NuffNang

Rabu, 27 Jun 2012

Ride Menaiki Bot Panjang di Sungai Pahang

Salam,

Dah lama aku tak bertinta. Sibuk dengan kerja serta tidak mempunyai cerita cerita yang baru. Maklum laa, kerja macam aku yang jarang jarang dapat cuti Sabtu dan Ahad nie memang tidak memungkinkan aku join dengan mana mana ride besar besar nie.

Kekadang tu jealous juga bila membaca cerita cerita diaorang yang berjaya ride ke merata pelusuk tanahaiar, dan cerita terbaru si Bunga yang berjaya ride hingga sampai ke Krabi dengan menaiki Vespa. Ishh, kalau aku dapat kerja cuti Sabtu dan Ahad, memang cepat laa bertambah nukilan nukilan aku dalam blog nie..hahaha


Kali nie aku nak ceritakan pengalaman aku ride naik bot panjang di Sungai Pahang. Yaa, bagi korang yang boring boring dan tak ada kerja nak buat kalau hari Ahad tu, dijemput turun ke Temerloh nie. Selain dari dapat jalan jalan cuci mata di pekan sehari Temerloh nie, ada satu tarikan yang bagi aku amat rugi kalau tak cuba!!




Pengalaman menaiki bot panjang meredah arus Sungai Pahang! Wachoww, memang best laa. Ditambah pulak dengan unsur unsur suspen, memang terangkat laa cerita nie. Dulu kalanya, penduduk di sini memang menggunakan bot nie untuk berulang alik menyeberangi sungai nie untuk ke Temerloh. So penduduk dari kampung seberang Temerloh akan menunggu bot yang akan membawa mereka menyeberangi sungai Pahang yang tak kurang juga besarnya nie.

Bagi penduduk kat sini, memang tak ada apa apa yang menarik pun sebenarnya. Tapi bagi korang yang tak biasa dengan pengalaman macam nie, aku suka sarankan pergilah mencuba! Tak rugi, bawaklah anak anak korang yang membesar dengan arus kemodenan tu mencuba sesuatu yang klasik macam nie.


Tak mahal pun untuk pakei bersiar siar di Sungai Pahang nie. Satu bot panjang tu boleh dichartered dengan harga RM40 untuk satu perjalanan. Ramai boleh nail, dalam lapan orang kot. So satu kepala baru kena bayar RM5 ajer. Dan pengemudi bot akan membawa anda bersiar siar di sepanjang Sungai Pahang sekitar Temerloh nie. Dapat laa korang tengok pusat ternakan ikan dalam sangkar. Bagi aku memang menarik laa!`



Rilek jerr brader yang mengemudi bot kita orang  nie..



Auntie yang duduk kat depan tu menyebabkan brader bawak sampan kami tu tak nampak depan, so perjalanan terpaksa dipendekkan. Takut terlanggar beting pasir!


Bagi aku, saat yang paling best masa naik bot nie ialah sewaktu dia ambik corner, pherggh. Macam adik aku cakap, korang memang handal laa ambik corner kat Bukit Tinggi ka, Karak kaa..mai try naik bot nie dan rasa dia ambik corner. Dengan bunyi keriuk papan bot tu, memang dashat laa! Kalau korang nak lagi best, pergi laa naik bot kat Kuala Tahan sana tu...!
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...