NuffNang

Jumaat, 20 Mei 2016

Menerjah Pasar Ampangan - Jom pekena roti benggali kawin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kali nie aku jenjalan cari breakfast kat pasar pagi sebelah pasar Ampangan. Nampak memang meriah untuk beli breakfast kat sini. Dah nampak macam pekan sehari dah. Kalau korang tersesat ke area sini, terutamanya area Ampangan boleh laa korang terjah cari sarapan pagi kat sini. Ada banyak sarapan pagi yang dijual, termasuk laa sarapan pagi dari negeri Johor, Negeri Pantai Timur dan juga sarapan sarapan pagi lazim rakyat Malaysia.

Dalam banyak banyak sarapan pagi yang dijual kat sini, aku tertarik pulak melihat ada golongan pakistan yang jual roti naik moto. (yer ker tak Pakistan, aku pun tak tau....Hehehe). Memang ramai kumpulan nie, ada laa dalam 3-4 orang kot menjual benda yang sama.


Dan yang peliknya ramai pulak yang pergi membeli roti nie. Aku pun pergi laa ushar. Owhh rupa rupanya mereka nie menjual roti benggali bersama dengan planta+kaya. Macam roti kawin tu...Ok Ok. Jom kita try sepeket.


Harga sepeket roti nie dijual dengan harga RM2.50. Roti akan dipotong dan dibuang bahagian kerasnya kemudian akan ditangkup dua. Satu lapisan kaya yang dibuat sendiri dan satu lagi lapisan planta. Dengan roti yang sangat lembut, memang terasa kesedapannya...hahaha. Sebab tu ramai sangat aku tengok orang datang untuk membeli. Memang sedap...


Sekarang nie, kalau aku pergi ke sini untuk membeli sarapan, memang aku akan singgah dan beli roti nie. Layann jugak makan pepagi. Kaya pun sedap, katanya buat sendiri tapi ntah laa betul ker tak. Yang pasti memang diaorang tak kedekut nak bagi kaya nie banyak sikit. Tu yang bertambah sedap tu...



Aku tak pasti laa tempat korang ada ker tak jual roti camni. Kalau nak buat sendiri pun boleh, tapi aku malas. Sebab nanti kalau beli setin kaya tu, tah berapa lama laa baru habis. Last last masuk semut dahh..

(Mintak mahap laa kalau aku salah buh tajuk, sebab memang aku tak tau nama roti tu apa sebenaqnya...)

Ramainya orang dah macam pekan sehari Temerloh dah...hehehee

Beraneka juadah sarapan pagi..

Tu diaa. ..nasi puyuh penyet pun ada

CT100 masuk bengkel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebagai menyahut seruan abam abam bosa yang dah ride hampir sampai ke Mekah naik EX5, aku pun secara tiba tiba jadik semangat pulak nak ride naik moto cub nie. Nak boli mutu baru, kewangan tak mengizinkan. Jadi mutu girlfriend aku lerr yang kena lenjan.

Walaupun mutu nie sangat tak bersesuain dengan struktur tubuh badan aku yang bagak, namun demi semangat permotoran aku lenjan jugak mutur nie. Walaupun nampak mcm kartun, walaupun nampak macam gajah naik beskal, tapi alhamdulillah aku dah sampai Muar dah naik mutur nie. Tapi naik sorang jerr laa, jangan buat pasal naik dua orang....


Sobolum nak plan pie ride ke Pantai Timur nie, mutu nie aku hantar poie serbis sikit. Lagipun ado bunyi cam bosi longga pulak kat bahagian box belakang nie. Ghupo ghupo eeh, tapak pomogang top box tu dah patah. Jadi sey weldingkan semulo dan toruih cabut top box tu. tak yah pakai laie. 



Memang bosi tu sonang patah, sobab tapak box tu dio ikat toruih ko body tu. mano nak kuek. Box tu kan borek, minyak 5kg pun solambo yoo angket ket ateh tu. Lelamo patah laa dio. Kalau teringin nak pakai box laie, kono boli tapak yang toruih ikat ket frame body.



 

Bilo dah siap, takdo laa bunyi bunyi polik tu laie. Mahal gak upah nak welding nie, tapi dah tak ado kemahiran nak buek sendiri, bayar yoo laa. So mutur pun dah siap tuka minyak itam samo serbis, buleh laa kito plan nak poie ride...ke mano destinasi kito? Mohh laa kito buko google maps atau poto...kita study route eeh semulo.

