NuffNang

Selasa, 9 Oktober 2012

Sate Tulang-Senawang

Salam,

Aku tak terpikir nak tulis pasal kehebatan sate tulang nie sebenarnya. Sebab bagi aku biasa biasa ajer. Tapi disebabkan member aku yang duduk kat Penang pun boleh tahu pasal kemasyhuran sate tulang nie, buat aku terpikir sejenak. Hebat jugak rupanya penangan sate tulang nie!



Rupa rupanya ada juga tempat yang boleh menjadi tarikan ke Senawang nie. Port sate tulang nie terletak di Taipan Senawang. Setakat nie, sepanjang pengetahuan aku aku dua port sate tulang dalam kawasan Taipan nie. Dan kedainya terletak berdekatan. 


So korang boleh pilih laa mana satu nak pergi. Lokasinya terletak berdekatan dengan Restoran Sate Haji Samuri. Korang jumpa Restoran Sate Haji Samuri, mesti korang jumpa kedai nie. Satu terletak di belakang restoran Sate Samuri ni, dan satu lagi berhadapan dengan sate Samuri nie. Satu port dekat Restoran Bundo Kanduang, satu lagi kat Restoran apa tah.



Jangan tanya aku yang mana sedap. Sebab jawapan aku senang jer, nak makan sate tulang nie memerlukan mental korang yang kuat.. hehehee. Sebab sate nie nampak besar dan lazat, tapi korang kena berhati hati..takut nanti tulang tercucuk kat lelangit. Nama pun sate tulang, memang makan tulang lerr jawabnya. Sedap tak sedap tu subjektif! Bergantung kat tekak korang..

Tempoh menunggu bergantung kepada order. kalau ramai yang order, memang agak lama jugak laa. Kalau tak ramai, kejab jer dah boleh dapat dah. So korang boleh laa masukkan dalam itinery jelajah korang tu. Masukkan Senawang sebagai port nak merasa sate tulang nie..Aku tak tahu samaada satu tulang nie terdapat di Jelebu, sebab dari sejarahnya dikatakan sate tulang nie berasal dari Jelebu.

Cara makan. Ehh!! Nak kena ajar jugak ker? Hehehe..sama macam korang makan sate yang lain, bezanya perlu berhati hati. Tulang dengan lidi sate tu takyah laa makan, makan isi dia jer yek! Kalau makan tulang tu, nanti dah jadi macam geng Jin laa pulak..

Mai laa cuba..

5 ulasan:

KANG LATEP berkata...

itulah, ingatkan sate yang digaul dengan serbuk tulang...

Globe-Rider berkata...

wowiee..

nak kena cuba nih..

Aku Budak Nerek berkata...

Kang Lated, Globe Rider. KL-Senawang hanya setengah jam jerr, mungkin kurang kalau dengan BMW korang tu. Mai Senawang, nanti gue belanja you all makan sate tulang!

Tok Kebayan berkata...

Rasa tu memang la okay. Tapi TULANG. Nak kena kikis-kikis isi daging dia. Nak kena kutil-kutil isi daging dia. Kalau jenis santai makan takpe. Kalau jenis pelahap baik ambik sate biasa je la.

Tanpa Nama berkata...

Rasa sate tulang leh tahan la....cuma yg x tahan org yg melayan lombab dan x cokap....yg dtg dulu x dapat...yg dtg kemudian lak merasa dulu...bilo kito tanyo stok dah habih kono tunggu sojam lobih......yg bangang org order dulu x hantar sapo suruh..sibuk bungkus utk org dtg kemudian....ontahlah....

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...