NuffNang

Jumaat, 13 April 2012

Day 1 7April 2012 -Lukut-Sepang-Morib-Kuala Selangor-Teluk Intan-Sitiawan-Taiping-Butterworth-Tg Dawai

Salam,

Perjalanan aku bermula seperti yang dijadualkan. Kami bergerak keluar dari Senawang jam 7 pagi, selepas selesai segala urusan di rumah. Cuaca nampaknya sangat baik. Tiada unsur hari nak hujan. Kali nie aku akan ride berdua dengan wife aku ajer. 

Member yang nak turut serta pun nampaknya menarik diri di saat akhir. Dan nampaknya pelawaan serta idea dari Kang Latep untuk aku tukar route dan join ride dia ke Mersing terlebih dahulu, terpaksa aku tolak. Mungkin next time aku dapat join diaorang nie sekali.


Kami bermula dengan mengambil route untuk ke Lukut. Menggunakan laluan Mambau - Lukut dan tiba di Pesimpangan Lukut-Sepang jam 7.30 pagi. Aku pun agak musyil kenapa jalan agak sibuk dengan kenderaan yang bertali arus? Rupa rupanya hari nie hari Sabtu. So memang laa banyak kenderaan dengan agenda mereka yang tersendiri.

Itu lah sebabnya kalau dah lama sangat tak cuti Sabtu dan Ahad. Jadi confius sekali sekala. Hahaha.. Start masuk jer laluan Lukut -Sepang, aku di hidangkan dengan laluan kelapa sawit dikiri dan kanan. Keadaan jalan juga taidak berapa cantik. Beralun dan juga sesekali berlubang. Perjalanan memang sesantai yang mungkin. Waktu nie pun, keadaan cuaca masih lagi redup dan sejuk.
Sampai di pekan Sepang, aku teruskan perjalanan dengan hidangan jalanraya yang agak sibuk. Kemungkinan aku keluar sekali dengan mereka yang nak masuk ke pejabat, dan juga mereka yang ingin keluar bersiar siar dengan keluarga atau nak makan kenduri.

Perjalanan melalui kawasan kampung pinggiran pantai. Melepasi Bagan Lalang, Tanjung Sepat hingga akhirnya membawa aku tiba di Pantai Morib. Waktu ini jam dah menunjukkan ke waktu 8 pagi. Kami berhenti untuk merakamkan sedikit gambiran di pantai Morib ini.

Kelihatan beberapa orang pengunjung yang sedang keluar bersama keluarga untuk keluar berjogging. Kami berhenti tak lama di sini. meneruskan perjalanan untuk mencari sarapan pagi yang tidak sempat diambil pagi tadi.



Kami tiba di Kuala Selangor selepas melalui perjalanan yang panas. Mengharungi kesesakan dan sedikit kesesatan di tengah matahari panas terik di pekan Kelang. Akhirnya dengan bantuan GPS, kami dapat semula mencari jalan keluar menuju ke Kuala Selangor. Tidak aku nafikan, perjalanan di tengah panas matahari ini membuatkan aku cepat penat.

Kami memerlukan lebih banyak air kosong untuk menambah semula air yang terhidrat di badan. Kami berhenti untuk makan pagi aka makan tengahhari di pekan Kuala Selangor, Aku dah lupa apa nama kedai mamak di sebelah masjid. Nampaknya kedai nie memang menjadi tumpuan ramai. Aku ambik kesempatan untuk makan nasi dan wife aku makan mee goreng.

Di sepanjang jalan melewati bendang sawah padi dan kelihatan gerau gerai yang menjual jagung dan juga mempelam. Kelihatan juga beberapa tempat di mana kami melewati kenduri kawin. Perjalanan terasa semakin panas hingga kami terpaksa membuka zip bahagian atas jaket, serta membuka liang liang udara di jaket. 

Akhirnya kami tiba juga di pekan Teluk Intan dalam jam 12 tengahhari. Di mana matahari tegah di atas kepala. Mengambil kesempatan untuk bergambar di mercu tanda bandar Teluk Intan, menara condong. Di sini juga kami bertemu dengan satu kumpulan mmotor FZ yang aku jangka sedang berkonvoi. Tak sempat untuk menyapa kerana mereka sedang makan di gerai yang berdekatan.

