NuffNang

Sabtu, 15 Oktober 2011

Malaysia Tour-10 Oktober 2011


Salam,

Sedang elok jer kita orang melepasi tapak lama Tol Jelapang kat Ipoh tu, kami dah mula mendaki. Azri dan Paish dah jauh kedepan. Aku follow Syafri kat belakang. Saiful dah start mengejar Azri kat depan. Aku ngan Syafri cam biasa leer, relax and steady ajer. Tak lama lepas mendaki tu, sampai jer area lori parking tu aku nampak kelibat seorang lelaki dalam umur 40an berlari ke arah kami dan menahan kami. Lagaknya nampak macam bermasaalah. 

Kami agak berbelah bahagi dan berhenti jauh ke depan. Berbincang sama ada nak pergi tolong atau tak. Mungkin minyak dia habis kot. Boleh jugak kami tolong bagi minyak dari minyak spare kami. Kalau orang jahat camner? Bukan nak berprasangka buruk, tapi terpaksa berhati-hati sebab sekarang nie ramai sangat yang berpura pura untuk tujuan kejahatan. Takper lah, kita pergi tengok dan kalau ada apa-apa berlaku kemudian baru kita decide. Tak baik biarkan dia sorang-sorang kat situ tengah malam gelap tu. Dah pagi dah masa tu, dalam anggaran pukul 1 pagi rasanya.  
Syafri start menunda brader Honda Wave
Kami tanya apa masalah brader tu, dia cakap motor dia jammed. Tak boleh nak start. Memang nampak dari raut mukanya, dia orang tempatan. Katanya dia dalam perjalanan dari Jelapang nak ke Kuala Perlis. Wallahualam. Dia baru sahaja selesai buat kenduri aruah untuk kedua ibu bapanya. Kemudian ingin merantau ke Perlis berjumpa dengan pakciknya, niat untuk bekerja di sana. Aku tanya kenapa tak telefon ajer? Dia cakap tak ada nombor telefon. Adoiyai..Dia mintak tolong kami menunda  motor dia sampai ke R&R terdekat.
Menunda dalam kegelapan malam. Aku follow dengan hazard light
Atas dasar perikemanusiaan, Syafri setuju menunda motor brader tu. Korang bayangkan dia menunda motor tu panjat bukit sebelum Terowong Menora tu dengan gear satu sampai atas. Aku nak tunda, dia tak bagi sebab tak expert katanya.

Aku suruh dia bawak motor aku, dia tak nak sebab susah. Okay, apapun Syafri berjaya menunda motor brader tu sampai ke Petronas R&R Sungai Perak. Tak jauh sangat (tak jauh ker? Tunda sendiri tengok!), tapi dengan jalan naik bukit dan turun bukit yang berliku-liku. Ada jugak dalam 10 km kot. 

Sampai kat R&R Sungai Perak, kami suruh dia beli minyak hitam dan tambah. Dia bagitahu sampai kat sini, motor dia boleh start pulak dah. Adoii, apa cerita nie bro? Aku suruh dia beli jugak minyak hitam tambah kat motor dia. Dia cakap tak der duit sebab dia hanya ada beberapa ringgit jer dalam tangan. Siap tunjuk kat aku not RM1 beberapa keping kat tangan dia. Aku tanya macam mana nak sampai Kuala Perlis kalau hanya ada beberapa ringgit. Dia cakap tuhan tu ada, nanti Allah akan bantu dia.

Hmm..aku diam jer lah. Sempat jugak aku hulur beberapa ringgit kat dia, buat tambah minyak motor. Lepas isi minyak motor kami, kami pun blah dari situ. Berdoa jugak kami agar brader tu selamat dalam perjalanannya. Takkan kami nak tunda dia samapai ke Kuala Perlis kot.

