NuffNang

Selasa, 19 Januari 2016

Hari Kedua. Membelasah Telur Belangkas di Tanjung Langsat

Assalamulaikum,

Pagi nie aku bangun agak terlewat, sebab semalam tido lewat kononnya nak tengok bunga api. Nasib baik tak terlepas waktu subuh. Bila dah siap siap, kami pun turun untuk breakfast kat cafe kat lobi hotel tu. Tak sangka pulak pagi tu ramai, sampai kami dipindahkan untuk breakfast dekat The Glass.

Kat sini dia tak akan bagi korang sebarang voucher breakfast, cuma akan ada list bilik yang boleh breakfast kat bawah tu. Dah macam nak masuk dewan peperiksaan pulak...hihihi.


Glass nie terletak betul betul berhadapan dengan lobi. Kena turun tangga dan buffet disediakan kat bahagian bawah sekali. Breakfast dia biasa biasa ajer...Tak der laa grand sangat pun. Cukup laa untuk mengalas perut. Tak ada laa sesuatu yang best sangat. Aku pernah bermalam kat Mandarin Oriental, breakfast memnag superb. Swiss Garden pun okay, Avilion Sepang pun okay. So bagi 5 star hotel mcm Thistle nie, bagi aku okay jerr laa. Mungkin cafe asal yang sepatutnya disajikan sarapan pagi tu lebih grand kot..









Bila perut pun dah kenyang, jom laa kita pergi berendam. Pagi nie ramai pulak yang mandi. Ada dua tingkat kolam, pandai pandai laa korang nak pilih yang mana satu.









Tak lama selepas tu, dalam pukul 11 pagi tiba-tiba hujan turun dengan sangat lebat membasahi bumi. Memang lebat sampai semua orang pun berlari lari menyelamatkan diri...hehehe. Walhal badan pun sebenarnya memang dah habis basah sebab mandi kolam tu. tapi tak tau laa kenapa diaorang still berlari lari menyelamatkan diri.

Okay lets check out. Aku check out pukul 12 tengahari. Tak perlu beratur lama sangat walaupun memang time tu ramai orang yang checkout. Disebabkan hari tu adalah hari Jumaat, jadi masa untuk meronda ronda agak terhad untuk jalan jalan. Perlu solat Jumaat dulu. Cadangnya aku nak masuk Zoo atau Muzium Johor, terpaksa ditunda ke trip yang lain laa nampaknya.

Habis checkout, aku pusing pusing bandaraya JB dan mengambil laluan baru ke Permas yang akan menghubungkan anda ke Pasir Gudang. Jalan baru nie okay, tak lah serabut sangat macam lebuhraya Pasir Gudang tu.


Sampai di Pasir Gudang, aku berhenti solat Jumaat di Tanjung Langsat. Memang plan nak ke sana pun sebenarnya. Siap solat Jumaat, aku menelusuri denai kampung yang akan membawa anda sehingga ke tepi laut. Kat sini anda akan menelusuri tepian laut dan anda bakal dapat melihat di tengah selat adanya pelantar minyak dalam proses membaik pulih kot.

Di tepian laut tu ada laa 3-4 kedai yang mempertaruhkan makanan atau hidangan terhebat masing masing. Ada mee udang kalau tak silap. Tapi kedai nie dibuka waktu petang sampai ke malam kot, sebab waktu aku lalu tu, semuanya masih tutup lagi. Atas cadangan penduduk setempat, aku menuju ke kedai yang terletak paling hujung sekali. Sasaran aku adalah untuk merasai keenakan telur belangkas.


Waktu aku sampai sini, dah pukul 2.30 petang. Singgah kat kedai ni semata mata untuk pekena telur belangkas. Tapi makanan lain memang dah sampai ke penghujung. Kalau anda sampai awal, aku fikir memang banyak pilihan lauk yang berasaskan asam pedas. maklum laa Johor kan. Alhamdulillah, masih ada rezeki dan kesempatan unuk aku merasai telur belangkas walaupun kedai nie dah hampir nak tutup waktu tu.

Di atas meja, terdapat saki baki asam pedas beberapa ekor ikan duri, sambal tumis ketam dua ekor yang aku balun kesemuanya, serta beberapa ekor ikan lain yang kesemuanya berasaskan masak asam pedas. Jadi aku order telur dadar sebagai pelengkap.

Waktu aku order air minuman, girlfrend aku mintak nak minum air kopi, namun kakak tu menasihati agar kalau boleh jangan minum air kopi dengan makan belangkas, sebab kalau badan tak tahan anda mungkin akan mengalami alahan dan mabuk. Satu pelajaran baru untuk aku hari tu.


Ini laa telur belangkas tu. Nak makan korang kena kopek kcengkerangnya dan telurnya yang berlemak itu itu tersembungi di dalam tu.



Nie rupa kedai tu daripada pandangan hadapan. Memang sedap masakannya. Suasana pun best, betul betul di tepi laut.

Ini yang aku cakap tu, pelantar minyak agaknya.

Ada jeti. Boleh memancing kot...


Bila dah selesai makan, kami pun bergerak untuk pulang. Dah tak ada perancangan untk berhenti di mana mana dah. Namun ada juga laa aku ronda ronda ke Kota Masai. Saja nak jalan jalan ke tempat yang aku dah lama tak sampai.

Dalam perjalanan pulang aku melalui Pekan Kulai. Dikejauhan aku nampak macam suasana yang sangat meriah di atas bukit berhampiran dengan simpang. Aku pun mengushar laa apa yang meriah sangat tu.


Rupa rupanya kat sini laa Nasi lemak Wak Kentut yang terkenal kat Kulai tu. Aku pun cari laa parking dan bersama sama memeriahkan upacara beratur untuk membeli nasi lemak nie...hehehe. Bab nasi lemak nie, aku akan ceritakan di lain episod ya.


Siap beratur dan beli nasi lemak, aku terus shoot balik ke Senawang. Walaupun hujan, alhamdulillah aku selamat sampai ke senawang agak awal, lebih kurang dalam jam 8 malam. Maklum laa, bila umur pun dah meningkat nie, nak drive malam pun dah tak larat. cepat mengantuk dan penat.







Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...