NuffNang

Jumaat, 9 Disember 2011

Hutan Lipur Berkelah

Salam,

Bila boring boring tu, ambik kesempatan pergi melawat tempat menarik kat kawasan kampung. Jangan nanti bila orang bercerita, kita tak ada idea.

Hutan Lipur Berkelah, terletak kat daerah Kuantan di Negeri Pahang. Tak sampai lagi Kuantan, lebih kurang 40km lagi kot. Sebenarnya hutan lipur nie terkenal dengan kecantikan Air Terjun Berkelah yang dikatakan bertingkat tingkat tu.

Tapi untuk sampai ke sana, kita perlu mendaki dan perlu diingatkan air terjun tu bukanlah berada di bahagian bawah. Iainya terletak di tengah bukit dan pastinya anda perlu mendaki. Kalau kat bahagian bawah tu, kita akan bertemu dengan hutan lipur dan jeram jer laa.

So, kalau korang nak tahu camner rupanya air terjun berkelah tu, rajin laa google. Mungkin satu hari, aku akan bawakkan cerita pendakian aku bersama team aku ke Air Terjun Berkelah nie.









Bagi aku, kalau dah sampai ke sini, ambik kesempatan la untuk berkelah bersama keluarga. Ada juga faedahnya. Di samping tu, anda jugak boleh laa mandi manda di kawasan jeram nie. Air tak dalam pun, singkat jer. Sesuai la untuk anak anak dan budak budak.



Jalan masuk ke Kawasan Hutan Lipur Berkelah nie tak der lah teruk sangat. Boleh masuk dengan kereta biasa jeer. Nasib baik aku bawak Kembara, so tak der lah kena sagat sangat. Kalau kereta pun boleh masuk sebenatnya, tapi mungkin kena ada skill sikit laa.

Risau kalau hari hujan jer laa, takut kereta sangkut. Sebab jalan nie hanya da tar separuh ajer, diawal permulaan jalan. selepas tu jalan biasa yang tak bertar dah.






Nie ler sedikit sebanyak gambar air terjun Berkelah nie, yang aku ceduk dari blog kengkawan yang dah sampai ke sana. Menarik dan cantik. Boleh buat trip untuk naik ke sana satu hari nanti.


1 ulasan:

maza berkata...

maza pernah sampai ke air terjun Berkelah ni..

nak sampai ke situ kena berjalan kaki lebih kurang 20-40 minit

ada sedikit azab ler.. tapi lagi hazab bila melihatkan ketidakbertanggungjawaban pengunjung yang tak reti menjaga kebersihan alam.. huh!

sedih seh, rasa nak bagi penampar rawa kat mereka yang membuang sampah sesuka hati mak ayah dia org... huhuhu

opss maza terlantun-lantun lah fulaks. hehehe

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...