NuffNang

Jumaat, 19 Ogos 2016

Jom terjah Tg Piai melalui Mersing - An Adventure Ride to a Most Southern Tip of Mainlaind EuroAsia - Hari pertama

Assalamulaikum dan salam sejahtera,



Aku nak ambil sikit masa untuk update satu perjalanan yang aku buat baru baru nie. Bagi aku mencabar jugak laa ride kali nie, bukan sebab destinasinya tapi lebih kepada mentaliti. Kali ni alhamdulillah aku berjaya menamatkan perjalanan melebihi 1000km dengan menaiki Motor Modenas CT100 milik girlfriend aku. Satu perjalanan yang nak kata jauh, tak lah jauh sangat tapi kalau dengan menaiki motor cub berskala kecil untuk orang berstruktur tubuh besar seperti aku memang memeritkan.

Disampimg untuk memancing sahabat sahabat, aku juga ingin membuat catatan peribadi aku sendiri untuk menamatkan ride ini menggunakan motor CT100. Aku ingin mencabar keupayaan aku sendiri untuk menolak segala fikiran negatif disamping mewujudkan iron iron positif dalam minda. Yakin boleh dan anda memang mampu melakukan.


Alhamdulillah kali ni aku berjaya meracun seramai 10 orang sahabat dan teman teman sekerja untuk turut serta. Mereka nie memang ada minat dalam membuat long ride, cuma kadangkala tak berapa yakin dengan jentera yang mereka ada serta keupayaan diri. Agaknya disebabkan aku bawak motor cub CT100, tu yang ramai nak join. Apa apapun syabas diucapkan pada semua kerana berjaya menamatkan perjalanan ini walaupun kita tidak berjaya mengikuti 100% route yang dirancang.

Antara sahabat yang turut serta kali ni:

Cip Apis Modenas Dinamik 120
Achik KTM Duke 200
Azahan Yamaha FZ150
Abey Yamaha LC135
Rizal Yamaha 125z
Farizal Honda Wave 125
Ikhwan Honda Wave 125
Nazly Suzuki Smash 110
Azri Modenas Kriss 110
Hisham Honda EX5
ABN Modenas Ct100

Perjalanan dimulakan seawal jam 7 pagi, RV di Petronas Ampangan 2 seawal 6.30 pagi dan tayar golek jam 7 pagi. Cuaca yang begitu nyaman sekali. Kami meneruskan perjalanan dan singgah di Giant Kuala Pilah untuk bertemu dan bersama dengan dua lagi sahabat yang akan turut serta dari sana.




 


Perjalanan pergi kali ini di lead oleh saudara Ikhwan yang menunggang Honda Wave 125 manakala saya bertindak selaku last man. Perjalanan yang begitu baik cuma jalan agak sibuk kerana terpaksa bersaing dengan kenderaan kenderaan lain yang ingin ke tempat kerja.

Kami berhenti untuk hentian pertama di Petronas Palong untuk mengisi minyak. Jam telah menunjukkan hampir jam 9.30 pagi. Perjalanan yang agak membosankan kerana tiada pemandangan menarik di kiri kanan jalan melainkan hutan sawit sahaja. Waktu ini, Cip kami Apis telah menyuarakan isihati beliau bahawa dia dah lapar. Aduii,...setelah perbincangan dibuat, kami memutuskan untuk mengalas perut dengan roti sahaja dan mengambil makan tengahari di Leban Condong seperti yang tertera dalam itinery ride kali ni. Waktu ini, minyak yang dituang ke dalam tangki motor tak sampai RM4 pun, setelah isian penuh kali pertama di Senawang.




Kami tak berhenti lama di sini dan meneruskan perjalanan hingga ke simpang besar Lebuhraya Kuantan - Segamat. Sebelum sampai ke bandar Tun Razak, kami telah bertemu dengan satu sekatan jalan yang dibuat oleh JPJ, dan alhamdulillah group kami tak ada masalah dengan berkat doa dari Cip Apis.


 Meneruskan perjalanan melalui lebuhraya Kuantan Segamat agak merbahaya. Banyak lori yang memintas kami dan hampir menghimpit kami yang kecil ke bahu jalan. lebuhraya ini agak sibuk dan kenderaan besar agak laju. Namun akhirnya alhamdulillah kami sampai juga ke Petronas Muadzam Shah pada jam 11 pagi.





Waktu ini cuaca telah mulai panas dan seakan akan menggigit kulit muka dan terasa bersauna di dalam jaket. Di sini, hanya beberapa biji motor sahaja yang mengisi minyak. Aku tak isi minyak dan berhasrat untuk re fueling apabila sampai di Kuala Rompin.

Perjalanan diteruskan melalui ladang lembu Farm Fresh di Muadzam dan membawa kami sehingga ke Leban Condong. Apabila sampai di persimpangan jalan, kami mengambil susur ke kanan dan berhenti untuk agenda berikutnya iaitu makan udang galah...hahaha.

