NuffNang

Jumaat, 2 Mac 2012

Ride Jelajah Utara-Day 2

24 Feb 2012 ( Jumaat )

Seawal jam 6.30am, kami sudah mula bangun..badan pun kembali segar setelah dapat tidur yang cukup disepanjang malam. Tidur malam yang betul betul best sehinggakan bunyi cengkerik besar pun tidak mengganggu tidur kami. Setelah selesai bersihkan diri, aku plan nak terjun kolam, memandangkan kami akan bertolak balik pukul 10am..so masih ada masa nak beriadah.

Ketika jarum jam menghampiri 0900am, kami telah bersiap-siap untuk meninggalkan TM Resort untuk ke kampung Melayu. Mesti tertanya kenapa kami kesana. Kami kesitu cuma untuk mencari nasi kandar yang diwar-warkan sedap. Waktu perniagaan cuma hingga jam 11 am, menurut kawan yang tinggal disitu..ada masa jam 10 mereka sudah tutup kedai..so tidak mustahil nasi kandar ni betul-betul power.

Selesai makan, kami mula bergerak ke Pasar Chowrasta untuk beli buah tangan disitu. Jam 1030am, konvoi kami mula meninggalkan Pulau Pinang melalui Penang Brigde pula (bak kata Nizam Axe kapcai LC135 nyer ingin merasai Jambatan Penang ) untuk ke Hentian seterusnya iaitu Juru.

Di sini kami akan refuel minyak secukupnya untuk sampai ke destinasi seterusnya iaitu Changkat jering – Taiping kira-kira 84km. Sepanjang perjalanan waktu siang, kami menitik beratkan faktor keselamatan disepanjang lebuhraya, supaya konvoi kami tidak menggangu pengguna lain dilebuhraya.

Jam 11.30 kami telah sampai ke susur keluar Changkat Jering untuk ke Kuala Sepetang, kami meneruskan perjalan untuk singgah di warung MakTeh Mee Udang di kawasan tersebut.

Warung ni sangat berbeza dan banyak perubahan telah dibuat memandangkan kerap kali terpampang di majalah dan TV. Terus terang apa yang boleh saya katakan, makanan di sini semenjak dikormersial kan, sudah tidak sesedap dulu. Nasi goreng udang hanya recook dengan cas rm6, rasanya yang tak sedap dan memang tidak berbaloi.


Selesai makan, perjalanan kami diteruskan ke Simpang Pulai sejauh 86km. Perjalanan siang betul-betul menduga..jauh mata memandang, berat lagi bahu memikul ditambah pula dengan hujan dan panas sepanjang perjalanan. Kami tiba di Simpang Pulai pada pukul 0230pm untuk refuel sahaja.

Setelah selesai, kami meneruskan perjalanan kami semula ke Tapah untuk berehat disitu. Disini juga kami telah berpisah dengan seorang lagi peserta yang akan ke Bagan Pasir untuk kerja-kerja migration pada malam tersebut. Selesai menunaikan tanggung jawab dan berehat, kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Malim untuk minum petang di sebuah kedai Pau yang terkenal ( Pau Yik Mun )..

Setibanya kami disini jam 5pm, hujan turun dengan lebatnya. Jadi kami ambil inisiatif untuk berehat disini sehingga jam 6 pm sebelum beredar ke rumah masing-masing. Hujan masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti, apabila agak ‘sereyap’ dah ujan yg lebat tadi, jadi kami ambil keputusan untuk terus meredah ujan jelah.


Kredit to Abg Din kerana blanja minum ptg di Yik Mun ni. Last destinasi tayar golek kami adalah pulang ke pangkal jalan dan ke family memasing lah hehehe. Perjalanan dari Tanjung Malim ke Tol Duta hanya sejauh 80km yang cuma mengambil masa kurang lebih 1 jam sahaja.

Sepanjang tempoh perjalanan ke utara kami langsung tidak dihujani hujan yang lebat akan tetapi pada ptg ini untuk perjalanan pulang para riders dapat merasai nikmat ride sewaktu hujan lebat. Masing – masing masih mengekalkan gaya tunggangan yang penuh kesantunan dan kesusilaan setelah sedikit segar selepas pekena pau n kopi kaw di Yik Mun.

