NuffNang

Rabu, 18 April 2012

Day 2- Tg Dawai-Baling-Pengkalan Hulu-Jeli-Machang-K.Besut-K.Terengganu

Salam,

Permulaan untuk hari kedua setelah menempuh perjalanan seharian semalam. Satu perjalanan yang agak panjang, bertemankan kepanasan dan diakhiri dengan kebasahan dalam hujan. Pagi nie aku bangun macam biasa. Lewat sikit tapi masih sempat menunaikan solat subuh. 

Selesai breakfast dan bersembang sembang dengan kakak aku, ambik kesempatan untuk membeli sedikit barangan di pekan Tanjung Dawai. Kat Tg Dawai nie memang famous dengan barangan hasil laut. Kalau malam pulak, memang famous dengan ikan bakar tepi pantai dia tu. Aku pun beli laa sikit sikit, ikutkan hati memang nak borong jer, tapi kena beringat laa sikit. Naik motor..hahaha


Ada banyak kedai kedai yang menjual hasil laut nie kat sini. So korang pilih lah pelbagai jenis hasil laut yang korang nak. Dari ikan bilis, sotong kering sampailah kepada ikan masin. Belacan buatan tempatan juga banyak didapati di sini. Ikan pekasam pun ada.

Tak boleh berhenti lama sangat kat sini. Nanti penuh box dengan ikan masin. Selesai membeli ala kadar, kami pun bergerak. Itu pun dah agak lambat. Kami bergerak pukul 11 pagi. Mungkin sebab kami dah tahu perjalanan hari nie tak berapa jauh, maka kami boleh melengah lengahkan masa sikit.

Keluar jer dari Tanjung Dawai, kami singgah kejab di Candi Lembah Bujang yang terletak kat Merbuk nie. Korang yang belajar sejarah, mesti tahu pasal candi lembah bujang nie kan. Kalau tak tahu, rajin rajin laa korang google pasal candi nie.

Untuk sampai ke candi nie, korang kena memanjat bukit. Tapi ada tangga laa kan. Pastikan korang ada stamina yang mencukupi untuk panjat tangga nie. Chewahh, acah ajer. Tangga tu tak der laa tinggi sangat pun. Tapi memang kena memanjat laa sikit.

Selesai sepatah dua kata kat candi nie, kita orang meneruskan perjalanan keluar. Melalui kawasan sawah padi  dan perkampungan. Tak lama lepas tu, kami dah melepasi satu jambatan tinggi. Aku tak ingat nama tempat nie. Semeling kalau tak silap kot.


Pemandangan yang amat memukau pandangan dengan muara sungai yang bersambung dengan laut. Tapi korang tak boleh laa nak berhenti pulak kat atas jambatan nie. Kang tak pasal pulak kena langgar.

Perjalanan diteruskan dan akan memasuki bandar Sungai Petani. Dari Sungai Petani, kami mengambil arah  menuju ke Kuala Ketil dan Baling. Kuala ketil nie satu kawasan pekan kecil yang membangun dengan tapak industrinya.


Perjalanan dari Sungai petani ke Baling tak memaparkan apa apa scenery yang menarik. Tapi seronok, sebab aku memang tak pernah melalui jalan nie. Jadi perasaan teruja tu masih ada.




Dari sini, kita dah dapat melihat papantanda yang memaparkan perkataan Gerik. Disebabkan yopografi kawasan nie yang bergunuung ganang, aku dapati ada banyak tempat perkelahan yang sesuai dan menarik untuk dikunjungi. Antaranya adalah LataHijau, Lata Celak dll.



Sebenarnya kita tidak akan bertemu dengan pekan Baling jika melaui rangkaian jalanraya. Pekan Baling adalah satu pekan yang kita boleh pergi dengan masuk ke simpang yang lain. Aku agak teragak agak sama ada melalui jalan ke Baling atau terus mengikut susur papan tanda ke Gerik.