Waktu sampai nie, semua rider dah hilang 25% semangat...Hehehee. Sebab lapar tak breakfast lagi. Semangat ride tu masih membara.



Kedai yang dipilih adalah kedai yang pernah aku singgah suatu ketika dahulu bersama girlfriend aku. Kedai lain mungkin aku akan cuba next time kot..InshaAllah.

Sodap eeh...kato si Sham
Di sini kami mengambil set udang galah beserta nasi dan juga sayur beserta air. Udang yang dipilih adalah dari Gred A yang akan dimasak mengikut permintaan anda, Satu set mengandungi 5 ekor udang dan 5  pinggan nasi beserta telur dadar atau telur masin, sayur dan juga ulaman. Air akan dapat 4 sahaja dan satu air perlu dibayar berasingan. Satu set ini berharga RM125. Berbaloi tak?

 
Semua muka girang lagi nie...perjalanan masih awal


Kami mengambil masa agak sejam untuk makan dan menyelesaikan agenda agenda lain. Nak masuk tandas kat sini 40 sen untuk buang air. kalau rasa mahal, boleh buang kat tepi pokok atau memana port yang dirasakan selamat...Hehehee.  Sebelum bergerak dari situ, kami mengambil kesempatan untuk mengabadikan sticker Ride kali ni kat kedai akak tu. Sebagai tanda bahawa kami pernah sampai kat kedai nie..


Tu sticker kami...atas sekali sebelah kiri

Siap segala agenda, kami pun terus gerak untuk mencari pam minyak. Suasana perjalanan kat sini dah seronok, dan tak membosankan. Cuma masalah faktor cuaca pulak waktu tengahari macam nie agak menggugat mental. Lepas makan memang mengantuk. Kena pulak dengan cuaca panas. kena minum banyak air agar badan tidak terhydrate.

Akhirnya kami berhenti untuk mengisi minyak di Petronas Telok Gading. Waktu nie aku terpaksa mengisi penuh tangki sebanyak RM6.50. memang tangki hampir kering tu. Cuaca pulak memang begitu panas. Berhenti kali ni untuk membasahkan tekak dan menunaikan solat.

Waktu nie memang tak ada selera nak duduk kat luar, semua ambil kesempatan lepak dalam kedai sebab ada ekon. Cuaca memang panas, cuma tak tahu berapa temperature masa tu. Kesian kat motor. Kat area sini aku dah terbau macam bau ikan masin kot...Area tepi pantai ker kat sini? Kali nie aku tengok Rizal dah minum setin Red Bull, sebagai power energy booster.

Untung lerr Syam lepak dalam ekon..
Achik dah kira kira berpa jauh lagi nak sampai...
  
Daripada Kuala Rompin, kami terus bergerak melintasi sempadan Pahang Johor. Waktu nie semua orang dah excited. Macam biasa kami berhenti di port nie sebagai tanda yang kami dah menjejakkan kaki ke bumi Johor nie. Sessi bergambar lerr...

 

"Bukti den dah sampai sini...naik 125z". Kato si Rizal..
Daripada sempadan, kemi menerjah lagi hingga sampai ke Air Papan. melewati jalan dalam yang lebih menenangkan. Aku pun tak pernah sampai ke sini. Lalu tu banyak kali, tapi tak pernah terniat nak singgah dan masuk ke dalam.

 







Cantik kawasan nie bila dah dibangunkan. Nanti lain kali boleh singgah lagi dengan famili pulak. Tak tau samaada pantai nie sesuai untuk mandi atau tidak. Masing masing terus memenuhkan memori telefon memasing dengan bergambar. Maklum laa, Kodak tak tak yah beli.

Dari sini, Ikhwan terus lead hingga kami sampai ke Bandar Mersing. Semuanya mengikut jalan dalam. Ikhwan memang familiar dengan kawasan nie, sebab kampung dia kot. Bagi aku mersing adalah satu bandar yang sangat mendamaikan. Lebih kurang macam Port Dickson laa kot. Tak sesak, tepi pantai. Tapi Mersing lagi best, sebab ada satar dan keropok lekor....hihihi.

Kami port kat kedai sata dan keropok lekor. Minum petang kat kedai tu. Keropok dia memang sedap, lembut. Satar pun baru siap dibakar, masih panas. Cukup segala perisa.
 

Minum petang nie ditaja oleh cip,... opss silap. Bukan ditaja, dicollect duit oleh cip. Memang banyak kami makan petang tu, bertambah tambah walaupun hanya pekena dengan air cincau sahaja. Makan dan makan hingga tak ingat perjalanan masih berbaki.