Hujan yang lebat kami harungi sehingga area Bukit Beruntung je. Seterusnya seorang lagi member LC135 memperlahankan jentera tunggangannya apabila tiba di exit Rawang untuk pulang ke rumahnya dan memberi laluan kepada 6 lagi jentera meneruskan perjalanan pulang ke KL.

Giliran jentera ( LC 135 5speed ) yang baru berusia dua minggu pula melambai kan tangan untuk exit ke highway Shah Alam Klang. Kredit untuk riders veteran ni yang berjiwa kental dan bersemangat waja.

Setibanya di Tol Duta, kami mula berpecah,memandangkan aku, Radzi dan Abg Din akan menggunakan lebuhraya Duke untuk menghala ke Ampang. Manalaka Hafiz terus menghala ke pusat Bandar menuju ke TM JRC untuk menghantar ole –ole jeruk Penang kepada kengkawan ofis.

Tepat jam 730pm, aku selamat sampai ke rumah di Pandan Indah..syukur perjalan kami Selamat pergi dan balik..semoga semua Enjoy dengan ride kali ini..

Akhir kalam, jutaan terima kasih di ucapkan kepada kengkawan TM Small Bikes, TMBM yang sgt2 sporting dan supporting menyokong serta menjayakan Jelajah Utara ini. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan lagi bagi masa – masa yang akan datang.Jarak keseluruhan perjalanan 1300km.


Sekian, terima kasih.

Hasil nukilan : Syafri Hj Shuib.

Jurufoto & jurusunting : Abdul Hafiz Ahmad Shukri

Ride Jelajah Utara -Day 1

Salam,

Ride kali nie aku tak join. Tapi adik aku rider tegar dari TM Bikers dah organize ride nie. So aku berkongsi dengan korang pembaca setia ABN.

Salam perkenalan pada semua warga TMBM ( TM BIKERS MALAYSIA )

Pada 22 – 24 February 2012 lepas, bersamaan hari Rabu jam 11pm, seramai 8 Kapcai smallbikes TMBM telah berlepas ke utara tanah air sempena ride “ Jelajah Utara semenanjung “. Penyertaan bikers Honda dan Yamaha telah memeriahkan suasana. Konvoi turut disertai seorang rider Elegent 200. Penyertaan kali ini merupakan titik mula bagi Smallbike TMBM pada tahun ini dalam aktiviti perkonvoian.

Flagship dari kengkawan ofis TM JRC night shift pada jam 10.15pm. Sebanyak 6 jentera kapcai bertolak dari sini.

WJB merah kesayanganku yang bernadikan enjin ER6 ( gurau jer ni nti marah lak Abg Din ) bertolak terus dari Ampang ke RnR Sg Buloh, begitu juga bagi LC135 merah hitam milik saudara Hasbul yang datang dari arah Rawang. Jam 10.30pm, satu sesi briefing telah dibuat di RnR Sungai Buloh arah Utara untuk memberitahu jarak perjalanan serta checkpoint-checkpoint berhenti untuk refuel. 

Sedikit penjelasan berkaitan keselamatan ketika ride pada waktu malam telah diberikan supaya semua peserta lebih berhati hati serta tidak berlumba sesama sendiri ketika di lebuhraya. Walaupun telah ditetap kan kensep ride kali ini ialah Konvoi Tunggangan Bebas, faktor-faktor keselamatan juga tidak boleh dibuat sambil lewa.( leka sesaat, buruk padahnya ).

Ketika jarum jam menghampiri 11pm dan bacaan doa oleh saudara Hasbullah telah selesai, kami mula bergerak menuju ke check point pertama iaitu Tapah. Jarak perjalan sejauh 126km tidak dirasai kerana masing masing memang bersemangat untuk satu konvoi yang dinantikan sekian lama, walaupun ada diantara peserta keletihan kerana baru habis berkerja. 

Perjalanan dari Sungai Buloh ke Hentian Tapah keadaan lalu lintas agak sibuk dengan kenderaan berat yang turut sama berkongsi dengan waktu perjalanan kami. Kelajuan ditetapkan pada 100-110km/j bagi tujuan keselamatan para peserta.

