NuffNang

Isnin, 16 Mei 2016

Jom Jenjalan Senawang - Parit Betak - Air Hitam - Kluang - Mersing - Kuala Rompin - Pekan - Kg Awah - Senawang

Assalamualaikum,

Bertemu sekali lagi kali ini dalam perjalanan mencari makan makanan yang menarik di sekitar Malaysia. Walaupun sibuk nak berjalan, dan sibuk nak mengarang, namun aku gagahkan jua untuk menaip agar dapat aku jadikan kenangan di masa tua.

Kali ini, aku jalan jalan ke selatan tanahair. Bersama dengan Girlfriend aku jerr. Berdua. Destinasi kami adalah Senawang - Parit Betak - Air Hitam - Kluang - Mersing - Kuala Rompin - Pekan - Kg Awah - Senawang. Hehehe...Tak jauh pun, tapi suka suka jerr.


Jumlah perjalanan 790km.


Kami memulakan perjalanan dari Senawang dan bermalam di rumah kakak di Parit Betak, area Batu Pahat. Seperti biasa, ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan budjet kami. Suasana sepanjang perjalanan di daerah ini sangat menggamit perhatian kerana dikelilingi oleh ladang tanaman nenas. Makanan pun banyak, di kiri kanan jalan boleh singgah di kedai kedai kampung.



Destinasi pertama adalah di pekan Air Hitam Johor. Kawasan ini adalah checkpoint pertama dari penginapan kami semalam. Pekan ini akan menghubungkan perjalanan kami ke Keluang. Kawasan nie memang terkenal dengan kedai kedai menjual pasu pasu bunga dari China. Kalau nak beli peralatan untuk kenduri kahwin pun boleh singgah di sini. Memang banyak dan terdapat pelbagai pilihan. Kalau di Negeri Sembilan, Nilai 3 menjadi tumpuan, Namun kalau di bahagian selatan tanahair, memang kat sini laa port yang diterjah.

Menu yang popular di kawasan ini adalah Putu Bambu yang terletak di persimpangan lampu isyarat Air Hitam. Seperti biasa yang aku katakan, sedap itu adalah subjektif. Namun kedai ini memang popular. Disamping itu, terdapat juga kedai nasi Arab Kari Kambing 40 hari yang terletak diperjalanan antara Air Hitam menuju ke Yong Peng. Betul betul tepi highway. Tapi takleh stop laa kat tepi highway tu kalau nak beli nasik kat sini.

Dari Air Hitam kita boleh meneruskan perjalanan ke Kluang. Perjalanan di sini tiada apa yang seronok dan menarik kerana anda akan melalui hutan hutan dan juga ladang sawit. Sampai di Kluang, tempat terjahan yang bisa atau famous adalah Kedai Kopi Kluang (Kluang Rail Coffee) dan Roti Bakar. Terletak di stesen keretapi Kluang. Tempat makan lain yang terkenal di Kluang nie aku tak tau. Kalau ada sesiapa yang tahu, boleh lah berkongsi kat sini.



Dari Kluang, perjalanan diteruskan menuju ke Mersing melalui Felda Nitar. Perjalanan akan menempuhi hutan hutan dara (ntah laa dara ker tidak, aku main hentam jerr...Heee). Tapi memang laluan sekeliling adalah hutan dan juga pokok sawit. tak ada apa apa yang menarik.


Sampai di Mersing, aku meneruskan perjalanan hingga ke Air Papan. Memandangkan perut pun masih belum lapar, aku pusing pusing jerr kat kawasan nie. Banyak chalet yang didirikan sepanjang pantai peranginan nie. Namun aku tak pasti samaada boleh mandi atau tidak di  pantai ini, sebab aku tengok ombak laut yang agak ganas jugak laa, tak friendly.


Memandangkan waktu aku sampai kat situ dah hampir pukul 2, aku singgah untuk solat Zohor kat masjid di situ. Masjid Tanjung Resang. Semua fasiliti pun ada. Cuma masa aku sampai tu tak ada air di tandas perempuan. Masjid adalah bersih dan mesra musafir.




Dari situ aku meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Rompin. Laluan disepanjang jalan sangat menarik dengan landskap rumah rumah kampung.


 Dari Kuala Rompin, aku singgah pekena udang galah di Kuala Rompin atau lebih tepat lagi di Leban Condong. Harga agak munasabah. Port port bikers hujung minggu nie. Anda order dan mereka akan masakkan untuk anda. Pilih jerr nak udang saiz apa dan jenis masakan. Ada juga terhidang udang galah yang dah siap masak disamping menu menu nasi campur lain yang tersedia.


Gerai makan Azizah menjadi pilihan untuk terjahan kali ini. Campur kali ini, baru dua kali aku berhenti makan kat sini. Memang niat aku nak try kat sini buat kali  nie, sebab terbaca review review dari bloggers sebelumnya yang mencanangkan port nie.




Kupang masak cili





Kedai yang aku singgah nie memang agak terkenal, sebab banyak sticker sticker kelab permotoran yang telah singgah sebelumnya. Bagi aku, masakan memang sedap dan murah. Seperti biasa, kalau kedai tu pernah ada review dari media elektronik atau media massa, mesti dia orang print sekali dengan banner kedai diaorang.




Dari Kuala Rompin aku meneruskan perjalanan hingga ke Pekan. Bandar DiRaja Pahang. Perjalanan disajikan pemandangan pantai dan laut cina selatan. Cuaca memang panas. Perlu lebih berhati hati dikawasan nie sebab jalan agak lurus, dan pasti ada kereta kereta bodoh yang akan memotong tanpa mempedulikan kehadiran kita daripada arah hadapan.

Singgah di stesen Petronas Pekan untuk refueling nampu hampa sebab RON 97 tak ada stocks. Adoii, Masa nie harga agak  murah tapi stock pulak tak ada.


 





Dari Pekan, aku meneruskan perjalanan menggunakan jalan dalam hingga ke Chenor. Laluan yang memukau pandangan. Laluan ini anda boleh singgah di Tasik Chini. Kiri kanan jalan adalah hutan hutan serta perkampungan melayu. Jalan yang sunyi, namun perlu berhati hati kerana terdapat sebahagian jalan yang rosak.







Aku tiba di Chenor, Pahang sebelum senja. Kalau selepas senja mungkin jalan ini agak sunyi dan sepi kot. Alhamdulillah satu perjalanan singkat yang menyeronokkan. Dapat melihat budaya dan merasai makanan tempatan.

Malam nie aku akan bermalam di rumahku di sini. Besok pagi sahaja aku akan meneruskan perjalanan pulang melalui Triang hingga ke Senawang. Satu perjalanan yang sempoi, dan tak tergesa gesa. Pesanan dariku, Pergilah Melancong. Malaysia masih banyak tempat yang belum diteroka kemeriahannya.
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...