NuffNang

Selasa, 19 Januari 2016

Terterjah Nasi Lemak Wak Kentut, Kulai Johor

Assalamualaikum,

Kenapa aku namakan tajuk entri nie sebagai Terterjah Nasi lemak Wak kentut dan bukannya menerjah? Sebabnya aku memang tak ada niat pun nak pergi ke sini. Namun dalam perjalanan balik dari JB tempohari, aku merasa agak tertarik dengan pemandangan sibuk dengan deretan kereta parking tepi jalan dan juga pemandangan payung payung yang dipenuhi oleh orang ramai. Pada andaian aku mesti ada sesuatu yang menarik di sini. Lantas aku pun berhenti dan bersama sama menyibukkan diri.


Bila aku sampai ke sini, barulah aku perasan bahawa orang ramai yang berkerumun nie bukanlah datang untuk makan kenduri ataupun ada majlis harijadi, namun sebenarnya mereka datang ke sini untuk berbaris dan makan nasi lemak. Style gitu kan, siap berbaris untuk makan nasi lemak. Tapi mesti da sesuatu yang istimewa dengan nasi lemak nie kan, sampai orang sanggup berbaris panjang?

Sebelum tu, nak cari parking memang sesuatu yang agak merunsingkan sebab aku bawak kereta. Anda kena parking di hadapan deretan kedai sebelum kedai Wak Kentut nie. Berkali kali jugak laa aku tawaf kawasan nie untuk mendapatkan parking yang agak dekat. Disebabkan punya laa malas untuk berjalan jauh, aku sanggup tawaf dua kali kat kawasan nie


Sewaktu aku tawaf tu baru aku perasan bahawa kedai nasi lemak nie patut laa ramai sangat yang beratur. Sebab strategi pemasarannya memang berjaya, dah siap ada dalam youtube dan juga di nilai oleh ramai blogger. Inilah kedai atau gerai Nasi Lemak Wak Kentut yang sangat femes di Kulai tu. Tak sia sia lah aku singgah.

Sebelum tu jom kita review dulu VT dari youtube nie.


Memang aku tak nafikan memang gerai nie menjadi tumpuan. Dan pelanggannya memang berbilang bangsa. Ada cina, ada india ada melayu dan ada juga Singaporean. Disebabkan aku pun masih keyang dan juga bila melihat kepada meja yang penuh, aku mengambil keputusan untuk tapao ajer nasi lemak nie.


Memang ramai, mungkin sebab masa aku pergi tu waktu public holiday. so memang nak kena beratur panjang. Waktu beratur tu, kita dapat melihat pelbagai ragam dan gelagat pelanggan. Tapi sistem beratur pun agak sistematik, beratur untuk mengambil nasi, kemudian air dan last sekali bayar.

Pelbagai bangsa yang meminati nasi lemak nie

Harap maklum. Layan Diri yerr...

Harga dan juga menu yang tersedia

Sabar menunggu turn

Tu dia proses menggoreng ayam...ada banyak dapur untuk goreng ayam jaa

Air air yang memang dah tersedia, ready dah untuk hangpa

Tengok tu kuantiti nasi bungkus yang telah di pesan terlebih dahulu


Ayam goreng menag panas panas dihidangkan pada anda


Macam macam ayaq ada...hihihi
Bila dah bungkuih, makanya aku terpaksa laa bungkuih ayaq jugak. Tapi aku memang bagi markah A+++ laa bila bungkuih ayaq kat sini, tu dia punya laa penuh dia bagi. Aku minum dari Kulai sampai Senawang tak habis habis. Ayaq dia pulak sempoi, memang sedap. Tak kedekut susu, tak kedekut teh.


Okay disebabkan aku pun bungkuih jaa makanan, maka aku tak dapat laa nak review berlebihan sangat pasai makanan. Aku memang makan, tapi dalam kereta laa. Bagi aku nasi lemak dia memang sedap, gefren aku pun puji sedap. Dia kata ada aroma dan rasa macam nasi lemak dulu dulu. Sambal okay, ayam memang besaq dan sempoi. Sedap dan berjus. Timun dan kacang sama laa macam nasik lemak lain.

Apapun bagi aku, bagi anda yang pencinta nasik lemak, hangpa boleh try laa dan bagi review sendiri. Tak rugi kalau hangpa ride dari key ell mai sini semata mata nak makan nasik lemak nie. Tapi sedap tu subjektif, ikut citarasa memasing kan. Recomendation aku, Buleh Mai dan Try.


Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...