Sebenarnya aku berhasrat untuk ke Pengkalan hulu yang sebenarnya lebih dekat jika melalui pekan Baling. Nampaknya aku telah membuat kesilapan dengan menuju ke Gerik.



Pemandangan jalanraya di sini memang menarik dengan scenery gunung ganang yang saujana mata memandang. Keadaan jalanraya juga sangat cantik, dihidangkan dengan selekoh-selekoh bagi anda yang kaki meleper.




Dalam perjalanan ke Gerik nie, kami berselisih dengan superbikers yang sedang asyik melayan corner. Aku yang bukan kaki corner nie, biasa laa. Layan sikit sikit jer laa..



Disebabkan dah berniat untuk ke Pengkalan Hulu dan melihat pintu masuk ke Betong, aku patah semula menghala ke Pengkalan Hulu. Agak jauh juga, lebih kurang 37km. Maknanya aku akan membuang masa di sini. Perjalanan pergi dan balik ke Pengkalan Hulu dari Gerik akan mengambil masa kira kira satu jam setengah. Kesilapan yang sepatutnya aku hindarkan.

Perjalanan dari Gerik ke pekan Pengkalan hulu nie boleh tahan jugak. Kalau korang pernah pergi ke Wang Kelian, macam tu laa jalan dia. Berbukit bukau dan juga berselekoh.
  

Akhirnya aku sampai juga ke Pengkalan Hulu. Berhenti isi minyak sambil menyembang dengan sorang abang tu. Dia sembang dulu dia pakai ZZR1100. Tapi dah jual semenjak melihat kemalangan yang melibatkan kawan dia yg pakai FJ1300 terbunuh depan mata. Semenjak dari tu, dia dah tak pakai motor lagi.

Aku pun tak sempat nak tanya nama dia, sebab tergesa gesa. Dari Pengkalan Hulu nak ke sempadan kastam dan imingresen mengambil jarak sejauh 10km lagi.  Sampai disempadan, aku tengok tersergam bangunan Kastam dan Imigresen. Tapi lengang. Maknanya lain kali kena bawak passport siap siap dengan segala dokumen yang berkaitan..hahaha.






Selepas mengambil gambiran sekeping dua, aku pun bergegas keluar dari situ. Melalui kawasan felda yang aku tak ingat nama dia. membawa aku terus ke simpang pekan Gerik. Waktu tu dah pukul 1.30 tengahhari. Aku shoot terus menuju Jeli melalui lebuhraya Gerik yang menghubungkan Gerik-Jeli.

Bagi aku, penunggang Malaysia pasti akan melabelkan lebuhraya nie sebagai salah satu lebuhraya tercantik di Malaysia. Dengan pemandangan yang sangat memukau merentasi banjaran Titiwangsa. Kami berhenti seketika di Tasik Banding, berhenti di pinggirannya untuk merakamkan beberapa keping gambar. Suasana yang cukup mendamaikan dengan tiupan angin dari tasik.

Tak lama selepas Tasik banding, kami sampai di Hentian Titiwangsa, salah satu Hentian yang aku kira agak famous sepanjang LebuhRaya Timur Barat nie.



Kami berhenti untuk makan tengahhari di sini. Kedinginan cuaca di banjaran tersebut seolah olah kami berada di pusat peranginan tanah tinggi. Makanan yang dijual pun tak mahal dan setanding dengan kawasan biasa.

Waktu aku sampai tu agaknya waktu makan tengahhari, jadi memang ramai yang berhenti makan. Tapi makanan panas yang diorder masih cepat sampai. Satu pujian bagi aku. Tapi nak beli air kena beratur jugak..
 


Sepanjang laluan lebuhraya Timur Barat nie, kita akan bertemu dengan beberapa papantanda seperti di atas. Meminta kita sentiasa berhati hati dan jangan cemas seandainya kita bertemu dengan segerombolan gajah. Tapi masa kami lalu nie, tak ada lah pulak. 
 

