NuffNang

Jumaat, 9 Disember 2011

Ride minum petang ke Danga Bay, Johor Bahru

Salam,

Ride dalam hujan. Itulah pengalaman aku ride bersama sama dengan Abang Udin dan Jijoi menuju ke Johor Bahru kali ini. Ride kami melalui jalan persekutuan hingga ke Johor Bahru. Perjalanan pulang kami kami mengambil laluan lebuhraya Utara Selatan hingga ke Negeri Sembilan.
Perjalanan dimulakan jam 9 pagi. Jijoi yang baru kali menunggang jauh dijemput untuk memeriahkan acara ride kali ini. Abang Udin set untuk bertemu kami di Shell Jalan Tampin jam 9 pagi. Kami sampai di situ dan abang Udin belum sampai. Kami mengisi minyak sepenuhnya sebelum memulakan perjalanan disamping menunggu Abang Udin sampai. Tak lama kemudian Abang Udin pun sampai dengan isterinya.


Ride kali nie, Abang Udin menyarankan kami menggunakan jalan persekutuan hinggalah ke Johor Bahru. Memandangkan ride ini tidak mempunyai tujuan dan lebih kepada santai, kami mengikut sahaja.Route yang dipilih adalah Senawang-Tampin-Gemas-Segamat-Air Hitam-Kulai-Johor Bahru.


Kami tak risau sangat tentang perjalanan dan route nie, namun agak khuartir dengan cuaca. Maklumlah, sekarang nie musim hujan. Jadi risau jugak kalau terpaksa bermandi hujan sepanjang perjalanan nie. Sebagai  persediaan, kami membawa bekalan baju hujan untuk digunakan jika terdesak.

Perjalanan kami ini disertai oleh tiga biji motor Modenas Elegan. Aban Udin selaku otai dalam ride nie memjadi penunjuk arah. Perjalanan diteruskan hingga kami berhenti di Gemas untuk refueling dan juga makan mengalas perut.

Abang Udin membeli roti sebagai alas perut memandangkan dia belum sempat bersarapan pagi tadi. Waktu nie dalam pukul 10 lebih. Cuaca dah beransur panas dan kedahagaan mula terasa. meneguk 100 Plus terasa amat nyaman melalui tekak membasahkan kerongkong.


Perjalanan dari Gemas menuju ke Segamat dihidangkan dengan perjalanan dikelilingi oleh pepohon sawit di kiri kanan jalan. Agak membosankan juga, tapi kami melayan selekoh selekoh yang ada sebagai penghilang bosan
Abang Udin
Sampai di Segamat, kami berhenti sekali lagi. Jam dah menunjukkan waktu tengahhari. Kami tak berniat menjamah makan tengahhari sebab perut masih boleh bertahan. Kami mengisi minyak dan abang Udin membelek motor Elegannya. 

Kelihatan titisan minyak hitam yang keluar dari bahagian penapis udara motornya. Sebagai orang yang berpengalaman, Abang Udin mengandaikan bahawa minyak tersebut meleleh keluar akibat dari lebihan minyak hitam yang ditambah olehnya pagi tadi.

Di kala ini, kami melihat bahawa langit telahpun bertukar menjadi mendung. Kami sepakat untuk terus bergerak. Bukannya nak pakai baju hujan, tapi sepakat untuk teruskan perjalanan. Tak sampai beberapa kilometer, kami berhenti di sebuah hentian bas di tepi jalan untuk mengenakan baju hujan.

Hujan terus menerus membasahi bumi mengiringi perjalanan kami ini. Kami tak mampu untuk bergerak laju dan memperlahankan kelajuan. Bas bas dan lori yang turut sama berkongsi jalan betul betul merisaukan kami. 

Nak potong, agak risau sebab jalan licin. nak follow pulak, merbahaya dan titisan air dari tayar lori tersebut menghalang penglihatan kami. Kamera disimpan rapi buat ketika ini sebab hujan, tak sanggup rasanya nak membiarkan DSLR aku bermandi hujan..hehehe

Akibat hujan, perut menjadi lapar. Kami berhenti di tepi jalan di Air Hitam untuk berbincang samaada nak berhenti makan di ketika ini atau makan ketika tiba di Johor Bahru nanti. Kami sepakat, jika ternampak ada kedai makan di tepi jalan, kita akan berhenti untuk makan.

