NuffNang

Selasa, 6 Disember 2011

Kayuhan Santai ke Teluk Kemang

Salam,

Semalam group aku berkayuh lagi. Semuanya tentang cita cita dan semangat nak tawan Bukit Fraser ataupun puncak Gunung Brinchang. Semalam kami seramai 8 orang telah membuat kayuhan santai ke salah satu tempat peranginan terkenal di Negeri Sembilan nie. Teluk Kemang dipilih menjadi hala tuju kami.

Teluk kemang di musim cuti persekolahan nie macam biasa lah, sesak dengan pengunjung yang datang. mengambil kesempatan sempena musim cuti persekolahan nie dengan membawa keluarga dan anak anak datang berkelah dan bercuti.
Kayuhan kali ini disertai oleh lapan pengayuh, duduk dari kiri Azri, Farizal, Azmi, Nazly dan berdiri dari kiri Lan, Wan, Remy dan juga Jojo.

Memandangkan tujuan kami adalah kayuhan santai, maka kami memang sesantai yang mungkin, Tak mengejar masa di samping melatih pengayuh baru.

Perjalanan awal pagi dimulakan seawal jam 730 pagi. kami bercarbo loading di Azahaar Maju Taman Widuri. Semuanya dah cukup 7 orang di waktu 7 pagi. Tapi mana pulak si Jojo nie, belum nampak batang hidung lagi? Berkali kali call dan SMS, akhirnya dia menjawab talian. Rupanya mamat nie terlajak..balik lambat dari surau lepas semayang subuh tadi kot..
Route pilihan kami adalah Senawang-TTJ-Rantau-Sri Rusa-Teluk Kemang-Port Dickson-Lukut-Mambau-Seremban-Senawang. jumlah perjalanan yang akan kami cover pada hari ini adalah 104.7km.
Kami bersarapan ringan, kecuali Farizal yang dah order mee hoon goreng. Kami jangka dia akan mengetuai kayuhan sebab mengambil heavy breakfast pagi nie..hehehe. Yang lain semuanya makan roti canai ajer.

Sebagai info, Farizal nie adalah peserta mendaki Gunung Everest yang di rancang menggunakan laluat dari Tibet suatu ketika dahulu, So stamina memang fit lah. Pemegang ijazah Sains Sukan nie akan menjadi guide dan trainer dalam setiap acara sukan kami.
Wan...terbaik first kayuhan nie.
Acara kayuhan santai kami dimulakan seawal jam 730 pagi. Kami mula berkayuuh bersama dengan mereka yang berlumba lumba nak ke pejabat di awal pagi.
Lan dan Remy..
Group kami sampai di checkpoint pertama Rantau pada jam 8 pagi. Perjalanan di sepanjang perjalanan dari TTJ ke Rantau melalui kawasan perkampungan dan juga ladang sawit, cuaca sangat cantik dan tak panas.

Ada juga kami bertemu dengan kumpulan lembu dan juga musuh utama, anjing di tepi jalan. Namun alhamdulillah, anjing nie bukanlah dari jenis anjing garang yang mengejar. Di sebaliknya mereka hanya melepak saja di tepi jalan tersebut. Memerhatikan kami melalui lirikan hujung mata...chewahh.
Jojo...selamba
Pemandangan sangat cantik ketika kami nak sampai ke pekan Rantau. Pemandangan kawasan kampung yang berlatar belakangkan gunung ganang beserta kawasan sawah padi memukau mata. Sawah padi ataupun paya?...hahaha.
ketibaan second palaton
Nampaknya ketika di checkpoint pertama kami, semua peserta masih lagi bersemangat waja dan tak menunjukkan simptom simptom kemurungan...hahaha. maklumlah cuaca masih cantik, tak panas dan jalan mendatar. tunggu laa sikit lagi..hehehe
power lagi setakat nie..
Bagi anda yang suka kepada aktiviti berbasikal nie, berkayuh menggunakan jalanraya adalah kurang penat berbanding anda menggunakan laluan off road. Tapi yang membezakan, jarak keseluruhan perjalanan. 15km offroad tak sama dengan 15km jalan raya.

Tak caya, boleh cuba sendiri..Tapi semuanya bergantung kepada minat anda, samaada menceburkan diri dalam road ataupun offroad.
Dari Rantau, kami memasuki simpang yang akan membawa kami ke PD melalui Sri Rusa. Simpang nie berdekatan dengan pekan Rantau. Melalui jalan ini, telah mengajak kami untuk lebih memerah keringat, Kami sedikit sebanyak dah dihidangkan dengan panorama dan jalan berbukit.

