.


Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...