NuffNang

Selasa, 22 Mei 2012

Ride Kapcai ke Kota Bahru via Kuala Kangsar

Salam,

Mari kita berkongsi pengalaman adik aku yang ride ke Kelantan dengan geng-geng TM Bikers..



Report Ride HC LOB Kelantan 18-20 May 2012 (3H2M) dengan kata semangat " Smallbike Long Ride"" Big Bike Smart Ride ".


Salam dan Selamat sejahtera pada semua Pembaca dan Ahli TM Bikers Malaysia. Disertakan coretan perjalanan dan warna warni perjalanan kapcai ke bumi Serambi Mekah..nama lebih kurang dengan Kembara ke Bumi Suci je kan.. 

Coretan ini bukanlah dapat menceritakan segala-galanya mengenai pengalaman ride kali ini, anda juga  tidak akan dapat pengalaman dengan membaca report sahaja..Pengalaman juga tidak diberi sekali ketika anda membeli motosikal baru. 

                                               " Semangat Konvoi "

Untuk makluman, Konvoi kami terbahagi kepada dua group (bigbike & smallbike) Group smallbike kami bertolak awal sehari berbanding Group Bigbike, dimana kami akan bertolak pada Khamis malam, manakala Group Bigbike pula akan berkumpul dan bergerak sekali dengan Rombongan bas“ HC Turun Padang” di Menara TM, KL pada hari Jumaat. Kami hanya akan bergabung bila tiba di Kelantan pada malam Jumaat tersebut. 

Memandangkan ini adalah satu program khas dan membabitkan TM, Segala persiapan telah dibuat lebih awal, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku semasa dalam perjalanan ke Kelantan, Group kapcai berkumpul di Jalan Raja Chulan KL dan beberapa rakan2 juga hadir untuk Flag off pada malam tersebut.Jam 11:30pm, kami berlepas dari KLC dengan 7 biji motor semuanya. Kenapa 7 sahaja..target 20..disini ada miss communication, jadi yang betul-betul berminat sahaja mengikuti ride ini.. 

Hentian pertama kami dia hentian Sungai Buluh..Disini kami Refuel secukupnya, untuk mengelakkan kahabisan minyak di pertengahan jalansebelum sampai ke hentian kedua iaitu di Tapah ..Dengan pengalaman sedikit sebanyak, menjadi ikhtibar pada geng-geng Tank bawah tempat duduk untuk refuel secukupnya. Sepanjang perjalanan ke Tapah, Sepanjang perjalanan tidak ada apa yeng menarik untuk diceritakan..

Cuma owner ex5 rasa tidak sedap hati untuk meneruskan perjalanan dengan kehadiran bunyi bising di bahagian engine..adakah ianya bunyi Rod atau Bunyi tappet ??? Jika bunyi Rod, memang hancurlah harapan untuk meneruskan ride kali ini. Ketika sampai di Hentian Tapah pukul 130am, kami terserempak dengan 5 biji group konvoi ex5 untuk menaiki Cameron Highland dan menuju ke tanah merah Kelantan. Kami bertegur sapa, dan bernasib baik, salah seorang dari Group tersebut memang mahir tentang engine ex5, setelah penelitian dibuat dari bahagian engine, maka dapat disahkan bunyi tersebut datang dari tappet yang longgar.

Ianya tidak mendatangkan bahaya untuk perjalanan jauh.malah lagi syokk. Setelah semua selesai Refuel, kami pun memulakan perjalanan semula untuk hentian kedua iaitu di Sungai Perak..Kami akan berhenti disitu untuk rehat. Perjalanan dari Tapah ke Sungai Perak tidak ada apa2 perkara yang tidak diingini berlaku, kami selamat tiba di Sungai perak jam 3am.. 

Setibanya kami di Sungai Perak, aku tanpa membuang masa, telah buka part air filter motosikal ku, untuk mencari punca kenapa engine menjadi sebu dan berat, Setelah diteliti, rupanya masalah tersebut datangnya dari oil catch tank yang telah penuh..Engine tidak boleh bernafas dengan baik kerana hos sambungan dari head ke OCT yang penuh..

                                          " Repair Motor di Hentian Sungai perak "

Jam 4am, setelah kerja2 servis selesai, kami mula mencari port untuk melelapkan mata, biasalah, kalau dah namanya ride, janji tempat tersebut selamat dan sedikit selesa dan yang penting tidak menggangu orang lain, maka sudah cukup untuk kami melelapkan mata dan merehatkan diri. 

