NuffNang

Jumaat, 20 Mei 2016

Menerjah Asam Pedas Hajah Mona Kota Laksamana, Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Aku pun dah tak tau kenapa sejak dua menjak nie, asyik nak pekena asam pedas jerr. Kalau tak asam pedas Johor, asam pedas Melaka lerr jadi pilihan. Sejak diperkenalkan oleh seorang sahabat lama aku kat port nie, aku dah macam ketagih dah nak pekena asam pedas nie. Mungkin jugak aku dah tak google port asam pedas yang lain kot.

Pilihan aku kalau berkunjung ke Melaka adalah asam pedas Hajah Mona yang terletak di Kota Laksamana. Bagi aku selain dari asam pedasnya yang membuka selera, aku juga memang hunting dia punya nasi lemak yang bagi aku adalah antara nasi lemak pilihan.


Selain dari aku, anak aku pun memang dah menjadi kewajipan untuk pekena nasik lemak nie kalau ke Melaka. Memang dia sendiri yang mintak nak makan nasik lemak kat sini. Aduiii...Kombinasi antara nasi dan juga sambal memang terangkat. Sekali pekena nasi lemak nie, boleh habiskan sampai 2-3 bungkus seorang. Aku pun tak tahu nak cakap ayang yang istimewa tentang nasi lemak nie, namun ada sesuatu yang special kot. Mungkin sambalnya..



Selain dari menu nasi lemak yang merupakan hidangan sampingan, anda boleh juga mencuba menu utama di sini iaitu asam pedas. Terdapat pelbagai jenis hidangan asam pedas yang anda boleh cuba. Bagi aku, peberet aku memang asam pedas ikan parang manakala bagi girlfriend aku pula, pasti asam pedas tetel.

Juga terdapat pelbagai asam pedas lain, seperti asam pedas ikan tenggiri, asam pedas ikan kembung, ikan pari, kepala ikan dan pelbagai jenis hidangan tambahan seperti ayam goreng dan sebagainya. Jika anda tak nak makan asam pedas, anda juga boleh mencuba pelbagai hidangan masakan panas di sini.

Ayam goreng

Asam Pedas Tetel

Asam Pedas Ikan Parang
 Selain dari asam pedas dan nasi lemak yang menjadi peberet aku, air kopi ais juga memang menjadi hunting aku kat sini. Ada sorang brader yang buat air tu kalau dia buat kopi ais nie memang terbaekk laa. Tapi judgement tu mengikut tekak aku, tekak korang aku tak tau lerr. Sedap tu kan subjektif...


Apabila anda duduk dan memesan hidangan asam pedas, tak lama selepas tu makanan akan sampai. Jadi port nie memang sesuai kalau anda memang benar benar dah lapar dan tak mampu untuk menunggu lama. Anda boleh memesan hidangan set asam pedas yang akan dihidangkan bersama nasi putih beserta sayur taugeh goreng dan telur asin. Hidangan yang sangat mantap.


Kat tepi kedai nie, ada juga dijual sate. Boleh juga beli dan makan sate andainya anda sedang teringin nak makan sate.


Waktu urusniaga adalah seawal jam 5 petang hingga ke jam 5 pagi. So korang budget budget laa nak sampai sini pukul berapa pun. Pekena asam pedas pukul 3 pagi pun okay kot, boleh buat bersahur...hehehe. Harga tak yah nak risau laa, order dan makan jaa selagi termampu oleh perut. Korang boleh refer harga kat bawah tu sebagai panduan.







Bagi anda yang ada port lain untuk dikongsi, boleh laa share sekali sebab aku tahu memang banyak port port asam pedas kat negeri Melaka nie. Cuma aku jerr jenis malas nak mencari, bila dah jumpa satu port tu, memang aku ulang kat situ jerr laa selagi tak jemu..
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...