Keadaan cuaca juga telah sedikit bertukar menjadi suam berbanding sejuk di kala awal pagi. Walaupun jam baru menunjukkan jam 9 pagi, namun perubahan suhu dan cuaca telah terasa.

Sementara menunggu kumpulan yang tertinggal di kelompok belakang, kami sempat bergambar di papan tanda sempadan daerah Port Dickson nie. Sebagai kenangan walaupun dah berkali kali menggunakan jalan nie...hehheehe.

Di sempadan Port Dickson
Akhirnya semua penunggang telah sampai, dan menunjukkan aksi masing masing. Kondisi penunggang masih lagi berada di tahap memuaskan, walaupun ada yang mengadu sakit di bahagian punggung,,,hahaha,
"Beskal aku ringanlah..power"-Wan


Dah sampai PD dah? Bukan..baru sempadan PD
Bila semua ahli kumpulan dah bersatu kembali, kami meneruskan kayuhan. Jalan nie memang menghidangkan kami dengan aksi turun dan naik bukit. 

Group kami seringkali terpecah kepada dua kerana kondisi penunggang itu sendiri. Terdapat dua pengayuh baru dalam kumpulan kami yang mempamerkan prestasi cemerlang dalam kayuhan. Setakat nie, semangat mereka masih membuak buak dan membara.
Jauhnya..
Kalau di perhatikan dalam setiap kayuhan aku, aku memang akan memakai jersi kayuhan nie. Sebab warnannya yang terang akan memberi signal kepada pemandu kenderaan di belakang. Lagipun, aku hanya ada sehelai jer jersi nie..hehehe.
Bukit..
Bila badan dah sedikit kepenatan, bukit yang rendah dah terasa seperti sukar didaki. Basikal yang mulanya ringan dah terasa seperti tak ada angin. Semuanya berkait rapat dengan mental dan juga emosi.
Farizal follow..dengan Fuji
Bila membuat kayuhan jarak jauh nie, kalau boleh biarlah pakai baju lengan panjang. Sebab anda akan mendapat belang dan juga tona warna yang menarik pada kulit anda jikalau anda masih berdegil nak pakai baju lengan pendek..hahaha.
"Tak sangka sedap rupanya 100 Plus nie"
Group aku yang terkebelakang berhenti di sebuah kedai yang terdapat di tepi jalan nie. Berhenti dulu sambil membeli air membasahkan tekak. Group pertama mungkin dan memecut laju meninggalkan kami, ataupun memecut laju dikejar anjing..hahaha. Namapun kayuhan santai, so kami memang santai habis.

Azri selamba jeer kayuh naik bukit..tak penat pun bro..
Selepas selesai membasahkan tekak, kami meneruskan kayuhan. Tak lama, kami bertemu dengan Farizal yang menunggu kami di pertengahan bukit. Farizal re join kami dan bersama sama mendaki bukit. Tak jauh selepas kami mendaki bukit, terdapat sebuah bus stop.

Kat sini kami re group semula dengan palaton di depan yang berhenti lepak kerana kaki Wan nak krem. Tu laa, kayuh laju sangat ala ala Le Tour De Langkawi. Mentang mentang laa basikal baru..hihi
Remy mengupdate Pesbook melalui Tab
Remy menyampaikan berita ke dalam pesbooknya, disamping meng Whatsapp kengkawan yang tak mangayuh bersama pagi tu. Setiap berita kayuhan kami pagi tu disampaikan secara langsung dengan teknologi yang ada masa kini..chewahh.
Nazly, The champion
Nazly yang sempoi, mengayuh santai dan rilek namun konsisten. Untuk info, bebudak yang kayuh dengan aku pagi nie bukanlah calang calang. Mereka nie bergiat dengan aktiviti outdoor seperti memanjat gunung, futsal, badminton, swimming dan sebagainya.

