NuffNang

Khamis, 26 April 2012

Pekan Sehari Temerloh

Salam,

Apakah aktiviti anda pada pagi Ahad? Meleper dan layan corner di highway Karak? Atau makan nasik lemak Karak selepas puas meleper? Atau turun makan ikan patin di Temerloh?

Memang tak dinafikan melayan corner di highway Karak memand best bagi kaki corner. Tapi kalau dah alang alang sampai ke temerloh, apa kata kalau anda terus melawat ke Pekan Sehari Temerloh.
  

Kalau kat tempat lain, korang asyik layan pasar malam jer kan? apa kata hujung hujung minggu sekali sekala bawak org rumah dan famili datang ke Temerloh dan membeli belah di pekan sehari Temerloh.


Pekan sehari yang terpanjang la aku rasa. Penat nak berjalan dari awal sampai akhir. Sampai tak tahu nak beli apa, semuanya ada. Daripada makanan, hasil kampung, hasil ternakan pun ada.


Korang layan gambar yang aku ambik nie dan korang akan tahu bagaimana happening pekan sehari nie. Memang best dan korang akan rasa nak pergi dua tiga kali.


Jangan datang lambat sangat, nanti susah nak parking dan panas pulak. Sebab memang panjang pekan sehari nie.


Dan yang paling penting, bawak laa bakul kalau nak datang sini. Sebab nanti lenguh tangan nak jinjing barang barang yang korang beli tu..











Memang best, tak caya nanti cuba datang sekali ke sini dan komen yaa..

Rabu, 25 April 2012

Ride Ngeteh ke PD

Salam,

Aku sempat follow member member gi PD minggu lepas. Atas undangan sebab diaorang nak gi ngeteh ke PD, aku pun join laa. Semua sekali ada laa dalam 12 bijik kot. Dapat la kenal member member yang selama nie kenal dalam group sembang jerr.


Aku janji untuk tunggu diaorang kat Petronas Mambau. Kami tercegat kat situ dalam pukul 9.30 malam. Awal sikit tak perr..jangan diaorang pulak tertunggu kitaorang. Dalam pukul 10 camtu dia orang sampai. Kena tunggu member member yang sampai lewat sikit sebab baru balik dari kerja.


Semua sekali dalam 12 bijik juga laa kita orang gerak ke PD. Ada GTR1400 dua bijik, sebijik R6, ZX10, ZX6, Z1000sx, 2 bijik Versys, 3 bijik ER6 dan sebijik ZZR250. Highway nie gelap jugak rupanya. Dulu masa aku ulang alik Springhill-Senawang, tak der pulak terasa gelapnya..hehehe.


Plan pada awalnya nak ke Teluk Kemang. tapi hampa sebab bila kami sampai, teluk kemang dah tutup dah. Semuanya gelap gelita. Marshall kami Lan bawak kami lepak lepak kat Batu 4. Sembang sembang sambil pekena koay teow.


Walaupun kami ramai dan order berbagai, tapi okay jugak laa servis kedai nie, sebab pantas dan cepat dia orang siapkan makanan.


Agenda malam tu dipenuhi dengan gelak gelak dan sembang sembang. Bercerita tentang agenda ride yang dalam perancangan.


Sembang punya sembang, tak sedar dah pukul 1 pagi. Kami pun cargass laa. Balik. Esok nak kerja lagi. Satu ride yang best dan meriah dengan member member yang peramah.


Sorry laa gambiran tak berapa nak menarik, sebab gunakan kamera tipon jer. Malam pulak tu, memang tak dak syiok laa. Tapi okay laa kan, buat kenangan.


Cadangan berikutnya adalah ride makan mee udang lipan kat Taiping serta ke Tanjung Piai sambil pekena nasik briyani. Laa, makan nasik briyani lagi..aduii..

Day 4-Pasir Gudang-Melaka-Negeri Sembilan

Salam,

Hari nie adalah hari terakhir perjalanan aku. Tidur yang cukup dan selesa di Hotel Selesa Pasir Gudang. Aku pun tak ingin tergesa gesa untuk balik hari nie. Dan aku tak berniat nak menghabiskan pusingan jalan pantai seperti yang aku rancangkan.

Peristiwa yang berlaku semalam membantutkan hasrat aku. Lepas bangun tidur, aku breakfast dulu di hotel. tunggu kakak aku datang office dia kat Hotel nie. Lepak lepak dan sembang sembang sampai dia belanja lunch. hehehe..


Aku tengok kat Hotel Selesa nie, ada dua bijik lagi superbike. Mungkin diaorang datang sini ada projek kat pelabuhan kot. Nampak macam lama kat sini. Sebijik Versys dan sebijik lagi Z1000sx.

