NuffNang

Selasa, 20 Mei 2008

Elegan to Cameron Highlands 3rd Trip




Kali nie kami memulakan perjalanan agak lewat. Destinasi yang terpilih adalah Cameron Highlands. Perjalanan yang dirancang seawal 7.30 pagi tersasar lewat sehingga jam 8.30 pagi. Sebuah kereta turut serta dalam perjalanan kali ini. Jadi beliau ditugaskan untuk menjadi Logistic Vehicle secara tak rasmi. Keseluruhan kumpulan kali ini adalah 6 buah motor dan sebuah kereta.

Route yang dipilih menggunakan highway Utara Selatan dan akan keluar menggunakan exit Tapah. Seterusnya dari Tapah terus menuju ke Cameron Highlands. Alhamdulillah sepanjang perjalanan tiada langsung titisan hujan dan cuaca amat baik sekali.

Tiba di Cameron Highlands menjelang makan tengahhari. Destinasi yang terpilih adalah mengisi perut di pekan Brinchang. Selepas makan kami ronda ronda sekitar Cameron untuk membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang. Sempat juga meninjau ladang Boh yang terkenal namun tidak sempat melawat kerana terlalu lewat.

Perjalanan pulang menggunakan laluan Simpang Pulai. Group LC, Excite dan Wave mengasah bakat dengan mencuba selekoh-selekoh dengan penuh hati hati. Berhenti rehat di Tapah untuk mengisi minyak dan sampai di Senawang pada jam 2 pagi dengan keletihan namun seronok dan gembira.
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...