NuffNang

Selasa, 29 Mei 2012

Ride Mangan Mangan..Blrppp!!

Salam,

Alkisahnya nak berjalan jalan ride makan nasik briyani dengan member aku, si Razman. Last last tekak nie dah naik mual asyik nak melantak nasik briyani ajerr. Aku bukak mulut tanya port mana best blah utara nak makan makan. Tak nak jauh sangat, ala ala kadar ajer.

Aku terbukak mulut tanya mee udang! Sebab aku pernah dengar pasal mee udang area Sabak Bernam  nie. Last last si Man Jep google cari info dan akhirnya dia menjadi leader dan organizer ride singkat nie.

Aku gerak dari Senawang jam 7.30 pagi, sorang sorang menuju ke Rawang. Dalam perjalanan pagi tu, macam macam group superbike yang aku jumpa. Mesti semua tu nak pergi layan Cameron laa tu.

First place aku berenti isi minyak kat Dengkil. Kat sini aku berjumpa dengan sebijik Porsche yang nak isi minyak. Baru laa aku tahu, rupa rupanya Porsche nie tempat isik minyak dia kat depan.




Sampai kat Rawang, aku jadik conpius. Ada dua ker Exit Rawang nie? Sebab kat signboard tu ada tulis Rawang U dan Rawang Selatan! Alamak!! Last last aku masuk Rawang yang ada tulis Batang Berjuntai tu..bila aku tanya dengan Man Jep, dia cakap mana ada dua exit, memang satu tu ajer exit yang ada!!


Dalam 10 minit aku tunggu Man Jep, then dalam pukul 8.45 dia pun sampai. Man Jep cakap nak bawak aku layan jalan dalam sampai Tanjung Karang. Aku ngikut ajer.


Pukul 9 kami start golek tayar. Permulaan yang hebat jugak jalan dalam nie menuju ke Tanjung Karang nie. Mula mula tu nak kena layan corner corner pendek dengan permukaan jalan yang tak berapa cantik. Jalan nie kalau lalu waktu malam, mesti ada unsur unsur suspen sikit. Ada laa dalam 10 kilo jugak rasanya aku layan jalan nie, lepas tu dah masuk jalan kampung. Jalan kecik, jalan shortcut kot!!

Bila dah masuk jalan utama, kami melayan dengan berhati hati. Maklum laa banyak kereta sebab hari Ahad. Kami berhenti lepak seketika di sebuah stesen Petronas di Sekinchan. Kat sini, cuaca dah mulai panas sikit. 


Berhenti seketika dan lepas tu gerak semula. Ramai sungguh orang kenduri di kiri dan kanan jalan. Kalau berhenti makan, agaknya mesti dah kenyang sebelum sampai Sabak Bernam. Port sebenarnya mee udang nie adalah di Bagan Nakhoda Omar. Ada satu simpang ke kiri menuju ke tepi Pantai. Dan anda kena hati hati pastikan ada signboard kecik yang tulis Jaiton Laksa Pantai.

Lalu ikut jalan tu sampai ke penghujungnya akan membawa anda sampai ke tepi pantai. Ada kedai makan kat hujung tu, dan di situ lah terletaknya kedai Jaiton Laksa Pantai nie.

JAITON LAKSA PANTAI


Nampaknya pilihan untuk makan di sini tidak megecewakan. Sampai aja kat area nie, aku tengok ada banyak banner yang mempromosikan keenakan dan kemashuran Mee Udang nie.


Ada juga keratan akhbar yang terpampang di dinding jedai, menunjukkan kepopularan kedai nie,


Pemandangan yang memukau, mengahadap pantai BNO dan sekali sekala kita akan dapat melihat bot nelayan tempatan mudik ke muara membawa muatan kerang.


Waktu aku sampai nie masih pagi, dalam pukul 10.30pagi. Waktu urusniaga kedai nie bermula jam 10 pagi hingga ke 7 malam. Oleh sebab tu, masih belum ramai pelanggan yang datang. Tapi sebuah dua meja telah berpenghuni.


Waktu yang diambil dari start anda mengorder hingga sampai makanan tidak lama. Cukup efisien dan pantas. Mungkin kerana waktu masih pagi. Aku pernah terbaca bahawa kedai ini juga terkenal dengan minuman jus nya yang murah. Tapi aku tak cuba pun, aku mengorder Teh o Ais limau.


Boleh dikatakan mee udang di sini memang berbeza dengan mee udang yang aku biasa makan di Kuala Sepetang. Mee udang nie lebih kepada rasa mee bandung, namun terus terang aku katakan rasanya memang tidak menghampakan. Selain dari mee udang, anda juga mempunyai pilihan untuk memesan nasi goreng udang, mee goreng udang dan sebagainya. Terpulang kepada citarasa anda!



Selesai makan mee udang, kami mula memesan kerang bakar yang kelihatan cukup mengiurkan. Namun kerang yang dibakar ini saiznya agak kecil dan kurang memuaskan hati.



