NuffNang

Selasa, 31 Januari 2012

Cendol Abang Madzir, Senawang

Salam,

Apakah minuman yang paling menyelerakan kalau di waktu tengahhari? Dikala tekak terasa kehausan dan kering? Bagi aku, cendol adalah jawapannya. Dan tak semua cendol dapat memenuhi citarasa aku. Ada yang tawar, tak masin ataupun tawar tak manis.
 Tengahhari tadi, aku bersama Azri macam biasa melepak kat gerai cendol nie. Tadi masa aku balik mengayuh, gerai cendol nie belum bukak lagi. Sekarang dah bukak dah..jom pekena cendol kat sini.

Gerai nie terletak di kawasan Senawang Jaya. Betul betul kat tepi jalan. Brader nie pun berniaga pakai motor roda tiga ajer. Kalau korang tengok gerai dia nie, memang simple ajer. Ada laa tiga empat bijik meja di buka kat bawah pokok tu tempat korang nak melepak sambil makan cendul.


Ada dua jenis cendol yang ditawarkan, cendul pulut dan juga cendul kacang. Dua dua aku suka makan. Sedap dan kena betul dengan selera aku. Cukup segalanya. Regernya pulak setaraf gerai tepi jalan jeer. 1.30 sen untuk semangkuk.

Abang Madzir punya cendol nie dibuat secara tradisional. Still guna peralatan tradisional tu. Tapi ais dia still halus dan tak kasar. 

Aku pekena dua mangkuk cendol tengahhari tadi. Semangkuk cendol pulut dan semangkuk cendol kacang. Puas hati...
 Kalau tak caya, tengok laa kat atas meja nie haa. Berderet mangkuk cendol yang aku ngan Azri makan..keh keh keh..


So, kalau korang datang atau singgah kat Senawang nie. Aku suka merekemenkan cendol abang Madzir nie. Makan dan test, then bagi tahu aku kot kot taste aku nie out kaa. Tapi sepanjang masa nie, taste aku still tak menghampakan laa...Gerai nie bukak dari jam 12 tghh hari sampai 4 petang jeer kot..So korang kena awal laa. Lokasi, berdekatan dengan Shell Senawang.

Kayuhan Pre Kerja Amal

Salam,

Group aku telah merancang untuk membuat satu kayuhan amal bersama sama Masjid Taman Rasa Sayang bulan 3 nie. Kayuhan kami akan menuju ke daerah Rembau, dan akan meluangkan masa bersama penduduk penduduk di kampung yang terpilih.

Dalam acara dan program yang dirancangkan tersebut, kami akan bergabung bersama sama dengan Group basikal lain yang ternama di dalam Senawang ini. Tujuan kami adalah untuk beramal dan membuat bakti kepada penduduk kampung. Antara rancangan yang dirancangkan adalah seperti membersihkan kawasan kubur, membersihkan surau dan juga melawat rumah anak anak yatim yang terpilih.

Jadi, pagi ini kami telah mencuba masa yang akan diambil dalam kayuhan ini. Program kami akan bermula di Senawang dan akan berakhir di Senawang juga. Bermakna, kayuhan bermula dari Senawang-Rembau-Senawang.
Kayuhan latihan pagi ini disertai oleh 5 pengayuh. Remy, Azri, Wan , aku dan juga seorang pengayuh muda yang baru turut serta dalam kayuhan kami, Fadzli. Fadzli nie adalah seorang pengayuh fixie pada mulanya. Sejarahnya, dia telah mengayuh fixie dari Senawang hingga ke Port Dickson dan seterusnya menghala ke kota Melaka. Dashyat sungguh budak nie..
Kayuhan pagi nie bermula dengan acara carbo loading. Aku yang sampai agak lambat, tak sempat menjamah apa pun. Hasilnya, kayuhan aku tak bermaya di saat akhir. Sampai kat Rembau pun kami tak makan apa apa, terus sahaja pusing balik ke Senawang kerana kami mengejar masa.
Kayuhan santai pagi nie. Kami kayuh tak laju. Jangkaan kami perlu sampai Rembau dalam masa sejam.
Kayuh pun memang santai dan main main jeer. Santai santai pun, berpeluh jugak laa nak sampai ke Rembau tu. Mana taknya, asyik bukit ajer...
Sampai kat Rembau, kami port kat Petronas Rembau tu. Mula cadangnya nak jumpa member aku si Raziq yang beriya berjanji nak tunjukkan port nasik lemak yang terbaik kat rembau tu. Last last, semuanya kecewa..sebab call berpuluh kali pun tak berangkat. Hampa betul..dah lah lapar nie..