Jika melalui lebuhraya ini, kita akan bertemu dengan terowong nie. Bagi aku, tak ubah seperti dalam permainan games. 



Dan akhirnya kami melepas sempadan negeri Perak dan masuk ke sempadan negeri Kelantan.




Melewati laluan bergunung ganang ini akhirnya membawa kami ke daerah Jeli. Kami tak berhenti untuk isi minya kerana minyak masih cukup lagi. Cuaca masih panas. Kami melewati kawasan Gunung Reng yang cantik itu. kalau dalam trip terdahuku, aku tak perasan gunung nie, namun kali ini kami berkesempatan untuk menangkap gambar. 

Cuaca yang panas pada mulanya itu dah mula bertukar menjadi mendung. Kelihatan tompokan awan hitam mula membentuk di langit.



Tak lama kemudian, kami sampai di Bukit Bunga, melalui kawasan jualan barang barang dari siam. Kami tak berminat untuk berhenti, mungkin di lain kali. Melihat pula keadaaan langit yang semakin kelam dan mendung menampakkan hujan akan turun pada bila bila masa sahaja.



 

Kami berhenti untuk menyimpan telefon dan dokumen lain ke dalam kotak barang. Takut nanti rosak terkena air hujan. Perjalanan dari Jeli akan menuju ke Machang. Perjalanan merentasi kawasan perkampungan. 

Secara peribadi aku harus agak berhati hati ketika melalui jalan di sini. Sikap pengguna jalan raya di sini yang sesuka hati masuk dan keluar dari jalanraya sesuka hati tanpa memberikan signal amat merimaskan aku. Bimbang dengan keselamatan diri, lebih baik aku memperlahankan kelajuan. Ditambah lagi dengan keadaan jalan yang basah dalam hujan.

Hampir keluar dari negeri kelantan, aku berhenti di tepi jalan. Membeli juadah minum petang kami di gerai tepi jalan ini. Juadah yang memang berasal dari pantai timur. Kuih akok, bahulu dan juga kuih buah gomok. Hahah, memang feel makan panas panas dalam keadaan sejuk selepas hujan nie. 






Selepas dari sini, kami akan meneruskan perjalanan ke Kuala Terangganu nelalui jalan pantai. Kami terpaksa menyimpan semula segala peralatan kerana hujan turun dengan lebatnya menyimbahi bumi tuhan ini sepanjang perjalanan kami dari Machang ke Kuala Terengganu. Jadi tiada gambiran melainkan kesejukan..hahaha.

Kami berhenti untuk mengisi minyak di Jertih sebelum meneruskan perjalanan melaui jalan pantai ke Kuala Terengganu. Tak guna juga melalui jalan pantai, sebab hari hujan, jaket basah. Pada mualanya aku bercadang untuk berhenti makan ikan dan sotong celup tepung. tapi nampaknya cuaca tak mengizinkan.

Sampai di Kuala Terengganu pada jam 8 malam. kini masalah untuk mencari tempat penginapan pada malam malam begini, Akhirnya disebabkan basah dan penat, aku mengambil keputusan untuk bermalam di sebuah villa aka homestay nie kat area Gong Badak. 

Aku dah malas nak meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu dan mencari hotel budget. Bilik nie okay laa jugak, berhawa dingin, ada Astro tapi masalahnya bilik mandi kat luar pulak. Luar pun betul betul depan bilik jerr. Bertentangan dengan bilik tidur. Fikir punya fikir, akhirnya bayar jugak RM 78 satu malam. Masuk bilik, pergi mandi dan gantung jaket dan riding pants basah dalam bilik.

Malam tu, lepas mandi kami berjalan kaki untuk makan malam. Nampaknya makan malam di terengganu sama sahaja dengan makan malam di tempat lain. Masakan tom yam..adoii. Balik ke bilik malam tu, kami sempat layan Anugerah Bintang Popular kat TV sebelum mata terlelap..Esok sebuah perjalanan ngeri ke negeri Johor DarulTakzim. 


Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...