Menerjah Asam Pedas Hajah Mona Kota Laksamana, Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Aku pun dah tak tau kenapa sejak dua menjak nie, asyik nak pekena asam pedas jerr. Kalau tak asam pedas Johor, asam pedas Melaka lerr jadi pilihan. Sejak diperkenalkan oleh seorang sahabat lama aku kat port nie, aku dah macam ketagih dah nak pekena asam pedas nie. Mungkin jugak aku dah tak google port asam pedas yang lain kot.

Pilihan aku kalau berkunjung ke Melaka adalah asam pedas Hajah Mona yang terletak di Kota Laksamana. Bagi aku selain dari asam pedasnya yang membuka selera, aku juga memang hunting dia punya nasi lemak yang bagi aku adalah antara nasi lemak pilihan.


Selain dari aku, anak aku pun memang dah menjadi kewajipan untuk pekena nasik lemak nie kalau ke Melaka. Memang dia sendiri yang mintak nak makan nasik lemak kat sini. Aduiii...Kombinasi antara nasi dan juga sambal memang terangkat. Sekali pekena nasi lemak nie, boleh habiskan sampai 2-3 bungkus seorang. Aku pun tak tahu nak cakap ayang yang istimewa tentang nasi lemak nie, namun ada sesuatu yang special kot. Mungkin sambalnya..



Selain dari menu nasi lemak yang merupakan hidangan sampingan, anda boleh juga mencuba menu utama di sini iaitu asam pedas. Terdapat pelbagai jenis hidangan asam pedas yang anda boleh cuba. Bagi aku, peberet aku memang asam pedas ikan parang manakala bagi girlfriend aku pula, pasti asam pedas tetel.

Juga terdapat pelbagai asam pedas lain, seperti asam pedas ikan tenggiri, asam pedas ikan kembung, ikan pari, kepala ikan dan pelbagai jenis hidangan tambahan seperti ayam goreng dan sebagainya. Jika anda tak nak makan asam pedas, anda juga boleh mencuba pelbagai hidangan masakan panas di sini.

Ayam goreng

Asam Pedas Tetel

Asam Pedas Ikan Parang
 Selain dari asam pedas dan nasi lemak yang menjadi peberet aku, air kopi ais juga memang menjadi hunting aku kat sini. Ada sorang brader yang buat air tu kalau dia buat kopi ais nie memang terbaekk laa. Tapi judgement tu mengikut tekak aku, tekak korang aku tak tau lerr. Sedap tu kan subjektif...


Apabila anda duduk dan memesan hidangan asam pedas, tak lama selepas tu makanan akan sampai. Jadi port nie memang sesuai kalau anda memang benar benar dah lapar dan tak mampu untuk menunggu lama. Anda boleh memesan hidangan set asam pedas yang akan dihidangkan bersama nasi putih beserta sayur taugeh goreng dan telur asin. Hidangan yang sangat mantap.


Kat tepi kedai nie, ada juga dijual sate. Boleh juga beli dan makan sate andainya anda sedang teringin nak makan sate.


Waktu urusniaga adalah seawal jam 5 petang hingga ke jam 5 pagi. So korang budget budget laa nak sampai sini pukul berapa pun. Pekena asam pedas pukul 3 pagi pun okay kot, boleh buat bersahur...hehehe. Harga tak yah nak risau laa, order dan makan jaa selagi termampu oleh perut. Korang boleh refer harga kat bawah tu sebagai panduan.







Bagi anda yang ada port lain untuk dikongsi, boleh laa share sekali sebab aku tahu memang banyak port port asam pedas kat negeri Melaka nie. Cuma aku jerr jenis malas nak mencari, bila dah jumpa satu port tu, memang aku ulang kat situ jerr laa selagi tak jemu..

Khamis, 19 Mei 2016

Menerjah Ikan Bakar dan Asam Pedas Wak Jos

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Baru baru nie aku on the way balik dari Johor Bahru ke Senawang. Waktu tu pun dah petang, dalam pukul 5 petang. Perut pun lapar sebab belum makan tengahari lagi. tiba tiba tekak nie teringin pulak nak makan asam pedas. Terpikir jugak mana nak cari asam pedas kalau dah petang petang cam nie.

Aku pun keluar dari highway dan masuk ke Exit Pagoh. Hajat di hati nak ke Muar laa tu, nak tengok jugak laa kot kot kalau ada jual durian kat tepi jalan kerr. Tapi takder pun, sebab bukan musim durian agaknya.

Sampai kat Muar, aku terpandang ada signboard Medan Ikan bakar Sabak Awor. Aku pernah tahu tentang tempat nie dari bualan mulut sahabat sahabat. Tapi tak pernah pergi pulak sebab aku bukan penggemar ikan bakar. Tapi tak per laa, dah alang alang sampai tu apa salahnya kalau singgah kejab.

