NuffNang

Selasa, 10 Januari 2012

Ride Breakfast, Nasi Ayam Nadia

Salam,

Pagi Selasa nie macam biasa laa. Lepas hantar anak aku pergi sekolah, kepala mula laa merapu nak ronda ronda. Lagipun aku dah lama tak pusing pusing naik motor. Wife aku ajak pergi breakfast. Aku pun mula lah buat cadangan yang tak berapa bernas.

Niat di hati nak breakfast di Melaka. Start motor, kami pun terus meluncur menggunakan lebuhraya Utara Selatan. Dalam 25 minit, dah sampai tol Ayer Keroh. Dalam kepala dah mula start berfikir arah dan tujuan nak breakfast nie. Sebab aku bukan familiar sangat kat area Melaka nie.

Call member aku si Raziq. Dia pun cakap tak berapa familiar port breakfast kat Melaka. Tapi dia ada menyarankan aku supaya mencuba nasi ayam kat area Alor Gajah. Member aku si Raziq nie memang kaki jalan cari makan jugak. Dulu dia pernah ada projek kat Alor Gajah nie. Dan dia cakap gerai nasi ayam nie memang menjadi tunpuan dan port ramai.

Korang bayangkan, dari cerita yang aku dengar pasal kepopularan kedai nie dibuka seawal jam 10 pagi dan biasanya dalam pukul 2 petang dah habis dah nasi ayam mak cik tu. Bagi aku, ini bukan tempat calang calang nie. Perlu dicuba dan dirasa. Aku bab makan nasi ayam nie memang cerewet. Bagi aku, tak ada kedai lagi yang betul betul memuaskan hati aku. Mungkin sebab nasi ayam yang wife aku masak lebih sedap dan kena dengan selera aku kot..hahaha.

Dari Melaka, aku ambik route ke Alor Gajah melalui jalan dalam. Sempat jugak laa pusing pusing bandar Melaka di waktu pagi. Jalan dalam daripada bandaraya Melaka menuju ke Alor Gajah nie tak lah terlalu sibuk, tapi tak jugak lengang.

Dalam pukul 10 pagi. aku dah sampai kat pekan Alor Gajah. Aku mencari cari jugak kedai nie. Sampai kat bus stand Alor Gajah (atau sekarang dah jadi AG Sentral), aku berenti dan bertanya dengan seorang abang yang bawak teksi. Sepantas kilat dia tunjukkan aku kedai Nasi Ayam Nadia tu. Maknanya kedai nie memang famous kat area Alor Gajah nie.


Duduk dan tak sampai seminit, ada kakak kat kedai tu datang ambik order. Apa yang aku perhatikan atas meja, memang banyak nasi ayam yang dipesan dan dalam proses membungkus. Sepanjang setengah jam aku makan tu, memang ramai la pelanggan yang datang membeli dan membungkus nasi ayam nie.



So layan la gambar nasi ayam nie yang aku makan sebagai breakfast pagi tadi. Bagi aku, okay jugak rasanya. Seperti yang aku bagitahu sebelumnya, aku memang cerewet dengan nasi ayam. So bagi korang yang nak cuba Nasi Ayam Nadia nie, silalah berkunjung ke pekan Alor Gajah.


Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...