 

Selesai bergambiran sekeping dua, kami meneruskan perjalanan. Tujuan seterusnya adalah untuk berhenti makan mee udang di Taiping. Namun untuk keluar dari pekan teluk Intan, kami sekali dihidangkan dengan kesesakan jalanraya yang membakar kami di atas motor.



Selamat keluar dari pekan Teluk Intan, kami meneruskan perjalanan hingga bertemu simpang ke sebelah kanan yang akan membawa kami terus ke pekan Setiawan dan Lumut. Perjalanan ini dihidangkan dengan pemandangan cantik sawah padi.


Kelihatan juga di kiri dan kanan jalan di mana kami terlihat gerai gerai menjual air kelapa dan yang paling banyak menjual air nira kelapa. 

Kami tak berhasrat untuk masuk ke pekan Lumut, cukup untuk melewati laluan luarnya melepasi pekan Manjung. Cuaca yang begitu panas benar benar menguji. Kami berhenti seketika untuk melepaskan dahaga di sebuah gerai di tepi jalan. mengambil kesempatan untuk minum air tebu dan kelapa serta menjamah beberapa biji kuih. Waktu ini telah melewati jam 2 petang.


Selesai makan dan membasahkan tekak, kami kembali ke atas jalanraya. menuju ke pekan Taiping. Kami singgah sebentar di sebuah stesen Petronas di pekan Remis untuk bersolat. Kalau boleh, ingin rasanya aku mandi kat sini. Cuaca memang cukup menduga dengan kepanasannya. Kelihatan tompokan awan hitam di langit. Mungkin hari nak hujan.



Akhirnya kami tiba di pekan Taiping pada jam 4.30 petang. Perjalanan memang santai. Kami bertemu sekali lagi dengan satu kumpulan konvoi motosikal tempatan yang menyapa kami dengan hon.

Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Sepetang. Kami melewati gerai gerai mee udang di sepanjang jalan. Namun pada pengamatan aku, hanya dua buah kedai sahaja yang menjadi tumpuan ramai. Gerai mee udang Mak Jah dan juga gerai mee banjir Udang Mak Teh.



Aku dah pernah makan di kedua dua kedai nie sebelum mereka famous masuk Majalah Tiga. Bagi aku, sebelum nie memang okay. Tapi kebelakangan nie, aku dah rasa kurang kena dengan selera aku. Aku lebih prefer mee udang berkua sup daripada mee udang pedas dan berminyak.
Jadi, aku terus pergi ke kedai bersebelahan. Aku makan beehoon udang manakala wife aku makan mee goreng udang. Hmm..kali nie aku ambik udang bersaiz besar. Namun agak menghampakan, sebab mungkin udang nie udang frozen. Bagi aku lebih baik ambik udang bsersaiz sederhana.





Keluar sahaja dari Kuala Sepetang, kami telah dihidangkan dengan hujan yang selebat lebatnya, kami harungi dan teruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan tadi, kami rentung dengan kepanasan, kini baru terasa kesejukan. Syukur alhamdulillah. 

Aku mengambil keputusan untuk keluar di Kepala Batas dan masuk ke highway. Waktu ini kami mengharungi kesesakan di pekan dengan kerja kerja pembinaan jalan. Dari Kepala Batas, kami masih lagi disirami dengan hujan hingga ke Sungai Petani. Selepas tol Sungai Dua, kami bertembung dengan sekumpulan superbike yang berkonvoi, mungkin untuk masuk ke Penang.

Keluar di Sungai Petani Selatan, kami mengambil laluan ke Semeling / Merbok untuk ke Tanjung Dawai. Kami sampai di Tanjung Dawai pada jam 7.30 malam. Satu perjalanan yang agak memenatkan berbanding menggunakan lebuhraya.

Kita akan berhadapan dengan lebih risiko menggunakan jalan persekutuan, dimana lebih ramai pengguna jalanraya, lebih banyak simpang dan lebih banyak gangguan. Jadi lebih hati hati dan lebih perlahan. Syukur kami berjaya mengabiskan perjalanan sejauh 575.4km untuk hari pertama.

Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...