Leader dan lastman yang dilantik banyak membatu melancarkan pergerakan konvoi sepanjang perjalanan. Tunggangan secara Zig-zag disepanjang lebuhraya dipraktikkan oleh para peserta. Satu perkara yang harus dipuji apabila para peserta turut memakai Riding Gear yang lengkap seperti jacket Riding, glove dan baju pemantul cahaya sebagai langkah keselamatan kerana kita tidak dapat menyangka apa yang akan terjadi sepanjang perjalanan yang bakal kita hadapi.

Usah malu berpakaian riding gear yang lengkap dan pedulikan senyum sinis mereka yang tidak berpelajaran kerana tidak kira jenis motosikal yang digunakan, sekiranya jatuh kemalangan kita yang akan menanggung kesakitan.

Berbalik pada konvoi, dalam sesi kejar mengejar sebuah Yamaha LC135 (no plate dan pict moto dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu keh keh keh ) telah kehabisan minyak berhampiran susur Bidor (12km lagi jer nak sampai RnR Tapah ), nasib pada masa itu Last Man mengekori Motosikal LC tersebut dan menunda ke susur keluar Bidor untuk mencari stesen minyak terdekat.

Setelah selesai refuel kami meneruskan perjalan untuk berkumpul di checkpoint R&R Tapah. Setelah semua refuel motosikal masing-masing, kami mula bergerak ke Check point seterusnya iaitu di Gunung Semanggol. Perjalanan dari Tapah ke Gunung Semanggol sejauh 137km ini tidak mendatangkan masalah kerana keadaan jalanraya telah mula sunyi dan kenderaan berat juga kebanyakan telah berhenti untuk tidur di hentian-hentian rehat.

Berbeza berkonvoi pada hari kerja berbanding hari minggu, dimana keadaan jalan amat selesa terutama kami yang menggunakan kapcai. Setibanya kami di Hentian Gunong Semanggol, keadaan disini amat lengang. Kami berhenti untuk refuel dan membasah tekak, kerana ada dari kami masih belum makan sejak habis kerja tadi.

Perjalanan kami diteruskan ke Shell Juru sejauh 54km. Dekat je bagi Big Bike, kalau kapcai boleh tahan la dengan keadaan badan yang dah sememang letih dan mengantuk. Kami berhenti di sini untuk berpisah dengan salah sorang peserta yang ikut untuk balik Kampung di Penang. 

Memandangkan perjalannya hanya ke Penang, kami telah memberikan beliau tugas untuk menguruskan penginapan kami pada malam nanti. Tiket cruises pun semua dia uruskan..ehem ehem..konvoi motor ke atau bercuti dengan star cruises??Panjang ceritanya..lain kali jelah, maaf pasal skrg nak citer yg jelajah utara ni jer hihihi..

Kami teruskan perjalanan ke R&R Gurun sejauh 60km sahaja dari Juru. Kat sini kami akan berhenti untuk lelapkan mata. Jika kami teruskan ke Bukit kayu Hitam, masih terlalu awal..nak buat insurance untuk cross border pun masih awal..eh, melalut plak..ni next ride punya cerita..bulan 6 kot…

Ok, back to topic kat Hentian Gurun ni, sampai dihentian Gurun masih awal sekitar 4.45am..baru nak lelapkan mata, dengar azan..azan apa pulak pukul 5 ni..yang kaki dengkur, memang tah kemana dah..aku pun layan gak la tidur sampai pukul 630 pagi..dapat tidur kejap pun dah ok. Fresh semula rasa.

Walaupun tempat tidur kami ni bukan taraf hebat..Cuma di gazebo ..kira ok lah,tidur kat opis pun atas kerusi je..dah la kerusi tak best....nama pun percutian budjet kan.. simple2 je .. (nizam acah jer ni buat x puas hati ngan tempat tido berebut dengan Din Nokia nak baring kat ujung gazebo ni)

630am semua dah bangun untuk solat subuh, que di tandas punyalah lama..tah dari mana semua ni datang..yang cakap siam pun ada, rombongan budak sekolah pun ada, yang konvoi motosikal pun buat menyibuk juga..Kira-kira 7am, kami cadang untuk ambik sarapan je kat hentian ni, malas nak teruskan ke Bukit jayu Hitam untuk sarapan Gulai Itik.

