NuffNang

Sabtu, 7 Januari 2012

Kayuhan Pancit

Salam,

Lama betul aku tak mengayuh. Rasanya dah dekat dua bulan jugak aku berehat. Sejak kepala lutut aku sakit nie, apa apa aktiviti pun aku dah stop sementara. Semuanya berpunca daripada berlari waktu menuruni Gunung Angsi tempohari.

Lepas tu, aku bawak main badminton. Tak lama lepas tu, apa nak kata. Memang tangkap terus kepala lutut nie. Doktor nasihatkan aku berehat daripada apa apa aktiviti, dalam masa 3 bulan nie. Aduii, lama jugak 3 bulan tu. Asyik berbandage ajer laa kepala lutut nie.

Semalam, aku cuba mengayuh. menemani kawan aku yang baru ambik basikal. Basikal baru, mestilah semangat baru. Asyik nak mengayuh ajer kerjanya. Aku cuba jugak laa mengayuh walaupun ada sedikit rasa pressure pada kepala lutut sebelah kiri aku nie. Itupun aku terpaksa gunakan kneeguard dan juga bandage untuk mengurangkan rasa sakit.
dah malam daa..

Perjalanan petang semalam membawa aku ke sempadan daerah Pedas. Ingatkan nak terus mengayuh sampai ke Rembau atau Chembong. Tapi tak sempat sampai, basikal aku pancit di tengah jalan. Betul pepatah orang tua yang mengatakan "Sediakan Payung Sebelum Hujan."
Adeh...pancit pulak

Kita sedinri pun tak akan tahu nasib kita di masa depan. Sama juga macam aku, tak tahu pulak yang basikal aku ditakdirkan pancit di tengah jalan. Syukur aku ada bawa alatan basic seperti tiub dan pembuka tayar. Jadi, masalah tu dapat diselesaikan.

Bayangkan kalau kita tak bersedia, alamatnya menolak lah basikal tu sampai ke Senawang semula. Syukur aku berjaya juga menghabiskan kayuhan semalam. Nampaknya kondisi litut aku semakin baik. Lepas nie boleh lah aku mengayuh lebih jauh lagi. 
Remy dengan basikal barunya

Dengarnya group aku akan membuat kayuhan amal untuk membantu anak yatim di kawasan aku nie. Kalau betul Alhamdulillah, di samping berhobi dan bersukan dapat jugak aku membantu golongan yang susah dan memerlukan. Sebab aku berpegang pada prinsip, hidup ini umpama roda. Tak semestinya kita akan sentiasa berada di atas. Mana tahu, satu hari kita kan berada di bawah pula. Jadi, renung renungkan dan selamat beramal.


2 ulasan:

aboyNajun berkata...

GWS utk lutut bro... aktiviti yang menarik...

Aku Budak Nerek berkata...

aboyNajun-Thanks Bro. Macam dah okay sket rasanya. Singgah Senawang roger laa saya..boleh sembang panjang!

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...