NuffNang

Ahad, 29 Januari 2012

Ride Menjejak Kengkawan

Salam,

Pertama kali untuk tahun 2012 nie, aku dapat cuti hari Sabtu. Itu pun sebab boss aku baru balik dari cuti panjang raya cina. So turn aku pulak nak off day selepas 8 hari kerja. Di kesempatan nie, aku plan nak buat Ride menjejak rakan rakan sekampus masa aku study dulu. Dah lama sangat tak jumpa dengan member member lama nie. Ada laa dalam 11-12 tahun rasanya, selepas masing masing membina kerjaya selepas graduation dulu.

Aku plan dengan Man Jep, member aku yang tinggal kat Rawang. Trip kali nie, kami akan menuju ke Negeri Melaka dan menjejak member member yang bermastautin di sana. Aku memang tahu ada dua orang member masa study dulu yang jadi lecturer kat Politeknik Merlimau. So, Man Jep setuju. Lets Start..

Untuk ride kali nie, aku nak bawak Elegan aku. Aku pun dah lama tak jalan jauh dengan Elegan aku nie. Asyik bawak ulang alik pergi kerja ajer. So, hari Jumaat lepas kerja tu, aku bergegas servis serba sikit Elegan aku tu. Tukar minyak hitam, minyak gear dan bearing serta servis belting. Kenapa aku bawak Elegan kali nie? Sebab aku nak ride dengan Man Jep yang akan bawak  VTS 200.
Panaskan enjin, aku yakin dengan kegagahan Elegan aku nie walaupun menghampakan aku kat Temerloh dulu
Aku janji dengan Man Jep nak jumpa dia kat Senawang dalam pukul 8 pagi. Pukul 7 pagi, aku dah belek Elegan aku lebih kurang, Tengok apa yang patut. Sebab memang dah lama sangat aku tak bawak keluar dan jalan jauh dengan Elegan aku nie.

Pukul 7.45 aku dah tercegat kat Tol Senawang tu. Sebelum tu, Man Jep bagitahu aku dia dah bertolak dari Rawang jam 7.15 pagi. Hari Sabtu awal pagi pun dah banyak kereta yang keluar dan masuk ke Senawang. Anggaran aku, Man Jep mungkin boleh sampai Senawang dalam pukul 8.15. Mungkin sejam jer journey dari Rawang ke Senawang.

Dalam pukul 8.20 pagi, member aku Man jep pun sampai. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh dapat nama Man Jep, sedangkan nama dia tak ada unsur unsur Man Jep pun. Mungkin ada cerita yang aku tak tau tu..

Aku pun tak perasan yang nombor motor dia dengan nombor motor aku hampir sama. 3715 dan juga 3710. Hahaha..


Kapten Razman Bin Abd Manan. Gaya seorang pegawai tentera..
 Pada awalnya, aku plan nak ajak Man Jep ikut jalan dalam daripada Senawang melalui Rembau hingga ke Alor Gajah dan sampai ke Melaka. Tapi aku ubah fikiran untuk ikut route Highway PLUS sampai Simpang Empat dan meneruskan perjalanan ikut jalan lama sampai Melaka.

Man Jep sempat telefon member aku si Chah samaada dia ada kat rumah atau tak. Nak melawat member member lama nie, tapi tak laa sampai nak menyusahkan diaorang untuk memasak makan tengahhari. So kami akan terjah dan buat surprise. Masalah nak buat surprise nie, kalau orang yang kita nak jumpa tu ada hal pulak nanti. Naya jeer tak leh nak jumpa.

Sampai kat Exit Alor Gajah, kami berhenti sekali lagi. Call member aku Chah, dan bagitahu dia ada projek tempat dia mengajar kat Ayer Keroh. Okay set, so destinasi kami yang pertama adalah mencari si Chah kat Ayer Keroh.

Sablom apa apa, kami berhenti untuk breakfast dulu. destinasi breakfast kali nie, aku bawak Man Jep untuk makan di Warung Mak Nek Munah seperti di entry aku yang dulu. Member aku si Man Jep pun naik heran dengan gerai nie. Pada awalnya, dia sangka yang mungkin ada kenduri kawin kat area sini. Sebab banyak sangat kereta yang berhenti berderet tepi jalan tu.
Roti Canai banjir..dua keping...
 Habis jer kami breakfast selepas terpaksa mencari meja kosong (bayangkan ramai tak ramai orang kat sini), kami teruskan perjalanan menuju ke Bandaraya Melaka. Sebelum tu, kami sempat call member yang lain. Malangnya tak mendapat jawapan yang memberansangkan. Telefon tak berjawab.
Double BMW..hahaha
 Kami meneuskan perjalanan hingga sampai ke area Ayer Keroh. Telefon sekali lagi bertanyakan destinasi. Rupa rupanya roomate aku nie sedang menganjurkan kursus motivasi kat Kampung Buku, Botanical Garden Melaka nie. Orait, lets go..lama sangat tak jumpa roomate aku si Chah dan member aku Zaidi Sarip nie. Macammana laa rupa diaorang nie selepas 12 tahun tak bertemu.

