NuffNang

Jumaat, 9 Disember 2011

Misteri Bangunan Lama

Salam,

Hahaha, sempena dengan filem Misteri Jalan Lama aku pun nak cerita sikit dengan misteri bangunan lama yang aku jumpa setiap kali aku balik ke kampung. Kalau tak silap aku, bangunan nie terletak di kawasan Lui Muda.

Memang dah lama menjadi misteri bagi aku sebab aku nak sangat tahu bangunan apa ini sebenarnya. Setiap kali aku balik dan melalui kawasan ini, mesti hati aku tertanya tanya. Nak berhenti tanya pun tak ada orang kat kawasan nie.

So sempena aku balik kampung sorang sorang naik motor semalam, aku ambik kesempatan untuk berhenti dan tengok dengan lebih dekat. Deretan bangunan tinggal yang kelihatan dari jauh nie mungkin adalah bangunan pejabat, atau asrama atau sekolah kot. Sebab banyak bangunan besar macam sekolah tu.

Aku percaya satu masa dulu, kawasan nie dikelilingi oleh kawasan ladang sawit

Gambar pecah sebab aku zoom guna telefon tangan

Kawasan nie memang cantik, dikelilingi oleh bukit bukau

Pintu pagar yang sepi dan berkunci

Gambiran di kejauhan
Mungkin tempat nie adalah kawasan latihan dulu kot. Tapi setiap kali aku melalui kawasan nie, lebih lagi di kala senja, pasti ada perasaan sunyi dan tanda tanya bagi diri aku. Chewahh..Kalau ada sesiapa yang tahu pasal tempat nie, tolong laa bagitahu aku yer..supaya hilang segala tanda tanya.
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...