 Bila banyak kali call tak berjawab, kami beredar meninggalkan Rembau. Ikut jalan dalam menuju ke Sepri. Jalan kampung yang sungguh mengasyikkan. Berlatar belakangkan dengan Gunung Rembau yang cantik di kejauhan tu.

Lama jugak berkayuh, akhirnya kami sampai di Pedas. Lepas sebentar kat pondok depan Air Panas Pedas nie. Acara Gantung basikal..hehehe


Semuanya dah berpeluh masa nie. Letih sebab lapar dan panas. Kami gagahkan juga berkayuh sampai Senawang semula pukul 11.30 tengahhari. Kayuhan yang sangat meletihkan, dan panas. Sama sama kita tunggu dan membuat kerja amal..

Isnin, 30 Januari 2012

Scooter? Apa yang best?

Salam,

Ramai yang tanya aku kenapa memilih untuk membeli dan menggunakan skuter berbanding dengan motor berantai yang lain. Jawapannya senang sahaja. Sebab minat. Bagi sesiapa yang pernah menunggang skuter, pasti tahu di mana kelazatan menunggang skuter. Perbezaan menunggang skuter berbanding dengan pengalaman menunggang mmotor berantai yang lain.

Cool, relak dan sungguh best kalau nak cruising. Start enjin dan pulas pendikit. Motor akan bergerak laju meluncur di atas jalan raya menuju ke destinasi yang kita pilih. Dari skuter yang sekecil seperti Elegan, sampailah skuter yang besar seperti Gilera 800 ataupun Burgman. Konsepnya mungkin sama sahaja. Dipacu menggunakan belting.

Cara duduk yang sungguh santai, mungkin setaraf duduk di atas sofa. Posisi duduk yang sungguh relak akan membawa kita ke destinasi yang kita impikan. Pulas pendikit, dan kawal kelajuan menggunakan brek di tangan..bukannya di kaki. Ingat tu..

Dengan skuter Elegan aku tu, aku dah merantau hampir ke semua pelusuk tanahair. Melayan selekoh Cameron dah melebihi 5 kali, Penang, Kuantan, Taman Negara, Temerloh, Mersing, Johor Bahru, Tangkak, Batu Pahat, Muar, Taiping, Kuala Kangsar, Kuala Terengganu, Tasik Kenyir dan sebagainya. Semua aku pernah sampai dengan skuter.

Mungkin ramai yang takut untuk berjalan jauh dengan skuter, sebab cerita motos yang mereka dengar akibat dari penggunaan belting paada skuter ini. Yang nyata, apa yang penting kita haruslah membuat persediaan awal dengan menghantar servis berkala. Insyaallah, enjin dan ketahanan skuter kita akan tahan lebih lama. Servis mengikut waktu yang disyorkan.

Kini terlalu banyak model skuter yang di tawarkan di pasaran. Bergantung kepada budget masing masing. Bukan sahaja budget untuk membeli, namun juga budget untuk menyelenggara. Kenapa aku berkata demikian? Sebab bagi aku, peruntukan untuk penyelenggaraan harus dilebihkan sedikit jika kita memilih untuk memakai skuter ini, berbanding dengan penggunaan motor berantai.

Namun kepuasan yang akan anda perolehi, membatasi dari jumlah peruntukan yang harus anda keluarkan untuk menggunakan skuter ini. Jika anda berniat untuk membuat perjalanan jarak jauh selalu, pilihlah skuter yang mempunyai sistem sejukan air. Mungkin mempunyai lebih ketahanan.

Apapun, layan dulu gambiran skuter yang ada mengikut pilihan anda memasing. Apa yang kurang dengan skuter? Bagi aku, gayat ketika mengambil selekoh..hahaha. Yang lain? Perfect,,best broo.




Ahad, 29 Januari 2012

Ride Menjejak Kengkawan

Salam,

Pertama kali untuk tahun 2012 nie, aku dapat cuti hari Sabtu. Itu pun sebab boss aku baru balik dari cuti panjang raya cina. So turn aku pulak nak off day selepas 8 hari kerja. Di kesempatan nie, aku plan nak buat Ride menjejak rakan rakan sekampus masa aku study dulu. Dah lama sangat tak jumpa dengan member member lama nie. Ada laa dalam 11-12 tahun rasanya, selepas masing masing membina kerjaya selepas graduation dulu.