2.40am
Shell Juru (After toll Juru)

Kami meneruskan perjalanan dan sampai kat tol Juru dalam pukul 2.40am. Aku tengok Saiful dan Azri tak ada. Lama jugak kami tunggu dia tak muncul-muncul. Risau jugak kalau ada apa apa yang buruk berlaku. Biasanya memang aku akan berada dibelakang sekali. Tapi kali nie Saiful ada sekali dengan Azri.
Refueling kat Shell Juru

Tak lama lepas tu, aku nampak kelibat diaorang berdua nie. Alhamdulillah tak sesat, aku fikir mungkin mereka berdua dah melepasi aku sebab sebelum nie memang ada deretan lori yang kami pintas. Rupa rupanya motor Azri kehabisan minyak. Dan dia terpaksa menggunakan minyak spare yang ada padanya untuk top up terlebih dahulu. Jadi bagi anda yang akan mengembara menggunakan LC, anda perlu beringat untuk membawa minyak spare kerana LC ini agak pelahap jugak.
Paish dan Syafri dalam upacara mengisi minyak
Memandangkan kami sampai agak awal ke Penang pagi tu, kami ambik kesempatan untuk berehat lama sikit. Aku tak plan nak masuk pulau awal pagi tu, tapi kami akan patah balik semula ke Pulau Pinang untuk bermalam. Jadi plan kami adalah untuk ride terus ke Perlis melintasi Kedah.

Saiful selepas refueling kat Shell Juru. Masih nampak segar

Motor LC Azri dan EX5 Syafri

Azri dan Saiful yang terpaksa isik minyak di pertengahan jalan
Kami tengok cuaca memang baik. Tak ada langsung tanda tanda yang hujan akan turun. Pada pagi tu, apa yang kami nampak dijalanan hanyalah trailer trailer panjang. Tak ada langsung motosikal kecuali kami sahaja. Pada masa nie, perut dah mulai lapar. Maklumlah kami tak menjamah apa-apa makanan start dari Sungai buloh sampai sekarang. So kami beli lah apa yang boleh dimakan dari Shell Select kat situ. Apa lagi yang ada, kecuali roti.

Dan aku sempat jugak makan mee segera..
Settle semua urusan, kami terus gerak semula menghala ke Kedah. Mengharungi lebuhraya yang kurang kenderaan. Bila kita ride atau memandu waktu pagi, masa yang paling kritikal adalah dalam pukul 5 pagi ke atas. Waktu ini adalah waktu yang paling mengantuk. Walaupun kita ride, namun kita boleh terlelap beberapa saat dan menjadikan waktu itu saat paling kritikal ataupun pengakhiran buat kita. Jadi kami berhenti untuk selelap dua di R&R Gurun.

4.30 pagi
R&R Gurun
Mencari jugak port yang sesuai untuk berehat. nak berhenti kat R&R, bimbang jugak nanti motor hilang sebab parking jauh daripada tempat tidur. Nak tak nak, kami decide untuk lepak kat Esso R&R Gurun. Aku rasa tempat nie Han tukar duit dan lengkapkan dokumen masa nak masuk ke Thailand tu kot. Berhenti dengan kepala yang rasa amat berat sekali. 

Parking motor dan lepak kat kaki lima tu. Dalam bebarapa minit jer dah tertidur. Terjaga bila ada serangga kecik yang menggigit. Menyesal aku tak bawak sleeping bag dengan ubat nyamuk. Lain kali kalau ride malam, aku nak bawak khemah sekali dengan ubat nyamuk lah. Selesa sikit nak tidur..hahaha. Tidur kat kaki lima nie bukanlah nak selesa atau tidur macam kat hotel. Sekadar dapat melelapkan mata seketika dah cukup sebenarnya. Pasti terjaga bila ada orang lalu nak ke tandas.
Pukul 6.15 pagi, kitaorang dah decide nak gerak. Baru jer golek tayar tiba tiba terasa ada renjisan air turun mengenai muka. Tak lama kemudian turun dengan lebatnya. Syukur sebab kami tak meneruskan perjalanan tadi. Kalau tak mesti lencun punya.

Dalam waktu menunggu hujan nak teduh  tu, kami dapati banyak betul lori pickup Siam yang berhenti. Aku ingatkan pick up nie bawak kuda, tapi bukan pulak. Aku tak tahu pick up nie bawak apa. Sayur kot.
Azri bergaya depan pick up Siam. Nak beli sebijik kot..
Agak-agak bila hujan dah berhenti, kami meneruskan perjalanan. Meneruskan perjalanan tanpa henti melintasi kawasan sawah padi yang cantik dan saujana mata memandang. Indah sungguh ciptaan tuhan.
Kami berhenti seketika di toll Jitra Tanah Merah untuk buka baju hujan. Nampaknya cuaca pun dah semakin cantik masa nie. Tak ada lagi hujan yang turun. Berhenti seketika sahaja dan sempat tangkap gambiran sekeping dua.