Settle makan makan di Bagan Nakhoda Omar. Kami bergerak keluar menuju ke Teluk Intan. Sampai di Teluk Intan dalam jam 12.15 tengah hari. Agak kecewa kerana hasrat mengambil gambar berlatar belakangkan Menara Condong tidak kesampaian. Menara telah di hadang oleh pemandangan geri tapak ekspo.


Nun diseberang sana, kelihatan sekumpulan Superbikers yang baru sampai. Nampaknya pelbagai motor, dari GS1200, Versys, GTR1400 dan juga beberapa model lain yang tidak dapat dikenalpasti. Nampaknya Teluk Intan memang menjadi port bikers di hujung minggu memandangkan situasinya yang tidak berapa jauh dari KL.


ABDULLAH MASTAN GHANY, MEE REBUS DAN ROJAK

Apa agaknya yang menarik untuk di cuba bila dah sampai di Teluk Intan? Aku cuba bertanyakan dengan penduduk setempat sekiramya terdapat cendul yang terbaik di sini. Namun dari feedback yang aku terima, agak mengecewakan namun mereka mengesyorkan supaya aku mencuba makan mee rebus dan rojak Mastan.


Sebelum nie pun memang aku pernah terdengar pasal keenakan dan kepopularan mee rebus nie. Jadi apa kata kalau kita cuba untuk kali ini?


Aku yang masih kenyang sebenarmya, cuma memesan mee rojak serta ABC. Manakala Man Jep memesan untuk makan Rojak Telur dan ABC. Namun dari review akum kedai nie memang popular dan famous bagi kawasan Teluk Intan nie. Sepanjang aku makan, memang sentiasa penuh hinggakan ada pengunjung yang terpaksa berdiri menunggu meja kosong.




Nie dia, order pun dah sampai, apalagi masa untuk santapan. dari review aku, mee rojak nie okay lah, namun agaknya sebab perut aku masih kenyang jadi aku tak dapat memberikan review yang terbaik. Hangpa nak tau bagaimana rasanya, boleh mai dan cuba sendiri noo...





Selesai menjamu selera, kami mengambil langkah untuk kembali ke KL melalui Tanjung Malim. Plan asal untuk ke Ipoh terpaksa aku tolak kerana kesuntukan masa.

PAU YIK MUN, TANJUNG MALIM


Sampai di Tanjung Malim, kami berhenti lgi. Cuaca pun agak panas dan badan terhidrat dengan cepat. Jadi kami berhenti untuk membasahkan tekak di sini. Pau Yik Mun nie memang terkenal dan tidak perlu diperkenalkan lagi.


Namun agaknya sebab kami sampai waktu tengahhari dan hari Ahad, maka semua meja penuh dan fully booking. Nasib baik kami dapat meja bersesuaian. Pau di order dan kami memilih untuk makan kesemua jenis pau yang ada.



Selesai membasahkan tekak dan makan pau, kami beransur pulang. Menggunakan laluan persekutuan hingga ke Pekan Rawang. Jalan memang sibuk dan bertali arus dengan kenderaan. Man Jep mengakhiri perjalanannya di Rawang dan kami sampai di sana dalam jam 4 petang.

Aku masih mempunyai baki perjalanan selama satu jam sebelum sampai ke Senawang. Perjalanan menyusuri lebuhraya Utara Selatan yang penuh dengan kenderaan, dan aku memang tak lari laju. Sekali sekala mencelah di celahan kenderaan yang bertali arus menuju ke pusat bandaraya.

Aku selamat sampai ke Senawang 45 minit kemudian. Next ride, ke mana pula agaknya? berat badan pun makin bertambah kalau dah kerapkali sangat ride mencari makan macam nie...

6 ulasan:

Nazrah berkata...

jauh perjalanan tu...berdua ngan sym dah tentu ride santai... saya suka mee mastan ghani...

aboyNajun berkata...

thanks for sharing bro! leh ajak ajun cuba nanti..

Aku Budak Nerek berkata...

Nazrah: Kak, pastinya ia ride yang sempoi..saya cari cendoi kat teluk intan, tapi depa syorkan mee mastan ghani. Terbaekk!! Musti try!

aboyNajun: Musti mau cuba, semuanya sempoi sempoi belaka.

Tok Kebayan berkata...

Baru je pergi Jaiton Laksa Pantai 7 Jun lalu. Jom tengok komen Tok kat blog Tok.

Aku Budak Nerek berkata...

Tok Kebayan! Sharing is caring.
Buleh laa ambik angin belah Sabak bernam sana tu, lepas nie nak cuba Mee Udang Lipan pulak!

maza berkata...

perkkhh.. baca review kat sini, rasa macam nak ikut jer for the next ride.. hehehe

pekena makan mee udang tu yg tak tahan tu..

kalau makan banyak2 karang, takut gak kena gaut!

hahaha

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...