NuffNang

Jumaat, 25 November 2011

Training Kayuhan ke Bukit Fraser

Salam,

Dah lama aku tak update blog nie. Sibuk sikit kebelakangan nie. Banyak sangat kekangan dan jugak kerja kerja yang terpaksa diberikan keutamaan. Banyak jugak aktiviti yang aku terpaksa korbankan, bermula dari cuti hari raya haji hinggalah sekarang.

Kali nie aku nak bercerita tentang semangat kayuhan. Bilamana mood untuk berkayuh tu dah tak ada, susah sungguh nak bangkitkannya semula. Bermula dengan melihat tayar basikal yang dah kempis, kemudian ditambah pulak dengan perasaan malas menguasai diri. Dari situ, aku dah ambil masa selama 2 minggu untuk mengepam tayar basikal. Dari hari ke hari sampailah masuk dua minggu.

Teman teman seperkayuhan dah mula berkayuh semula. Tinggallah aku terkontang kanting mendengar cerita mereka yang kembali mula bersukan. Aku pulak masih lagi dengan usaha menaikkan berat badan. Sedap dengan tiduran. 

Akhirnya setelah tiga bulan aku meninggalkan aktiviti ini, aku kembali bermula. Alhamdulillah, aku masih mampu mengayuh dan mengembalikan mood kayuhan aku. Destinasi biasa, kayuhan ke Bukit Putus. Memang destinasi bukit menjadi kegemaran, sebab ia memang akan menduga dan mencabar mental.

Sampai kat Ulu Bendul, kami pusing pusing dulu tolak basikal merentasi denai disepanjang sungai. Indah sungguh pemandangan. Kalau korang masih ingat, di sungai inilah yang mengorbankan nyawa 3 beradik akibat tragedi kepala air tu. Tragis dan aku memang simpati dengan ibu si kanak kanak malang tu.  
Sekarang nie, dah ada papan tanda amaran yang mengingatkan pengunjung tentang tanda tanda kepala air nie. So kena beringat dan jangan suka sangat kalau mandi tu.
Pemandangan yang sangat mendamaikan. Rasa nak terjun jer dalam sungai tu sejukkan badan. Waktu nie seawal 9 pagi, jadi masih belum ramai pengunjung walaupun musim cuti sekolah.
Kat sini pun ada kawasan tapak perkhemahan, bagi anda yang suka bercamping. Waktu aku sampai pagi tu, ada sekumpulan remaja sedang berkhemah kat kawasan nie.
 Kelihatan mereka sedang mencuba flying fox. Kawasan perkelahan nie memang lengkap dengan segala kelengkapan. Amat sesuai untuk aktiviti bina semangat.
Apa yang menjadi tarikan tu?
 Macam biasa laa, berkayuh tak sampai pun 1/2 jam, waktu makan dan menyembang yang diambil adalah selama 1 jam. Hmm, macammana nak maju nie?
Kena carbo loading nie, nak memanjat semula selepas nie..adoii...tensennya!
Member sekerja aku, Farizal. Hampir mendaki Gunung Everest dari arah Tibet suatu masa dahulu. Tapi impiannya terkubur akibat beberapa masalah kecil..

Lan, member aku. Bapaknya pernah membuat kayuhan mengelilingi Malaysia solo. Walaupun bapanya dah hampir pencen, namun semangatnya akan mengalahkan golongan muda macam aku nie..

Jojo..
Akhirnya, berjaya jugak aku membuat kayuhan setelah 3 bulan berehat. memang perit buat pertama kali mengayuh, segala tempat rasa menangkap. Dari jantung betis hinggalah ke bahu. Semuanya lenguh.

Namun kini kami lebih kerap berlatih mendaki bukit, sebab kalau tak ada aral melintang kami bercadang untuk mendaki ke Bukit Fraser ataupun mendaki Gunung Brinchang. Insyaalah, bulan Disember nanti...Jom Kayuh!!
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...