8.15 pagi
Changloon

Kami berhenti seketika untuk refueling di Changloon. Juga tak ambik masa yang lama, tapi sempat jugak Saiful menghabiskan sebatang rokok dia. Azri jugak sempat menghabiskan jajan yang dia bawa. Tak ada apa perkara yang menarik Pekan Changloon nie  Kecuali bagi mereka yang nak menukar duit Bhat dan juga dokumen untuk masuk ke Siam.

Tak lama selepas tu, kami dah sampai ke Bukit Kayu Hitam. Cadang nak masuk Siam, tapi lain kali lah..Hahaha. Sekadar ambik gambiran sekeping dua kat sini. Lain kali kita ambik gambar dalam negara Thailand pulak yer.

Tak lama lagi, aku tangkap gambar kat Imigresen Thailand pulak yer

Lepak kat sini pun tak lama, sekadar melayan gambiran jer. Lepas tu kita orang pun gerak semula.Turun semula menghala ke Changloon. kat sini kita orang berjumpa dengan sekatan jalanraya yang pertama. Tapi sekatan nie UPP yang punya, so dia tak check kitaorang lah. Sekarang nie dah senang kalau nak masuk ke Perlis, sebab depa dah buat jalan macam highway terus ke Kuala Perlis daripada Changloon. Jalan nie juga boleh terus kalau nak pergi ke UUM atau Kuala Nerang. Dulu zaman aku study kat sini, mana ada jalan nie semua. 

Aku fikir kenapa dia orang buat jalan nie daripada UUM ke Kuala Perlis adalah kerana student student nie suka menghabiskan duit kat Langkawi atau makan ikan bakar kat Kuala Perlis kot. Hehehe. Salah satu faktor untuk menjana ekonomi jugak nie. 

Kami dah sampai Perlis noo..
Tak lama lepas tu, kami sampai dah kat signboard Negeri Perlis. Memang kena stop dan tangkap gambar nie. Menandakan yang motor kami dah pernah sampai ke negeri paling utara nie. Tak lama lepas tu, Syafri decide nak bawak Saiful dan Azri melawat ke ladang tebu.

Bagi korang yang memang selalu minum minuman bergula, korang tahu tak gula berasal dari apa? Ya betul, gula berasal dari pokok tebu. Tapi tahu tak macammana rupanya pokok tebu tu?

Kami dah sampai ke kawasan Felda Chuping, satu satunya kawasan penanaman tebu yang terbesar untuk penghasilan gula nie. Tak caya korang boleh tengok kat signboard belakang tu. Kalau nanti pernah sampai Perlis, datang lah sini. Memang berbaloi.
Faiz bergambar di depan ladang tebu
Kalau korang nak tengok macammana rupanya pokok tebu tu, kat atas tu lah pokok tebu. Bukannya macam pokok tebu yang kita tanam kat rumah tu. Lain sesangat.

10.13 pagi
Kuala Perlis

Syukur alhamdulilah kami selamat dah sampai ke Kuala Perlis. Walaupun jam baru menunjukkan pukul 10.13 pagi, namun cuaca memang panas terik. Dah macam pukul 12 tengahhari dah. Aku sengaja tak bawak diaorang ke Padang Besar, sebab nanti tak muat motor pulak nak bawak barang shopping. Hahaa..lain kali kita buat trip naik kereta dan boleh shhopping sakan yer.

Laksa Kuala Perlis
Masa untuk breakfast. Lama sangat tak makan dah nie. Perut pun dah rasa macam agak lapar. (memang lapar leer, tak makan dari malam tuu). Kami mencari tempat yang sesuai untuk berhenti breakfast. Niat di hati nak masuk Langkawi sekali, tapi takut tak cukup masa pulak nanti. Nanti lain kali kita datang masuk Langkawi sekali yer.

Bila dah sampai Kuala Perlis, tak lengkap rasanya kalau tak pekena Laksa Kuala Perlis. So sarapan aku pagi nie pastinya melayan Laksa. Aku, Paish dan Syafri memang kaki laksa. Maklumlah adik beradik kelahiran utara. Pekena laksa sorang sepinggan dulu. Sebelum tu dah pekena nasik lemak sebungkus sorang. 