Aku plan dengan Man Jep, member aku yang tinggal kat Rawang. Trip kali nie, kami akan menuju ke Negeri Melaka dan menjejak member member yang bermastautin di sana. Aku memang tahu ada dua orang member masa study dulu yang jadi lecturer kat Politeknik Merlimau. So, Man Jep setuju. Lets Start..

Untuk ride kali nie, aku nak bawak Elegan aku. Aku pun dah lama tak jalan jauh dengan Elegan aku nie. Asyik bawak ulang alik pergi kerja ajer. So, hari Jumaat lepas kerja tu, aku bergegas servis serba sikit Elegan aku tu. Tukar minyak hitam, minyak gear dan bearing serta servis belting. Kenapa aku bawak Elegan kali nie? Sebab aku nak ride dengan Man Jep yang akan bawak  VTS 200.
Panaskan enjin, aku yakin dengan kegagahan Elegan aku nie walaupun menghampakan aku kat Temerloh dulu
Aku janji dengan Man Jep nak jumpa dia kat Senawang dalam pukul 8 pagi. Pukul 7 pagi, aku dah belek Elegan aku lebih kurang, Tengok apa yang patut. Sebab memang dah lama sangat aku tak bawak keluar dan jalan jauh dengan Elegan aku nie.

Pukul 7.45 aku dah tercegat kat Tol Senawang tu. Sebelum tu, Man Jep bagitahu aku dia dah bertolak dari Rawang jam 7.15 pagi. Hari Sabtu awal pagi pun dah banyak kereta yang keluar dan masuk ke Senawang. Anggaran aku, Man Jep mungkin boleh sampai Senawang dalam pukul 8.15. Mungkin sejam jer journey dari Rawang ke Senawang.

Dalam pukul 8.20 pagi, member aku Man jep pun sampai. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh dapat nama Man Jep, sedangkan nama dia tak ada unsur unsur Man Jep pun. Mungkin ada cerita yang aku tak tau tu..

Aku pun tak perasan yang nombor motor dia dengan nombor motor aku hampir sama. 3715 dan juga 3710. Hahaha..


Kapten Razman Bin Abd Manan. Gaya seorang pegawai tentera..
 Pada awalnya, aku plan nak ajak Man Jep ikut jalan dalam daripada Senawang melalui Rembau hingga ke Alor Gajah dan sampai ke Melaka. Tapi aku ubah fikiran untuk ikut route Highway PLUS sampai Simpang Empat dan meneruskan perjalanan ikut jalan lama sampai Melaka.

Man Jep sempat telefon member aku si Chah samaada dia ada kat rumah atau tak. Nak melawat member member lama nie, tapi tak laa sampai nak menyusahkan diaorang untuk memasak makan tengahhari. So kami akan terjah dan buat surprise. Masalah nak buat surprise nie, kalau orang yang kita nak jumpa tu ada hal pulak nanti. Naya jeer tak leh nak jumpa.

Sampai kat Exit Alor Gajah, kami berhenti sekali lagi. Call member aku Chah, dan bagitahu dia ada projek tempat dia mengajar kat Ayer Keroh. Okay set, so destinasi kami yang pertama adalah mencari si Chah kat Ayer Keroh.

Sablom apa apa, kami berhenti untuk breakfast dulu. destinasi breakfast kali nie, aku bawak Man Jep untuk makan di Warung Mak Nek Munah seperti di entry aku yang dulu. Member aku si Man Jep pun naik heran dengan gerai nie. Pada awalnya, dia sangka yang mungkin ada kenduri kawin kat area sini. Sebab banyak sangat kereta yang berhenti berderet tepi jalan tu.
Roti Canai banjir..dua keping...
 Habis jer kami breakfast selepas terpaksa mencari meja kosong (bayangkan ramai tak ramai orang kat sini), kami teruskan perjalanan menuju ke Bandaraya Melaka. Sebelum tu, kami sempat call member yang lain. Malangnya tak mendapat jawapan yang memberansangkan. Telefon tak berjawab.
Double BMW..hahaha
 Kami meneuskan perjalanan hingga sampai ke area Ayer Keroh. Telefon sekali lagi bertanyakan destinasi. Rupa rupanya roomate aku nie sedang menganjurkan kursus motivasi kat Kampung Buku, Botanical Garden Melaka nie. Orait, lets go..lama sangat tak jumpa roomate aku si Chah dan member aku Zaidi Sarip nie. Macammana laa rupa diaorang nie selepas 12 tahun tak bertemu.

Sampai kat Kampung Buku, kami tunggu diaorang kat depan pintu masuk PLKN tu. Ada gerai makan kat situ. Tak lama lepas tu, aku nampak si Chah datang..hahaha, tak banyak berubah roomate aku nie walaupun selepas 12 tahun tak berjumpa..