Memandangkan perjalanan kami esok tidaklah begitu jauh iaitu dari Sungai Perak ke Kota Bharu., maka tidak perlulah kami tergesa gesa untuk memulas pendikit ke tahap maksimum untuk sampai awal ke destinasi. Namapun enjoy ride, bukannya nak tunjuk handal motor siapa yang laju dijalanraya..kalau nak betul-betul nak tunjuk handal, turun track day ler. 

Boleh asah lutut dan siku juga. Boleh kena ke siku?? Jawapannya boleh, tak percaya boleh refer dengan Sifu ijat GTR..dia dah turun ilmu pada aku hari ahad.. 

Jam 6am, kami mula bangun dan buat apa yang perlu untuk mempersiapkan diri untuk meninggalkan hentian Sungai Perak. Seawal pagi, di Hentian ini agak sibuk dengan treller2 juga akan meninggalkan hentian untuk memulakan perjalanan, kami juga tidak ketinggalan dan mula bertolak seawal 7am untuk mencari sarapan di kampung2 terdekat..

Kami membuat pilihan untuk berhenti di lenggong, Sungai Perak ke Lenggong tidaklah mengambil masa yang lama, jarak perjalanannya hanya mengambil masa lebih kurang satu jam perjalanan. Setibanya di Lenggong, Leader group telah bawa kami ke sebuah gerai di tepi Surau di satu persimpangan untuk sarapan “ Roti telur bayam “..memang unik dan tak pernah aku jumpa di KL. Kuah dal dan roti yang masih panas, menaikkan bau wangi ketika makan.. 

Setelah selesai makan, kami perlu menuju ke Pekan Gerik untuk refuel.memandangkan tank kami hanya cukup untuk cover perjalanan sejauh 130 km sahaja..amat penting untuk kami refuel di gerik kerana station minyak seterusnya hanya terdapat di Jeli Kelantan.

Perjalanan mendaki bukit dan hutan serta menjadi laluan gajah liar mendatangkan masalah sekiranya motosikal kami brakedown disitu. Setelah selesai mengisi minyak di pekan Gerik, kami meneruskan perjalanan ke Banjaran Titiwangsa, di dalam perjalanan berdekatan Kem Tentera Besiar, kami telah ditahan oleh sekatan Polis dan ini cuma satu rutin.
                                               " Sekatan Polis Di Besiar "

Saya telah memberi penerangan tujuan ride ini, Polis membenarkan kami untuk meneruskan perjalanan tanpa masalah. Perjalanan laluan ini memang menarik, corner menarik untuk kaki corner,tapi awas kaki corner,, jalan ini berpasir. Pemandangan hutan sekeliling memang tak terasa jauhnya..kami pandang juga kiri Kanan, mana tahu ada gajah..kira bernasib baik lah..Sedar tak sedar,group kami telah sampai di Tasik Banding, pemandangan cantik dan cuaca yang menarik.kami juga berhenti di Belum rainforest Resort untuk bergambar dan menikmati pemandangan.


                                         " Kapcai di Belum rainforest Resort "

Tanpa membuang masa, kami meneruskan perjalanan ke Banjaran Titiwangsa. Dalam perjalanan kami terserempak juga bigbike yang layan corner..Geng lori pun banyak lalu kawasan ini, payah juga untuk kami overtake mereka satu persatu. 1130am, kami telah sampai di banjaran Titiwangsa, Apabila tiba kami disini, kami terserempak dengan Uncle Don dengan ZX10R nya, dia pun menergur kami, “ lama tak nampak?
                                                 "Kapcai di banjaran Titiwangsa "

Aku pun jawablah, Uncle kena pergi check matalah, umur sudah tua maa, mata pun dah tak nampak dengan nada gelak tawa”..cuaca agak panas disini, kami berhenti minum dan merehatkan diri..Lebih kurang 45 minit juga kami berehat dan makan tembikai ,kami meneruskan perjalan menuruni bukit ke Jeli untuk refuel. 

Kami tiba di Caltex Jeli lebih kurang jam 130pm untuk refuel sahaja, jika berhenti lama, kemungkinan untuk Check In agak lewat..Kami meneruskan perjalanan dan tiba di Hotel Habib Kota Baharu pada jam 230pm dan terus check in..So selesai lah stage 1 perjalanan kami untuk ke Kelantan. Bolehlah kami merehatkan diri, mandi air panas dan disejukkan pula dengan aircond 16’ Celcius.memang best sementara untuk tunggu geng Bigbike sampai dan makan malam bersama serta sesi suai kenal dengan Group Kelantan.. 