Bagi aku Laksa Perlis nie tak jauh bezanya dengan laksa Penang atau laksa Kuala Kedah. Mungkin laksa beras buatan sendiri tu yang buat berbeza kot. Kuah ceroi tapi sedap. Makan pulak dengan petis. Pherggh. Paish pulak lepas pekena laksa, pekena sepinggan meehoon sup. Malas pulak aku nak masuk Alor Setar mencari mee sup utara nie. Sebab kami rushing nak masuk Penang dan check in.

Syafri dan Paish. Mula memasuki Kedah

Azri dan Saiful
Aku decide untuk ambik short cut menghala ke Sungai Petani dan keluar semula ke highway melalui Yan. Jalan nie melaui Kuala Kedah dan akan memasuki Yan sebelum sampai ke highway. Samaada menghala ke Sungai Petani ataupun Gurun. Jalan nie melalui jalan kampung yang kebanyakannya adalah sawah padi dikiri dan kanan jalan. Memang indah pemandangan disini diselangi dengan kawasan bergunung ganang. Kami juga melepasi kawasan Gunung Jeniang.

Sampai di Yan, aku berhenti seketika untuk membeli kuih. Kuih yang aku cari adalah apam lenggeng. Namun nasib tak berapa baik, bila kuih nie belum siap lagi. Jadi aku beli kuih apam , donut jer lah. Kalau korang lalu sini, singgah lah beli kuih kat sini. memang sedap dan murah. 4 biji seringgit dan kuihnya memang okay, besar. 

Aku decide untuk ambik laluan keluar di Gurun. Malas nak masuk Sungai Petani dah. Straight menghala ke Sik dan melepasi kawasan Gunung Jerai yang terkenal tu. Tak sempat berhenti ambik gambar pun, sebab mata pun dah pedih. Kami memang berhasrat nak lepak lama sikit di Penang sebab esok akan jalan lebih jauh lagi.

Masuk jer PLUS highway, kami terus shoot menghala ke Butterworth. Laluan tengahhari nie memedihkan mata terutama yang tak cukup tidur. Cuaca memang panas dan meneritkan, tapi syukur kerana tak hujan. Motor Azri sekali lagi kehabisan minyak di tengah highway dan hubungan kami terputus. Kami memperlahankan motor (walaupun tak laju sebenarnya..hehehe) dan tunggu hingga Azri sampai. Alhamdulillah kami selamat juga sampai ke Butterworth dan berhenti refueling kat sebuah stesen minyak Shell area kawasan Perindustrian di sini. Jalan agak sibuk kerana waktu orang makan tengahhari.

14.00pm
Butterworth

Kami ambik laluan ke feri untuk ke Pulau Mutiara ini. Tak ada masalah bila nak naik ke feri nie. Bayar tiket RM 2 seorang untuk naik ke feri. Tunggu turn kami untuk naik ke feri. Masa tunggu nie, jangan memandai pulak korang nak hidup enjin ker, lebih lagi kalau anda naik 2 strokes. Kesian brader yang duduk kat belakang anda tu nanti lemas dek asap motor anda tu.

Aku berhenti kat belakang bai jual kain nie. Pherggh respek aku tengok dia ikat kain kat motor dia nie.
EX5 power. Bawak kain tak tau berapa berat nie..Handling selamba jer aku tengok.

Paish muka mengantuk
Turun jer dari feri, kami cargass terus menuju ke Line Clear. Makan dulu leer sebelum check in hotel. Sebenarnya banyak lagi nasik kandaq yang korang boleh cuba. Tapi disebabkan aku dah biasa makan kat sini start dari zaman aku study dulu, aku teruih bawak depa mai sini jer laa. Tapi kalau tanya budak pure Penang, depa mesti tak makan kat sini punya.

Tapi tak per la, pasal perut pun dah lapar. Mesti makan dan tak banyak komen punya. 

Line Clear Nasik Kandaq
Disebabkan dah lapar sesangat, aku ambik jer lauk mana yang rasa teringin nak makan. Sotong, daging hitam dan jugak telur rebus. Pekena dengan bendi, cukup dah membuatkan aku terpaksa membayar dengan harga RM 9.30 termasuk air Milo ais. Azri lagi baguih, makan sampai kena RM 11.50..hehehe. Faiz pekena nasik briyani. Mamat nie memang pukui habis. Motor siap parking kat sebelah tempat makan tu. Masuk dalam. Selamat..

