NuffNang

Isnin, 24 Oktober 2011

Tahniah Zulfahmi, Takziah Marco Simoncelli

Salam,

Aku tak berkesempatan pergi SIC semalam sebab kerja. Masa makan malam pukul lapan tu, terkejut jugak bila tengok Bulletin Utama yang race MotoGP dibatalkan. Sebab dibatalkan adalah kerana kemalangan maut yang melibatkan Marco Simoncelli pada lap kedua. Beliau telah dilanggar oleh Rossi dan Edward.

Bila tengok semula video kemalangan nie, memang dashyat. Maklumlah motor GP punya kelajuan bukannya slow-slow. Mungkin rider maut ditempat kejadian kot.

Tapi bila membaca review dalam website tempatan, mungkin berlaku kesilapan dari pihak SIC yang tidak mengumumkan bahawa perlumbaan dibatalkan. Para penonton terpinga pinga dan menanti samaada perlumbaan akan diteruskan. Dan mereka pun tak tahu bahawa terdapat kematian dalam trek. Hasilnya, berlonggok botol-botol yang dibuang ke dalam litar.

Layan gambiran yang dicedok dari Malaysianbikers nie..



Sebab tak dapat info yang lengkap, inilah hasilnya.

Bagi aku, kat pintu masuk pun dah tertulis Motorsports is Dangerous. Memang sukan nie berisiko tinggi leer tuu. Sedangkan dalam trek MotoGP pun boleh meninggal kalau terjatuh, buat aku terpikir apa akan jadi kalau kita jatuh kat jalan biasa tanpa perlindungan sewajarnya..aduyaii.

Last but not least, Tahniah pada Zulfahmi yang berjaya menempatkan diri pada kedudukan ke tujuh. Bila dah dapat kedudukan macam nie pun, ada lagi yang komen dan tak puas hati ZulFahmi tak bagi respon pada lambaian penonton kat pit. Hmm, entahlah..orang kita memang senang "touching" kot. Mungkin betul jugak, sebab penonton tempatan pun turut suka nak berkongsi kejayaan pada anak tempatan. kalau tak kita, siapa lagi?

4 ulasan:

kenalinegaraku4u2c berkata...

Salam sejahtera..Pertama sekali blog saudara memang bes.Kedua,minat saudara 100% sama dengan saya.Ketiga,Terima kasih memberi komen kelaman saya.Saya juga sudah follow laman saudara.Harap2 satu hari nanti kita dapat jumpa.Oh ya,kalau ada outing mana2,bagitaula.Saya nak join,kalau bolehla.Terima kasih.

Aku Budak Nerek berkata...

kenalinegaraku4u2c,Thanks for visiting my blog. saya memang minat mengembara. Sebab tu saya tertarik dengan blog saudara. Insyaalaah, kita boleh buat trip satu hari nanti. Tiada masalah kalau nak join..cheers!

kenalinegaraku4u2c berkata...

Alhamdulillah..Thanks.Kalau ada masa,lawati juga laman melancong saya di www.malaysiaopenhouse2u.blogspot.com Saya baru saja buat video Tarian Bubu di semasa berada di homestay Bagan Datoh.Memang seram.Saksikan klip videonya.Kelibat saya pun ada disitu.Thanks saudara.Laman blog saudara saya akan masukkan dalam blog roll saya.Sama2 kita baca blog masing2 ya.

Norazam berkata...

Terima kasih sudi lawat dan komen dilaman saya yang satu lagi.Ia sebenarnya memuja semangat laut/sungai agar ikan2 datang masuk ke bubu.Ia dilakukan oleh nelayan2 dahulu.Silap buat,Semangat hantu bubu akan ikut sesiapa saja balik umah.Rupanya macam puntianak.Beberapa orang turut deman besoknya.

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...