 

Lepas sembang sembang dengan kakak ipar aku, kitaorang pun bergegas nak balik. Waktu tu dah menginjak ke tengahhari. Agaknya hampir ke pukul 12 tengahhari. Kami mengambil laluan Lebuhraya Pasir Gudang hingga ke Skudai dan keluar di lebuhraya Plus. Keadaan cukup panas sekali. Kami berhenti untuk mengisi minyak di Stesen Petronas di tepian lebuhraya tersebut.


Bila berada di lebuhraya, aku pun tak speeding sangat. Ada sebijik Naza Blade yang menderum dengan begitu laju. Agaknya Blade baru, sebab warna putih dan aku tak perasan samaada 250 atau 650. 

Kami keluar di susur Air Hitam. Memang dah bercadang untuk berhenti di Air Hitam. Agak lama juga kami tak ke sini. Bukannya berhasrat nak beli apa apa pun, cuma meninjau ninjau setelah sekian lama tak ke sini. 

Dari Air Hitam, kami meneruskan perjalanan ke Batu Pahat melalui jalan dalam. Alang alang dah sampai Batu pahat, tak sah rasanya kalau kami tak singgah di benteng. Apa lagi, pekena nasik briyani gam laa..Hahaha. Aku fikir lepas ride nie, berat badan aku mesti bertambah punya, Asyik makan jerr..


Selesai makan, kami meneruskan perjalanan melalui jalan persekutuan hingga ke negeri Sembilan. Kami menyusuri jalan kampung dengan keadaan cuaca yang sangat panas. Syukur alhamdulillah, kami selamat sampai ke Senawang jam 7 petang. Tersekat dengan kesesakan jalanraya sewaktu berada di bandar Melaka. 

Disebabkan aku tak ke Perlis, dan juga tak menyusuri jalan tepian pantai di Johor Bahru, odometer hanya mencatatkan 1968km sahaja. Dan pastinya aku akan mengulangi jalan dalam di negeri Johor nie. Hasrat di hati nak ke Tanjung Piai. Belum pernah sampai dengan motosikal. InsyaAllah, aku akan sampai juga ke sana  sedikit masa lagi. Persetujuan telah dicapai dengan kawan kawan uttu ke sana.

Syukur alhamdulillah, perjalanan aku selamat sampai ke rumah walaupun terdapat sedikit perkara yang tidak seronok. Yang penting, kami selamat sampai ke rumah semula. Satu perjalanan yang seronok yang menghiburkan. Aku tak berhasrat untuk mengulangi semenanjung Malaysia lagi setelah dua kali perjalanan. Mungkin kali ini nak ke Krabi atau Phuket. InsyaAllah sebelum hujung tahun.. 

Jumaat, 20 April 2012

Day 3 - Kuala Terengganu-Kuantan-Pekan-Mersing-Kota Tinggi-Pasir Gudang

Salam,

Pagi nie kami bergerak agak awal. Perjalanan menuju ke Johor Bahru yang akan merentasi negeri Pahang dan Johor. Selesai solat subuh, kami checkout. Nampaknya cuaca masih agak mendung dan kelihatan tompokan awan hitam di langit.

Tidur malam tadi agak lena. Sedar tak sedar dah pagi. Selak langsir di tingkap, kelihatan hujan masih turun membasahi bumi Gong Badak nie. Alamak, nampaknya adakah aku akan ride dalam hujan pagi nie?


Bila tiba masa kami nak bertolak, hujan dah berhenti. Tapi masih nampak keadaan langit yang kelam. Agaknya mungkin hari nak hujan lagi nie..


Rupa rupanya kawasan tempat kami menginap malam tadi berdekatan sangat dengan lapangan terbang Kuala Terengganu. Itupun kami perasan bila ada sebuah Air Asia nak berlepas dari lapangan terbang nie.


Lapangan terbang Gong Badak nie berdekatan dengan laut rupanya. Sebelah dari lapangan terbang nie, kelihatan tembok yang memisahkan daratan dengan laut.


Bila kami tiba agak hampir ke Kuala Terengganu, kelihatan tompokan awan hitam menyelubungi langit. Maknanya hujan akan turun tak lama lagi. Alamak, nampaknya hasrat aku nak makan nasik dagang nie boleh terbantut kalau camnie. Aku pun tak tahu mana kedai yang sedap nak makan nasik dagang nie. Tapi agak agaknya mesti berada di area Chendering.


