NuffNang

Rabu, 8 November 2017

Menerjah Alor Gajah Melaka - Kayuhan pembakar semangat

Assalamualaikum semua pembaca Aku Budak Nerek,

Setelah begitu lama tak berkayuh, kini aku kembali mempedal (ada ker perkataan nie?), mengayuh speda di jalanan. Kekangan masa yang kadang kadang tak masuk dek akal membuatkan aku penat untuk berada di atas seat post yang sememangnya tak seempuk tilam dan bantal di rumah.

Setelah kayuhan terakhir yang aku lakukan begitu lama dahulu, kini aku kembali untuk megukir kenangan kenangan dan pengalaman baru untuk membuat kayuhan touring. Begitu bersemangat apabila aku menonton dokumentari Zahariz Khuzaimah yang meneroka ke Himalaya kini, dan  juga pengalamannya berkayuh mencari cahaya Aurora Boraris yang pada aku begitu cekal jiwanya.

Ataupun membaca coretan pengalaman Kembara Memburu Hikmah, pasangan suami isteri yang berkayuh hingga ke Mekah. Ataupun jua membaca pengalaman kayuhan dari teman teman MukaBuku yang berkayuh hingga ke utara Thailand atau menelurusi seluruh pelusuk tanahair kita sendiri. Hebatnya mereka...

Kali ini aku berkayuh menggunakan basikal Cyclocross Tourer yang dibina oleh rakan kayuhan aku, Nazri Nassir. Aku mengambil sedikit semangat beliau yang pernah berkayuh solo ke serata Malaysia suatu ketika dahulu. Pengalaman beliau menyuntik semangat untuk aku kembali berpedal...Chewahh.

Sempenan kayuhan pertama kami, aku ke Tampin bertemu dengan beliau. Kayuhan pengenalan hari ni kami akan berkayuh santai memanaskan badan melalui laluan kampung di sekitar kawasan ini. Aku memang teruja untuk membuat kayuhan ini setelah lama tidak mengayuh. Tambahan pula kayuhan ini kami akan gunakan jalanan kampung yang memang tak pernah aku lalui.



Walaupun kayuhan ini tidak jauh, cukup juga untuk memanaskan badan dan membasahkan baju. Laluan berbukit ala ala manja memang mengujakan. Kayuhan touring tak perlu laju, sekadar melayan perasaan. Kalau nak laju baik aku kayuh roadie. Lagipun kondisi lutut aku dah tak megizinkan untuk aku mengayuh laju. Sekadar kayuhan ala manja jerr...


Bila kita mengayuh basikal, kita mempunyai lebih masa untuk melihat suasana persekitaran di sekeliling kita. Kadangkala apa yang kita tak pernah perasan waktu kita melalui laluan ini dengan bermotosikal atau berkereta, kita akan perasan bila kita mengayuh. 

Sebab itu Zahariz menggunakan medium berbasikal untuk mengembara. Jalan jalan sempit yang tak mampu dilalui oleh kenderaan lain, dengan berbasikal kita mampu.





Best bila kita berkayuh berdua, kita ada teman untuk bersembang. Kalau mengayuh solo, dengan sapa agaknya kita nak menyembang ya? 

Waktu menyembang macam nie lah kita boleh korek pengalaman. Nazri bercerita pengalamannya berkayuh dengan Surly suatu ketika dahulu. Dan beliau merupakan antara pengayuh terawal yang mempunyai Surly di Malaysia. Mana taknya, siap import masuk frame Surly dari oversea tu...

Namun jika akan khuatir akan kesunyian jika berkayuh solo? Jangan bimbang kerana rakyat Malaysia memang peramah. Sepanjang perjalanan kami, beberap kali kami disapa atau dihon oleh pemandu kereta atau penunggang motosikal. Jadi kayuhan anda tak akan bosan sebenarnya.


Cuaca pada hari ini sangat mengujakan. Tak sepanas seperti selalunya. Mungkin agaknya musim hujan dah kembali. Cuaca mendung dan cahaya matahari tidak seperit untuk menjamah kulit. Walaupun bermula agak lambat iaitu kira kira jam 9 pagi, melewati ke pukul 10 pagi masih tidak terasa bahangnya matahari.


Kayuhan diteruskan melalui kawasan perkampungan cina yang aku dah lupa namanya. Risau pulak aku bila nampak ada anjing lepak tepi jalan. Fobia dikejar anjing tu memang sentiasa ada bila kita mengayuh.



Kami meneruskan kayuhan hinggalah kami sampai ke Simpang Empat, Alor Gajah. Pemandangan dikiri kanan jalan sangat menarik. Kenderaan pun tak banyak, jadi kita tak akan pening kepala melayan kerenah pemandu kenderaan yang lebih besar nie.


Kami berhenti seketika untuk carbo loading. Berhenti seketika di 7 Eleven di atas bukit di Simpang Empat nie lantas membasahkan tekak dengan 100 Plus dan roti Gardenia. Kami berehat tak lama, seketika sahaja memandangkan perjalanan masih berbaki.

Kami melewati pekan Alor Gajah dan berhenti seketika di sana untuk makan tengahari. Lokasi pilihan adalah Cucur Udang Alor Gajah yang masih rangup dan panas memandangkan kami adalah pelanggan mereka yang pertama. Sempat juga aku makan nasi lemak sebungkus dan pekena dengan Milo Ais...




Nazri Nassir, seorang pengembara solo suatu masa dahulu..


Siap makan tengahari, kami berkayuh kembali ke Tampin melalui jalan jalan kampung. Indahnya pemandangan kampung melayu nie. Suasana redup di kiri kanan jalan memang mengasyikkan untuk kita berkayuh. Lupa segala masalah. Kita akan dapat menghidu bau hutan disepanjang perjalanan.


 

Aku dah lupa apa nama kampung nie. Tapi scenery sangat memukau. Dengan pemandangan rumah rumah tradisional Melaka, ada pulak lembu dan kambing menghiasi landskap di kiri dan kanan jalan. Nasib baik kayuhan tak kena kejar dengan lembu...


Kami berkayuh dan selamat sampai ke Tampin. Alhamdulillah dan prestasi yang sangat membanggakan untuk kayuhan pertama kami. Next kami akan berkayuh lebih jauh. Lebih mendaki, dan lebih hari kayuhan. 

Misi kayuhan kami berkobar kobar setelah membaca pengalaman sahabat kayuhan aku Din Bilal yang telah berjaya mengayuh hingga ke Cameron melalui Sungai Koyan. Tak senang tu, kayuhan mendaki naik selama 8 jam lebih.

Dengar cerita dia sahaja dah membuatkan aku lelah, belum lagi nak mengayuh mendaki bukit tu. Tapi best, sebab pengalaman nie kita tak akan dapat sekali masa kita beli basikal...Ianya perlu dicari dan tak tak dapat dibeli dengan wang ringgit. 

InshaAllah, aku nak buat kayuhan yang sama satu hari nanti. Aku akan jadikan angan angan ini menjadi kenyataan. Angan angan tu tinggi, cuma kederat sahaja yang kurang...hihihi.

Din Bilal - Orang kampung aku sebagai pencetus semangat.

Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...