NuffNang

Ahad, 30 Oktober 2011

Muzium Perang, Batu Maung Pulau Pinang

Salam,

Semalam aku ada tulis pasal kubu perang kat jalan area Kota Tinggi-Mersing. Aku teringat ada satu lagi tempat yang aku pernah lawat kat Pulau Pinang. Muzium Perang Pulau Pinang yang terletak di area Batu Maung.

Rombongan dari Negeri Sembilan datang melawat Muzium Perang Pulau Pinang
Memang best tempat nie, tak caya pergi sendiri
Bagi sesiapa yang tak berkesempatan untuk pergi dan tengok terowong bawah tanah kat Vietnam tu, aku rasa berbaloi jugak kalau datang ke Penang dan lawat tempat nie. Sebab kat Muzium Perang  nie pun ada juga terowong bawah tanah yang dibina unuk tujuan pertahanan pada  masa tu. 

Sebagai info, ada tiga terowong utama kat atas bukit tu, tapi dua dah ditutup atas sebab sebab keselamatan kot. Hanya satu jer yang dibuka kepada pengunjung masa tu. Sekarang aku tak tau laa. Khabarnya ada satu terowong yang menghala terus ke laut, tapi yang tu dah ditutup. Terowong yang nie digunakan oleh tentera British untuk melarikan diri ke Singapura ketika tentera Jepun menyerang.
Tapak bekas meriam
Gambar asal meriam masa tu
Bayaran masuk adalah RM 20 untuk dewasa. Korang datang lah sini, melawat muzium perang yang terbesar kat Asia Tenggara nie. Dibina pada tahun 1930 dan start digunakan untuk operasi ketenteraan pada tahun 1939.

Pada tahun 1942 kubu nie jatuh ke tangan Jepun selepas kekalahan pihak British. Sempat jugaklah pihak Jepun konquer tempat nie dalam 2.5 tahun sebelum Jepun kalah kepada tentera perikatan pada tahun 1945. Lepas dari tu, kawasan nie terbiar sepi.

Keluasan sebenar kawasan nie adalah 8 hektar yang merangkumi 29 tempat menarik untuk dilawati termasuk struktur kubu-kubu tempat perlindungan tentera, lubang perigi, klinik, open teater room, menara tinjau, 20 port menembak, 12 berek askar (kat bahagian belakang tu), penjara, dapur, bilik rehat, penjana elektrik dan beberapa tempat menarik lagi.

Aku pernah terbaca adanya unsur unsur mistik di tempat nie yang akan menambahkan lagi unsur-unsur suspen sepanjang lawatan anda. Tapi jangan lah risau, datang melawat waktu siang jer, nak takut buat apa..hahaha. 

Korang perlu tahu, tempat nie dulu berlakunya penyeksaan dan pembunuhan. Selepas 60 tahun tempat nie terbiar, maka bermulalah usaha membaik pulih tempat nie untuk dijadikan muzium dan tatapan orang ramai. Maka bertempiaranlah haiwan liar yang dulunya mendiami tempat nie mencari port baru.

Bukannya mistik sangat pun, tapi anda akan melawat tempat kejadian asal dimana tahanan dipancung, diseksa, dipenjara. So memang meremang jugak bulu roma bila berada di tempat nie bila tengok gambar-gambar lama asal kat sini. Ada sesetengah tempat yang masih mengekalkan cat hijau asal semasa pemerintahan Jepun masa dulu.

Kalau setakat nak tengok serpihan pinggan mangkuk asal yang digunakan dulu pun masih ada lagi. Periuk, kuali dan juga alatan untuk penyeksaan.

"Muzium Perang ini yang terletak di Batu Maung merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Pulau Pinang. Muzium Perang ini seluas 20 ekar memiliki pelbagai perkakasan dan barangan bersejarah berkait dengan tentera British dan sekutunya semasa Perang Dunia Kedua.

Ia menampilkan tempat kediaman tentera British yang biasa dilihat semasa Perang Dunia Kedua. Barang-barang ini ditempatkan di beberapa tempat di atas dan di bawah peninggalan kubu lama British. Pelancong boleh menjelajah melalui berek tentera, rumah masak lama, bilik tahanan, terowong, dan liang pengudaraan."

Pergilah melawat, hangpa takkan regret punya..
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...