Adoii,,nak krem kaki aku nie.
Ada juga antara ahli kumpulan kami yang bergiat cergas dengan aktiviti indoor, seperti tidur dan melepak..
Lepas nie turun bukit, tak der masalah
Perjalanan masih jauh. Kami tak boleh berhenti lepak lama sangat walaupun kayuhan nie kayuhan santai. kalau terlalu santai, nanti lama sangat nak sampai ke destinasi. Bila cuaca dah semakin panas, kita akan merasa lebih cepat letih.
Rilek jeer..masih bertenaga
Akhirnya, kami sampai juga sebagai kumpulan terawal di persimpangan Sri Rusa, Dah nak sampai PD pun. Kedengaran bunyi letupan daripada lapangsasar menembak tentera. Aku, Jojo dan Azri menunggu kumpulan yang tertinggal di belakang.
Menunggu kengkawan yang lain kat belakang
Tak lama selepas tu, Wan pulak sampai.
"menyesal aku tak tapau teh ais tadi"-Azri
Dan akhirnya semua ahli kumpulan kami sampai. Tak ada yang tercicir. Dan seperti biasa sweeper kami yang kudratnya memang tak dapat dinafikan Lan akan memantau semua aktiviti kayuhan kami.

"Aku selamba jer kayuh naik bukit nie, tak der masalah langsung. Gunung Angsi pun aku selamba jer naik undir belakang"-Remy
Remy dengan bersemangat bercerita tentang kayuhan beliau pagi nie. Remy nie kaki panjat gunung dan baru kali pertama berpeluang join kami berkayuh basikal. Fit mamat nie..berlari undur belakang ajer naik Gunung Nuang nie.
Farizal, champion nie..
Dari simpang Sri Rusa tu, kami belok kiri dan berkayuh terus ke Teluk Kemang. Kereta agak banyak jugak memandangkan musim cuti persekolahan.
Jauh lagi kalau nak ke Melaka
Akhirnya kami selamat sampai ke Teluk Kemang. Jauh lagi kalau kami nak berkayuh ke Melaka tu..biarlah dulu, lain kali lah kita berkayuh ke Melaka.
Jojo mencari port yang sesuai nak park beskal
Kami mengambil port melepak kat tepi pantai. Memang ramai pengunjung waktu cuti sekolah nie. Dan yang bestnya, kedai pun banyak buka. Kalau tak cuti sekolah, boleh bilang dengan jari jer kedai yang buka. Kami berhenti lepak seketika menghilangkan penat kat tepi pantai nie.
Melepak kat tepi pantai Teluk Kemang
Masing masing dengan aktiviti memasing...lepak dulu sebelum makan tengahhari.
Nazly sebagai jurumudi kayuhan

Minum laa Gatorade..power bro..
Azri mempromosikan air minuman Gatorade. Katanya minum air nie memberikan lebih tenaga..btoi ker?
Air kelapa pun ada tu,,nie makan macam kat rumah dah nie. Azri membuat tambahan sebungkus nasi lemak
Yaa..masa yang ditunggu telah tiba. Tak tau la kenapa, kalau mengayuh nie banyak pakai tenaga. Kejab jer dah lapar semua..hahaha. Kami meneruskan aktiviti makan tengahhari di salah satu kedai yang terdapat kat deretan kedai makan di situ.

Tengok si Remy, siap makan dan minum dengan air kelapa tu..walauweyy.
Makan dengan tertib..bagi kenyang. Lepas nie kayuhan jauh lagi
Berselera sungguh memasing makan. Lauk sotong mak cik tu sampai habis satu bekas kami belasah. Siap makan dengan sambal belacan lagi tu..

Siap makan, kami pun blah. mencari port untuk melepakkan badan. Terpandang pulak TM Resort kat sebelah tu. RM 160 untuk apartment dua bilik. Betul ker apa yang aku baca nie? Bahagi lapan orang,  baru RM20 jer sorang. 
Aku mengambil gambar beskal aku dengan berlatarbelakangkan sebatang pokok yang cantik..Cantik ker?
Berbaris di tepi Pantai Teluk Kemang
Akhirnya, kami berjumpa jugak dengan port yang cantik kat tepi pantai nie. Ada wakaf yang disediakan, Landing time!! Memandangkan toilet kat sini ada pancuran air untuk mandi, kami mengambil kesempatan untuk mandi menyegarkan badan

Disamping tu, kami sempat melayan pak cik yang jaga tandas tu. Dia suruh kami balik ikut highway.

"Basikal mana boleh lalu highway pakcik?"..jawab kami
"Boleh..kalau PLUS tak bagi, ko telefon pakcik, biar pakcik settel"..balas pak cik tu dengan konfidentnya.

Wah, power betul pak cik nie. Ada share dalam PLUS kot..hehehe

Dalam pukul 130 tgh hari, kami pun bergerak meninggalkan Teluk Kemang..Hala destinasi kami adalah Port Dickson.