Nak masuk dalam bukan jauh pun dari jalan besar tu. Jalan depan jerr sikit dah sampai. Mulanya aku pergi ke Medan Ikan Bakar tu, pastu tak singgah. Pusing pusing lagi terjumpa pulak Restoran Wak Jos nie. Sebab signboard dia ada tulis Asam Pedas, itu sebab aku singgah. 

Waktu aku sampai tu jam 6 petang. Aku tengok sunyi jerr tak der orang. Bila aku dah parking, kejab lagi tengok banyak kereta baru sampai. Umang aihh, ramainya orang. Patut laa, rupanya kedai nie buka start pukul 6 petang sampai 11 malam.



Kedai nie terletak hujung sekali, dari sini anda boleh nampak Sungai Muar kot. Selesa laa kedai nie, besar dan cukup kelengkapan. Ada surau kalau nak solat. Sesuai kalau nak berbuka puasa kat sini, senang sebab fasiliti tu lengkap.

Rupa rupanya Wak Jos nie memang ada kedai ikan bakar kat Medan Ikan Bakar tu, dan ini adalah cawangan nya. Menurut info info dari sahabat sahabat aku kat Muar, katanya Wak Jos Ikan bakar nie memang popular....Owhhh...patut laa pun.


Memula tu cadang nak order asam pedas jerr, tapi girlfriend aku dah terorder menu menu lain sekali...hihihi. Yang jadi pilihan, ikan pari untuk asam pedas, udang laut untuk hero aku masak butterprawn, sotong goreng tepung (Famous agaknya, sebab aku tengok setiap meja ada menu nie), ketam masak sambal, dan kailan ikan masin.


Alaa, makan pun 3 orang jerr, buat apa nak order banyak banyak. Yang penting ada asam pedas tu. Tunggu pun tak lama selepas ambik order tu, tak lama tu makanan pun sampai. servis yang bagus, boleh bagi pujian pada Wak Jos.






Masakan kat sin isemuanya sedap. Alhamdulillah. Sedap tu subjektif kan? Tapi bagi aku, sedap laa. Bagi korang tak tau laa aku...memasing punya selera. Tapi bila bab nak membayar tu yang best, dengan semua menu yang ada, jumlah semua bayaran hanyalah RM 58. Okay tak? Murah laa kott...kan? Bagi korang yang memang kaki makan ikan bakar/seafood, okay tak harga nie?

Terjahan Menginsafi Diri - Penyakit Radang Otot

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kadangkala kita begitu alpa dengan keindahan dunia, hingga lupa kepada perkara perkara yang tersembunyi dari pandangan mata. Kadangkala kita begitu bersuka ria, namun kita terlupa adanya sahabat sahabat atau orang sekeliling yang sedang berduka. Kita mungkin melihat, namun kita tidak berfikir. Mungkin hari nie kita bertuah, namun kita tidak tahu apa akan terjadi untuk kita pada hari esok.


Hari ini aku dan sahabat sekerja nak buat short ride, melawat seorang sahabat seperjuangan yang terlantar sakit. Beliau dah hampir 2 bulan MC, dan hanya mampu terbaring dirumah. Sebulan lamanya beliau menjalani rawatan di hospital, dan kini telah dibenarkan untuk pulang kerumah namun harus melaukan rawatan fisioterapi.


Perjalanan singkat ini akan menuju ke Rantau, sebuah pekan kecil yang terdapat di negeri Sembilan ini. Pagi nie pun tak ramai yang akan turut serta, cuma kami berempat sahaja. RV di Petronas Taman Marida, Senawang.


Perjalanan yang sangat mendamaikan, melewati hutanan pepohon sawit yang akhirnya membawa kami terus ke pekan Rantau. Kami singgah seketika untuk bersarapan di sebuah gerai di tepi jalan.



Perjalanan diteruskan ke Kampung Kanchung Darat, sebuah perkampungan melayu di kawasan ini. melilau mencari rumah beliau dan akhirnya dapat berjumpa dengan beliau.

Radang Otot

Aku pun tak pernah dengar tentang penyakit ini sebelumnya. Dan penyakit ini sangat terpencil. Cuma 14 kes dilaporkan di seluruh Malaysia. Aku cuba untuk google dan mencari info, namun sangat terbatas. Penghidap penyakit ini katanya akan hilang upaya untuk melakukan pergerakan kerana otot otot yang tidak berfungsi akibat kehilangan daya. Sel sel otot telah mati dan kadar pertumbuhan otot baru kurang berbanding sel yang hilang.