Sampai kat Kampung Buku, kami tunggu diaorang kat depan pintu masuk PLKN tu. Ada gerai makan kat situ. Tak lama lepas tu, aku nampak si Chah datang..hahaha, tak banyak berubah roomate aku nie walaupun selepas 12 tahun tak berjumpa..

Member aku, Zaidi Sarip. Lecturer kat Politeknik Merlimau. 12 tahun tak jumpa..
 Selepas lepak sana minum minum dan gelak gelak, kami membuat keputusan untuk ikut Chah balik rumah dia. Tinggal motor kat sana dan kami pusing pusing Melaka naik kereta Chah. Rumah Chah nie kat area Merlimau, Melaka. Jarak perjalanan adalah sejauh 26km dan hampir setengah jam menunggang motor.
Roomate aku, Chah aka Mohd Shahrir Ahmad Zaini
Kami lepak lepak dan sembang sembang kat rumah Chah. Sambil minum, Chah bagitahu ada lagi member yang sama study tinggal kat area rumah dia. Worait, jom gi jumpa dia. No problem..Lepas tu, kami dah macam pergi beraya. Mungkin raya cina kot, selepas satu rumah ke satu rumah kami ziarahi.

Chah bawak kami bersolat kat Masjid Terapung, Melaka
 Chah bawak kami makan asam pedas Melaka tengahhari tu. Lepas makan, kami pergi bersolat kat Masjid terapung. Best betul dapat luangkan masa bersama member member masa study dulu. Sekarang nie semuanya dah berjaya dengan kerjaya masing masing. Ada yang menjadi guru, jadi pegawai tentera, lecturer, pegawai bank dan macam macam laa.

Pusing pusing bandar Melaka, singgah kat rumah member Man Jep di Semabok. Jumpa dengan Ceh Din dan member dia si Zainordi (kalau tak silap nama dia). Aku kenal muka bebudak nie, tapi tak ingat nama.
 Dah habis beraya, kami pun balik semula ke rumah si Chah. Last sekali nak jumpa dengan si Suria Abbas. Roomate Man Jep. kalau tak jumpa dia nie, boleh dikatakan Ride kami nie tak berapa berjaya. Kami call si Suria Abbas nie dari pagi sampai ke petangm baru dapat.

So sebelum balik hari tu, dapat jugak kami berjumpa dengan Suria Abbas nie. suka laa Man Jep, sebab impian dia tercapai jugak nak jumpa dengan roomate dia. Hahaha..
Di perkarangan rumah roomate aku, Chah
Kesimpulan ride nie, bagi aku amat best. Sebab dapat jumpa kembali member member lama. Bezanya dulu kami bersama sama study dalam seba kekurangan. Kini selepas 12 tahun kami berpisah, kini kami bertemu semula dalam satu family yang besar. Dengan kehadiran isteri dan anak anak. Lepas nie, aku bercadang nak buat ride ke utara pulak. Bertemu dengan member member yang bermastautin kat Utara.
Suria Abbas
Kami bergerak balik dari Merlimau pukul 8 malam selepas solat maghrib. Dengan lampu Elegan yang memang tak terang langsung, aku lead jalan followed by Man Jep yang menyuluh aku dari belakang. Aku mengambil laluan ke Ayer Keroh dan ambik laluan Lebuhraya PLUS sampai ke Senawang. Sebelum tu wife aku telefon, bagitahu Senawang hujan turun lebat.

Aku sampai kat Senawang pukul 9.30 malam. Melihat jalan masih basah dengan kesan air hujan. Man Jep lepak rumah aku malam tu. Lepas keluar makan malam, kami bersembang sambil mata pun nak terlelap dah. hahaha..Jom, sapa sapa grad UUM batch 1999/2000 yang kenal kami..boleh join ride kami mencari sahabat. Mungkin lepas nie nak buat Re Union kat PD atau kat mana mana..Yang nyata, aku akan pelihara dan bela semula Elegan aku. Ternyata dia tak menghampakan aku. Still terbaik!!

3 ulasan:

Razman aka Man Jep berkata...

nama member aku kat semabok tu zoraidi bin stota. hang memang boleh jadik blogger la azmi shuib

KANG LATEP berkata...

la..sy ada alor gajah sabtu lepas, ride sorang-sorang, kalu hang bgtau boleh sy tulong cucuk hang bawak elegan laju sikit ha.ha..

Aku Budak Nerek berkata...

Adoii Kang..Rugi tak bagitau. Kalau tak boleh kami pollow. Kami memang bawak BMW jugak..BMW Junior..
Kang, layan Cucur Udang Alor Gajah ka?

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...