Disebabkan hari nak hujan, aku pun berhenti dan switch off aku punya GPS. Kang tak pasal kena hujan. Kalau waterproof tu lain laa. Sepanjang perjalanan aku nie, hanya beberapa kali ajer yang aku switch on kan GPS, yang lain aku lebih suka berpandukan pada peta.

Lupa nak bagitahu, sebelum tu aku dah set GPS aku pada kedai makan Nasik Dagang Mak Ngah kat area Chendering tu.


Sebelum masuk ke bandar Kuala Terengganu, keadaan jalan sangat sesak dengan kenderaan yang berpusu pusu nak masuk kerja. Jadi kami terpaksa mengikuti belakang kereta dan sesekali menyelit bila ada kelapangan.


Akhirnya hujan turun dengan sangat lebat. Mencurah curah membasahi bumi. Jaket yang baru nak kering malam tadi kini dibasahi semuala dengan air hujan. Kami yang kebasahan akhirny sampai juga di area Chendering. Tapi nak makan memang tak sesuai, sebab riding pants dan jaket dah berlinang dengan air.

Akhirnya kami berhenti di sebuah kedai makan bersebelahan dengan kedai nasik dagang Mak Ngah nie. Disebabkan kedai nie pun agak lengang, jadi kami duduk di sini serta mengorder makanan. Nasib baik kedai nie pun ada jual makanan terengganu. Ada keropok lekor dan juga nasi lemak lauk ikan tongkol.


Disebabkan memang dah berhajat nak makan nasik dagang Mak Ngah, aku berjalan kaki dalam hujan tu menuju ke kedai Mak Ngah. Bungkus nasik dagang enam paket. hehehe..Rupa rupanya sepeket berharga RM3. Wah,aku kira masyuk jugak kalau bisnes cam nie.

Kami makan dua bungkus nasik dagang tu buat penlepas kempunan. Selebihnya kami bungkus untuk makan di perjalanan nanti. Tak jauh dari area Chendering, sekali lagi kami di basahi oleh hujan yang turun dengan lebatnya. Nampaknya perjalanan pagi kami hari nie memang sentiasa basah..hehehe.


Menyusuri perjalanan dari Kuala Terengganu hingga ke Kuantan melalui jalan pantai memang satu pengalaman menakjubkan. Aku yang dah berkali kali melalui jalan nie pun memang tak pernah jemu. Pemandangannya sangat cantik dan memukau pandangan.

Sekali sekala, kita akan bertemu dengan gerai gerai menjual hasil makanan tempatam. Air nira, jagung, keropok lekor, satar dan otak otak serta pelbagai juadah lagi. Terpulang kepada kita samaada untuk berhenti atau tidak. Yang pastinya memang mengayikkan. Kalau naik kereta memang lagi best laa, boleh makan jagung sambil memandu..hahaha.





Kami melepasi beberapa pekan serta bandar kecil sepanjang perjalanan menuju ke Kuantan. Keadaan jalan yang licin memang melambatkan juga perjalanan. Tak berani aku nak lari laju, nanti terovershoot menonggeng jugak tengah jalan nie.




Boleh dikatakan sepanjang jalan menuju ke Kuantan, kami sentiasa bertemu dengan keadaan langit gelap dan mendung serta rintisan hujan.






Kami melintasi pekan Dungun serta melepasi Kerteh, yang memang cantik pemandangannya di waktu malam. Kalau waktu siang nie, memang tak ada benda yang menarik pun. Sekadar melihat deretan kilang kilang petrokimia dan juga minyak dan gas.


Sampai di Kerteh nie, kami berselisih dengan bas nie yang kelihatan agak unik. Kalau tak silap aku, bas macam nie jugak aku berselisih masa kat Kelang tempohari.







Sebelum tiba di Kemaman, kami melalui projek mega yang sedang dalam pembinaan. Agaknya projek membina jambatan kot. Cuaca sewaktu kami tiba di Kemaman pun dah semakin baik, tak hujan dan panas. Jaket pun dah semakin kering. Kini kami kepanasan pula di bakar cahaya matahari ketika waktu dah menganjak hampir ke pukul 12 tengahhari.




Aku terpaku jugak dengan signboard Astro pasal iklan Masterchef yang menggunakan tulisan jawi. Sekali aku perasan masa kat Kelantan, dan sekali lagi aku perasan masa aku kat Kemaman. 


Pandangan peribadi aku, aku perhatikan keadaan jalanraya memang berbeza sewaktu di negeri Kelantan dan juga Terengganu. Jalan di Terengganu lebih cantik dan luas. Banyak jalan dua lorong.