Makan di hentian tak la murah yang disangkakan.harga sama je macam di KL,kuih muih pun rm0.50 sebiji.. ( maklumlah harga di control oleh PLUS ) buat alas perut boleh la..aku just ambil soya botol dan kuih ketayap. simple, perut pun selesa.

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Bukit kayu Hitam sejauh 81km, pemandangan sekeliling dengan sawah padi baru kena potong..tak la sehebat sawah padi menghijau..Jika diikutkan planning asal, pukul 7 kami nak layan ladang tebu..tapi, lebih baik keladang tebu lewat sikit..baru boleh melihat pekerja sedang potong pokok tebu untuk diangkat keatas traktor. Kami tiba di border Bukit Kayu Hitam dalam lingkungan 830am..cross border untuk ke komplek sahaja..

Waktu pun masih awal, masih tiada kedai dibuka..just masuk untuk ambil gambar sekeping dua..selepas itu, Kami berhenti di Caltex Changlun untuk refuel. Untuk pengetahuan semua total cost perjalan ke sini dengan kapcai sekitar rm25 sahaja..murah kan..Destinasi budjet..

Selesai sudah aktiviti di Lebuhraya Utara Selatan, catatan jelajah bermula. Kami meneruskan perjalanan kami ke Padang Besar melalui ladang tebu. Pemandangan yang menarik dengan pekerja-pekerja ladang sedang membersihkan ladang tebu.

Perjalan kami teruskan ke Padang Besar, planning asal untuk cari makan pulut ayam..tapi kedai di kawasan situ masih tutup. So,terpaksalah kami cari kedai makan lain untuk brunch (breakfast + lunch). Pusing-pusing sekitar pekan Padang Besar, terjumpa satu kedai makan yang amat menyelerakan..kat sini, pukul 10am lauk pauk dah penuh meja..rata rata penduduk sekitar kawasan ini makan makanan berat seawal pagi,mungkin mereka sudah biasa dengan keadaan begini. Selesai makan lebih kurang 11pm, kami ke komplek padang besar..di sini, yang nak shopping jersey memang syurga lah..

Aku memang tak plan nak shopping..just menjamu mata dan menjamah biji gajus di tingkat 1..Aku telah tetapkan masa shopping sehingga jam 130pm sahaja, memandangkan masih ada 2 tempat lagi untuk kami pergi. Pukul 2pm semua telah siap di motosikal masing-masing untuk meneruskan perjalanan ke Wang Kelian, kami ke sana hanya untuk ambil gambar sebelum menuju ke Gua Kelam untuk solat dah rehat di surau berhampiran.

Jam 3pm, kami meneruskan perjalanan ke Kuala perlis, tiada planning untuk ke Langkawi, cuma ambil laluan pesisir laut Kuala Perlis yang menuju ke Kuala Sanglang untuk ke Simpang Ampat Perlis..kami berhenti rehat di Simpang Ampat agak lama untuk menikmati minum petang, ABC dan laksa disini amat syok..tidak lokek dengan bahan2..berbaloi dengan harga murah.

Jam 5pm, kami meneruskan perjalanan ke TM alor star untuk menungggu seorang kawan disini. Daripada perbincangan, kami meneruskan perjalanan kami ke Butterworth melalui Tol Alor Star Selatan. Apabila sampai di susur Butterworth, jam telah menunjukkan pukul 7pm..kami mencari Dermaga Feri untuk ke Pulau Pinang.

Jam 0730pm, kami neneruskan perjalanan ke Gurney Drive untuk makan pasembor..masa ni semua sudah keletihan..tak sabar-sabar untuk ke bilik untuk berehat. Jam 9 pm barulah kami dapat berehat di TM resort Tanjung Bungah..lenguh-lenguh badan dan melembutkan semula urat yang telah tegang. Malam berlalu dengan begitu sahaja, tiada cerita menarik ketika disini, masing2 bagai hilang tumpuan setelah seharian di atas motosikal.

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...