NuffNang

Jumaat, 9 Disember 2011

Ride to Tangkak

Salam,

Aku berpeluang untuk ke Tangkak dan terus ke batu Pahat bersama dengan adik aku dan orang rumah dia. Ride kami nie saja jalan jalan menghabiskan cuti. Meninjau ninjau makanan terbaik di Muar dan akhirnya lepak lepak di Air Terjun Ledang di Tangkak.

Sudah pastinya kami akan berhenti makan asam pedas di Parit Jawa Muar Johor sebagai santapan tengahhari.

Untuk ride kali nie, aku seperti biasa menunggang Elegan dan adik aku dengan EX5nya. Perjalanan yang direstui kerana cuaca sangat cantik dan tiada hujan yang turun mengiringi perjalanan kami. Waktu balik, kami singgah di Melaka pusing Bandar Melaka sebelum kembali ke Negeri Sembilan.

Aku berjanji untuk meet up dengan adik aku kat R&R Senawang. Sampai kat sini, aku tengok adik aku dan isterinya dah menunggu. Tak membuang masa, kami pun meneruskan perjalanan menghala ke Exit Tangkak.






Kami berhenti untuk refueling di R&R Ayer Keroh. Di kesempatan yang ada ini, aku mengambil peluang untuk bersarapan dengan roti untuk mengalas perut. Di sini kami mengisi minyak untuk fuel tank.

Apabila sampai di Exit Tangkak, kami mengambil laluan ke kiri yang akan membawa kami menuju ke Muar. Aku berhasrat untuk membawa mereka makan tengahhari di Asam Pedas Parit Jawa yang terkenal di sini. Sampai di pekan Parit Jawa, kami berhenti sementara adik aku pergi membeli sedikit barangan.
 



Ketika kami sampai, pelanggan dah mula ramai memenuhi setiap pelusuk kedai. Namun kami bertuah kerana dapat duduk di meja dan menempah makanan. Aku memilih untuk makan asam pedas siakap manakala adik aku memilih untuk merasa ikan pari.

Di samping itu, kami memesan telur dadar dan juga sayur sebagai santapan besama tengahhari tersebut. Makan tengahhari kami amat menyelerakan dan kami kekenyangan. Terasa malas hendak beredar dari gerai tersebut, ditambah lagi dengan cuaca panas di sepanjang perjalanan.




Selesai makan, kami berpatah balik menuju ke Pekan Tangkak. Kami berhasrat untuk mandi manda di Air terjun Ledang di Sagil.

Sebagai info, jika anda berhenti atau lalu di pekan Tangkak ini, ambillah masa untuk berhenti dan membelek pelbagai jenis kain di sini. Dari langsir hinggalah kepada kain ela, semuanya terdapat di jual di sini dengan harga yang berpatutan dan pelbagai variety.





Dengan cuaca yang sebegitu panas, kami berhenti seketika untuk membeli dan membungkus air tebu yang di jual di tepi jalan.


Begitu sejuk dan segarnya terasa apabila dapat berendam di dalam sungai Ledang ini. Kesejukan airnya membuatkan kami berasa segar sekali.

Sewaktu pulang, kami singgah di Bandaraya Melaka. Tak berniat untuk singgah di mana mana pun sebenarnya sebab hari dah beransur nak malam. Tapi ami berhasrat untuk pusing pusing di Melaka nie di samping melihat suasana Melaka di waktu malam.
 

  







Selesai upacara pusing pusing, kami beransur pulang. Mengggunakan lebuhraya Utara Selatan hingga ke Senawang dan ia mengambil masa selama satu jam uantuk kami sampai ke senawang. Manakala adik aku perlu menambah sejam lagi untuk sampai ke KL. Satu perjalanan yang sangat menghiburkan.



Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...