NuffNang

Jumaat, 5 Oktober 2012

Ride Melaka - Mengubat Kering Tekak

Salam,

Semalam aku dengan adik aku ride ke Melaka. Tak plan pun, tetiba terlintas dalam pikiran memandangkan motor pun dah lama sangat tak bergerak. Adik aku pun baru balik kerja malam, habis kerja terus gerak. RV kat Petronas Mambau.

Route kali nie akan menggunakan jalan pedalaman ke Melaka. Seremban-Mambau-Teluk Kemang-Pasir Panjang-Masjid Tanah-Klebang-Melaka. Saja suka suka. Ride ikut highway tak best, walaupun cepat sampai tapi tak der pemandangan menarik.



Tepat pada masanya, aku sampai kat Petronas nie jam 10.30 pagi. Aku tengok adik aku baru jer sampai. Destinasi utama adalah ke Masjid Tanah. Waktu nie cuaca dah mula suam suam panas terik. Kami terus masuk ke jalan persekutuan menuju ke Lukut. Jalan tak lah sibuk sangat, tapi agak banyak kereta.

Melayan lenggang lenggok jalan hingga membawa kami ke Masjid Tanah. Sebenarnya aku dah banyak kali review pasal cendol yang famous kat Masjid Tanah nie. So kena dengan masanya, kitaorang pun singgah kat sini. Waktu nie menunjukkan jam 11.30 pagi. Peluh dah membasahi dalam jaket walaupun belum sampai kemuncak tengahari lagi. 


Pesan dua cendol pulut serta rojak mee dari gerai makcik bersebelahan. Menghirup cendol waktu rembang panas nie memang mengasyikkan. Dan cendol pak cik nie agak tidak menghampakan. Korang nak tahu famous ker tak, tengok saja pada balang bekas cendol pakcik tu. Hebat business nie!!

Lokasi cendol nie senang ajer, terletak berhadapan dengan D'Mart kat tengah tengah pekan Masjid Tanah nie. Pak cik nie berniaga guna lori, dan dia buka khemah kat kiri dan kanan lori dia.


Apa yang menarik, pak cik nie buat cendol sendiri. So cendol dia gemuk gemuk sikit. Makan cendol dengan rojak mee dah membuatkan aku terasa kenyang. So camner nak pergi cari makan makan lagi nie? Dengan cuaca yang begitu panas terik, memang membuatkan badan cepat lesu. 


 

Siap makan, kami pun bergerak menuju ke Melaka. Destinasi berikutnya adalah Pantai Klebang. Tujuan utama adalah untuk merasa kehebatan Coconut Shake yang dikhabarkan amat famous seantero blogger. Tapi sebelum sampai ke destinasi, aku singgah kejab ke tapak Muzium Kapal Selam. 

Tempat nie sedang dimajukan. Kalau sialap gaya, memang tak tahu kat mana lokasi dia nie. Lokasi tapak kapal selam nie adalah di Dataran Satu Malaysia Klebang. Nak cari jalan masuk pun tak jumpa, adoyaii. terpaksa ber off road kejab.

Rupa rupanya muzium nie ditutup kepada orang ramai sehingga pertengahan bulan 11 untuk naik taraf. So semoga lepas habis hupgrading nie, lebih memudahkan kepada pengunjung.. Memang nampak hebat dan menarik. Tapi panasss...tak tau lerr camner keadaan dalam kapal tu sendiri. Mau rentung kena bakar kalau lama lama kat dalam tu kot!


Sebelum sampai ke destinasi utama, kami berhenti di Stesen minyak petronas Pantai Klebang. Ada urusan penting disamping nak membasahkan tekak dengan air mineral. Oanas betul..tak tahan dengan cuaca nie.


Selesai semua dan selepas bertanya dengan dengan adik kat stesen minyak nie, kami bergerak ke destinasi. Rupa rupanya kedai nie terletak dalam 500 meter dari stesen Petronas Klebang nie. dekat sangat. Destinasi nie terletak kat sebelah Stesen Minyak Caltex. Jumpa jer stesen Caltex, mesti jumpa port nie.

Tapi korang jangan terkeliru, rupanya ada dua port. Satu port untuk take away, dan satu port lagi untuk minum dan makan. Yang dekat depan tu adalah port untuk  bungkus jerr, dan korang kena  jalan ke dalam sikit untuk  makan dan minum.

Waktu aku sampai tengahari tu, memang beratur laa customer  nak take away. Nasib tak parking kat sini. 
Nie laa port utama kalau korang berhajat nak makan dan minum kat sini.  Ramai customer. Dalam review yang aku baca, diaorang cakap port nie terkenal dan ramai customer cina. Aku setuju, memang ramai customer cina yang datang makan tak sini.



Nak cari meja kosong tak susah, sebab banyak meja walaupun ramai customer kat sini. Ais krim yang digunakan dari jenama Walls. Sebab tu Walls banyak gantung banner dan bunting dia.



Kalau korang berhajat nak makan, tak der laa goreng goreng atau nasi berlauk. Yang ada semua atas meja nie jerr. Pandai pandai laa korang ambik dan makan. Ada mee goreng, beehoon goreng, nasi lemal dan sebagainya. Pergi ambik sendiri dan makan. Nanti nak balik jangan lupa bayar! Heheheeh..



Aku bercadang nak pekene cendol kat rumah merah Bandar Hilir, dan balik tu nak singgah makan kuih udang Alor Gajah. Tapi nampaknya, kena postpone lain kali laa. Perut dah kenyang, mata pun kuyu. Siap selesai upacara makan, kami pun gerak balik.

Terus menggunakan laluan Lebihraya AMJ sampai Simpang Empat, lepas tu gerak menggunakan highway Utara Selatan sampai Senawang. Aku sampai Senawang jam 3 petang, manakala adik aku sampai KL setengah jam kemudian. Satu ride singkat yang menepati matlamat!! 
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...