Selesai minum petang (lebih sesuai dinamakan sebagai makan sampai kenyang), kami bergerak keluar dari Mersing menuju ke Kota Tinggi. Waktu nie cuaca dah tak berapa panas. Namun kami harus cepat kerana tak nak sampai waktu gelap. Merbahaya.

Rata rata peserta semuanya sangat berdisiplin untuk ide kali ni, dan semuanya mempunya stamina yang tinggi. jadi tidak ada masalah setakat ini. Kami tidak berhenti untuk mengisi minyak di Mersing memandangkan baki minyak masih mencukupi. Cuma Nazly memenuhkan tangki minyaknya, dengan jumlah RM1.60.

Kami meneruskan perjalanan ke Kota Tinggi melintasi Pekan Jemaluang. Kiri dan kanan jalan tiada landskap menarik, kecuali melayan jalan berselekoh kecil. Kami berhenti untuk berehat dan mengisi minyak di sebuah stesen BHP yang aku lupa nama tempatnya.

Ini Nazly, dan dibelakangnya adalah Farizal.



Waktu berhenti nie, Cip kami mengadu yang dia dah tak sedap badan. Nak demam laa tu. Tak pun, rindu ket orang rumah eeh. Adoii Cip, baru kojab yo ride dah rindu...camno ni. Len kali bawak laa orang rumah ride sekali..hihihi


Semua motor mengisi minyak waktu nie. memandangkan cuaca menghampiri malam. Peserta telah memakai vest pemantul cahaya. Kami terus bergerak menuju ke Kota Tinggi. Sebab perjalanan masih berbaki namun cuaca hampir gelap. Kalau boleh aku tak nak mengambil risiko melalui jalan yang mereka tidak biasa di waktu malam, Sangat mengundang risiko dan berbahaya.

Kami berhenti sekali lagi di stesen BHB sebelum memasuki bandar Kota Tinggi. Nampaknya diakhir perjalanan hari pertama ini, kami dah lebih banyak berhenti utuk meluruskan urat pinggang dang belakang. Hahaha.


Ikhwan sedang membaca peta di Google maps, manakala disebelah beliau berbaju merah jambu adalah Cip kami.


 Aku megarahkan agar tidak berhenti lama di sini, perjalanan harus teruskan memandangkan jam telahpun menginjak ke pukul 7 malam. Aku cuba berfikir untuk mengambil jalan terpantas menuju ke Skudai, memandangkan kami telah menempah homestay di sana. Walaupun girlfriend aku orang JDT, tapi biasanya dia ada disebelah menunjuk jalan manakala aku memandu.

Kali ni, aku sendiri yang kena mencari jalan. Tak pe, dengan ilham yang aku ada InshaAllah aku akan lead untuk sampai juga. Kalau boleh aku tak nak masuk ke bandar Jay Bee sebab berkemungkinan mengundang sesat.

Aku membuat keputusan untuk menggunakan lebuhraya Senai - Desaru. Dari Ulu Tiram aku terus masuk ke lebuhraya ini dan kami keluar di Senai. Waktu ini cuaca dah pun gelap memandangkan jam telahpun melewati jam 8 malam. Dari Senai, aku menggunakan bantuan pakcik Waze untuk memandu kami hingga ke Tamai Sri Pulai, destinasi penginapan kami malam tu.

Alhamdulillah kami berjaya sampai ke destinasi jam 8.30 malam dan menunggu kakak tuan rumah datang dan memandu kami ke rumah beliau. Memandangkan badan pun penat malam tu, aku membatalkan keputusan upacara merayau rayau di bandaraya Johor Bahru. Mungkin akan dibuat lawatan susulan ride yang berikutnya nanti.

Kami keluar makan malam di kedai berdekatan dan kemudian balik untuk tidur. Esok ride pulang, satu perjalanan pendek sahaja. Lebih santai dan lebih berpanorama sepatutnya.

Nazly bersama Azahan menceritakan pengalaman ride hari pertama

Azri, Cip dan Rizal dalam upacara membalun makan malam


Syukur alhamdulillah, kami berjaya sampai ke destinasi untuk hari pertama tanpa ada sebarang masalah mekanikal atau masalah lain. Syukur kepada Allah s.w.t yang melindungi perjalanan ini.


     
Nazly Suzuki Smash 110

Hisham Honda EX5

Cip Modenas Dinamik 120

Farizal Honda Wave 125

Azri Modenas Kriss 110

Azahan YamahaFZ150

Rizal Yamaha 125z
 Yang lain gambar tak dapat tangkap, sebab terlalu laju...hihihi. Kredit utk tukang ambik gambar, Lead Ikhwan

1 ulasan:

macombsaber berkata...

888sport Casino in Las Vegas - DRMCD
The Casino 양산 출장안마 at Wynn Las 경상북도 출장샵 Vegas 남원 출장마사지 is one 여주 출장안마 of 여주 출장샵 the premier gaming resorts in the world created in partnership with the FHV program.

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...