Jam dah menginjak ke tengahhari. Kami memasuki ke Kuala Kemaman dan berhenti untuk makan tengahhari. Juadah makan tengahhari kami berupakan satar dan otak otak serta keropok lekor lagi. hahaha.


Otak otak Kemaman nie memang berbeza dengan otak otak Johor. Penuh dengan isi ikan yang fresh di balut dengan kelapa serta dibakar. Berbeza dengan otak otak Johor, Kalau tak percaya, cuba rasa dan korang tak kan menyesal.


Pelbagai santapan menarik yang boleh dicuba




Otak otak terengganu...mantap.
Alhamdulillah, selesai menjamu selera. Semua dah habis..

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan menuju ke Kuantan. Waktu dinihari selepas makan nie memang agak meruntun perasaan sikit. Mata akan kuyu dan mengantuk. Namun perjalanan harus diteruskan.


melepasi sempadan Terengganu-Pahang
 Keluar dari negeri Terengganu, kami berhenti seketika di sebuah kedai motor di tepi jalan. Aku merasakan monoshock aku agak lembut dan sedikit berbuai di kala mengambil selekoh. Mungkin sebab naik berdua serta bebanan barangan yang dibawa.
 


Akhirnya kami tiba di Bandar Kuantan dan aku singgah di Chear Motor.


Melepasi Bandar Kuantan dan aku tak berminat nak singgah di mana mana pun sebab aku pernah duduk Kuantan nie seketika dulu. lagipun Kuantan dan Temerloh pekan kelahiran aku tak jauh pun sebenarnya. Kami meneruskan perjalanan ke Pekan Bandar Diraja.

Dipertengahan jalan, kami bertemu dengan Pusat Industri HICOm di mana di sini adalah pusat pemasangan bagi pelbagai kenderaan termasuk Mercedes Benz.




Tak lama selepas itu, kami dah mula memasuki bandar Pekan. Cuaca yang sangat panas tidak menarik minat aku untuk berhenti. Selepas dari Pekan, akan membawa kami ke bandar Rompin. 



Dipertengahan jalan menuju ke Rompin ini, kami dilanda dengan musibah. Namun syukur Alhamdulillah, kami dihindarkan dari musibah ini.

Aku hampir hampir kemalangan dengan sebiji kereta Proton Saga yang tiba tiba berhenti di pertengahan jalan untuk membelok tanpa memberi apa apa signal. Kejadian yang berlaku amat pantas. Kalau aku tak sempat mengelak, tak tau apa ayang akan terjadi. Kemungkinan besar aku akan menghentam sisi kanan kereta terbabit. Namun kotak sisi aku tetap bergesel dengan kereta tersebut.

Sepantas kilat, aku menekan kuat brek belakang dengan tarikan brek hadapan. namun kejadian yang sangat pantas ini tidak mampu menghentikan motor aku sepantas kilat. Motor membuai dan akhirnya bergesel dengan kotak sisi motor aku. Alhamdulillah aku dapat mengelak dan syukur tak ada kenderaan yang datang dari arah hadapan.

Bila aku berhenti, aku tengok kereta tu dah blah. Aku tengok keadaan motor aku dan isteri aku. Syukur tak ada apa apa. Tak nak memanjangkan cerita dengan hati yang berdegup kencang, kami pun blah.

Selepas itu, aku meneruskan perjalanan sekitar 80km/j hingga ke Kuala Rompin. Hingga ke saat ini aku masih terbayang bayang dan kengerian masih terasa. Memang kemalangan itu berlaku di luar jangkaan kita. jadi berhati hati dan paling penting berdoa sebelum memulakan perjalanan. 



Keadaan kotak barang sebelah kiri aku sejurus selepas kemalangan
Selepas kejadian tersebut, kami berhenti untuk minum dan menenangkan fikiran di Kuala Rompin. Di sini kami minum dan menghabiskan saki baki nasik dagang yang kami ada. Au tengok di kotak barang aku, masih melekat pecahan signal kereta yang melekat.


Selesai makan, kami meneruskan perjalanan menuju ke Mersing. Di sini kami berhenti untuk membeli sedikit oleh oleh untuk di bawa ke JB.




Alhamdulillah, kami meneruskan perjalanan menuju ke Kota Tinggi dan akhirnya tiba di Pasir gudang jam 8 malam. Malamnya kami dibawa oleh kakak ipar untuk makan malam di Nasi Goreng Bawah Kolong dan merayau rayau ke Bazar Karat.







Perjalanan hari ini mengajar aku agar tidak mempercayai sesiapa di jalan raya dan lebih berhati hati. Pastinya jangan lupakan doa setiap kali ini memulakan perjalanan. Esok adalah hari terakhir perjalanan kami...

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...