NuffNang

Selasa, 7 Ogos 2012

Ride Iftar Murad Foundations bersama Saga Iswara Club dan Versys N9

Salam,

Sabtu lepas aku berkesempatan untuk join Majlis Iftar yang dianjurkan oleh kelab Belia Saga Iswara Negeri Sembilan. Dalam majlis ini, mereka akan meraikan anak anak yatim daripada Murad Foundations, Ampangan.

Upacara akan bermula jam 6.30 petang dengan konvoi mengiringi anak anak yatim ini ke hotel Alson Klana yang terletak tidak jauh dari sini. Konvoi akan bergerak serentak dengan konvoi kereta Saga Iswara serta mengiringi bas yang akan membawa anak anak ini ke hotel Alson Klana.

 
Aku dan jugak Fairuz bergerak seawal 5.15 petang menuju ke RV point seperti yang telah dijanjikan. Waktu aku sampai, belum ada sebiji motorpun kat sana. Musykil juga, risau risau kalau aku tersalah tempat. Lantas mencapai telefon dan mendail nombor Zaki Baber. Betul tempat RV seperti yang dijanjikan. Rupanya mereka still ada kat rumah Zaki lagi di Seremban Jaya.


Tak lama lepas tu, kelihatan beberapa biji Versys dan sebijik ER6F baru muncul di depan kawasan sekolah Vokasional Ampangan. Rupa rupanya Matt put, Yuz Rie dan jugak 2 orang lagi member. Duduk duduk sambil menyembang, kami bergerak ke depan sikit, lepak kat depan Sekolah Menengah Ampangan.

Tak lama kemudian aku nampak beberapa biji lagi Versys. Geng geng Zaki Baber, Fadley Salim, Hj Arpan dan beberapa lagi member. Bilang punya bilang motor, cukup 14 biji dan 15 peserta.




Agak lama juga menunggu sebelum kami memulakan ride singkat ini. Jalanan pada petang itu agak sibuk ketika berada di sekitar Ampangan dan juga ketika memasuki arah ke Ocean. Namun keadaan dapat di kawal.

Perjalanan kami mengiringi perjalanan anak yatim akhirnya sampai di Alsson Klana pada jam 7 petang. Kami parking motor dan bergerak masuk ke Alson Klana bersama kumpulan anak yatim serta kumpulan Belia Saga Iswara.




Majlis berbuka puasa pada malam itu agak meriah. Kami bersolat berjemaah bersama sama dengan anak anak yatim sebelum makan malam. Sesungguhnya acara seperti amat baik dijalankan untuk mengeratkan ukhwah dan berkenal dengan kawan kawan baru.

Namun aku terfikir, apakah ada upacara seperti ini yang dijalankan bersama sama orang tua, kerana bagi aku mungkin dengan cara itu akan lebih menginsafkan diri kita yang akan meniti usia tua nanti. 


Habis upacara, Zaki baber mengajak kami berTTs singkat di Zon lempeng Pisang Senawang. Sebelum itu sempat kami berkonvoi dengan melalui jalan kampung serta  melepas gian di highway LEKAS.



Satu perjalanan singkat yang menarik. Terima kasih daun keladi kepada Sha Zamani yang mengundang untuk majlis ini.
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...