Member aku, Zaidi Sarip. Lecturer kat Politeknik Merlimau. 12 tahun tak jumpa..
 Selepas lepak sana minum minum dan gelak gelak, kami membuat keputusan untuk ikut Chah balik rumah dia. Tinggal motor kat sana dan kami pusing pusing Melaka naik kereta Chah. Rumah Chah nie kat area Merlimau, Melaka. Jarak perjalanan adalah sejauh 26km dan hampir setengah jam menunggang motor.
Roomate aku, Chah aka Mohd Shahrir Ahmad Zaini
Kami lepak lepak dan sembang sembang kat rumah Chah. Sambil minum, Chah bagitahu ada lagi member yang sama study tinggal kat area rumah dia. Worait, jom gi jumpa dia. No problem..Lepas tu, kami dah macam pergi beraya. Mungkin raya cina kot, selepas satu rumah ke satu rumah kami ziarahi.

Chah bawak kami bersolat kat Masjid Terapung, Melaka
 Chah bawak kami makan asam pedas Melaka tengahhari tu. Lepas makan, kami pergi bersolat kat Masjid terapung. Best betul dapat luangkan masa bersama member member masa study dulu. Sekarang nie semuanya dah berjaya dengan kerjaya masing masing. Ada yang menjadi guru, jadi pegawai tentera, lecturer, pegawai bank dan macam macam laa.

Pusing pusing bandar Melaka, singgah kat rumah member Man Jep di Semabok. Jumpa dengan Ceh Din dan member dia si Zainordi (kalau tak silap nama dia). Aku kenal muka bebudak nie, tapi tak ingat nama.
 Dah habis beraya, kami pun balik semula ke rumah si Chah. Last sekali nak jumpa dengan si Suria Abbas. Roomate Man Jep. kalau tak jumpa dia nie, boleh dikatakan Ride kami nie tak berapa berjaya. Kami call si Suria Abbas nie dari pagi sampai ke petangm baru dapat.

So sebelum balik hari tu, dapat jugak kami berjumpa dengan Suria Abbas nie. suka laa Man Jep, sebab impian dia tercapai jugak nak jumpa dengan roomate dia. Hahaha..
Di perkarangan rumah roomate aku, Chah
Kesimpulan ride nie, bagi aku amat best. Sebab dapat jumpa kembali member member lama. Bezanya dulu kami bersama sama study dalam seba kekurangan. Kini selepas 12 tahun kami berpisah, kini kami bertemu semula dalam satu family yang besar. Dengan kehadiran isteri dan anak anak. Lepas nie, aku bercadang nak buat ride ke utara pulak. Bertemu dengan member member yang bermastautin kat Utara.
Suria Abbas
Kami bergerak balik dari Merlimau pukul 8 malam selepas solat maghrib. Dengan lampu Elegan yang memang tak terang langsung, aku lead jalan followed by Man Jep yang menyuluh aku dari belakang. Aku mengambil laluan ke Ayer Keroh dan ambik laluan Lebuhraya PLUS sampai ke Senawang. Sebelum tu wife aku telefon, bagitahu Senawang hujan turun lebat.

Aku sampai kat Senawang pukul 9.30 malam. Melihat jalan masih basah dengan kesan air hujan. Man Jep lepak rumah aku malam tu. Lepas keluar makan malam, kami bersembang sambil mata pun nak terlelap dah. hahaha..Jom, sapa sapa grad UUM batch 1999/2000 yang kenal kami..boleh join ride kami mencari sahabat. Mungkin lepas nie nak buat Re Union kat PD atau kat mana mana..Yang nyata, aku akan pelihara dan bela semula Elegan aku. Ternyata dia tak menghampakan aku. Still terbaik!!

Selasa, 17 Januari 2012

Ride Couples, Batu Pahat Johor

Salam,

Seperti biasa, memang Selasa lah hari yang aku tunggu untuk menjalankan aktiviti yang aku minat. Daripada meronda, cari makan ataupun berkayuh. Sebab hanya hari Selasa ajer aku off. Hari minggu aku sibuk dengan kerja.

Hari ini, aku dengan wife aku keluar dari rumah jam 9.30 pagi. Tujuan kami adalah untuk makan tengahhari di Batu Pahat. Cuaca dah agak panas sewaktu kami menelusuri Lebuhraya Utara selatan menuju ke selatan ini. 