Selesai makan macam dah malas nak jalan jalan lagi. Tapi sebelum tu kami pergi pasar Charostar dulu. Sebab wife Syafri pesan beli jeruk dan gepren aku pesan beli minyak angin cap orang tua. Haa..aku suka minnyak angin nie sebab bau dia best giler. Kotak dia warna merah ada gambar orang tua. Dah terlanjur sampai sini, aku beli jugak la jeruk pala dan jeruk salak sikit.

17.00pm
TM Resort Tanjung Bungah
Aku sebagai pengiring ride nie rasa bersyukur sebab Stage 1 ride kami berakhir dengan selamat di sini. Tak sabar nak mandi dan berehat sebelum menunggu pagi esok. Penginapan kami sepanjang perjalanan ini adalah menggunakan TM Resort, sebab Syafri gunakan dia punya privilage sebagai staff TM. Terima Kasih Syafri dan TM!!
TM Resort Tanjung Bungah
Check in dan straight naik bilik. Sebenarnya resort nie merupakan apartment dua bilik. Luas dan cantik. mempunyai ruang tamu. Disebabkan hanya ada dua bilik, Syafri, Paish dan aku akan berkongsi satu bilik manakala Saiful dan Azri akan menggunakan satu bilik. 

Disebabkan katil hanya ada empat, jadi aku kena tidur atas lantai beralaskan kusyen. Alasannya senang sahaja, sebab aku naik motor paling besar so aku mesti kurang penat berbanding disorang yang naik motor kecik. So diaorang kena tidur dan rehat yang lebih selesa...Hahaha..alasan nie Paish yang bagi.
Pemandangan menarik pantai Tanjung Bungah ke Batu Feringgi
Aku tak tidur pun petang tu. Aku tengok Azri dan Saiful dah berdengkur dah. Tidur dengan tak mandi pun. Penat sangat tu agaknya. Lepas solat jamak petang tu, aku, Paish dan jugak Syafri terjun kolam. Syafri sempat menunjukkan aksi aksi terjun tiruk dan selaman yang sangat membanggakan. Kami memang mandi sampai senja tu. Lepas tu jalan jalan tepi pantai.

Malam tu adalah aktiviti bebas. Tapi kami kena tidur awal sebab esoknya kami akan bangun seawal jam 3 pagi dan akan mula meninggalkan Penang pada jam 5 pagi. Sebelum keluar dari Penang, kami berhajat nak makan nasik kandaq beratoq dulu sebagai breakfast.

Malam tu aku keluar ke Bayan lepas sebab nak jumpa member study aku Naseq. Tapi hujan pulak dah. Tersadai aku kat Esso Gurney Drive tu menunggu hujan teduh. Dalam perjalanan tu aku tengok ada accident. Tapi aku tak tau macammana keadaan penunggang motor tu. Tak lama lepas tu aku tengok ada ambulans datang. Okay,selamat lah tu agaknya.
Paish, Azri, Saiful dan Syafri keluar untuk makan malam kat Gurney Drive. Makan pasemboq Penang dan jugak char koay teow. Lepas tu depa ronda ronda sampai Batu Feringgi.

Aku tunggu Naseq kat depan PISA. Dari kejauhan aku nampak sebijik z1000 hitam dengan ekzos Two brothers datang. Dia belanja aku makan malam tu, pekena sup tulang. Sebelum balik dia bagi aku souvenier, sebagai tanda terima kasih melawat dia kat Penang dalam hujan..hahaha. Okay jugak tu, souvenier malam tu aku dapat sehelai jaket ride Alpinestar. Thanks Naseq!! 

Lepas tu aku teruih balik resort. Tengok bebudak ni belum balik lagi. Masa tu dah pukul 10 malam dah. Aku tak kira, mesti naik, solat dan tidoq. Esok nak kena jalan jauh lagi nie. Baru jer nak terlelap, Sap kejutkan aku suruh makan pasemboq. Pekena pasemboq dulu laa sablom tidoq..lepas tu zzzz...

Esok perjalanan yang sangat panjang dan banyak cerita menarik!!

Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...