Namun kami tak ingat, ketika itu hujan masih turun dan tumpuan kami adalah 100% kepada keadaan jalanraya dan tidak terlintas untuk melihat kewujudan kedai makan di tepi jalan. Kami meneruskan juga perjalanan dengan bersaing dengan kenderaan berat yang lain hingga kami sampai di Skudai.


Kami berhenti untuk refueling di sini. memandangkan kami dah pun tiba di penggiran bandaraya Johor Bahru, kami berniat untuk terus makan di Bandaraya Johor Bahru. Ketika ini hujan telahpun reda dan berhenti.

Kami mengambil peluang untuk menanggalkan baju hujan dan ride terus masuk ekJjohor Bahru. Ketika itu jam telahpun menunjukkan jam 5 petang. maknanya kami terpaksa berpetang dengan kenderaan pengguna yang baru balik dari kerja. 


3 biji elegan masih gagah menempuh kesesalan jalan raya. Kami meneruskan perjalanan dan berhenti seketika di Pantai Puteri untuk mengambil gambiran sekeping dua di sini. Hujan telah membasahi bumi semula secara renyai.


Kesejukan telah terasa apabila dihembus oleh hembusan bayu Selat Tebrau ini. Kami mengambil keputusan untu kmeneruskan perjalanan hingga ke Danga Bay, ikon Bandaraya Johor Bahru ini.







Sampai di Danga Bay, kami mencari cari kedai makan untuk mengalas perut. Jangan harap nak makan nasik campur kat sini, tak kan berjumpa. Apa yang ada, itulah yang akan kami bedal untuk mengalas perut hingga sampai semula ke Negeri Sembilan nanti.




Punyalah jauh perjalanan dari Negeri Sembilan ke Johor Bahru, kami hanya makan nasi lemak pada petang itu. kalau nak makan nasik lemak, kat Negeri Sembilan pun berlambak nasik yang lebih sedap rasanya..hahaha.

Okay jugak la, dengan perut yang lapar, kondisi yang separa lembab menjadikan selera agak terbuka juga pada petang tu. Makan untuk mengisi perut dan bukan untu kenyang. Makanan yang dihidangkan tak banyak pun, namun cukuplah untuk mengalas perut yang lapar nie.




Siap makan, cuaca masih lagi cerah, Kami mengambil kesempatan untuk merayau rayau dikawasan sekitar, mencari apa apa yang menarik untuk diabadikan. Kat sini terdapat banyak rumah rumah tradisional yang cantik rupanya. Boleh lah kalau sesiapa nak ambik idea untuk membina rumah seumpamanya di kampung nanti.
















Siap semua acara dan sesi gambiran, kami berangkat pulang. Kali ni kami menggunakan jalan lebuhraya Utara Selatan hingga ke Senawang. Perjalanan kami lebih konsisten dan dapat maintain kelajuan. 

Cuma yang menjadi masalah, jalan basah akibat dek hujan dan lampu hadapan elegan nie tak terang langsung untuk menempuh kegelapan malam nie. Kami redah juga unuk sampai ke Senawang. Kami berhenti sekali lagi untuk refueling di R&R Pagoh. Cuaca kedinginan malam menghambat kami, dan mata mulai mengantuk.


Nasib baik kami bertiga, jadi rasanya tak lah boring sangat. Setakat ini, kami tak menghadapi apa apa masalah dengan mesin Elegan kami. Motor kami masih berdaya kuasa menempuh perjalanan kami ini.

Akhirnya kami selamat sampai ke Senawang jam 11 malam. Perjalanan yang panjang dan sejuk. Namun kami bersyukur kerana tidak ada perkara yang tidak baik berlaku ke atas kami dan perjalanan ini direstui hingga kami sampai ke penghujungnya.
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...