                                            " Habib Hotel, tempat bikers menginap "
Pada sebelah malamnya, kami hanya menanti untuk makan malam disamping Taklimat dan Majlis Suaikenal “ HC Turun Padang” dengan Jawatankuasa Urusetia TM Kelantan serta pembahagian tugas untuk keesokan harinya..tiada aktiviti yang menarik, selepas itu, kami pun plan ke Wakaf Che Yeh..untuk cari buah-buahan tempatan.

Kerana tiada apa yang menarik disini, kami plan untuk balik ke bilik dan tidur sahaja..kerana keesokan harinya jam 7 pagi sudah start program..( maaf, pengalaman waktu tidur aku tidak dapat diceritakan disini, sebab aku pun tak tahu aku mimpi apa ) 

Jom " Promote, Promote, Promote" 19hb ( Sabtu ) 

Pagi ni, kami berarak ke Perkarangan TM Kelantan, untuk satu sesi penerangan sebelum masing-masing meneruskan cabaran..Aku tak gentar nak buat sales, sebab pengalaman di Melaka akan kubawa ke Kelantan..tapi malangnya,aku tak dapat buat sales di Kelantan sebab faktor2 muka bumi ..Kes kecurian Cabel berleluasa di kawasan yang aku pergi dan Coverage CDMA dikawasan tersebut yang tidak kuat agak sukar untuk aku promote..

Memang customer berminat, cuma mereka agak takut, untuk apply kerana pengalaman curi cabel menyusahkan mereka. Badan pun dah letih, orang kata makan tengah hari di Kelantan di best2, apa kata kita terjahhh..perghhh memang benarlah, group 10 kitaorang telah bawa ke satu kedai Ikan bakar untuk lunch hari tu, menu kami ikan pari bakar, keli bakar,kembung bakar,nasi + daging + air, total 3 orang makan Cuma rm16..ok lah not bad dengan harganya…

Selesai makan, kami pergi ke taman perumahan berdekatan untuk buat promotion lagi, jika customer tidak berminat, kami bagi juga risalah untuk mereka baca, mana tahu boleh jadi prospect satu hari nanti..1 hari penuh, tanpa sales..agak menyedihkan,kerana tidak dapat memberi sumbangan pada TM Kelantan pada hari ini. Sekurang kurangnya, kami telah cuba sedaya upaya..sorry bohhh. 

Pada malam tersebut kami berkumpul di dewan untuk Makan Malam & Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah/Cenderahati.dapatlah aku satu hamper saguhati, tapi pening nak buat apa, ingat nak ikat je belakang motor Bro Zulzahrin ,beli motor mahal tak boleh bawak barang..keh keh keh ..So aku buka Hamper dan agihkan pada kawan2 untuk makan..

                                              " Makan malam di Hotel Habib " 

20 Mei 2012( Ahad) - “ Check-out”. 

Pukul 8 pagi, kami diarahkan oleh Marshal Zaimi on the Bike untuk ke majlis sarapan dirumah Bro Rosli serta bergambar untuk Utusan Malaysia. Jarak perjalanan kerumah tersebut tidak begitu jauh..setibanya disitu, kami diarahkan untuk menyusun motosikal supaya tidak menghalang lalulintas..Bersalaman dengan Tuan rumah terlebih dahulu , sementara menunggu bacaan doa serta makan. Terima kasih pada abg Rosli..jemput TM Bikers untuk jamuan makan pagi.. 

Nasi dagang memang peberet aku ler, tapi sayang takut makan banyak..nanti tak boleh baring atas motor..itupun dah ada group yang komplen, mata mengantuk.. nasi sedap,ikan tongkol sedap, ayam sedap, udang tak makan, kena plak air sirap di saat akhir, aduiiii..bak kata,makan pree memang sedap la.. 