Yess, bila dah sampai Port Dickson, kami berkayuh menuju ke Pizza Hut, Bukan nak makan pizza, tapi nak makan cendol kat tepi Pizza Hut tu. Adoii..apa punya santai laa kayuhan kali nie. Enjoy dengan makan jeer.
Slrupp...sedapnya cendol nie. Cendol pulut ada, cendol jagung pun ada..
Aku siap boleh order laksa lagi dengan mak cik yang berniaga kat sebelah tu. Padahal, tadi baru jer makan nasi. Layanz...

Siap makan cendol, kami pun beransur pulang, Jam dah menunjukkan pukul 3 petang, Kayuhan petang nie memenatkan, sebab badan terdedah kepada cahaya matahari yang membuatkan badan lebih cepat berpeluh.

Kepanasan jalan juga penyumbang kepada kayuhan menjadi perlahan. Kepanasan dari tarmac membuatkan grip tayar menjadi lebih, dab kayuhan menjadi lebih perlahan. Betul ker teori aku nie?
Garisan kuning nie pun boleh memperlahankan kayuhan,,

Kulit muka dah sedikit terbakar waktu nie..
Cuaca sangat panas. Di ikuti oleh Farizal
Keluar dari Pekan PD.
Palaton yang ketinggalan di belakang
Mengabadikan kenangan di persimpangan menuju ke Port Dickson.
Kat depan tu simpang menuju ke Teluk Kemang. Perasan tak ada tulisan Pantai Pantai Peranginan?

Berhenti lagi...kali nie sasaran kami adalah bus stop di selepas laluan berbukit di Lukut. Cuaca panas waktu petang membuatkan kami kurang bertenaga untuk mengayuh, dan cepat penat.
Berhenti rehat di sebuah bus stop, selepas memanjat bukit di Lukut. Apasal laa tak der orang jual cendol kat sini?
Kami berkayuh menggunakan laluan Springhill. Walaupun short cut, tapi laluan nie menghidangkan bukit landai yang boleh membuatkan tenaga hilang sedikit demi sedikit. Dan buktinya adalah seperti gambar di bawah nie..
Betul betul lepak si Remy nie..
Hehehe..ponek pak cik dibueknya..
Semuanya kepenatan. Bukit Springhill benar benar menguji kayuhan

Aku menunggu kengkawan selepas kawasan berbukit di kubur cina. Kelihatan di depan adalah signboard simpang menuju ke Sendayan dan juga KLIA
Selepas dari bukit tu, aku berkayuh lagi dan menunggu mereka di bus stop betul betul berhadapan dengan Bengkel Seri Sembilan, Kat si ni menempatkan golongan kurang upaya yang dilatih untuk berdikari.
Bengkel Seri Sembilan, laluan Lukut Mambau
Apa yang agak terkilan di mata aku, bus stop nie seringkali digunakan oleh golongan kurang upaya termasuklah orang buta. 

Tapi kondisi nya agak kurang laa, tengok lantai yang berlumut sebab ada air dari lauan longkang kot kat belakang tu. Kita yang nampak nie tak per laa, kalau orang buta camner? Tak pasal jatuh sebab licin nanti..

Tak lama lepas tu, Remy and the geng pun sampai, Remy dah krem kaki. Farizal membantu Remy memulihkan keadaan. 
Adoiii..sakit
Kami semua meneruskan perjalanan selepas semua masalah dah settle. Kayuhan diteruskan hingga sampai ke pekan Mambau. Kat sini berhenti lagi sebab beli air. Sebelum tu, kaki Wan pulak krem sewaktu mendaki bukit sebelum Taman Kelab Tuanku. Farizal jugak bertugas sebagai pembantu.

Dari Mambau, kami terus berkayuh hingga sampai ke Senawang, Kami menggunakakan laluan Rasah supaya dapat menghindarkan jam waktu orang balik kerja. Kami sampai di Senawang jam 630 petang dan bersama sama melepak kat kedai Husin pekena limau ais.

Satu perjalanan yang seronok dan megembirakan. Tahniah kepada semua pengayuh yang menjayakan kayuhan kali nie. Training kepada Bukit Fraser dan juga Gunung Brinchang. Jarak keseluruhan kayuhan adalah 104.7km. Agak jauh jugak. Balik kerumah masing masing dan lepak..Kos perjalanan adalah RM20..sebab banyak makan..hehehe. Jumpa di next entry!
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...