Agak bingung jugak aku, terfikir kenapa banyak sangat kereta peronda dan motor polis disepanjang perjalanan nie. Rupanya Ops Sikap dah bermula ya? Kami sampai di Batu Pahat jam 1145 pagi. Agak lewat sebab kami banyak berhenti. Cuaca panas betul betul buatkan rasa mengantuk. Lebih lebih lagi semalam wife aku balik kerja dah pukul 1 pagi.

Sebenarnya aku pun dah naik bosan nak makan nasik briyani nie. Terlalu kerap sampai dah tak ada feel lagi. Tapi dah tak tau nak kemana. Tempat lain jauh sangat kot, so boleh laa repeat semula. Layan jer laa..Waktu aku sampai tu masih awal, jadi nasi baru masak. Kuah dalca pun banyak lagi ramuannya. kalau sampai lambat jawabnya makan kuah dalca jer laa..

brenti basuh muka..mengantuk laa pulak
Kambing..nyam nyam satu periuk penuh


Nasik baryani..berapa periuk bley habis satu hari?
Line clear..mai makan dulu. Dalca banyak sayur lagi

Bandung sarbat?...pherggh..best arr
Nin dia...dalca dengan buah terung


Siap makan, dalam pukul 1230, aku terus gerak. Namun hari nie mungkin dikatakan satu hari yang agak bermakna bagi aku. Tak der laa bermakna sangat pun, cuma best jugak laa bagi aku.Sebab aku dapat ride bersaing dengan motor impian aku, GS1200. 

Walaupun kami bersaing tak jauh, cukup untuk menaikkan semangat aku mendapatkan motor nie satu hari nanti. Apa yang best aku tengok, motor nie tak der laa nampak gemuk sangat. Nampak macho, padat. Dan dia punya lari tu, pherggh..smooth jeer aku tengok. Dengan pannier kiri kanan dan top box dia tu, memang nampak macho dan berprestasi tinggi. Hahahah...

Aku sempat follow motor plet Singapore nie dari Tangkak sampai Pedas. Nak ambik gambar pun tak sempat, sebab hari hujan. Sepanjang aku follow motor nie, dia punya kesantaian ride tu maintain dalam 160km/j. Dan sungguh smooth kelihatan. Naik berdua. Mungkin dengan wife dia kot. Memang dia boleh lari laju lagi tu. Nasib baik jugak dia menten 160km/j jeer. kalau tak penat laa aku nak follow. Manakan sama 1200 dengan 650. Pherggh, separuh tu..

Aku yang yang memang keboringan sejak keluar dari Exit Tangkak menten dalam 140km/j gitu. Tetiba kelihatan dari kejauhan sorotan lampu. Best jugak nie, ada member yg aku boleh follow. Tak der laa boring sangat ride tengahhari buta tu. Dengan kepanasan cahaya matahari yang memungkinkan hujan akan turun. 

Aku memperlahankan kelajuan follow di belakang deretan kereta. Aku agak mungkin ER atau Versys jugak kot. Sebab tak mungkin motor perang. Tak nampak sangat dia punya laju tu. Tak lama lepas tu, dia potong. Nampak box kiri kanan. Alamak, motor impian nie. Apa lagi follow laa..

Sempat jugak laa aku follow sampai R&R Pedas. Aku kena berhenti isi minyak. Minyak dah tinggal satu bar ajer. Aku kasik hon dan angkat tangan. Dia balas dan aku pun masuk Petronas kat R&R Pedas tu.

Sebelum tu, masa aku kat Tol Tangkak , aku berselisih dengan sebijik XJ600 warna biru. Motor nie pernah mencuri tumpuan aku dan pilihan aku sebelum aku ambik Versys. Satu ajer point yang menang bagi aku sebelum aku pilih Versys. Sebab bunyi dia, 4 silinder laa katakan. Dan motor yang aku selisih kat Tol Tangkak nie rasanya dah tukar ekzos. Garang semacam jeer aku dengar.

Tapi disebabkan aku memang kaki travel, so aku pilih Versys. Dan sememangnya aku rasa Versys memang menang dalam banyak perkara. Tak menyesal aku pilih Versys. Lagipun, kisah pengembaraan Charley Boorman dan Ewan Mc Gregor dalam siri jelajah Long Way Down dan juga Long Way Round benar benar menyuntik semangat untuk aku. Semangat mengembara dan juga semangat untuk mendapatkan BMW siri GS nie..hehehehe.
Best arr..nie angan angan yang aku akan jadikan impian. Dan bukannya mimpi, akan bertukar menjadi cita cita...

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...