Sedih dan terharu rasanya apabila melihat beliau yang telah susut terbaring dirumah. Sahabatku ini dahulunya memang cergas, normal dan seperti insan biasa seusianya. Namun dalam sekelip mata beliau jatuh sakit dan terlantar di hospital menerima rawatan. Aku pun terkejut apabila mendengar berita ini, sebab sebelum nie tak ada pulak dia menunjukkan simptom simpton yang dia nie sakit.

Menurut dari ceritanya, dia telah dihinggapi penyakit yang memang sangat jarang dihidapi. Penyakit ini menyerang cuma 14 kes sahaja di seluruh Malaysia, dan beliau adalah satu satunya dari Negeri Sembilan. 


Dari cerita beliau, banyak perubahan positif yang berlaku padanya setelah lebih sebulan dia terlantar di hospital. Kini beliau dah mula boleh duduk walaupun tak lama. Keupayaannya sangat terbatas. Dahulunya dia tidak mampu untuk duduk sendiri, dan segala pergerakannya harus dibantu. 

Dia hilang upaya, waimma untuk menyuapkan nasi ke mulutnya pun dia tidak mampu. Usahkan untuk berjalan, berdiri pun dia tidak mampu. Ke tandas, mandi, atau apa apa sahaja pergerakan yang perlu dilakukan menggunakan otot, pasti dia tidak mampu untuk melakukan.


Sebagai seorang sahabat, aku sangat bersimpati dengan keadaannya. Dalam usia yang masih muda, kemungkinan beliau tidak akan dapat menyambung pekerjaannya. Kebarangkalian untuk sembuh seperti sediakala sangat rendah katanya. Dan ada kemungkinan doktor akan mengesyorkan beliau untuk memohon pencen ilat.

Dengan usia anak yang baru menjangkau setahun, aku doakan semoga sahabatku ini akan memperoleh kekuatan dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. Semoga Allah mengembalikan kesihatan buatnya, ketabahan buatnya, positif mindanya dan beliau dapat kembali seperti sediakala untuk menguruskan keluarga dan kehidupan sehariannya. Andainya aku yang melihat terasa betapa beratnya, inikan pula dia yang menanggungnya.



Andainya ada sesiapa diluar sana yang ingin membantu, samaada mempunyai info mengenai penyakit ini boleh menghubungi saya. Saya akan berikan detail sahabat saya ini kepada anda.

Isnin, 16 Mei 2016

Jom Jenjalan Senawang - Parit Betak - Air Hitam - Kluang - Mersing - Kuala Rompin - Pekan - Kg Awah - Senawang

Assalamualaikum,

Bertemu sekali lagi kali ini dalam perjalanan mencari makan makanan yang menarik di sekitar Malaysia. Walaupun sibuk nak berjalan, dan sibuk nak mengarang, namun aku gagahkan jua untuk menaip agar dapat aku jadikan kenangan di masa tua.

Kali ini, aku jalan jalan ke selatan tanahair. Bersama dengan Girlfriend aku jerr. Berdua. Destinasi kami adalah Senawang - Parit Betak - Air Hitam - Kluang - Mersing - Kuala Rompin - Pekan - Kg Awah - Senawang. Hehehe...Tak jauh pun, tapi suka suka jerr.


Jumlah perjalanan 790km.


Kami memulakan perjalanan dari Senawang dan bermalam di rumah kakak di Parit Betak, area Batu Pahat. Seperti biasa, ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan budjet kami. Suasana sepanjang perjalanan di daerah ini sangat menggamit perhatian kerana dikelilingi oleh ladang tanaman nenas. Makanan pun banyak, di kiri kanan jalan boleh singgah di kedai kedai kampung.



Destinasi pertama adalah di pekan Air Hitam Johor. Kawasan ini adalah checkpoint pertama dari penginapan kami semalam. Pekan ini akan menghubungkan perjalanan kami ke Keluang. Kawasan nie memang terkenal dengan kedai kedai menjual pasu pasu bunga dari China. Kalau nak beli peralatan untuk kenduri kahwin pun boleh singgah di sini. Memang banyak dan terdapat pelbagai pilihan. Kalau di Negeri Sembilan, Nilai 3 menjadi tumpuan, Namun kalau di bahagian selatan tanahair, memang kat sini laa port yang diterjah.

Menu yang popular di kawasan ini adalah Putu Bambu yang terletak di persimpangan lampu isyarat Air Hitam. Seperti biasa yang aku katakan, sedap itu adalah subjektif. Namun kedai ini memang popular. Disamping itu, terdapat juga kedai nasi Arab Kari Kambing 40 hari yang terletak diperjalanan antara Air Hitam menuju ke Yong Peng. Betul betul tepi highway. Tapi takleh stop laa kat tepi highway tu kalau nak beli nasik kat sini.