Sebelum sesi bersurai, kami diberi penerangan oleh Marshal mengenai laluan di mana Bigbike akan melalui Gerik, Kapcai akan melaui Jalan Pantai dan Escort car akan melaui Lipis.Selepas itu satu sesi bergambar dengan tuan rumah..Disini kami last bersama antara (bigbike & smallbike) sebelum berpecah, 

Jam 11 am, Group Kapcai meninggalkan Bigbike yang masih terkial kial..kami akan melalui Pasir Puteh untuk menghala ke Tok Bali serta Jerteh dan menghala ke Kuala Terengganu melaui Jalan Pantai. Refuel secukupnya serta Set GPS Route..takut juga tak jumpa jalan nanti.

Pejalanan dan traffic agak sibuk untuk ke next station Permaisuri untuk refuel.
                                                 " Refuel di permaisuri "

Ride waktu balik, memang kami dah plan untuk cari hentian makanan yang sedap sahaja..tak perlu maksimum pendikit untuk sampai awal pun..setibanya kami di Kuala terengganu , kami plan untuk makan Seafood celup tepung Di seberang Takir, beli keropok lekor yang kena ambil nombor giliran dan minum air buah..perghh memang puas hati sangat2 la.2 jam juga kami berhenti disini.

                                               " Ikan Selayang Celup Tepung - Terbaik "

Perut pun dah kenyang,mata pula dah mengantuk, kami pun singgah untuk solat di surau berdekatan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Kemaman untuk makan satar..Dalam perjalanan ,kami telah diacah 3 orang mat rempit, bagi nak mengelakkan perkara yang tidak diingini,aku talah minta leader asingkan kapcai group dengan Geng rempitan tersebut..nasib mereka paham tujuan ride kami..mereka pergi menainggalkan group tanpa sebarang masalah. 
                                                           " Hafiz Simpang Dungun "

Laluan di Pekan Chukai agak sibuk dengan pembinaan jalan raya baru..kemungkinan disinilah, tayar aku mengalami kebocoran,aku masih meneruskan perjalanan sehingga tiba di Esso Geliga Kuala Kemaman jam 7 pm untuk proses tukar Tube..agak sukar untuk menukar tube dengan tayar yang masih keras..tapi kerjasama group mempercepatkan proses tersebut. Terima Kasih geng..

                                           " Kerja-kerja menukar tube"

Jam 9 pm, setelah selesai makan Ikan bakar ..kami bersiap dan memulakan satu perjalan yang panjang, melalui Cherating dan masuk susur ke Highwat LPT ke Gambang untuk refuel. Layan Highway ni waktu malam, memang syok..cuaca sejuk dan jalan yang landai sepanjang perjalanan dan tidak banyak kereta.

Cuma setibanya di Gambang, terdapat sekumpulan kereta yang baru pulang dari sprint test, memang berdesup desup perginya..kami berhenti lagi dia hentian Gambang untuk Refuel, kerana telah banyak kapcai tewas untuk ke Next station Temerloh..Jika tidak isi disini, memang menolak la jawabnya..


                                                " Hentian Gambang jam 2340 "

Perjalanan diteruskan ke Hentian Temerloh, tiada apa yang menarik untuk diceritakan sepanjang perjalanan di lebuhraya ini, Cuma kabus tebal dari susur Maran hingga temerloh dan boleh tengok kereta sprint test sepanjang Highway LPT. Kami tiba dia Hentian Temerloh jam 12 untuk berhenti refuel. 

Perjalanan ke Hentian Genting Sempah memerlukan 1 tank minyak..Setelah selesai dan tanpa membuang masa, kami meneruskan perjalan ke Genting Sempah..hajat untuk layan corner di Karak Highway, tapi sayang kereta pula banyak..so layan2 camtu jelah..Kami tiba di Hentian Genting Sempah untuk rehat dan refuel lagi dan meneruskan perjalanan akhir kami untuk next station Tol Gombak dan bersalaman serta balik kerumah masing-masing. 

Sampai Tol Gombak kami bersalaman and ada rider yang terus pegi opis sebab nak keje pagi, sorang rider terus balik Sabak Bernam and sorang rider balik Melaka..perjalanan mereka tak terhenti disitu sahaja.. 

Syabas Group Kapcai yang tegar.." Kalaulah sabah dan serawak ada jambatan yang menghubungkan kesana,teringin kami akan kesana jua..

Aku sampai rumah jam 3 am..puas ride 

" Small bike,Long Ride " 

Mohd Syafri Hj Shuib 
012-3409845 

Ps : Kapcai memang menjimatkan, isi minyak seliter, 2000km pun tak luak juga..( tapi minyak Engine la )
Catat Ulasan

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...