NuffNang

Selasa, 3 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Salam,

Selamat menyambut tahun baru 2012. Sungguh cepat masa tu berlalu, sedar tak sedar dah setahun berlalu. Apa yang telah kita capai sepanjang tahun lepas? Ada tak azam dan cita cita tahun lalu yang belum tercapai? Kalau ada tu, macam biasa lah, sambung ke tahun nie. Stended laa tu, selagi ada nyawa dan hayat dikandung badan. 

Setiap tahun ada ajer model model baru yang keluar. Tak kira sama ada kereta, motor, basikal ataupun gadjet gadjet. Kalau nak kira ikut nafsu, memang dah tak terikut dengan peredaran zaman nie. Poket laa terutama sekali. Mesti tak sanggup punya. Tapi kata orang, kalau tak berhutang manakan nak ada harta. Boleh pakai ker peribahasa tu?

Bagi aku, tahun 2012 nie menandakan yang umur aku akan semakin meningkat. Setahun demi setahun. Adakah kita telah cukup segala amal ibadat? Ada tak azam kita untuk memajukan diri dan melipat gandakan dalam hal ibadat? Pernahkah kita menyimpan hajat untuk mengerjakan haji di usia yang muda? Kalau bab mengumpul harta, sekadar bersyukur dengan apa yang ada. Simpan dan buat tabungan lebih baik rasanya.

Tapi kalau bercerita bab angan angan, barulah boleh bersuara lebih sikit. Kalau bab motor nie, aku berangan nak pasang pannier kat motor aku. Dan kalau ada rezeki yang lebih tu, boleh la pasang gadjet gadjet seumpamanya.


Tapi, kalau tuhan kurniakan aku rezeki yang melimpah ruah, pastinya aku nak hupgrade ke GS1200...hahaha..

Ataupun, lazat jugak sekali pandang Ducati MultiStrada tu..opss..tinggi betul seleranya tu..hahaha..

Superb..tapi tu semua angan angan jer laa. mana laa tetiba tahun 2012 nie, tuhan kabulkan doa aku pulak. Syukur alhamdulillah.

Dan kalau bab ride tu, rasanya nak menjangkau jauh sikit laa tahun nie. Kalau boleh nak cross border plak.
Kalau boleh tahun 2012 nie, aku nak ride ke seberang sana pulak. Melintasi sempadan nie..

Insyallah, aku mendoakan sesuatu kejayaan yang terbaik untuk tahun 2012 ini. Ideologi barat menwar-warkan kiamat berlaku tahun 2012. Namun adakah mereka bersedia untuk menghadapinya? Tuhan memang menjanjikan yang kiamat itu pasti berlaku. Namun perihal bila, hanya Dia yang tahu. Kita sebagai hambanya, sentiasalah mempersiapkan diri menghadapi hari tersebut. 
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...