Dari Air Hitam kita boleh meneruskan perjalanan ke Kluang. Perjalanan di sini tiada apa yang seronok dan menarik kerana anda akan melalui hutan hutan dan juga ladang sawit. Sampai di Kluang, tempat terjahan yang bisa atau famous adalah Kedai Kopi Kluang (Kluang Rail Coffee) dan Roti Bakar. Terletak di stesen keretapi Kluang. Tempat makan lain yang terkenal di Kluang nie aku tak tau. Kalau ada sesiapa yang tahu, boleh lah berkongsi kat sini.



Dari Kluang, perjalanan diteruskan menuju ke Mersing melalui Felda Nitar. Perjalanan akan menempuhi hutan hutan dara (ntah laa dara ker tidak, aku main hentam jerr...Heee). Tapi memang laluan sekeliling adalah hutan dan juga pokok sawit. tak ada apa apa yang menarik.


Sampai di Mersing, aku meneruskan perjalanan hingga ke Air Papan. Memandangkan perut pun masih belum lapar, aku pusing pusing jerr kat kawasan nie. Banyak chalet yang didirikan sepanjang pantai peranginan nie. Namun aku tak pasti samaada boleh mandi atau tidak di  pantai ini, sebab aku tengok ombak laut yang agak ganas jugak laa, tak friendly.


Memandangkan waktu aku sampai kat situ dah hampir pukul 2, aku singgah untuk solat Zohor kat masjid di situ. Masjid Tanjung Resang. Semua fasiliti pun ada. Cuma masa aku sampai tu tak ada air di tandas perempuan. Masjid adalah bersih dan mesra musafir.




Dari situ aku meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Rompin. Laluan disepanjang jalan sangat menarik dengan landskap rumah rumah kampung.


 Dari Kuala Rompin, aku singgah pekena udang galah di Kuala Rompin atau lebih tepat lagi di Leban Condong. Harga agak munasabah. Port port bikers hujung minggu nie. Anda order dan mereka akan masakkan untuk anda. Pilih jerr nak udang saiz apa dan jenis masakan. Ada juga terhidang udang galah yang dah siap masak disamping menu menu nasi campur lain yang tersedia.


Gerai makan Azizah menjadi pilihan untuk terjahan kali ini. Campur kali ini, baru dua kali aku berhenti makan kat sini. Memang niat aku nak try kat sini buat kali  nie, sebab terbaca review review dari bloggers sebelumnya yang mencanangkan port nie.




Kupang masak cili





Kedai yang aku singgah nie memang agak terkenal, sebab banyak sticker sticker kelab permotoran yang telah singgah sebelumnya. Bagi aku, masakan memang sedap dan murah. Seperti biasa, kalau kedai tu pernah ada review dari media elektronik atau media massa, mesti dia orang print sekali dengan banner kedai diaorang.




Dari Kuala Rompin aku meneruskan perjalanan hingga ke Pekan. Bandar DiRaja Pahang. Perjalanan disajikan pemandangan pantai dan laut cina selatan. Cuaca memang panas. Perlu lebih berhati hati dikawasan nie sebab jalan agak lurus, dan pasti ada kereta kereta bodoh yang akan memotong tanpa mempedulikan kehadiran kita daripada arah hadapan.

Singgah di stesen Petronas Pekan untuk refueling nampu hampa sebab RON 97 tak ada stocks. Adoii, Masa nie harga agak  murah tapi stock pulak tak ada.


 





Dari Pekan, aku meneruskan perjalanan menggunakan jalan dalam hingga ke Chenor. Laluan yang memukau pandangan. Laluan ini anda boleh singgah di Tasik Chini. Kiri kanan jalan adalah hutan hutan serta perkampungan melayu. Jalan yang sunyi, namun perlu berhati hati kerana terdapat sebahagian jalan yang rosak.







Aku tiba di Chenor, Pahang sebelum senja. Kalau selepas senja mungkin jalan ini agak sunyi dan sepi kot. Alhamdulillah satu perjalanan singkat yang menyeronokkan. Dapat melihat budaya dan merasai makanan tempatan.

Malam nie aku akan bermalam di rumahku di sini. Besok pagi sahaja aku akan meneruskan perjalanan pulang melalui Triang hingga ke Senawang. Satu perjalanan yang sempoi, dan tak tergesa gesa. Pesanan dariku, Pergilah Melancong. Malaysia masih banyak tempat yang belum diteroka kemeriahannya.

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...